RSS
Showing posts with label Video. Show all posts
Showing posts with label Video. Show all posts

Friday, July 6, 2012

[Awesome] The Fog Is Lifting


Al-Makkatul Mukarromah - Muslims from different countries and backgrounds unite in their worship to Allah SWT in this holy land, which also becomes the direction (qiblah) for prayers to all Muslim around the world ;-)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. I was, like most of us, born into a Muslim family.

2. And for that, I am thankful to Allah SWT alhamdulillah.

3. This is especially because there's no guarantee for sure that I will find Islam and be convinced to embrace and accept it, had I not been born as a Muslim.

4. However this shall not last. We can no longer rely much on such thing in this globalized and open world i.e become an 'automatic' Muslim because our parents are Muslim.

5. Instead, each of us must be well-equipped with Islamic knowledge, so that we know and understand the reason why we choose to either remain a Muslim, or become a Muslim (for those who were not born Muslim).

6. It's not only about us, but more importantly about our children and great great grandchildren in the next generations to come.

7. For that, let me suggest all of you the following 8 parts of an awesome Islamic documentary (that I collected from You Tube), which is so far the best and most brief explanation about Islam that I found on the net.

8. Please kindly share this not only with our fellow Muslim and family members, but it is perfectly suitable for dakwah purpose to non-Muslims as well.

9. May Allah bless us all ameen ameen ameen ;-)











Read more "[Awesome] The Fog Is Lifting"

Wednesday, May 23, 2012

Debat PTPTN 2012



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Saya tak berhasrat untuk membuat komen panjang di sini.

2. Saya rasa anda semua pun tak berminat untuk mendengar celoteh saya. Mungkin lain kali insya Allah.

3. Maka di bawah saya sediakan empat perkara sahaja.

Pertama- Gambar-gambar yang saya peroleh daripada internet. Sebahagiannya daripada Laman Facebook Peminat YB Khairy sendiri.

Kedua- Video original yang berdurasi penuh (termasuk sidang media) oleh hos debat- Sinar Harian

Ketiga- Gambar peribadi yang saya ambil sendiri

Keempat- Sedikit pengenalan tentang Rafizi Ramli 

4. Saya serahkan kepada anda semua untuk membuat penilaian sendiri berdasarkan peristiwa yang cukup bersejarah ini, terutama buat kita anak-anak muda yang mempunyai aspirasi besar terhadap negara.

5. Pesanan saya, janganlah melihat politik sebagai satu persoalan taksub kepartian sahaja.

6. Politik itu adalah bagaimana kita menjalani hidup kita dan bagaimana perbuatan kita dan orang yang memimpin kita memberi kesan kepada satu sama lain.

7. Sikap yang perlu kita ambil cukup mudah- Ambillah cakna (ambil kisah atau ambil tahu).

Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt.

1. Sekitar Debat PTPTN 2012

YB Khairy Jamaluddin mewakili pemuda UMNO
YB Rafizi Ramli mewakili Parti Keadilan Rakyat. Nota: Bakal YB insya Allah..

Saya paling suka gambar ini ;-) 
2. Rakaman Video Penuh Debat PTPTN 2012






3. Siapa Rafizi Ramli?

Sumber- Laman web rasmi beliau sendiri (Rafiziramli.com)

Lahir: 14 September 1977
Tempat Lahir: Besut, Terengganu
Membesar: di Kemaman dan Kuala Kangsar

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

Pendidikan awal @ Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989)
Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994)
Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan

Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar
Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu)
Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992
Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh
Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993
Presiden, Badan Revolusi Agama
Presiden, Pancaragam Tentera
Presiden, Persatuan Bahasa Melayu
Ketua Pengarang, The Malay College Magazine
Dianugerahkan biasiswa PETRONAS (Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik) dan ESSO (Geology) sebelum keputusan SPM diumumkan
Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996)

Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996
Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996
Pengawas
Orkestra Morrison’s Academy
Leeds University (1996 – 1999)

Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua)
Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik
LATAR BELAKANG KERJAYA

Jeffreys Henry Chartered Accountants, London (1999 – 2003) lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa 2 tahun
diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minima latihan di firma perakaunan diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia PETRONAS/MTBE Malaysia Sdn Bhd (2003 – 2005)

Pengurus, Propane Dehydrogenation Plant
Pengurus termuda semasa dilantik
PETRONAS/Pejabat Naib Presiden, Urusniaga Petrokimia (2005 – 2007)

Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia)
Pengurus Kanan termuda semasa dilantik

Bertanggungjawab menguruskan kumpulan urusniaga petrokimia PETRONAS dengan aset melebihi RM30 bilion
PETRONAS/Petronas Carigali Sdn Bhd (2007 – 2009)

Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa)
Bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak-anak syarikat PETRONAS Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa, membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion

Pengurus Besar
Pharmaniaga Berhad (2009)

Ketua Eksekutif
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor (2009–sekarang)

Gambar keratan akhbar- DSAI sedang menyampaikan hadiah sebentuk cincin kepada pelajar terbaik keseluruhan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) Rafizi Ramli sempena Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang kolej itu di Kuala Kangsar.
.........................................................
4. Gambar peribadi yang saya ambil (bukan semua)

Sampai di premis Karangkraf hampir-hampir Maghrib semalam.
Pelajar Tua MCKK: (Dari kiri- Pojan, Rashad, Akmal, Raja, saya)
Terima kasih Fendy untuk gambar ini ;-)





YB Saifuddin- sidang media selepas majlis
....................................................................................................

Mungkinkah ini yang kita nanti-nantikan selepas ini?

Read more "Debat PTPTN 2012"

Friday, April 20, 2012

Warqah Buat Da'ie (Pendakwah)


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


1. Vlog ini ditujukan buat semua orang yang mahu mengajak orang lain kepada kebaikan. 

2. Perkataan dai'e atau dakwah atau pendakwah mungkin agak 'Islamik' dan boleh jadi allergic untuk sesetengah orang namun pada saya semua orang yang bergelar Muslim adalah seorang dai'e, biarpun dia Mat Rock atau Mat Rempit.

"Berlumba-lumbalah ke arah kebaikan..." Mat rempit, ada berani?
(Surah Al-Maidah, ayat 48)
3. Perkara ini kerana perkataan 'dakwah' secara mudahnya membawa maksud ajakan atau jemputan.

4. Bukan ke Mat Rock mengajak orang menjadi Rockers dan Mat Rempit mengajak orang merempit dan berlumba?

5. Pun begitu, jika merujuk maksudnya dalam erti kata yang sebenar, dalam konteks yang betul, dakwah merujuk kepada ajakan ke arah perkara yang baik, yakni ke arah mendekatkan diri kepada Allah SWT.

6. Bukan hanya ustaz, semua antara kita adalah seorang dai'e. Da'ie maksudnya pendakwah. Ia ibarat Ipad. Err.. Ipad?

7. Ya, Ipad. Bermula dengan idea dan rangka (draft), kemudian dihasilkan di kilang, kemudian disimpan di stor, kemudian dibawa lari oleh lori ke kedai dan kiosk dan Low Yat, kemudian dibeli oleh pengguna, kemudian dikongsi dan dipamer kepada kawan-kawan, dan ada juga yang mempromosi di internet dan tempat lain.

8. Semuanya mengajak kepada Ipad. Kita pula, menjalankan peranan dan tugas masing-masing menyampaikan kebaikan. Walaupun kita bukan para alim ulamak, tetapi kita sampaikan hikmah dan pengajaran daripada Al-Quran dan Sunnah yang kita ambil daripada mereka. Itulah kita- seorang dai'e.

9. Begitu juga, para ulamak adalah pewaris dan penyambung tugas nabi, kerana mereka mengambil daripada ajaran Nabi SAW kerana mereka jua yang paling memahami baginda SAW. Para sahabat (moga Allah meredhai mereka semua) pun belajar daripada Nabi SAW.

10. Nabi pula menerima wahyu daripada Allah SWT, sama ada secara terus, atau melalui perantaraan Malaikat Jibril AS. Beginilah rantaian atau chain yang akhir sekali membawa kita kepada mentauhidkan Allah SWT.

11. Sebagai penutup, suka saya nyatakan bahawa pada hemah saya, dakwah pertama dan perdana dan paling utama yang kita lakukan adalah dengan menjadi seorang Muslim yang baik. Itulah dakwah pertama kita.

12. Kerana realiti dunia hari ini, orang bukan Islam memandang Islam dengan membuat penilaian terhadap orang Islam dahulu. Maka jadilah seorang Muslim yang baik, itulah dakwah kita yang pertama. First impression ;-)

13. Terima kasih atas masa yang diluangkan. Saya mohon maaf jika ada kesilapan. Dan saya kongsikan di bawah, terjemahan daripada potongan ayat Al-Quran yang saya sebut dalam video saya di atas. Moga bermanfaat!

Wallahuaklam, wassalamualaikum wbt..

a) Surah Al-Maidah, ayat 75:
"............ Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) kepada
 mereka (ahli kitab), kemudian perhatikanlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh keinginan mereka)."
b) Surah Al-Qasas, ayat 56:
"Sungguh, engkau (Muhammad) tak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi,
 tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui
orang-orang yang mahu menerima petunjuk."
c) Surah Thaha, ayat 25-26:
"Dia (Musa) berkata, Ya Tuhanku lapangkanlah dadaku,"
"Dan mudahkanlah untukku urusanku,"
"Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,"
"Agar mereka mengerti perkataanku."
Jemput singgah di laman Freebies saya untuk download macam-macam insya Allah ;-)
Read more "Warqah Buat Da'ie (Pendakwah)"

Thursday, April 5, 2012

Couple


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


1. Ehem, ehem! Alhamdulillah, saya baru siapkan vlog terbaru bertajuk 'Couple.' Suka-suka je ok? Jangan marah ok?

2. Suka-suka jugak tapi serius nih! *Ha kan da kena marah* huhu

3. Baik, video tersebut sudah dimuat naik di YouTube, tapi boleh juga ditonton di bawah:


4. Nasib baik saya tak hensem. Saya kacak je. Kalau tak mesti semua orang nak couple dengan saya kan? *Ini serius, bukan bergurau =p*

5. Baik, sebagai penutup, kasihinilah ibu bapa dan keluarga kita. Orang yang berkahwin pun ada yang bercerai apatah lagi orang yang berkapel mapel. Hanya mereka yang ada 'hubungan darah' dengan kita akan kekal hubungannya sampai hujung masa.

6. Jika ada masa terluang, jangan lupa singgah membaca satu artikel yang berkaitan: Agak-Agak Bila Kita Boleh Couple?

7. Sekali lagi, terutamanya kepada yang sedang atau bercadang untuk berkapel mapel, jangan marah ar? Kalau marah kena jual tau? Sekarang jual beli online pun boleh tau? hehe

8. Sekian sahaja, terima kasih. Wassalamualaikum wbt. Allahua'lam ;-)

"Daripada apple, baik lagi oren,
Daripada couple, baik lagi kawen!"
-Ibnu Hanaffi, Damansara, 5 April 2012 (0048 hours)

Dua doa yang saya kongsikan dalam video di atas adalah seperti berikut (Doanya adalah dalam warna hijau, dalam Bahasa Arab bermula dengan perkataan Robbi). Sama-sama kita amalkan dan jalani hubungan yang lebih berkat dan dirahmati insya Allah ;-)


a) Surah Ali-'Imran, ayat 38

Terjemahan ayat:
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katamya:"Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan."

b) Surah Al-Anbiya', ayat 89

Terjemahan ayat:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi."

Read more "Couple"

Friday, March 2, 2012

Insya Allah (Vlog)


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Bersama Ustaz Zamri. Maaf, saya masih mencari masa terluang untuk menulis tentang Konvensyen Fiqh Ummah yang kami hadiri  baru-baru ini (hehe bunyi macam pergi sekali dengan Ustaz Zamri je, padahal ustaz pembentang kertas kerja hehe..) 
1. Alhamdulillah. Ini merupakan nukilan yang pertama saya untuk bulan Mac yang baru masuk hari ke-2 hari ini.

2. Tak ada apa sangat melainkan nak kongsikan satu vlog yang saya hasilkan semalam untuk manfaat kita semua.

3. Namun, saya amat-amat dan teramat sangat peringkat super saiya ke-15 punya kesangatan ingin syorkan kepada anda semua supaya dapat muat turun (download) satu slideshow yang bukan milik saya tapi saya ambil daripada internet untuk dikongsi bersama.

4. Ia sangat-sangat bermanfaat walaupun cukup ringkas dan padat dalam memberi penjelasan tentang Surah Al-Kahfi. Saya tak nak cakap banyak (tak bercakap pun sebenarnya, tulis je =P) tapi saudara/ri boleh rujuk lebih lanjut di entry saya yang lepas tentangnya di sini.

5. Semoga video di bawah bermanfaat dan amat saya harapkan anda semua doakan kesejahteraan dan keselamatan saya serta keluarga tersayang. Ameen ameen ameen..

Wallahuaklam wassalamualaikum wbt.


Read more "Insya Allah (Vlog)"

Sunday, February 5, 2012

Soalan Politik dan Kepimpinan Islam


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Soalan untuk Ibnu Hanaffi's Dakwah Efforts and Archive (IH.DE.NA)

1. Pada awal tahun baru-baru ini, saya menerima soalan berbentuk rakaman video daripada 2 orang sahabat  yang sekarang sedang menuntut ilmu di Australia, iaitu Sdr Aslam Abd Jalil (MCKK Class of 2007) dan Sdr Ahmad Firdaus Arul Hisham (MCKK Class of 2008).

2. Video tersebut saya muatkan di bawah dan untuk manfaat semua, saya tuliskan semula kedua-dua soalan yang diajukan itu dalam blog ini. Ini jugak supaya mudah bagi saya memberi respon peribadi sebagai jawapan daripada diri yang faqir lagi dhaif ini.


3. Berikut ialah soalan-soalan cepumas yang dilontarkan (berdasarkan video):

a) Firdaus:Apakah ciri-ciri kepimpinan Islam yang terbaik yang patut kita contohi?
b) Aslam: Saya musykil dengan senario politikal semasa di Malaysia, yang mana ada sesetengah pihak cakap yang pihak ini mengikut telunjuk orang bukan Islam, pihak ini mengikut telunjuk orang bukan Islam yang lain, jadi mereka ingin bersatu padu antara orang Islam, jadi saya ingin tahu adakah senario ini bertepatan dengan ciri-ciri politik Islam atau tidak?

4. Terlebih dahulu, terima kasih Aslam dan Fido atas soalan yang cukup baik dan bernas. Amat sesuai dan bertepatan dengan aspirasi para mahasiswa, pelajar mahupun anak muda seperti kita.

5. Juga, ingin saya sebut di sini bahawa;


a) Jawapan saya adalah pandangan saya, maka ia terhad kepada pemerhatian dan sedikit ilmu yang saya ada dan saya kaji, maka amatlah jauh sama sekali untuk ia bersifat sempurna. Seribu kemaafan untuk itu.


b) Jawapan saya mungkin tak disenangi sesetengah pihak di luar sana jika kita berlainan ideologi dan fikrah, namun sebagai Muslim, saya harap perbezaan ini langsung tak merencatkan hubungan baik kita sebagai 'brothers in Islam' selama ini. Terima kasih.


Ciri-ciri kepimpinan Islam yang terbaik yang patut kita contohi

6. Untuk soalan Firdaus (Fido), ciri-ciri itu pastinya boleh dilihat pada insan yang memilikinya. Dan insan ini tidak lain melainkan baginda Nabi Muhammad SAW.


7. Dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21 Allah berfirman maksudnya:

"Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah SAW suri teladan yang baik (uswatun hasanah) bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah."

8. Maka, secara mudahnya, salah satu cara yang paling berkesan untuk mempelajari dan mengamalkan ciri-ciri kepimpinan Islam yang baik adalah dengan mengkaji sirah hidup dan keperibadian Rasulullah SAW.

9. Oleh sebab perbincangan ini akan menjadi terlalu panjang dek kemuliaan peribadi Nabi Muhammad SAW yang terlalu banyak dan luas untuk dibicarakan di sini, maka saya cadangkan usaha itu dibuat atas inisiatif sendiri.

10. Hal ini juga bertepatan dengan mood kita yang sedang menyambut bulan kelahiran baginda SAW sekarang insya Allah.

11. Pun begitu, untuk bersikap adil terhadap sahabat yang menyoal, maka suka saya sentuh sekurang-kurangnya satu daripada ciri-ciri kepimpinan terbesar yang sangat mulia di sisi Allah SWT dan dalam masa yang sama cukup relevan dengan atmosfera politik tempatan di Malaysia.

12. Ciri-ciri itu ialah adil dan bertanggungjawab. (Tersenyum sendiri saya) dek memikirkan bahawa ciri-ciri ini sahajapun sebenarnya memerlukan huraian yang cukup panjang.

13. Tapi biarlah saya kecilkan skop kepada sifat adil dan bertanggungjawab seorang pemimpin dalam melaksanakan hukum Allah SWT.

14. Seorang pemimpin yang adil dan bertanggungjawab tak akan sama sekali menjadikan diri mereka dan keluarga immune atau kebal daripada dikenakan hukuman!  Berapa ramai pemimpin yang kita kenal mempunyai ciri-ciri begini? Saya tinggalkan soalan itu untuk dijawab sendiri oleh diri masing-masing.

15. Tapi inilah sifat Rasulullah SAW yang agung. Dalam satu hadis panjang, salah satu potongan ayat pendek daripada hadis ini ialah apabila bersabda kekasih Allah, Muhammad SAW katanya;


"Demi Allah yang diri Muhammad di dalam kekuasaan-Nya, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri aku pasti akan memotong tangannya."

16. Saya harap kita cukup terkesan dengan kata-kata itu.

17. Sebagai penutup kepada jawapan untuk soalan ini, suka saya ajak kita melihat pula status pemimpin itu dalam perspektif yang berbeza, yakni bukan pemimpin politik atau pemimpin masyarakat tetapi sebagai pemimpin di peringkat individu.

18. Dengan kata lain, setiap daripada kita adalah pemimpin kepada diri sendiri juga. Dalam satu hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim, Nabi SAW bersabda maksudnya:


"Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekalian akan ditanya perihal kepemimpinan kamu.... (sehingga akhir ayat)"

19. Dengan itu, setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab terhadap diri masing-masing lantas MESTI memainkan peranan kita, apa jua peranan itu, sama ada sebagai seorang pelajar ataupun pengajar, anak ataupun ibubapa, majikan atau pekerja dan sebagainya.

20. Justeru, dua nilai dan ciri-ciri yang juga cukup penting  bagi kita sebagai setiap individu Muslim yang ingin memimpin ialah Al-Qawiyy dan Al-Amin sebagaimana yang disebut dalam Kisah Nabi Musa AS dalam Surah Al-Qasas, ayat 26.

21. Kedua-dua ini ialah sifat yang saling melengkapi. Al-Qawiyy merujuk kepada ilmu, pengalaman, kemampuan fizikal serta lain-lain. Manakala Al-Amin ialah akhlak dan nilai-nilai positif yang baik.

22. Seorang pemimpin yang baik bukan sekadar layak dari kemampuan fizikal dan intelek untuk memimpin, tetapi juga mempunyai prinsip, akhlak dan nilai yang baik seperti amanah, sabar dan sebagainya.

23. Kita tak mahu pemimpin yang mahir dan layak tetapi khianat dan suka berdusta, demikian juga kita tak mahu seorang yang baik hati, amanah dan ikhlas tetapi tidak mahir, cetek ilmu dan sentiasa sakit (tiada kemampuan fizikal).

24. Beginilah cantik dan sempurnanya ajaran Islam tak gitu?

Senario Politik di Malaysia

25. Bagi soalan Aslam pula, saya berpendapat bahawa ia memerlukan satu analisis dan penilaian yang terperinci dan paling penting sekali, jujur dan bebas daripada pengaruh politik yang taksub.

26. Saya tak pasti jika saudara Aslam merujuk kepada slogan 'Melayu Sepakat, Islam Berdaulat' namun dalam tulisan kali ini saya andaikan ya, maka saya akan menjawab berdasarkan pandangan peribadi saya terhadap penggunaan slogan ini.

27. Sebelum itu untuk para pembaca yang tak tahu, slogan ini digunakan oleh satu NGO Islam yang cukup terkenal di Malaysia iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang saya yakin juga mempunyai cawangan yang sangat aktif di bumi Kangaroo.

28. Pertamanya, saya secara peribadi lebih suka jika slogan ini ditukarkan kepada 'Umat Islam Sepakat, Melayu Selamat' dan akan saya jelaskan kenapa di bawah.

29. Pertamanya, usaha menyatupadukan orang Melayu sebagai umat Islam majoriti di negara kita adalah usaha yang sangat baik dan harus dipuji. Usaha menghalang orang Melayu murtad daripada Islam juga tiada perbahasan lagi, semuanya saya sokong bulat-bulat.

30. Namun, yang saya khuatiri ialah adakah pendekatan yang digunakan itu betul dan selari dengan ajaran Islam. Contohnya, (maaflah saya perlu direct di sini) jika usaha menyatupadukan umat Melayu Islam ini dibuat kerana takutkan 'ancaman' Parti DAP, maka saya katakan, saya takut Allah SWT, bukan DAP.

31. Begitu juga kes murtad. Walaupun kita benci murtad, namun Islam bukan agama paksaan. Kecenderungan yang melampau untuk meletakkan kesalahan dalam isu murtad pada gereja Kristian semata-mata adalah pada saya tak berhikmah sama sekali, malah memburukkan keadaan lagi, lantas tak langsung membantu.

32. Sebaliknya, dalam usaha untuk menyelamatkan orang Melayu, saya rasa kita perlu lebih banyak berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam dan masyarakat bukan Melayu untuk memperkenalkan Islam kepada mereka.

33. Dalam masa yang sama, penghayatan dan pemahaman tentang Islam mesti dilakukan dengan bersungguh-sungguh dalam kalangan yang sudah bergelar Islam! Malangnya, salah satu kunci kecantikan Islam, yakni sifat universalnya, sudah jauh terpisah jika kita asyik menekankan bangsa sebagai prioriti dalam menegakkan agama.

34. Padahal Islam sebagai cara hidup yang tak mengenal bangsa atau latar belakang inilah yang selama ini menjadi penarik yang cukup signifikan bagi orang bukan Islam untuk menjadi seorang Muslim.

35. Sebab itulah, jika dinilai kembali, pada hemah saya, hanya dengan hati yang terbuka untuk menyampaikan Islam kepada semua orang tanpa mengira kaum dan bangsa, yakni kembali kepada Islam yang betul caranya, maka bukan sahaja umat Islam (yang majoritinya Melayu) akan selamat dan sejahtera, malah orang bukan Islam pula tak akan membenci Islam, apatah lagi terhimpit dengan krisis Islamophobia.

36. Inilah intipati slogan 'Umat Islam Sepakat, Melayu Selamat' yang cuba saya maksudkan.

37. Sekali lagi, apa yang saya khuatir adalah jika usaha menyatupadukan umat Melayu Muslim ini sebenarnya tidak ikhlas, sebaliknya sebagai umpan untuk mencari pengundi Melayu di pilihan raya!

38. Saya bertegas bahawa melaungkan Melayu sebagai penyelamat Islam hanya akan menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap Islam, yang sudah sedia terancam dengan prejudis mereka terhadap orang Melayu. Dengan kata lain, kita perlu mengembalikan keyakinan orang terhadap Islam dengan memisahkan Islam dan Melayu dalam erti kata bahawa dua-dua ini entiti yang sama sekali berbeza. Islam first, Malay second ;-)

39. Sebagai seorang pelajar yang dhaif dan faqir dalam bidang comparative religion atau perbandingan agama, saya berkesempatan untuk menghayati sedikit sebanyak kesulitan dan kepayahan golongan muallaf (terutamanya yang bukan Melayu) serta mengkaji faktor-faktor penting kenapa orang bukan Islam takut atau benci pada Islam, dan atas dasar itu juga saya membentuk prinsip dan pegangan peribadi seperti yang saya jelaskan di atas.

40. Jika ada kelapangan, boleh juga telusuri huraian saya tentang topik berkaitan di artikel saya yang lain seperti Wahabi Vs Adabi dan Oh Islam!

41. Sebagai penutup kepada persoalan yang saudara Aslam kemukakan, sama ada kita perlu bersatu padu sebagai umat Islam untuk mengelak daripada mengikut telunjuk orang bukan Islam, adalah sesuatu yang tak diragui lagi memang selari dengan Islam. Jangan kata orang bukan Islam, bahkan orang Islam pun bukan telunjuk mereka yang kita ikut, tapi kepada Allah SWT sahaja kita taat dan akur.

42. Namun, bezanya adalah pada cara kita memahami apakah yang dimaksudkan dengan mengikut telunjuk orang bukan Islam itu? Kadang-kadang, sifat toleransi kita dalam berdakwah pun ditafsir sebagai tunduk kepada kekufuran padahal tafsiran sebegini harus diperincikan terlebih dahulu.

43. Jangan melihat kepada label dan kata-kata yang digunakan, tetapi lihatlah kepada apa yang cuba dimaksudkan oleh kata-kata itu. Contohnya jika Islam mengharamkan arak, adakah sejenis minuman yang diberi nama Sweet Grapes (misalnya) dan minuman itu memabukkan, maka ia tidak lagi haram HANYA kerana namanya Sweet Grapes dan bukannya arak?

44. Pastinya tidak! Apa pun namanya, asalkan SIFATNYA memabukkan, maka ia haram. Nota: Perkataan 'arak' pun tak ada dalam Al-Quran sebenarnya, sebaliknya perkataan al-khamr yang digunakan. Jadi adakah apa yang orang Melayu sebut sebagai 'arak' tak lagi haram? Tentunya TIDAK!

45. Maka saya harap agar difahami apa yang cuba saya maksudkan. Unsur politik beracun takkan pernah lari daripada melabel itu dan ini, tetapi akhirnya nanti, yang penting adalah adakah benar apa yang dilabelkan itu dari sudut SIFATNYA.

Penutup

46. Sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW yang amat kita kasihi, maka suka saya akhiri penulisan kali ini dengan petikan kata-kata daripada Khutbah Terakhir Rasulullah SAW, kata baginda SAW maksudnya:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.."

47. Untuk teks penuh yang masih ringkas (sebenarnya) tapi cukup bermakna, sila lawat blog ini.

48. Kata-kata di atas amat bermakna buat kita yang kadang-kadang lupa bahawa melalui dosa kecillah syaitan menghasut kita untuk naik ke tingkatan dosa yang lebih besar. Saya amat alu-alukan jika anda mahu membaca huraian yang lebih panjang tentang perangkap dan belitan syaitan ini di artikel saya yang lalu iaitu Agak-Agak Bila Kita Boleh Couple?

49. Sekali lagi, terima kasih atas masa yang anda luangkan di sini dan juga kepada sahabat saya saudara Aslam dan Saudara Fido.

50. Sebarang kesilapan amatlah saya kesali dan lebih penting daripada itu, saya mohon agar ditegur untuk saya perbetulkan. Saya dengan ikhlas dan rela hati amat alu-alukan pertukaran pendapat yang sihat.

51. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui maka saya menyerahkan segala usaha yang saya lakukan ini kepada Allah sebagai Hakim yang paling adil, kepada-Nya saya mohon ampun dan petunjuk, dan kepada-Nya juga saya dan anda semua akan kembali.

Allahuaklam, wassalamualaikum wbt.

Cintailah Rasulullah SAW, dan hayatilah perjuangannya yang penuh kasih sayang. Kerana dakwah itu chenta ;-)

Boleh download poster ini sebagai wallpaper dan
banyak lagi yang lain di freebies page saya insya Allah =)
Read more "Soalan Politik dan Kepimpinan Islam"

Tuesday, January 3, 2012

January Special Vlog: The Awaited (Moment)


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikun wbt

The latest vlog on YouTube :

Note: Alhamdulillah, for the first time, I finished adding subtitle to the video. The subtitle is in Malay Language and it is so for at least 2 reasons.

1. To complement the imperfection you may find on the video especially its audio quality
2. To be a dedication for audience whom prefer Malay Language as a better medium of communication.

 

Title:
The Awaited (Moment)
Terjemahan: Detik Yang Dinanti
"Persoalan yang cuba dirungkai ialah sama ada kita sedar dalam kita menantikan saat manis menyambut ulang tahun kelahiran kita, kita juga perlu menantikan saat kematian kita. Dengan kata lain, bersedialah!"

Contents:
1) Remember death during our birthday
2) Linguistic miracle of Quran

May Allah guide us until the day of our death and the Day of Judgement ameen..
Read more "January Special Vlog: The Awaited (Moment)"

Sunday, December 25, 2011

Muhasarawak


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Alhamdulilah. Pertamanya, saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT atas kesempatan masa dan tenaga serta nikmat kesihatan yang diberikan untuk menyiapkan satu lagi vlog ringkas peribadi saya.

2. Saya cuma ingin menulis rujukan Al-Quran dan hadis yang ada disebut dalam vlog tersebut agar dapat dirujuk semula oleh kita pada masa akan datang. Semoga bermanfaat.


"Dan bersegeralah kamu mencari keampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa. 
(Yaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. 
Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan. 
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah?
Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui."
Surah Ali-'Imran (3:133-135)


"Katakanlah, 'Wahai hamba-hamba-Ku yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
Surah Az Zumar (39:53)


"...maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati."
Surah Al-Baqarah (2:38)


"Setiap anak Adam itu ada kesilapan (dosa) dan orang berdosa yang terbaik ialah mereka yang bertaubat."
(Riwayat At-Tirmidzi No 2499, 4/659)

Wallahua'lam. Wassalamualaikum wbt.

Rujukan peribadi berkaitan subjek ini: Islamlah penawarnya (artikel dan nota pdf untuk muat turun)

P/S: Sebarang teguran, cadangan serta maklum balas amat dialu-alukan. ;-)

Read more "Muhasarawak"

Thursday, December 8, 2011

Mahasiswa Pemimpin Masa Depan


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

FORUM: Mahasiswa dan Politik Dalam Islam (Students and Politics in Islam)

1. Saya pun belum habis menonton. Sekarang baru nak sambung. Jom sama-sama enjoy majlis ilmu insya Allah! Semoga bermanfaat.

Info: Forum ini diadakan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Moderator: Ustaz Syaari Abdul Rahman
Panel Jemputan:
Ustaz Nasarudin Hassan (PAS)
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya (UMNO)
Dr. Roslan Mohd Nor (Ahli Akademik di Universiti Malaya)



Read more "Mahasiswa Pemimpin Masa Depan"

Friday, October 28, 2011

Lagi Hudud

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

1. Satu lagi archive untuk wacana ilmiah berkenaan Hudud baru-baru ini.




2. Sebelum ini, saya dah berkongsi satu wacana ilmiah berkisarkan topik yang sama. Video lengkapnya boleh ditonton di sini.

3. Maklumat program: Diadakan pada 25 Oktober 2011 yang lalu di auditorium Karangkraf di Shah Alam. Pengerusi: Dr. Maszlee Malik, Pensyarah di Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan di Universiti Islam Antarabangsa.

Ahli-ahli panel:
a) Prof Madya Dr Ridhuan Tee Abdullah, Universiti Pertahanan Malaysia dan pendakwah bebas
b) Dato' Mohd Amar Abdullah, Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan
c) Sdra Mohd Isa Abd Ralip, Presiden Persatuan Peguam Syar'ie Malaysia

Wassalamualaikum wbt.
Read more "Lagi Hudud"

Friday, October 21, 2011

Wacana Ilmiah: Pelaksanaan Hudud di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

"......Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim."
Surah Al-Baqarah (2:229)

WACANA HUDUD

1. Saya cuma ingin mengisi kesempatan yang sikit ini untuk berkongsi satu lagi wacana ilmiah tentang satu isu semasa tempatan. Alhamdulillah, saya telah kumpulkan semua bahagian-bahagian pendek rakaman wacana berkenaan di bawah.

2. Tajuk yang dibincangkan ialah 'Pelaksanaan Hukum Hudud di Malaysia-Antara Realiti dan Cabaran' yang telah diadakan pada hari Jumaat, 7 Oktober 2011 yang lalu.

3. Ahli panel dalam forum ini ialah Ustaz Fathul Bari (wakil UMNO), Dr Khairuddin (wakil PAS) dan Prof Aziz Bari (Pakar Perlembagaan). Kepada sesiapa yang berminat, selamat menonton. 

(Nota: Saya sebenarnya pernah menghurai dengan lebih panjang tentang hudud di sini.)

4. Justeru, saya tidak mahu mengulas lebih lanjut, sebab sudah ada sumber di bawah. Lagipun saya sudah sentuh isu ini seperti yang boleh dicapai daripada pautan di atas.

5. Cuma, ada dua perkara pokok yang saya mahu tambah. Pertama, hukum hudud bukanlah satu-satunya cabang dalam Islam. Kadang-kadang kita lupa bahawa Islam cukup luas dan lengkap dan syumul malah dalam bab-bab hukuman sahaja banyak cabang-cabang yang lain dan hudud hanyalah sebahagian cabang kecil dalam bab muamalat. 

6. Maka, janganlah bila disebut tentang gaya hidup Islamik dan komuniti Islam, yang kita fikir hanya semata-mata hudud, dan lebih teruk lagi fikiran kita hanya terbayangkan potong tangan dan rejam, padahal hudud jauh lebih luas skopnya berbanding itu.

7. Kedua, dalam perbincangan tentang hudud, kita semua harus maklum bahawa yang diperbahaskan sekarang bukanlah tentang kewajiban melaksanakan hukum Allah, kerana itu satu perkara yang pasti- hukuman Allah (contohnya hudud) WAJIB dilaksanakan!

8. Yang menjadi persoalan sekarang ialah bagaimana ingin melaksanakannya, siapa yang melaksanakannya, apa keadaan kondusif dan syarat-syarat yang diperlukan untuk melaksanakannya dan sebagainya.

9. Wallahuaklam (Allah lebih tahu dan Maha Mengetahui).















Nota kaki: Wacana pertama yang dikumpulkan di blog ini boleh ditonton di sini. Tajuknya ialah Ulamak: Untuk Dakwah Atau Parti.

Sekian, terima kasih.
Read more "Wacana Ilmiah: Pelaksanaan Hudud di Malaysia"

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq