RSS

Friday, October 21, 2011

Wacana Ilmiah: Pelaksanaan Hudud di Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wbt.

"......Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar hukum Allah, mereka itulah orang-orang yang zalim."
Surah Al-Baqarah (2:229)

WACANA HUDUD

1. Saya cuma ingin mengisi kesempatan yang sikit ini untuk berkongsi satu lagi wacana ilmiah tentang satu isu semasa tempatan. Alhamdulillah, saya telah kumpulkan semua bahagian-bahagian pendek rakaman wacana berkenaan di bawah.

2. Tajuk yang dibincangkan ialah 'Pelaksanaan Hukum Hudud di Malaysia-Antara Realiti dan Cabaran' yang telah diadakan pada hari Jumaat, 7 Oktober 2011 yang lalu.

3. Ahli panel dalam forum ini ialah Ustaz Fathul Bari (wakil UMNO), Dr Khairuddin (wakil PAS) dan Prof Aziz Bari (Pakar Perlembagaan). Kepada sesiapa yang berminat, selamat menonton. 

(Nota: Saya sebenarnya pernah menghurai dengan lebih panjang tentang hudud di sini.)

4. Justeru, saya tidak mahu mengulas lebih lanjut, sebab sudah ada sumber di bawah. Lagipun saya sudah sentuh isu ini seperti yang boleh dicapai daripada pautan di atas.

5. Cuma, ada dua perkara pokok yang saya mahu tambah. Pertama, hukum hudud bukanlah satu-satunya cabang dalam Islam. Kadang-kadang kita lupa bahawa Islam cukup luas dan lengkap dan syumul malah dalam bab-bab hukuman sahaja banyak cabang-cabang yang lain dan hudud hanyalah sebahagian cabang kecil dalam bab muamalat. 

6. Maka, janganlah bila disebut tentang gaya hidup Islamik dan komuniti Islam, yang kita fikir hanya semata-mata hudud, dan lebih teruk lagi fikiran kita hanya terbayangkan potong tangan dan rejam, padahal hudud jauh lebih luas skopnya berbanding itu.

7. Kedua, dalam perbincangan tentang hudud, kita semua harus maklum bahawa yang diperbahaskan sekarang bukanlah tentang kewajiban melaksanakan hukum Allah, kerana itu satu perkara yang pasti- hukuman Allah (contohnya hudud) WAJIB dilaksanakan!

8. Yang menjadi persoalan sekarang ialah bagaimana ingin melaksanakannya, siapa yang melaksanakannya, apa keadaan kondusif dan syarat-syarat yang diperlukan untuk melaksanakannya dan sebagainya.

9. Wallahuaklam (Allah lebih tahu dan Maha Mengetahui).















Nota kaki: Wacana pertama yang dikumpulkan di blog ini boleh ditonton di sini. Tajuknya ialah Ulamak: Untuk Dakwah Atau Parti.

Sekian, terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq