RSS

Thursday, December 19, 2013

Perihal Doktor dan Jururawat


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Semalam sempat menemani atuk sepupu di Hospital Kuala Terengganu sehingga tengahari hari ni. 

2. Sepanjang pagi seronok melihat muka-muka doktor muda (agaknya lah, nak tanya segan tapi ada nametag bertulis Dr fulan bin fulan).

3. Mereka berkumpul-kumpul di sebelah katil pesakit dan menerangkan sesuatu kepada doktor senior agaknya; saya andaikan ini satu latihan yang dipanggil rotation? (mohon pencerahan)

4. Melihat doktor-doktor lelaki muda yang dah la hensem, doktor pulak tu. Saya ni hensem pun idak, doktor pun lagilah idak. Kenangan lalu kadang-kadang menggamit memori (macam radio Klasik Nasional je) namun cuba dibuang jauh-jauh agar boleh fokus kepada bidang pentaulihan perakaunan yang diusahakan sekarang.

5. Terlepas la peluang macam ni. Wahai doktor-doktor wanita, janganlah hanya berkahwin dengan doktor-doktor lelaki sahaja (habis tu, nak kawen dengan doktor wanita ke? Erk..)

6. Tak. Maksud saya, berilah juga peluang kepada pemuda-pemuda yang bukan doktor juga haha. (kena bayar saya komisyen, kalau-kalau saham doktor wanita bujang naik lepas ni).

7. Saya bergurau. 

8. Ingatkan, lepas satu-satunya abang dan satu-satunya kakak saya dah selamat diijab kabul, makin semangat saya nak tunggu turn saya, tapi macam terbalik je.

(Moga Allah SWT kurniakan zuriat yang soleh solehah buat Along, Kak Nazha dan Kakda, Abg Faris dan semoga disatukan semuanya di syurga pada hari akhirat kelak amiin) 

9. Bukan senang rupanya nak menikah. Kenduri saja dah pening kepala.

10. Baguslah saya masih belajar. Perlu terus belajar. Biarlah masa yang menentukan. Saya akan cuba melamar mana yang berkenan haha. Jodoh tetap di tangan Tuhan ;-)


11. Sebenarnya, pengalaman tak sampai sehari sebagai Dr Amirul Asyraf (chewah, lebih-lebih nampak!) di hospital sedikit sebanyak memang menginsafkan.

12. Hospital adalah satu tempat yang amat baik buat mereka yang sangat suka berhias-hias dan lalai dibuai kemewahan.

13. Kerana ia mengingatkan yang sakit, serta yang menjaga orang sakit, bahawa dunia ini persinggahan, jangan jadikan ia destinasi, kerana menemui Tuhan itulah destinasi kita, bersama redha-Nya.

14. Kejap, yang tak tahu, saya bukan doktor ya. Pernah la belajar perubatan dan tak habis pun. Kat atas tu mengada-ngada je.

15. Antara lain yang menginsafkan, adalah betapa beratnya kerja seorang doktor dan jururawat.

16. Nurse tadi cakap, dalam wad ada 40 orang dan nurse ada 4 orang je. 

17. Semoga Allah SWT berikan kekuatan kepada sahabat-sahabat saya di luar sana terutamanya yang bakal atau sedang menjadi doktor dan jururawat. Kerja kalian cukup mulia, namun tanpa keikhlasan, berhati-hatilah daripada terjatuh ke dalam lembah kehinaan!

18. Rupa-rupanya ramai ahli keluarga kita yang memerlukan kita.

19. Hal ini menguatkan lagi tazkirah kepada saya yang busuk hati ini untuk ikhlas mencari ilmu dan mengutamakan ahli keluarga dalam banyak hal terutamanya manfaat agama dan kerohanian.

20. Ramai orang mengejar ilmu untuk populariti. Padahal, dikenali ramai orang bukanlah jaminan keluarga mendapat manfaat yang sama.

21. Cukup ramai dalam sanak-saudara dan ahli keluarga sendiri yang memerlukan bimbingan, serta cukup ramai yang perlu disatukan silaturrahim yang dah memburuk atau terputus.

22. Wallahi, saya percaya dunia ini bukan satu drama. Masalah perhubungan sesama manusia wujud di mana-mana. Kenapa saya perlu beri tumpuan kepada ibunya dan dia memberi tumpuan kepada ibu saya?

23. Maksud saya, kita utamakan orang yang tak kenal atau ada pertalian dengan kita pun, kerana mengejar populariti dan mahu dikenali. Untuk apa semua ini?

24. Perubahan bermula dengan diri kita. Dengan organ yang paling penting, yakni hati nurani kita.

25. Seketul daging itu, yang jika baik, maka baiklah seluruh anggota badan.

26. Seakan memberi isyarat, jika kita baik, kita baikkanlah keluarga kita (walaupun seringkali diakui bahawa berdakwah kepada ahli terdekatlah yang paling mencabar). Kemudian, keluarga yang baik akan menghasilkan masharakat yang baik, dan negara yang baik dan dan dan... cliche! saya tahu, tapi bukan senang untuk orang melihat kesalahan diri sendiri. Semuanya salah orang.

27. Moga Allah SWT kurniakan kita ilmu bermanfaat serta cinta sebenar kepada Allah SWT dan para nabi, serta orang-orang soleh yang dicintai mereka. Dan semoga kita semua dikurniakan taufiq dan hidayah-Nya untuk menjadi seorang hamba yang ikhlas dan bersih hati.

Amiin. Allahumma amiin.

Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt. 
Read more "Perihal Doktor dan Jururawat"

Sunday, December 1, 2013

Adab


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. *Sabda Rasulullah SAW:

"Sesiapa yang menuntut ilmu untuk BERDEBAT DENGAN ORANG-ORANG YANG BODOH, atau MERASA SOMBONG DIRI  terhadap para 'alim 'ulamak, atau MENCARI PERHATIAN manusia kepadanya, pasti Allah SWT akan memasukkannya ke dalam neraka."

(Riwayat Imam Al-Tirmidzi)

Allah....

2. *Al-Hafiz Ibn 'Asakir berkata di dalam kitabnya (Penjelasan Terhadap Pendustaan Penipu Kepada Apa Yang Disandarkan Kepada Imam Abu Al-Hasan Al-Asy'ari):

"Ketahuilah, semoga Allah SWT memberi taufiq kepadaku dan kepadamu dan menggolongkan kita dalam golongan yang bertaqwa kepada-Nya sebenar-benar taqwa. (Ketahuilah) bahawa DAGING ULAMA' ADALAH BERACUN dan Allah SWT mengetahui sesiapa yang membuka ke'aiban mereka. Sesiapa menyandarkan ke atas ulama' Islam pendustaan, maka Allah SWT akan menimpakan kepadanya BALA YANG BESAR sebelum dia mati dengan mematikan hatinya."

Allah...

3. *Imam Shafi'e RH berkata:

"Aku menyelak (membuka lembaran) kertas di hadapan Imam Malik dengan perlahan-lahan agar dia tak mendengar bunyi selakan itu."

*Rujukan: Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama' (Al-Fadhil Al-Ustaz Muhadir bin Haji Doll, moga Allah memelihara beliau)

4. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, seorang tokoh tempatan bertaraf dunia, dalam bukunya 'Islam and Secularism' sangat menekankan aspek adab.

5. Bahawa kita cenderung menyamaratakan (levelling) semua orang, sama ada orang awam ataupun ulama' mahupun orang awam yang berasa alim.

6. Agaknya, pada fikiran saya, mungkin dunia yang berslogankan 'equality for all' masa kini menyediakan platform (contohnya Google) yang bukan hanya boleh digunakan oleh ulama' malah siapa pun orang awam.

7. Padahal tanpa disedari, kita yang guna Google belum tentu betul, tetapi ulama' tak perlu Google pun ilmu dah ada dalam kepala. Buktinya?;

8. Sheikh Hamza Yusuf pernah bertanya kepada gurunya Shaykh Bin Bayyah tentang satu hadis, lantas dijawab guru beliau itu, bahawa hadis yang ditanyakan itu tiada terdapat dalam Kutub Al-Sittah, yakni 6 buah kitab hadis termasuklah As-Saheehayn (dua kitab hadis sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim).

Gambar: Shaykh Bin Bayyah (kiri) dan Shaykh Hamza Yusuf (kanan)
9. Bagaimana ulama' besar ini mempunyai ilmu, pemahaman dan hafalan yang cukup luas sehingga seolah-olah boleh 'scan' otaknya tentang hadis itu.

10. Bandingkan: kita yang ada salinan pdf Kutub Al-Sittah pun, merangkak-rangkak nak mencari, menggunakan bantuan aplikasi 'search' pulak tu. Itupun kalau ada papan kekunci Bahasa Arab (kerana teks asal hadis dalam Bahasa Arab).

11. Ini baru SATU sahaja contoh ketinggian ilmu daripada HANYA SEORANG ulama'. Belum lagi BANYAK CONTOH daripada BERIBU-RIBU ORANG 'alim ulama' (masha Allah hanya Allah sahaja yang tahu kurniaan ilmu-Nya; kerana ulama' tak suka menyebut-nyebut atau menggembar-gemburkan kelebihan mereka).

12. Walaupun dengan keluasan, kedalaman dan ketinggian ilmu serta kefahaman dan hafalan begini, ulama' ini semuanya tidak lekang daripada menuturkan di bibir mereka (contohnya selepas memberi fatwa) dengan kalimah Allahu a'lam (yang bererti Allah lah yang lebih mengetahui).

Allah...

13. Justeru, kembalilah kepada konsep 'adil, yakni meletakkan sesuatu di tempat yang betul. Pandanglah ulama' di tempat yang tinggi maqamnya. Kita ni bukan di maqam yang rendah, entah-entah maqam pun tak ada.

14. Semoga kesedaran begini menjadi asbab perpaduan dan kemajuan umat Islam. Sebelum kita mengikut kecenderungan sesetengah pihak untuk memperlekehkan ulama', saya cadangkan sekurang-kurangnya kita buatlah dulu pembacaan tentang BIOGRAFI/SEJARAH HIDUP DAN SUMBANGAN ulama' ini (kerana nak mengkaji/membahas ilmu mereka bukannya kita faham pun, jadik eloklah kaji kehidupan mereka dulu).

15. Saya mohon maaf jika terkasar bahasa mahupun terguris hati mana-mana pihak. Namun saya mohon bertegas kepada diri sendiri dan anda semua agar sentiasa beringat tentang adab dan akhlak kita terhadap ilmu dan ulama'.

Allahuaklam. Nastaghfirullaha wa natuubu ilayh. Assalamualaykum wbt. 
Read more "Adab "

Saturday, November 23, 2013

Di Mana Silapnya?


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


1. Terima kasih atas ziarah saudara/ri. Semoga Allah SWT membantu kita memperbetulkan NIAT.

2. Lebih baik kita menjadi 'Sobr' Warrior, daripada menjadi Cyber Warrior.

3. Bukankah Allah SWT telah mengajar "..dan mintalah tolong dengan sabar (صبر) dan solat (صلاة)."

4. Maaf, blog ini (dan kedhaifan, kefaqiran serta kejahilan saya) bukanlah sesuai menjadi platform terbaik untuk membahas panjang secara lebih ilmiah tentang Wahabi mahupun soal siapakah Ahlu Sunnah wal Jamaah.

5. Habib Abdullah di Yayasan Restu pernah berpesan bahawa apabila kita renungi keadaan di negara yang bergolak (terutamanya yang ramai umat Islam), adakah pernah kita terfikir bahawa pergolakan ini mungkin berpunca daripada dosa kita (umat Islam) di tempat lain (seperti Malaysia dan Indonesia)?

6. Pernah kah kita beristighfar kerana memikirkan mungkin dosa kita menjadi asbab turunnya bala kepada ummat ini?

7. Adakah kita terlalu sibuk mengira/menganalisa kesalahan dan kezaliman orang sehingga tak sedar dengan kezaliman diri sendiri?

8. Saya berharap saya diterima di sisi Allah SWT sebagai seorang penuntut ilmu, apatah lagi jauh sangat untuk sampai darjat kepada penyampai ilmu.

9. Dalam perjalanan ini, saya melihat bahawa ilmu tasawuf, yang berkaitan dengan soal hati dan jiwa (umumnya) dan yang lazim dikaitkan dengan golongan sufi, adalah satu keperluan; kerana tanpanya agama itu menjadi sempit, simplistik, keras dan kering.

10. Ia menjadi sempit, simplistik, keras dan kering dek hilangnya keseimbangan (mizaan, 'adl) serta wasatiyah yang padahal adalah keindahan Islam sendiri.

11. Islam ad-deen itu bukan setakat merangkumi soal zahir (lahiriah) tetapi juga hal-hal batin (dan ghaib).

12. Di sinilah mungkin terdapat pergeseran antara yang selalu disebut sebagai konflik sufi-salafi; yang pastinya bukanlah ingin dihuraikan di sini.

13. Sebagai kemuncak kepada artikel ini, saya ingin menasihati diri sendiri dan rakan-rakan lain (terutamanya) yang masih baru 'berjinak-jinak' dengan agama, untuk berhati-hati dalam perjalanan kita menuju Tuhan jalla wa 'ala.

14. Ilmu tasawuf banyak mengajar kita memerhatikan soal hati (penyakitnya dan rawatannya).

Jika baik hati (seketul daging) ini, baiklah seluruh anggota badan.
-Rasulullah SAW

15. Namun kita terkadang terlajak ke arah lain pula.

16. Betapa sehinggakan kita menjadi FITNAH kepada agama.

17. Janganlah sama sekali, atas sebab mengiktiraf ilmu hakikat dan meraikan ilmu tasawuf menyebabkan kita meringan-ringankan hal syariat.

18. Padahal inilah antara punca kenapa muncul begitu banyak kritikan terhadap golongan sufi yang mulia (saya tak layak mengaku ahli sufi).

19. Contohnya, kita meringan-ringankan hal solat.

20. Kita berhujah bahawa biarlah kita bermaksiat (dengan meninggalkan solat atau meringan-ringankannya) kerana jika kita banyak beribadah, nanti timbul riyak (salah satu penyakit hati) pula.

21. Alasan apa begini?

22. Memanglah ibadah itu boleh menimbulkan riyak.

23. Namun mengelakkan riyak bukanlah dengan mengelakkan ibadah.

24. Masalahnya bukan pada amalan ibadah, namun masalah sebenar adalah pada hati individu yang melakukan ibadah itu.

25. Solatlah dulu, kemudian bulatkan hati dengan niat kerana Allah SWT.

26. Bukannya tidak solat, kemudian berasa selamat daripada riyak. Ini 'kezaliman' namanya.

27. Justeru, kesimpulan saya begini.

28. Kritikan, musibah dan apa jua yang kita pandang buruk; apabila menimpa kita, ia mungkin saja cerminan kepada kezaliman diri kita sendiri.

29. Sama-samalah kita bermuhasabah dan percayalah, perubahan luaran itu bermula dengan perubahan dalaman.

30. Anggota zahir itu akan berubah bertambah baik, jika hati batin kita kita sucikan dulu.

31. Demikian juga dalam hidup bermasharakat. Perubahan individu (yakni 'organ dalaman') akan mengubah menambah baik masharakat (yakni 'tubuh badan') itu sendiri.

32. Ingatlah satu pesanan yang selalu kita dengar, bahawa jika kita membenci, bencilah hanya sekadar saja. Demikian juga, jika kita menyayangi, sayangilah sekadar saja.

33. Sebagai penutup, renungilah 3 potongan ayat Al-Quran dalam bentuk terjemahan/tafsiran berikut:

.....dan janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu kaum menyebabkan KAMU TIDAK BERLAKU 'ADIL..
(Surah Al-Maidah, ayat 8)

Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, BIARPUN TERHADAP DIRI KAMU SENDIRI..... 
(Surah An-Nisaa', ayat 135)

"...pada hari di mana TIDAK bermanfaat lagi harta benda dan anak-anak, melainkan mereka yang datang kepada Allah SWT dengan hati yang bersih sejahtera (بقلب سليم)."
(Surah Syu'ara', ayat 88-89)

Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt.
..................................
Artikel lain (tentang seruan 'kembali kepada Al-Quran dan Sunnah'): Renungan atas Pegangan
Read more "Di Mana Silapnya?"

Monday, November 18, 2013

Renungan Atas Pegangan


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Ahli farmasi yang mahir ubat-ubatan itu kepakarannya terbatas namun dilengkapi (on complementary basis) oleh golongan yang bergelar doktor. 

2. Para doktor pula merawat pesakit dalam lingkungan kepakarannya apa yang tak diketahui oleh ahli farmasi, dan benarlah doktor juga lazimnya tidak mempunyai kepakaran yang ada pada ahli farmasi.

3. Tak dinafikan mungkin ada individu yang mahir kedua-dua bidang sekali.

4. Demikian juga (secara kasarnya) dalam hal agama (Islam).

5. Para muhaddisin (ahli hadis) mahir benar dalam bidang mereka (antara lain) menyediakan bekalan hadis rujukan seperti ahli farmasi menyediakan ubat-ubatan.

6. Namun akhirnya para mujtahid, yakni golongan faqih (bidang feqah) lah yang mengeluarkan hukum daripada (Al-Quran dan) hadis kerana mereka lebih memahami apa yang dimaksudkan oleh nas-nas ini. Merekalah para 'doktor' agama.

7. Tak dinafikan adanya para imam yang mahir kedua-dua bidang ini malah mahir dalam banyak bidang yang lain juga.

8. Nabi SAW mengajar kita ada orang yang membawa ilmu dan mungkin tak memahaminya, sehinggalah ilmu itu sampai kepada orang lain yang lebih memahami ilmu tersebut.

9. Justeru saya ingin menyeru kepada diri sendiri dan rakan-rakan untuk meneliti kalam ulamak berikut:

1. "Hadis-hadis itu menyesatkan, melainkan bagi mereka yang faqih (menguasai ilmu feqah)."
-Ibn 'Uyaynah

2. "Setiap ahli hadis (man of hadith) yang tidak ada imam dalam bidang feqah adalah sesat."
-Ibn Wahb

10. Imam-imam hadis besar dan ternama seperti Imam Bukhari RH, Imam Muslim RH, Imam Abu Dawud RH, Imam Tirmidzi RH contohnya, merupakan para imam yang berMAZHAB Imam Shafie.

11. Tahukah kita bahawa pada zaman para sahabat pun (yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai generasi terbaik (dalam 3 kurun pertama)), tidak semua para sahabat mengeluarkan fatwa? Bukankah ini bermakna apa yang mereka dengar daripada Rasulullah SAW mungkin lebih difahami oleh para sahabat lain yang lebih faqih?


12. Ringkasnya, berhati-hatilah. Seruan untuk terus kembali kepada (nas-nas) Al-Quran dan Sunnah itu seruan yang mulia, tetapi kita perlu memahami nas-nas ini melalui para ulamak yang bukan sahaja benar dan diiktiraf ilmu mereka, malah besarnya bilangan dalam kalangan mereka, menjadi bukti bahawa ia pasti betul.

13. Jika kita menjadikan nafsu kita sebagai panduan, dan nafsu kita sebagai 'ulamak' rujukan, bukankah bahaya? Na'uzubillah.

14. Jangan hanya dengan mempelajari sedikit ilmu hadis dan membaca terjemahan Al-Quran menjadikan kita bongkak merasakan sudah pandai, malah lebih pandai berbanding para ulamak yang sudah beribu tahun berkekalan dan mengalir ilmu mereka (daripada Nabi SAW).

15. Bersyukurlah dengan nikmat kurniaan Allah SWT. Dan aman serta tenanglah akan janji Allah SWT melalui kalam kekasih-Nya yang mulia;

"Bahawa ummatku (ummat Nabi Muhammad SAW) tidak akan bersatu atas kesesatan."

Allahu ta'ala a'lam.

Artikel berkaitan: Kenapa Perlu Ikut Mazhab
Read more "Renungan Atas Pegangan"

Tuesday, November 5, 2013

Muharram: Tahun Lepas Aku Mati


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

"Kematian itu merehatkan orang-orang beriman daripada dunia yang rosak. Dan kematian juga merehatkan dunia daripada orang-orang yang merosak."

1. Ya Allah, dah masuk tahun 1435 Hijrah! Semoga Allah SWT mengampunkan (dan memadam) dosa-dosa kita yang lalu serta menerima segala amal baik kita yang lepas.

2. Bahkan detik masa yang berlalu mendekatkan kita pada kematian.

3. Untuk orang yang beriman, yang telah selama ini bersungguh-sungguh berpayah-payahan berusaha menuju Allah SWT, kematian itu adalah KEREHATAN baginya; kerana pasti baginya kesenangan buat selama-lamanya di hari akhirat.

4. Kematian juga pastinya KEREHATAN buat dunia dan seisinya daripada mereka-mereka yang selama ini merosakkan dan menzalimi yang lain, kerana mereka kini sudah dicabut nyawanya. Allah...

5. Moga Allah SWT menjadikan kita golongan pertama tadi. Moga roh kita tenang berehat sebelum menghadap Allah SWT ameen ameen ameen.

6. Kenapa diberi tajuk artikel ini 'Tahun Lepas Aku Mati'?

7. Kematian itu padahal bukanlah kematian fizikal sahaja, yakni apabila berpisahnya roh daripada jasad.

8. Tetapi berapa ramai orang di dunia ini telah mati hatinya; kerana lalai daripada mengingati Allah SWT. Allah..

9. Antara orang yang lalai, jahil, faqir lagi dhaif ialah saya sendiri.

10. Insha Allah, moga 'azam tahun ini adalah untuk MENGHIDUPKAN semula hati (qalb) ini.

11. Dan hati ini hidup apabila ia disucikan. Moga Allah SWT permudahkan insha Allah.

12. Pernah dikisahkan tentang satu soalan ditanya kepada seorang ulamak besar dari Yaman, Habib Umar bin Hafiz, tentang kenapa beliau menziarahi maqam dan qubur para wali? Padahal tempat meminta hanya kepada Allah SWT.


13. Lantas dijawab beliau, ziarah itu supaya menghidupkan jiwa yang mati ini kepada cinta Tuhan.

14. Tambah beliau, kematian dan kehidupan itu merujuk kepada jiwa kita. Lantaran itu, bahkan ramai yang menziarahi itulah yang mati (jiwanya), padahal yang diziarahi itu hidup.

15. Pusara para wali lebih baik daripada kediaman sesetengah orang yang hanya mematikan jiwa (kerana banyaknya yang menjauhkan kita daripada Allah SWT; kemewahan, kelalaian dan sebagainya).

16. Beliau menegaskan bahawa bukanlah ziarah itu bertujuan meminta manfaat daripada maqam para wali, kerana hanya Allah SWT yang mempunyai kuasa memberi manfaat.

17. Sebaliknya, mengangkat tangan di sisi maqam bukan untuk meminta kuasa daripada mereka, tetapi memohon kepada Allah SWT agar kita dicintai oleh Allah SWT sebagaimana Dia mencintai para wali.

18. Sebagai penutup, saya ingin kongsikan satu analogi yang pada saya sungguh menarik.

19. Cuba renungi kecantikan penciptaan mata dan penglihatan kita.

20. Pertamanya, betapa ramai antara kita yang celik mata tetapi buta hati? Allah...

21. Kedua, pernah saya terbaca satu dialog dalam Bahasa Inggeris lebih kurang begini bunyinya:

What is worse than losing our eye sight?
Answer: Losing our vision!

22. Maksudnya, hidup di dunia ini biarlah bermatlamat (vision). Insha Allah.

23. Ketiga, ada satu video tentang seorang pemuda buta (sejak kecil) yang hafaz Al-Quran (padahal dia buta, pun boleh hafaz. Allah Allah...)

24. Ditanya adakah dia sedih kerana buta?

25. Dijawabnya, sedih juga awalnya. Namun, dia bersyukur, kerana yaqin, pada hari akhirat nanti, dia tak akan disoal atas dosa-dosa yang dilakukan oleh mata (kerana dia buta maka tiada dosa mata!) Allah.. menangis Sheikh yang bertanya soalan itu kepadanya.

Ya Allah, selamatkanlah daku daripada fitnah wanita, dan selamatkanlah wanita daripada fitnah aku.

26. Moga kita menundukkan pandangan kita wahai kaum Adam terutamanya.

Analogi

27. Penutup. Cuba renungkan, mata kita dapat melihat banyak benda di dunia ini. Persoalannya, bila kita nampak pokok, adakah pokok itu telah meloncat masuk ke dalam mata kita? Tak! Bukan muat pun.

28. Sebenarnya tanpa cahaya, kita tak boleh melihat pokok itu. Contohnya, pada waktu malam.

29. Jadi, apa yang kita nampak di sekeliling kita, adalah kerana cahaya matahari telah terpancar atas objek-objek ini kemudian dipantulkan ke dalam mata kita (maka menjelmalah dalam persepsi kita sesuatu yang dinamakan 'imej' pokok tadi).

30. Jika ingin difikirkan, imej itu sebenarnya adalah cahaya matahari (bukannya pokok).

31. Namun, walaupun ia cahaya matahari, ia bukan matahari!

32. Dengan kata lain, hakikat bahawa kita boleh melihat 'alam sekeliling adalah satu klu atau tanda-tanda bahawa matahari itu wujud (atau bahawa ia waktu siang) tetapi bukan 'alam sekeliling itu sendiri ialah matahari.

33. Demikianlah juga hikmah penciptaan. Apa yang kita nampak di sekeliling kita (termasuk matahari sendiri) dan pada diri kita, semua ini bukanlah Tuhan atau Allah SWT, tapi mereka menjadi tanda-tanda dan bukti akan kewujudan Allah SWT.


Allahu ta'ala a'lam. Wassalamualaykum wbt.
Read more "Muharram: Tahun Lepas Aku Mati"

Saturday, November 2, 2013

Surat Terbuka Buat Hati Yang Tertutup


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Dalam Kitab Al-Hikam karangan Ibn 'Atha illah As-Sakandari, antara hikmah pertama yang cukup menusuk qalbu adalah seperti berikut (paraphrase):

2. Bahawa kita hendaklah bergantung kepada Allah SWT, bukan kepada 'amal kebajikan kita.

3. Bergantung kepada 'amal adalah satu kesilapan serius yang perlu diperbetul.

4. Contohnya hari ni kita banyak solat sunat, malam tadi berjam-jam di masjid, paginya bangun tahajjud, siangnya banyak bersedekah, banyak buat baik, maka hati rasa tenang, BERSEMANGAT benar nak buat dakwah.

5. Tiba-tiba besoknya terbangun lambat Subuh, terus down semacam, semangat nak buat baik pun hilang. Amal makin berkurang dan semangat pun pudar hilang.

6. JANGAN!

7. Itu tandanya kita bergantung kepada 'amal; padahal kita hendaklah bergantung kepada Allah SWT dan hanya pada-Nya; ingatlah bahawa pegangan Ahlu Sunnah Wal Jamaah adalah bahawa iman kita bertambah dan berkurang.

8. Kedua, kita umat Islam bukan umat yang lekeh. Kita bukan hanya bercakap, kita buat!

9. Kita mesti sistematik dan bersungguh-sungguh mengatur gerak langkah dan strategi untuk melakukan dakwah. Kita mesti ilmiah dan perancangan mesti rapi.

10. Tapi AWAS!

11. Kejayaan kita bukan atas dasar asbab usaha kita. Melainkan dengan izin Allah SWT.


12. Jangan hanya asyik memikirkan masalah ummah sehingga hubungan dengan Allah SWT tak terjaga.

13. Perhatikan bagaimana solat kita. Perhatikan bagaimana doa kita.

14. Jika kita bergantung kepada diri sendiri, nescaya kita lemah. Nescaya kita LELAH!

15. Seorang da'ie itu bangun bertahajjud kepada Tuhannya bukan hanya agar diberi kekuatan (yang boleh menjadikannya riyak) malah penting sangat mohon agar Allah SWT bukak pintu hati orang-orang yang ingin didakwahkan.

16. Barulah hadir rasa ikhlas; bukannya rasa menyampah, seolah-olah kita sudah buat yang terbaik dan mereka-mereka yang tak nak dengar kata ini semua memang 'dah tak ada harapan.'

17. Pesan Imam Al-Ghazali rahimahullah, jika melihat seorang berkata buruk pada insan yang lain, ketahuilah bahawa orang itu telah rosak (sakit) hati nuraninya.

18. Padahal seorang yang beriman, dia mencari alasan (untuk tak menyalahkan insan lain), bukannya mencari sebab dan hujah untuk memburuk-burukkan orang. Ini sifat munafik. Allahu Allah..

19. Carilah ilmu yang baik yang boleh diamalkan seberapa segera mungkin. Antaranya adalah doa. Dengan doa, hafallah terus, dan amalkan sentiasa.

20. Ilmu yang sebenar adalah yang kekal bersama kita, kerana diamalkan sentiasa.

21. Carilah guru yang murshid. Yang boleh membimbing kita. Jangan pandang rendah atau ambil ringan terhadap ilmu agama Islam. Jika ia mudah, ia mungkin membawa padah. Niatkan. Azamkan. 

22. Moga Allah SWT mengikat kita dengan ikatan ilmu yang kuat yang sampai kepada Rasulullah SAW, sunnah baginda, hikmah baginda SAW; ia semua bersambung dengan kita.

23. Akhir sekali, perhatikan ilmu dan amal kita seharian. Adakah hati kita semakin bersih kerananya?

24. Jika kerja dan amal kita tak menjadikan kita lebih baik, lebih tawadhu', lebih tunduk, lebih takut pada Allah SWT, lebih sayang pada Rasulullah SAW, lebih sayang pada ummah dan alam semesta, maka berhentilah, wuquflah, barulah kita tiba di medan 'Arafah; untuk tahu dan 'arif tentang di mana kita sebenarnya!

25. Wahai kata-kata yang tersusun, nasihat-nasihat di atas semuanya buat peringatan diri saya yang sentiasa lupa, leka dan berdosa. 

26. Jika ada yang terkena pada mu wahai sahabat-sahabat pembaca, kita sama-sama tadahkan tangan dan aminkan agar kita sama-sama berubah dan merubah.

27. Penyucian jiwa itu proses berterusan. Allah SWT telah mengingatkan bahawa di 'sana' nanti, tiada apa pun yang bermakna (menang debate ke, menang hujah ke, Islamkan orang ke) jika kita tak datang menghadap Allah SWT dengan hati yang suci bersih.

28. Ini satu nasihat; bukan tipu muslihat.

29. Ia satu surat terbuka, kerna khuatir hati tertutup. Ya Allah permudahkanlah ameen!

Allahuaklam. Wassalamualaikum wbt.
Read more "Surat Terbuka Buat Hati Yang Tertutup"

Tuesday, October 29, 2013

Di Hujung Jari


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Kita sering dimomokkan dengan kehebatan era masa kini yang digambarkan sebagai zaman apabila dunia sudah berada di hujung jari.

2. Secara umumnya, saya memahami bahawa ia bermaksud kita boleh mendapatkan maklumat tentang apa jua di seluruh dunia ini walaupun hanya dengan menekan butang-butang di papan kekunci (keyboard) komputer (dengan jari jemari). Malah urusan seperti urus niaga juga kini boleh dilakukan dengan cara yang sama.

3. Jika cuba dilihat dari sudut pandang yang lain; yang saya rasa lebih tepat, sebenarnya dunia sekarang hanya diketahui terlalu sedikit realitinya, ibarat hanya sekecil hujung jari.


4. Cuba perhatikan gambar di atas. Daripada keseluruhan permukaan bumi yang luas itu, hanya sikit bahagian yang tersentuh hujung jari padanya.

5. Ada dua kiasan yang saya mahu ambil di sini.

6. Pertamanya, kita boleh jadi jumud tak bergerak ke mana-mana. Duduk di situ sahaja, kerana kemudahan internet misalnya, mengurangkan pergerakan kita kerana seolah-olah tak perlu. Nak makan pun sekarang, bukan sahaja tak perlu masak, malah tak perlu keluar rumah.

7. Perkara ini selalu disebut-sebut sebagai satu kemudahan zaman moden, dan saya bukan ingin menafikan manfaat yang ada daripada kemudahan sebegini, tapi janganlah sehingga kita lupa juga akan banyaknya kesenangan dunia ini yang mendatangkan mudarat.

8. Bak kata cerdik pandai, di negara orang, manusia mati kekurangan makanan, kita di bumi bertuah Malaysia ini mati dek terlebih makan! Sebut sahaja darah tinggi, kencing manis, sakit jantung; saya yakin anda faham mesej saya.

9. Apapun bukan itu fokus saya dalam penulisan ringkas ini.

10. Kiasan kedua adalah tentang jari telunjuk itu sendiri; yang difahami sebagai satu perbuatan mengarah, dari aspek bahasa badan atau body language. Maksud saya, jika seseorang ingin memberi arahan, dia biasanya tunjuk menggunakan jari telunjuk.

11. Mesej saya begini. Kita fikir kononnya kita ketahui semua (atau banyak) benda dalam dunia ini melalui internet.

12. Tanpa kita sedari, internet menjadikan kita jauh lebih sempit pemikiran; melainkan jika kita sedar. Adakah internet menyediakan maklumat yang kita perlu, atau maklumat yang kita MAHU? (ingat jari telunjuk- simbolik perbuatan mengarah, MAHU itu dan ini)

13. Cuba perhatikan pola carian kita di internet. Sebenarnya enjin carian seperti Google (setahu saya) mempunyai kebolehan menilai kegemaran (favorite) kita, seperti laman web apa yang kita sering buka, dan subjek apa atau cerita apa yang kita selalu baca. (begitu juga news feed  atau timeline di Facebook dan lain-lain yang sedia 'dipilih' untuk kita; bukan oleh kita)

14. Daripada maklumat yang terlalu banyak, maka akan dipilih kelompok-kelompok maklumat yang telah dikategorikan tadi untuk menjadi santapan minda kita.

15. Contohnya, jika kita menaip kebaikan Facebook, maka pasti yang keluar adalah pautan kepada artikel mahupun sumber bentuk lain yang berkaitan dengan kebaikan Facebook (ini contoh saja).

16. Dengan kata lain, jika itulah keyakinan selama ini (bahawa Facebook itu adanya baik sahaja), maka demikianlah keyakinan kita sampai bila-bila melainkan kita mula membuka minda dan memahami sifat dan ciri-ciri internet ini.

17. Demikian juga dalam hal menyokong dan membangkang sesuatu jemaah atau kumpulan dakwah Islam.

18. Kita kadang-kadang terfikir, bahawa kumpulan kita lah yang terbaik, kerana kita dikelilingi oleh kelompok yang berpemikiran sama (demikian kecenderungan biasa manusia) dan sering saja didedahkan dengan maklumat-maklumat yang menguatkan lagi pendirian kita.

19. Dalam hal yang lain, isu Palestin, Syria, Mesir misalnya.

20. Seolah-olah media lah yang berperanan mendefinisikan hidup kita, dan realiti sekeliling kita.

21. Ada musimnya, media akan melaporkan kezaliman yang berlaku di negara-negara bergolak.

22. Adakah hanya ketika itu sahaja mereka bergolak?

23. Terkadang terasa apabila kita sibuk pula dengan isu lain, contohnya Bajet 2014 (Malaysia), seolah-olah timbul di hati semacam perasaan bahawa oh, negera-negara bergolak ini sedang rehat sekejap.

24. Tidak! Pergolakan dan kezaliman berlaku hari-hari di seluruh dunia. Kekerapannya bukan bergantung kepada kekerapan ia dilaporkan di internet (media).

25. Ya, apa yang media laporkan mungkin berlaku dalam dunia realiti. Tapi apa yang berlaku dalam dunia realiti tak mungkin semuanya dapat dilaporkan media.

Jadi apa cadangan saya?


26. Tujuan saya menulis adalah supaya saya juga dapat mengingatkan diri sendiri agar membuka mata.

27. Dalam dunia media, perlu lebih banyak pengkajian, dan jangan sesekali gopoh, malah beremosi dalam berkongsi maklumat, apatah lagi 'aib orang.

28. Di Malaysia, apabila trendnya adalah laporan media tentang jenayah yang makin meningkat; kita tak menafikan kebenarannya, namun bukan satu andaian yang baik untuk menyamakan kadar jenayah dengan kadar kekerapan laporannya di media.

29. Yang penting adalah persediaan kita untuk mati (dan hidup di alam berikutnya).

30. Dan perlindungan serta tawakkal kita kepada Allah SWT, itu yang dicari.

31. Sama ada bergantung kepada Allah SWT dan lakukan sesuatu; atau mengharapkan bantuan polis, dan akhirnya mempersalahkan polis juga atas kekurangan mereka.

32. Moga kita tak 'patah kaki' kerana internet. Sedangkan Islam mengajar kita untuk bertebaran di muka bumi, untuk mengambil manfaat dan pengajaran.

33. Mohon doakan saya juga yang terlebih-lebih lagi jahil dan hinanya di sisi Allah SWT ini. Akhirnya nanti, yang menyelamatkan kita ialah Islam yang kita 'gigit dengan gigi geraham'.

34. Kita harus kuat. Dan kuatnya kita bukan bermula dengan badan fizikal, tapi kekuatan hati dan jiwa. Sucikanlah ia, dan sucikan sentiasa.

35. Jangan sampai suatu ketika, kita menyesal, dan hanya mampu menggigit JARI. Bahkan mungkin; bukan dunia di hujung jari, tapi jari ini terlalu kecil untuk meliputi walaupun hujung dunia.

Allahuaklam. Wassalamualaikum wbt.
Read more "Di Hujung Jari"

Thursday, October 24, 2013

Korbankan Unta, Bukan Agama


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Umat Islam tak patut dan memang tak menafikan bahawa lembu ialah binatang yang mulia di sisi penganut agama Hindu. Soalnya, adakah menyembelih lembu adalah perbuatan menghina penganut agama Hindu?

2. Padahal ibadah korban oleh umat Islam, contohnya menyembelih lembu, bukanlah bertujuan menunjukkan betapa hinanya lembu di sisi umat Islam. 

3. Bahkan sebaliknya!

4. Binatang-binatang korban dan ternakan dimuliakan kerana menjadi manfaat buat manusia, sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran sendiri pada banyak tempat.

5. Malahan, dalam satu hadis Nabi SAW, pada hari akhirat, binatang korban tadi akan datang bersama-sama tanduk, kuku dan bulu-bulunya sebagai bukti kepada individidu yang melaksanakan ibadah korban.

6. Adakah wajar umat Islam berkongsi gambar aktiviti penyembelihan di Facebook?

7. Islam mengajar kita agar menitikberatkan adab; sesama manusia mahupun alam keseluruhannya.

8. Saya kurang bersetuju jika perkongsian gambar-gambar sedemikian terus dilihat sebagai tanda-tanda tidak sensitifnya umat Islam terhadap orang bukan Islam, terutamanya penganut agama Hindu.

9. Padahal menafikan ruang perkongsian sedemikian seolah-olah menunjukkan kita tak sensitif terhadap amalan kebiasaan umat Islam.

10. Saya mohon maaf terlebih dulu jika ada yang tak setuju, mohon saya huraikan lebih lanjut dan terperinci hujah saya.

11. Pertamanya, Islam meletakkan niat sebagai asas kepada perbuatan.

12. Sesiapa yang berniat berkongsi gambar-gambar aktiviti penyembelihan lembu, sebagai tanda kesyukuran atas kemeriahan dan nikmat Allah pada Hari Raya Aidiladha adalah baik.

13. Pada hemah saya, umumnya, tak kanlah ramai orang Islam suka-suka muat naik gambar sembelihan dengan niat ingin mempersenda agama lain.

14. Demikian juga, saya rasa kita maklum bahawa aktiviti penyembelihan ini juga disiarkan di kaca televisyen padahal bukan orang Islam sahaja yang menonton TV.

15. Ada juga aktiviti penyembelihan yang dilakukan di kawasan lapang seperti padang, yang kadang-kadang mencetuskan isu juga yang berkaitan sensitiviti agama.

16. Saya berpendapat bahawa di negara Malaysia, menyedari hakikat bahawa majoriti umatnya adalah umat Islam, maka masyarakat bukan Islam sewajarnya sensitif juga (yakni peka) tentang amalan biasa umat Islam.

17. Selagi mana umat Islam tak memaksa individu bukan Islam (terutamanya penganut agama Hindu) untuk menonton, menyaksikan mahupun melihat sendiri penyembelihan itu, maka sepatutnya gambar-gambar sopan yang disiarkan, mahupun penyiaran di televisyen secara terbuka dan aktiviti di tempat terbuka (seperti padang) tak menjadi masalah. Bukankah adanya pilihan untuk tak melihat?

18. Menyembelih lembu di depan lembu lain yang hidup dan akan disembelih pun dikira tak beradab dalam Islam, menunjukkan bahawa Islam bukan sekadar menghormati sesama manusia, bahkan juga kepada haiwan.

19. Sebarang gambar yang berbentuk menghina binatang sembelihan, bukan sahaja mengguriskan hati orang bukan Islam (Hindu), bahkan orang Islam sekalipun tak kan setuju.

20. Mohon betul-betul faham sekali lagi, saya sama sekali tak menafikan keperluan untuk menjaga sensitiviti orang bukan Islam. Namun, saya rasakan bahawa kadang-kadang kita tak melakukannya dengan 'bertempat'.

21. Ayuh kita lihat dari sudut yang berbeza.


22. Arak dilarang dan diharamkan dalam Islam. Tapi kita mempunyai kilang arak yang besar, di Selangor contohnya.

23. Jika diadili dengan baik, kilang yang boleh dilihat ketika memandu di jalan raya ini, pasti paling banyak dipandang oleh orang Islam (kerana komposisi rakyat kita yang majoritinya orang Islam). Jika menggunakan logik yang sama, bukankah wajar untuk dipersoalkan tentang sensitiviti umat Islam yang tak dipelihara dalam hal ini?

24. Bagaimana pula dengan pegangan tauhid umat Islam (Tiada Tuhan selain Allah), yang bertentangan dengan konsep triniti penganut agama Kristian dan konsep ketuhanan agama lain, adakah tidak boleh disebut-sebut Laa ilaaha illa Allah kerana boleh melukakan hati orang bukan Islam?

25. Bagaimana pula dengan syiar Islam seperti azan, adakah perlu menafikan hak umat Islam yang ramai di sesuatu kawasan apabila ada sebilangan kecil penganut bukan Islam 'terganggu' dengan bunyi 'bising' azan?

26. Di sinilah perlunya sikap saling memahami dan saling menghormati.

27. Umat Islam perlu tunjukkan contoh yang baik.

28. Kita mesti tegas dalam hal-hal tertentu (bukan apologetik sepanjang masa) dan dalam masa yang sama mesti berhikmah, baik dan mesra dengan masyarakat bukan Islam yang lain. 

29. Perlu ada keseimbangan antara aspek Jalal dan Jamal. Sebagaimana Allah SWT garang terhadap orang-orang yang keras, dan besar rahmat dan kasih sayang-Nya terhadap orang-orang yang sentiasa mengharap.

30. Demikian juga halnya dalam dua hal yang lain. Saya sentuh dengan ringkas, kemudian saya tutup artikel ini insha Allah.

Pertama

31. Saya bukanlah peminat tegar (kipas-susah-mati) Ustaz Azhar Idrus. Tetapi secara peribadi saya kurang bersetuju dengan komentar seperti kenapa UAI suka buat lawak dan kenapa UAI kadang-kadang memberi jawapan agama tanpa beserta dalil.

32. Pertamanya, saya yakin bahawa setiap orang ada peranan dan perlu mainkan peranan masing-masing.

33. Jika ditelusuri perjalanan dakwah UAI, yang mendengar ceramah beliau ialah orang kampung dan anak muda (tak menafikan peranan da'ie lain).

34. Maka mungkin tarikan melalui lawak jenaka sekali-sekali perlu untuk menarik kumpulan-kumpulan dari latar belakang begini.

35. Tentang dalil pun sama. Bak kata pepatah, Absence of evidence is not evidence of absence.

36. Kadang-kadang UAI menjawab soalan yang diajukan tanpa dalil (kadang-kadang merujuk kitab ulamak yang memang tak sertakan dalil kerana ia satu ringkasan untuk orang awam).

37. Tak menyertakan dalil tak semestinya tak bersandarkan dalil.

38. Yang penting buat orang awam terutamanya, adalah untuk mendapat jawapan kepada persoalannya, dan agar dapat diamalkan. Kalau tak diberitahu dalil tak mengapa, walaupun jika dimaklumkan, lebih baik (jika perlu).

39. Namun dalam dunia moden, semua orang daripada pelbagai latar belakang, boleh menonton ceramah UAI di You Tube. Pastinya adanya golongan yang lebih terpelajar sikit mahukan dalil dalam setiap hujah.

40. Mungkin tak salah mintak dalil, tapi sekali lagi pinta saya, fahamilah peranan dan latar belakang masing-masing, dan iktiraflah.

Kedua

41. Soal artikel 'elit'.

42. Saya pun pernah berasa 'menyampah' dengan artikel-artikel agama yang banyak menggunakan istilah Bahasa Arab; kerana saya pun tak faham istilah yang digunakan.

43. Demikian juga ada artikel yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Orang awam biasa pasti struggle nak faham dan menghadam mesejnya.

44. Namun, saya rasa penilaian sebegini tidak adil. Dan saya pun salah juga.

45. Sepatutnya, kaedah yang boleh digunakan adalah mengiktiraf peranan dan kumpulan sasaran.

46. Jika saya tak faham sesuatu artikel, mungkin bukan saya kumpulan sasarannya (dari segi corak penulisan).

47. Samalah juga artikel dalam Bahasa Inggeris; penulisnya mungkin dapat menulis lebih baik dalam Bahasa Inggeris (atau sebab-sebab lain) tapi pasti ada kumpulan sasarannya.

48. Jika kita tak termasuk, janganlah salahkan yang menulis, tapi pertingkatkan kebolehan kita sebagai pembaca.

49. Dan jika kita faham artikel-artikel 'elit' ni pula, dan merasakan bahawa orang awam dan orang kebanyakan perlu memahaminya, kenapa kita tak mengambil inisiatif untuk mengalih bahasa atau menulis semula dalam bentuk yang lebih mudah?

50. Sekian sahaja coretan buat masa ini. 

51. Saya mohon maaf sekali lagi jika ada yang terguris di hati. Nothing personal. Niat saya adalah sekadar membahaskan beberapa persoalan yang bermain di benak fikiran saya, dan pastinya saya insan biasa yang pasti jua ada kelemahan dan tersilap dalam memberikan pendapat.

Allahuaklam. Wassalamualaikum wbt.

P/S: Sudut pandang yang diketengahkan bukan bermaksud memberi fatwa ya. Jazakumullahu khairan kaseera.

2.15 pagi, Khamis, 24 Oktober 2013
Read more "Korbankan Unta, Bukan Agama"

Monday, October 21, 2013

Selamat Tinggal Borneo!


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


1. Kenyataan Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman telah menjadi bualan ramai rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan isu kalimah Allah dan keputusan mahkamah baru-baru ini.

2. Artikel yang menyiarkan kenyataan itu boleh dibaca di sini.

3. Sebelum saya berbicara lebih lanjut, izinkan dengan ringkasnya saya sebut di sini, bahawa ada sesetengah orang Islam, apatah lagi yang bukan Islam masih keliru dengan persoalan sebenar dalam isu kalimah Allah.

4. Sehinggakan ada orang bukan Islam yang menggunakan istilah A-word (merujuk kepada Allah) kerana beranggapan (atau sekadar sindiran sinis) bahawa orang bukan Islam tak boleh lagi menggunakan atau menyebut, mahupun mengeja nama Allah.

5. Padahal, bukan itu soalnya. Fahamilah betul-betul. Isunya adalah apabila perkataan God mahu diterjemah kepada Allah dalam penulisan Bahasa Melayu.

6. Menterjemah God kepada Allah bermakna perkataan seperti Son of God akan diterjemah menjadi anak Allah, padahal sepatutnya anak Tuhan.

7. Sesungguhnya Allah SWT suci daripada sifat sedemikian. Dia tak beranak dan tak diperanakkan. Frasa 'Anak Allah' ibarat menyatakan 'Segi tiga berbentuk bulat'. Tak masuk akal!

8. Ringkasnya, yang tak dibenarkan adalah kerana khuatir penggunaan itu menjadi peNYALAHgunaan.

9. Justeru, apa yang saya faham, jika seorang bukan Islam ingin menyanyi lagu negeri yang ada nama Allah di dalamnya, atau ingin menyebut kuat-kuat bahawa Allah SWT Maha Esa, dan lain-lain keadaan yang sesuai dengan sifat Allah SWT, maka silakan.

10. Berbalik kepada soal ISMA tadi, kenyataan beliau ialah:

“Mereka boleh buat pilihan lain untuk berpindah ke mana-mana negara kalau sudah tidak lagi boleh menerima kedaulatan Islam dan raja yang menjaga kedaulatan agama itu.”

11. Baik, begini komentar saya.

12. Lenggok bahasa sedemikian memang mengguriskan hati mereka yang tak gembira dengan keputusan mahkamah (bahawa kalimah Allah dilarang digunakan seperti yang diinginkan) sehinggakan ia menjadi mesej secara tak langsung bahawa satu-satunya pilihan sekarang adalah untuk keluar daripada negara Malaysia.

13. Jika dilihat dari aspek ini, maka kenyataan ini tidak patut dikeluarkan. Malah jika memang demikian niatnya, saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang hina dina tegas tak bersetuju. ISMA telah menjawab balik dengan menyatakan bahawa sebenarnya kenyataan itu diputar belit atau mungkin disalahfahami. Allahu'aklam.

14. Namun, saya berharap sahabat-sahabat (terutamanya yang bukan Islam) dari Sabah dan Sarawak lebih cenderung untuk melihat kepada pilihan lain, yakni bersatu padu dan bersama-sama saling menghormati satu sama lain dan mencintai negara kita ini.

15. Selain hal di atas, saya ingin sentuh juga perkara-perkara berikut.

16. Sebagai seorang Muslim, saya faham bahawa Islam ialah agama yang harmoni dalam ketegasannya.

17. Saya cenderung untuk bersetuju dengan ISMA dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan dan sumbangan orang Melayu dalam hal-hal berkaitan agama Islam dan kedaulatannya, lebih-lebih lagi jika sumber rujukan ISMA ialah idea dan pendekatan yang dibawa oleh tokoh ulamak besar nusantara (dan antarabangsa), Tan Sri Professor Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas.



18. Pun begitu, saya harap, ISMA dan ahli-ahlinya, mahupun siapa jua orang Melayu Muslim yang lain, mengelakkan daripada mempunyai mentaliti bahawa Islam hanya akan kuat dan berdaulat jika semua orang di negara kita, atau di tempat kita tinggal adalah Melayu dan Islam sahaja.

19. Mentaliti sedemikian saya fikir ada kemungkinan menyumbang ke arah tercetusnya idea untuk orang bukan Melayu atau bukan Islam agar 'keluar' atau 'dihalau'.

20. Bukan sahaja ia tak praktikal dalam idealisme sebenar Islam (sefaham saya) memikirkan komposisi rakyat Malaysia berbilang latar-belakang, bahkan jikapun praktikal, ia menutup ruang dakwah dan ia bukan matlamat unggul kita umat Islam.

21. Lemahlah kita jika kita fikir kita akan meninggi hanya jika kita berada sesama kita. Jaguh kampung sahaja. Pandanglah lebih tinggi. Orang Melayu hebat ke-Islamannya jika dihormati dalam kalangan orang bukan Melayu dan orang bukan Islam yang tinggal di bawah satu bumbung dengan mereka.

22. Sama juga, dalam isu yang lebih dalam, tentang persoalan mazhab (huraian ini tiada kaitan dengan ISMA).

23. Tidak bolehlah kita melaungkan slogan meninggalkan mazhab dan meletakkan hanya satu standard sahaja untuk diikuti umat Islam. Apatah lagi slogan cacat menyeru orang awam agar berlepas diri daripada mazhab.

24. Menurut Sheikh Faraz Rabbani, hal ini bukanlah panggilan kepada perpaduan dan toleransi, tetapi satu usaha memecahbelahkan masharakat. Jika hanya satu mazhab yang mahu diikut, maka akan bergaduh besar dan masing-masing mahu mazhab mereka yang 'menang'.

25. Padahal kepelbagaian pendapat ulamak itu satu rahmat yang luas. Dan pendapat mereka yang berbeza-beza itu adalah dalam hal cabang dan semuanya betul lagi benar.

26. Perpaduan bukanlah dicapai apabila hanya satu idea diterima dan yang lain wajib mengikutinya, tetapi menurut Sheikh, betapa perbezaan sesama kita tak sepatutnya menjadi halangan untuk kita hidup bersama.

27. Menurut Sheikh Abdal Hakim Murad, 90 peratus daripada umat Islam dalam 90 peratus tempoh masa perjalanan sejarahnya hidup harmoni kerana penerimaan dan toleransi antara satu mazhab dengan mazhab yang lain. Adakah formula yang lebih baik berbanding yang ini?

28. Sebagai penutup, saya sentuh sikit lagi tentang kalimah Allah.

29. Kelihatannya, ada usaha sesetengah pihak untuk sama-sama mengaku tentang konsep keesaan Tuhan dalam agama mereka, sekaligus menjadi justifikasi bahawa bolehlah kalimah Allah itu mereka gunakan.

30. Saya mohon rakan-rakan se-Islam mematahkan terus hujah begini dengan merujuk semula kepada Rukun Islam kita yang pertama yakni shahadatayn (DUA kalimah shahadah).

31. Ya, umat Islam bukan hanya mengakui keesaan Allah SWT, malah wajib menerima bahawa Muhammad itu Rasulullah SAW dan Nabi yang terakhir.

32. Mengakui keesaan Tuhan semata-mata tidak menyamakan mana-mana agama dengan agama Islam, sama ada Kristian, Hindu dan lain-lain, kerana hanya Islam mewajibkan keimanan kepada Rasulullah SAW.

33. Hal ini bukan untuk menolak keharmonian antara penganut agama, tetapi untuk menolak kekeliruan propaganda sesetengah pihak yang menyamakan semua agama dalam semua aspek. TIDAK! Perpaduan itu memerlukan usaha mencari persamaan, tapi yang hitam katakanlah hitam, bukan putih.

Allahuaklam. Assalamualaikum wbt.


P/S: Kepada semua orang Sarawak dan Sabah, sama ada Muslim mahupun bukan, saya mahu ucapkan:
Kamek sayang kitak! =D
Read more "Selamat Tinggal Borneo!"

Wednesday, October 9, 2013

Rendahkan Pandangan, Jangan Pandang Rendah


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Dalam satu program oleh Interactive Dakwah Training (IDT) bersama Sheikh Nuruddeen Lemu (daripada Nigeria) bertemakan Unity in Diversity, Sheikh menyebut bahawa kita perlu menjadi seperti lautan, yang terus menerus menerima air daripada sungai.

2. Padahal lautan sudah banyak airnya berbanding sungai.

3. Kenapa? Kerana lautan letaknya di bawah dari sudut geografi. Sungai yang mengalir dari bukit turun ke bawah hinggalah ke muara dan bertemu dengan lautan di situ.

4. Rendahnya lautan menjadi simbolik kepada rendahnya dirinya; seakan alam ingin mengajar kita, walau sebanyak mana ilmu di dada, walau tinggi mana kedudukan kita, rendah dirilah.


5. Saya ingin kongsikan 2 kisah di sini, kemudian buat kesimpulan.

6. Pertamanya kisah oleh Sheikh Hamza Yusuf.

7. Kisah ini berlaku dalam satu majlis yang dihadiri beliau di rumah seorang ulamak yakni guru beliau (kalau saya tak silap Sheikh Bin Bayyah).

8. Sepertimana lazimnya, mereka dihidangkan air dan sebagainya, dan hidangan ini disediakan oleh pelayan-pelayan (waiters). 

9. Sehingga satu ketika, pengerusi memulakan majlis.

10. Kata pengerusi majlis itu, yang menghidangkan air tadi sebenarnya sudah mengaji/menghafal 7 Qiraat Al-Quran!

11. Rakan-rakan, ilmu Qiraat Quran ini ilmu yang hebat. Kita di Malaysia ini hanya mengaji tajwid contohnya, kebanyakannya hanya menggunakan satu kaedah bacaan. Itupun belum sempurna sepenuhnya.

12. Bagaimana dengan mereka yang sudah mengaji tujuh? (sedangkan kita hanya satu?)

13. Mesej saya di sini, awalnya mungkin tadi pelayan dalam majlis itu langsung tak dipandang. Namun, rupa-rupanya bila kita tahu apa ilmu yang ada pada mereka, lantas kita rasa hormat, kasih dan kagum. 

14. Demikianlah dalam banyak hal, Allah menyembunyikan wali-wali-Nya, bahkan mungkin kita tak tahu si tukang sapu di tepi-tepi bangunan yang banyak itu apakah status mereka di sisi Allah SWT.

15. Rendahkanlah pandangan, jangan pandang rendah!

16. Kisah kedua saya peroleh dalam satu majlis perhimpunan pelajar di Surau As-Siddiq di Seksyen 7 Shah Alam oleh seorang ustaz dari Masjid Sri Petaling tak silap saya.

17. Kisahnya begini.

18. Satu ketika, seorang suami isteri sedang memasak bersama. (oh so sweet! err.. selingan =P)

19. Tiba-tiba terdengar bunyi ada orang mengetuk pintu. Pengemis rupa-rupanya.

20. Lalu si suami menyediakan makanan yang dimasak tadi lalu diminta isterinya untuk memberinya kepada si pengemis di luar rumah.

21. Si isteri lantas membawa makanan kemudian membuka pintu.

22. Si isteri memandang pengemis itu.

23. Si pengemis memandang wajah isteri.

24. Si isteri memandang lagi wajah pengemis.

25. Lantas jatuh pengsan si isteri!

26. Cabut dan larilah si pengemis tadi.

27. Ketika si isteri sedar, si suami bertanya apa yang berlaku. Si suami tekun dan sabar mendengar.

28. Kata si isteri, sebenarnya, pengemis tadi itu adalah bekas suaminya.

29. Suatu masa dulu, mereka sedang masak bersama. Lalu datang seorang pengemis meminta makanan.

30. Namun suaminya itu pergi membuka pintu dan menghalau pengemis itu.

31. Akibatnya, dengan taqdir Allah SWT, lama-kelamaan si suami mula jatuh miskin dan hilang kekayaannya dan akhirnya mereka berpisah. Sebab itu si isteri jatuh pengsan kerana melihat si pengemis tadi, yang sebenarnya merupakan bekas suaminya.

32. Lantas, apabila si isteri habis bercerita, si suami pula mencelah.

33. Wahai isteriku, sebenarnya akulah pengemis yang pernah dihalau itu! Subhanallah!

34. Lihatlah bagaimana kisah ini. Bukan sahaja pengemis yang dihalau ini akhirnya mendapat kekayaan orang yang menghalaunya, bahkan Allah ambil isteri si penghalau itu dan juga berikan kepada yang dihalau!

35. Seorang hilang harta dan isteri. Seorang lagi mewarisi harta, bahkan isteri!

36. Rakan-rakan, ingatlah bahawa dalam kita mencari ilmu, berakhlaklah dengan ilmu.

37. Dengan itu, insha Allah kita akan berakhlak sesama manusia.

38. Ilmu tanpa akhlak akan menjauhkan kita daripada ilmu, dan menjauhkan daripada insan lain.

39. Akhlak pula, akan menambahkan ilmu pada kita. Malah menambahkan kenalan bersama-sama ilmu tadi. Manusia dan ilmu yang baik, menjadi teman orang yang berwangikan akhlak terpuji.

40. Akhir kata, rendahkanlah pandangan kita, jangan pandang rendah!

Allahuaklam. Wassalamualaikum wbt.

P/S:
Jarang bermadah,
Sering bersugi,
Orang merendah,
Makin meninggi =D

-Shah Alam, 4 Zulhijjah 1434Hijrah bersamaan 9 Oktober 2013
Read more "Rendahkan Pandangan, Jangan Pandang Rendah"

Tuesday, October 1, 2013

Kemaafan


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Bayangkan anda sedang memandu kereta.

2. Lalu ada sebuah kereta dengan 'nakal'nya memintas anda dengan cara yang tak sepatutnya.

3. Laju betul kereta tersebut.

4. Anda marah. Lalu hati mula bergetar. 

5. Sehinggakan anda berdoa pula agar diberi balasan kepadanya, mungkin kemalangan ke apa ke, supaya dia sedar!

6. Tak lama selepas itu, anda terkejut.

7. Tiba-tiba sahaja di depan anda ada kereta berhenti mengejut.

8. Anda tak sempat menekan brek, lalu melanggar kereta itu.

9. Segalanya berlaku dalam beberapa saat sahaja. Sedar-sedar, kereta anda dan kereta itu dua-dua terheret ke bahu jalan.

10. Tiada kemalangan jiwa berlaku. Anda pun cedera ringan sahaja.

11. Tapi hati lebih parah kecederaannya. Masih marah. Tapi bingung.

12. Anda melihat di luar, anda kenal sangat kereta yang anda langgar itu.

13. Itulah kereta yang memintas anda tadi.

14. Dan andalah yang mendoakan kemalangan baginya.

15. Adakah anda gembira bahawa doa anda termakbul?

Wahai rakan-rakan yang budiman,

16. Islam melalui kasih dan cinta Nabi SAW mengajar kita untuk berusaha memaafkan orang lain.

17. Jangan sesekali mendoakan keburukan kepada orang, kerana mungkin keburukan yang ditimpanya melibatkan kita. Mudarat yang diterimanya memudaratkan kita.

18. Nabi SAW ketika berdakwah di Taif, waktu itu keadaan sudah cukup menekan; ramainya yang masih ego tak mahu menerima Islam; ramai pula orang kesayangan Nabi SAW yang meninggalkan baginda menemui Tuhannya yang Esa.

19. Dan Nabi SAW dibaling batu dan dizalimi sehingga berdarah baginda. Malaikat yang melihat keadaan itu memohon kebenaran baginda untuk menyatukan dua gunung menghancurkan penduduk Taif ini di tengah-tengahnya; namun Nabi SAW tidak benarkan.

20. Bahkan didoakan pula ke atas mereka.

21. "Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui."

22. Ketika Perang Uhud, Nabi SAW pun cedera dan berdarah.

23. Namun baginda mengeringkan darah daripada jatuh ke tanah, kerana jika darah yang mulia itu jatuh menyembah bumi, maka binasalah orang-orang yang berbuat zalim itu!

24. Sayangnya Nabi SAW kepada ummat, sehingga begitu sekali.

25. Adakah ini fantasi? Contoh yang hanya menjadi ilusi? Tidak sama sekali. 

26. Ayuhlah memaafkan. Saling mendoakan kebaikan orang lain, biarpun mereka telah melukakan kita.

27.  Inilah legasi yang ditinggalkan Nabi SAW. Umat ini bukan umat yang mencerca. Umat ini bukan umat yang keras. Umat ini bukan umat yang berdendam.

28. Tapi umat ini bersatu atas dasar kasih sayang. Keberaniannya disulami kelembutan. Menunggu waktu rehat hanya tatkala kaki mula melangkah masuk ke syurga.


29. Hari Ahad ini (6 Oktober) insha Allah akan diadakan satu sesi pengajian (dan khatam) sebuah kitab bertajuk Solat Al-Muqarrabin yang dikarang oleh seorang wali Allah dari Yaman. Bermula dari pukul 8.30 pagi. Tempatnya di Masjid Negeri Shah Alam. Sesiapa yang berminat boleh segera hubungi saya di 011 1645 9393.

Wallahuaklam. Terima kasih, assalamualaikum wbt.
Read more "Kemaafan"

Tuesday, September 17, 2013

Drugs


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


(a) Religion is the opium of the masses.
-Karl Marx

(b) Opium is the religion of the masses.
-Sheikh Abdal Hakim Murad

1. I quote two renowned personalities from two different generations above.

2. The former, Karl Marx, a German economist, may be more well-known to us, possibly due to his association with Communism.

3. The latter, Sheikh Abdal Hakim Murad is a great scholar of Muslim ummah currently serving at Cambridge University. He is a British.

4. This article is going to be much longer than several others I recently authored (mostly in Malay language), nevertheless hopefully interesting enough to trigger us to think insya Allah.

5. To briefly begin, opium (Papaver Somniferum), is a species of plant from which drugs like morphine and heroin are made. If I am not wrong, the Malays call this drug Popi.

6. Let us analyse the language twists and gymnastics involved in the above quotes, not so much linguistically, but in the meanings they carry (as far as I try to understand).

7. People who oppose religions, for example Islam (which we rather describe as ad-deen i.e way of life) always see religions as a problem to humanity. 

8. It is as though we feed the people with religion to 'temporarily' numb them and knock them away from their own senses i.e become unconscious. As if religion has made people to be irrational, giving the same effect acquired through drugs.

9. Perhaps, that is how religion is accused of being a drug (opium) to the masses. As Islam is only second to Christianity in terms of its number of followers in the world, such a statement is an attack not only to people who are inclined towards Islam, but undoubtedly also to Muslims like us.

10. Sheikh Abdal Hakim, in response, beautifully 'engineered' the sentence into a new construct.

Opium (instead), is the religion of the masses.

11. Let me not spend more time defining what religion is, because if we are Muslims especially, there should be no problem at understanding the word religion, although most probably quite loosely.

12. What matters more is to reflect from Sheikh's contention above.

13. If we take the words literally (which we should), then we shall see a statistical proof to the statement as reported in the news, for instance on the fact that there are about half a million of chronic heroin addicts in Karachi, Pakistan now.

14. This intense addiction, hence dependence upon drugs is perhaps a new type of 'god'. And that, has been their religion, in which the consumption of drugs is their 'rituals'. And this is not unique in one place. All over the world, in many places, drugs have become gods to many people.

15. However, let us further expand the subject of discussion by looking at a much larger context of the word 'opium' from the statement of Sheikh.

16. As the plant is the creation of Allah, it must have had some benefits, and the truth is, drugs are important in medication, such as their role as painkillers. We Muslims never deny this.

17. In fact, assuming that there is something that only brings harm to this world, when we take that as a test and be patient about it, Allah will elevate our ranks and reward us with His great Mercy and infinite Treasures. In this case, we are looking at the good side of things.

18. After all, isn't life (and death) a form of test we have to face in this world?

19. So, the drugs derived from opium, is actually the 'invention' of men. They are man-made.

20. Building up our discussion from that, don't you think that there are many other man-made 'toys' in this world which people take as their gods?

21. Now, isn't it true that opium (and other man-made invention) have been the religion of the masses?

22. Something they really strive for to live in this world? 


23. In the Quran, Allah SWT has spoken to us:

"Have you seen the one who takes as his God his own desires? Then would you (Muhammad) be responsible for him?"

24. This is in Surah Al-Furqan (Chapter 25, aayat 43).

25. Look at people who submit to their desire in their struggle to amass wealth and money, that they pay their own health for such temporary belonging i.e they get ill and fall sick.

26. Then the money is used up to get back good health. Most probably, this is when one has attained old age. Do we not see where this is going?

27. In reality, religion does not take away our consciousness, instead, all it does is wake us up from our sleep; this world is just a dream!

28. Sayyidina Ali (may Allah ennoble his face), the cousin and son-in-law of Prophet (peace be upon him), once said:

We are sleeping (in this world). When we die, we wake up!

29. Islam has offered to us a model of the best ummah. We do not forsake this world for the Hereafter, neither do we forsake the Hereafter for a temporary world.

30. Instead, we go for both, with more emphasis on the latter, which is eternal. Our continuous prayers to Allah is so that we are granted goodness in this world and goodness in the Hereafter. Ameen..

31. By the time I am writing this 31st point for the article, I have actually postponed the completion of it (until point 30 above) since about months ago. By right, this is only half of what I wanted to write.

32. I ain't planning to write further anyhow.

33. Need your prayers everyone. It's not that life has been tougher. But I think I have deteriorated in many ways; or maybe it's just a feeling of new self-consciousness for better reflection (and action) from my poor self.

34. Wallahuaklam. Take care everyone, and Selamat Hari Malaysia (16 September).

35. Wassalamualaikum wbt.



Read more "Drugs"

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq