Assalamualaikum wbt.
1. Tahukah anda apa itu konsep Triniti?
2. Konsep ini menjadi salah satu kepercayaan fundamental (asas) bagi sebahagian besar penganut agama Kristian.
3. Ringkasnya, Triniti merujuk kepada kepercayaan mereka bahawa Tuhan itu satu tapi ada tiga, atau three yakni membentuk perkataan tri-niti itu sendiri (atau Holy Trinity dalam Bahasa Inggeris).
4. Tiga entiti yang dianggap Tuhan ini ialah Tuhan Bapa (Father God), Tuhan Anak (Son of God), dan Ruhul Qudus (Holy Spirit).
5. Al-Quran dengan jelas menyanggah konsep ketuhanan sebegini, antaranya dalam sebuah surah pendek yang selalu kita baca:
6. Pun begitu, ada sesuatu yang sangat menarik di sini. Tahukah anda, bahawa perkataan Triniti (dalam Bahasa Inggeris: Trinity) sebenarnya tidak wujud pun dalam Bible (sebuah kitab yang dianggap suci oleh penganut agama Kristian)?
7. Malah di dalam Bible langsung tak disebut di mana-mana bahawa Tuhan itu tiga, adakah anda tahu hakikat ini?
8. Baik. Lebih mengagumkan lagi, konsep tiga tuhan ini sebaliknya disebut di dalam Al-Quran pula! Jangan terkejut dan jangan tak percaya. Kerana buktinya ada pada dua tempat di dalam Al-Quran yang menyebut tentang hal ini.
Pertama (Surah An-Nisa', ayat 171):
Terjemahan: "...... Maka berimanlah kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan, "(Tuhan itu) tiga," berhentilah (daripada ucapan itu)......"
Kedua (Surah Al-Maidah, ayat 73):
Terjemahan: "Sungguh, telah kafir orang-orang yang mengatakan bahawa Allah adalah salah satu daripada yang tiga, padahal tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Tuhan yang Esa....."
9. Subhanallah! Maha Suci Allah daripada dipersekutukan dengan siapa dan apa juapun.
10. Suka saya kongsikan satu perumpamaan yang difirmankan Allah SWT kepada umat manusia tentang orang yang menyekutukan-Nya. Cukup sinis dan tajam lagi mantap!
"Wahai manusia! Telah dibuat suatu perumpamaan. Maka dengarkanlah! Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah SWT tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu daripada mereka, mereka tidak akan dapat merebutnya kembali daripada lalat itu. Sama lemahnya yang menyembah dan yang disembah!"
(Surah Al-Hajj, ayat 73)
11. Kalau konsep Triniti tiada dalam kitab Bible, kenapa pula orang Kristian masih ada yang percaya pada konsep ini?
12. Antara jawapan kepada soalan itu adalah kerana ramai dalam kalangan mereka sendiri yang tak membaca atau mengkaji Bible. Dan sebab yang kedua pula ialah mereka 'menyembah' paderi dan pastor atau nenek moyang mereka, yakni hanya percaya pada perkataan dan tanggapan orang-orang tersebut!
13. Alangkah malunya kita, jika sebagai umat Islam, kita sendiri tak membaca Al-Quran. Atau kita pun jenis yang mengaku Islam hanya kerana dilahirkan dalam keluarga Islam atau kerana menurut kehendak ibu bapa. Bukankah sama teruk kita dengan mereka yang bukan Islam ini? Na'uzubillah..
14. Padahal orang yang membaca Al-Quran, akan bertambah imannya. Dan orang yang membaca Bible pun, jika ikhlas dalam mencari kebenaran, pasti mahu masuk Islam!
15. Kenapa?
16. Kerana orang yang mengkaji Bible akan menemui beberapa perkara yang berikut:
a) Banyak percanggahan dan kontradiksi dalam Bible yang mustahil berlaku jika benarlah keseluruhan isi kandungan Bible yang ada sekarang ini adalah wahyu Tuhan.
b) Terdapat banyak versi Bible yang digunakan di seluruh dunia, dan tak ada satu pun daripada versi ini yang 100% sama antara satu sama lain! (Nota: Al-Quran tiada versi. Hanya wujud satu jenis sahaja Al-Quran, yang sama sahaja di ceruk dunia mana pun kita pergi. Yang berbeza hanyalah terjemahan kerana perbezaan bahasa. Tapi itu bukan Al-Quran, itu terjemahan!)
c) Terdapat perkara tertentu di dalam Bible yang membuktikan bahawa Islamlah agama yang benar.
17. Menarik bukan? Biar saya jelaskan dengan lebih lanjut.
18. Penganut agama Kristian antara lain mengaku bahawa mereka adalah pengikut Nabi Isa AS atau the followers of Jesus Christ. Sebab itu mereka menggelar diri mereka sebagai Krist-ian (Krist itu ialah Christ).
19. Namun yang peliknya, banyak perkara yang bahkan disebut di dalam Bible dipraktikkan oleh Jesus (Nabi Isa AS) tetapi tak pula diamalkan oleh penganut agama Kristian sekarang. Mereka tidak amalkan apa yang Jesus lakukan sewaktu hayatnya, maka adakah masih layak menggelar diri mereka pengikut Jesus? Pelik bukan?
20. Satu contoh yang paling mudah adalah di dalam Bible, disebut bahawa Jesus berkhatan!
21. Persoalannya sekarang, adakah penganut agama Kristian berkhatan seperti kita orang Islam? Jawapannya sudah tentulah tidak.
22. Maka apa kesimpulannya? Kesimpulannya ialah, Jesus seorang Muslim! Ya, Jesus seorang Muslim!
23. Terlebih dahulu, kita harus faham bahawa perkataan Muslim bukan hanya merujuk kepada orang yang menganut agama Islam. Ini yang kadang-kadang agak menyedihkan kerana kita sendiri tak pernah ambil kisah maksud sebenar perkataan Islam dan Muslim.
24. Selain membawa maksud keamanan (peace), Islam juga sebenarnya merujuk kepada penyerahan secara total kepada Tuhan yang Esa. Kalau tak percaya sila tanya orang Arab.
25. Semua nabi dan para rasul sejak Nabi Adam AS menyeru keluarga dan umat mereka untuk menyembah Allah SWT yang Maha Satu serta mengajak menyerah diri kepada-Nya. Maka, semua nabi dan rasul sejak Adam AS adalah Muslim (kerana mereka semua menyerah diri kepada Allah SWT)!
26. Demikian jugalah Nabi Isa AS atau Jesus. Maka tidak hairanlah mengapa Jesus melakukan apa yang seorang Muslim lakukan, yakni berkhatan!
Perhatian: Jika penganut agama Kristian bertanya apa bukti Jesus pun berkhatan? Jawapannya mudah. Jika anda ada Bible sila rujuk Book of Genesis, Chapter 17.
27. Baik, seterusnya mari kita telusuri pula sejarah ringkas Bible, sebagai penjelasan lanjut agar kita lebih faham betapa Islamlah agama yang sebenar-benarnya.
28. Pertamanya, Bible bukan Kitab Injil tau!
29. Dari segi bahasa, Bible berasal daripada perkataan Biblios dan Biblia, yang membawa maksud himpunan buku-buku atau collections of books.
30. Hanya 325 tahun selepas kelahiran Jesus, tokoh-tokoh agama Kristian berkumpul dalam satu persidangan yang dinamakan The First Council of Nicaea di Turki untuk menentukan adakah Jesus yang disebut sebagai Son of God merujuk kepada status simbolik semata-mata atau adakah memang benar Jesus adalah Tuhan, kerana seorang anak Tuhan mestilah Tuhan juga!
31. Akhirnya mereka memutuskan bahawa Jesus itu anak Tuhan! Maka, dikumpulkan buku-buku yang menepati citarasa doktrin yang dipersetujui ini dan dibakar yang lain-lainnya sehinggalah membentuk Bible yang kita kenal sekarang (walaupun satu demi satu versi yang berlainan wujud dari dulu sampai sekarang).
32. Hanya 45 tahun selepas persidangan ini, diadakan pula satu lagi persidangan yang dinamakan The Council of Constantinople, dan hanya pada waktu ini konsep atau doktrin Triniti 'dirasmikan' penggunaannya!
33. Dengan kata lain, Bible dihasilkan terlebih dahulu sebelum konsep Triniti diterima pakai. Sekarang adakah anda faham kenapa dari aspek sejarah, perkataan dan konsep Triniti tiada dalam Bible? Jelas bukan?
34. Dengan kata lain, yang dianggap sebagai wahyu atau kata-kata Tuhan (words of God) oleh penganut agama Kristian sekarang adalah teks-teks yang telah terlebih dahulu 'dipilih dan ditapis' oleh golongan yang bergelar manusia!
35. Perlu dijelaskan di sini, bahawa sebagai umat Islam, kita tak menafikan bahawa mungkin ada mesej tertentu di dalam Bible yang diguna pakai sekarang mungkin masih mengandungi cebisan kandungan asal atau mesej asal yang dibawa oleh Jesus melalui Kitab Injil yang Allah SWT wahyukan kepada Jesus.
36. Pun begitu, kredibiliti teks Bible itu tak lagi terjamin dan tidak boleh dipercayai kerana banyaknya tangan manusia tak bertanggungjawab yang telah mengubahnya untuk kepentingan peribadi mereka.
37. Maka, pendirian yang kita ambil cukup mudah. Kita hanya membenarkan apa-apa kandungan Bible yang selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah kerana meyakini ada sebahagiannya yang masih asli dibawa dan disampaikan oleh Nabi Isa atau Jesus AS.
38. Sebab itu kita mengiktiraf persamaan yang ada dalam Al-Quran dan Bible. Dari sudut perbezaan pula, kita yakini bahawa Al-Quran dan As-Sunnah sahaja rujukan yang sebenar-benarnya, bukan Bible!
39. Maka dengan itu, selain contoh yang disebut di atas, izinkan saya kongsikan beberapa lagi contoh mesej sebenar yang dibawa oleh Jesus yang alhamdulillah masih ada di dalam kitab Bible tetapi sama ada diputar belit oleh paderi dan pastor atau memang tak pernah diketahui oleh penganut agama Kristian kerana mereka sendiri tak membaca Bible!
40. Pertama, tentang pengakuan Jesus sendiri bahawa Tuhan (yang disebut sebagai Father) adalah lebih kuat berbanding dirinya sendiri. Maka jika benarlah Jesus itu Tuhan adakah layak baginya mempunyai sifat lemah? Ternyata bahawa Jesus berdasarkan Bible sendiri pun bukanlah Tuhan, sebaliknya seorang manusia biasa yang diangkat menjadi Rasul.
"My Father is greater than I." -Gospel of John (14:28)
41. Tak kurang menarik juga, keesaan Tuhan pun ada sebenarnya dinyatakan di dalam Bible. Yang peliknya, tiada pula dalam Bible menyebut bahawa Tuhan itu tiga, apatah lagi ayat yang jelas menyatakan bahawa Jesus itu adalah Tuhan- tidak ada langsung!
"Hear O Israel, the Lord our God, the Lord is ONE." -Gospel of Mark (12:29)
42. Baik, sudah saya terangkan bahawa Konsep Triniti itu ditolak sama sekali kerana tiada terdapat dalam Bible. Malah untuk pengetahuan para pembaca, tak semua penganut agama Kristian percaya pada konsep Triniti yang pelik ini. Tak kurang juga ada yang mempercayai bahawa Jesus itu bukan Tuhan!
43. Cuma biar saya terangkan sedikit antara sebab kenapa mereka menganggap Jesus sebagai Tuhan.
44. Antaranya adalah kerana penggunaan frasa Son of God. Mereka memahami maksud frasa sebegini (yang memang ada dalam Bible) secara literal tanpa memahami konteks sebenar. Sebagaimana jika seorang manusia melahirkan anak, maka anaknya mestilah juga seorang manusia, begitulah mereka menganggap bahawa jika Jesus ialah anak Tuhan, maka Jesus pun mestilah Tuhan juga.
45. Padahal, ada beberapa bidasan di sini. Pertama, ayat ini boleh jadi satu kiasan yang membawa maksud lain (ambiguous). Maka bukankah lebih layak jika kita ambil ayat yang memang jelas (explicit) maksudnya seperti tentang keesaan Tuhan sebagaimana disebut di atas?
46. Kedua, jika kita kaji kitab Bible, perkataan 'son' yang bermaksud anak, juga digunakan untuk merujuk kepada nabi-nabi lain di dalam Bible seperti Nabi Daud dan Nabi Ya'qub (Israel). Tetapi mengapa orang Kristian tak menganggap Nabi Daud dan Nabi Ya'qub sebagai Tuhan (sedangkan mereka pun dipanggil son)?
47. Akhir sekali, baik juga jika kita ambil contoh dalam budaya orang Melayu sendiri sebagai contoh. Bayangkan jika kita ke kedai dan seorang makcik bertanya kepada kita, "Anak nak beli apa? Boleh makcik bantu?" Atau seorang nenek tua meminta tolong untuk melintas jalan lalu berkata, " Cu, boleh tolong nenek lintas jalan tak?"
48. Adakah kita akan menampar makcik atau nenek tadi? Adakah kita akan kata, "Sejak bila aku jadi anak kau?" Atau "Sejak bila kau beranakkan aku?" Atau "Sejak bila kau jadik mak kepada mak aku?"
49. Dengan kata lain, perkataan seperti anak, cucu dan sebagainya juga merujuk kepada bahasa sopan yang digunakan untuk memanggil orang yang lebih muda. Logik bukan?
50. Perkara inilah yang gagal difahami oleh penganut agama Kristian. Bahawa perkataan anak atau son yang digunakan hanyalah simbolik akan dekat dan kasihnya Allah SWT terhadap Jesus sebagai nabi dan pesuruh-Nya.
51. Sebagai penutup artikel yang sudah agak panjang ini, izinkan saya menyebut satu perkara yang amat penting untuk difahami bersama.
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya."
(Surah Al-Hijr, ayat 9)
52. Al-Quran dijamin akan kekal buat selama-lamanya. Al-Quran adalah satu-satunya kitab yang dihafaz oleh ramai orang termasuk kanak-kanak yang tak pun memahami Bahasa Arab dan hafalan mereka ini memastikan bahawa ayat-ayatnya tak akan berubah walaupun satu huruf!
53. Inilah tanda dan bukti kekuasaan Allah SWT dalam mengekalkan kesucian dan kesempurnaan mukjizat Al-Quran.
54. Mari kita kaitkan dengan subjek kenabian.
55. Sejak zaman-berzaman, nabi dan rasul diturunkan kepada umat masing-masing dengan ajaran dan syariat tertentu. Namun, dalam kalangan umat ini, ada yang jahat menukar ajaran ini dan mengubahnya.
56. Maka sebab itulah, Allah utus pula rasul yang lain untuk membetulkan semula kepincangan yang telah dibuat oleh umat terdahulu, termasuklah dalam mengubah ayat-ayat-Nya.
57. Tetapi Nabi Muhammad SAW kekasih Allah, baginda SAW merupakan nabi yang terakhir. Sebab itulah Allah memberi jaminan bahawa kali ini tiada siapa lagi yang akan mampu mengubah ayat-ayat-Nya!
58. Demikianlah sayangnya Allah SWT pada kita. Kalaulah Allah SWT tak menjamin kesucian dan ketulenan Al-Quran, maka sesatlah kita selama-lamanya kerana tiada lagi nabi yang akan diutuskan untuk membetulkan kita selepas Nabi Muhammad SAW, penghulu dan penutup segala nabi.
59. Maka, sayang tak kita pada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW? Suburkanlah rasa sayang itu wahai rakan-rakan pembaca sekalian insya Allah.
60. Sebagai kesimpulan, saya amat berterima kasih atas masa yang anda luangkan. Maaf jika ada kesilapan atau kekurangan di mana-mana. Silalah maklumkan kepada saya jika ada ya?
61. Saya tinggalkan anda semua dengan dua perkara yang saya mahu tersemat dalam hati kita semua selepas membaca artikel ini.
Pertama:
Bersyukurlah menjadi seorang Muslim. Sebagai bukti kesyukuran itu, bacalah dan ambillah pengajaran daripada Al-Quran. Tiada lagi yang tinggal buat kita untuk selamat dunia akhirat melainkan jika kita berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Percayalah. Jangan sekali-kali tinggalkan Al-Quran!
Kedua:
Berhati-hatilah dengan dakyah dan penyelewengan orang Kristian. Hujah mereka amat rapuh. Mereka tak mampu berbuat apa-apa kerana Allah SWT bersama-sama kita dengan wahyu-Nya yang benar lagi kuat!
Pun begitu, jangan kita musuhi mereka tanpa sebab. Sebaliknya, ambil kesempatan ini untuk turut mengajak mereka kembali kepada fitrah yakni Islam! Belajarlah Islam jom!
62. Ingatlah. Kemenangan itu milik kita umat Islam. Saat itu PASTI akan datang! Percayalah. Imanilah! Berdoalah! Ameen!
63. Kebaikan itu daripada Allah SWT. Segala yang kurang pula, itulah saya hamba-Nya yang sangat lemah dan faqir lagi dhaif. Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt...
Terjemahan: "Katakanlah (Muhammad): Dialah Allah, yang Maha SATU (Esa)."
6. Pun begitu, ada sesuatu yang sangat menarik di sini. Tahukah anda, bahawa perkataan Triniti (dalam Bahasa Inggeris: Trinity) sebenarnya tidak wujud pun dalam Bible (sebuah kitab yang dianggap suci oleh penganut agama Kristian)?
7. Malah di dalam Bible langsung tak disebut di mana-mana bahawa Tuhan itu tiga, adakah anda tahu hakikat ini?
8. Baik. Lebih mengagumkan lagi, konsep tiga tuhan ini sebaliknya disebut di dalam Al-Quran pula! Jangan terkejut dan jangan tak percaya. Kerana buktinya ada pada dua tempat di dalam Al-Quran yang menyebut tentang hal ini.
Pertama (Surah An-Nisa', ayat 171):
Terjemahan: "...... Maka berimanlah kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan, "(Tuhan itu) tiga," berhentilah (daripada ucapan itu)......"
Kedua (Surah Al-Maidah, ayat 73):
Terjemahan: "Sungguh, telah kafir orang-orang yang mengatakan bahawa Allah adalah salah satu daripada yang tiga, padahal tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Tuhan yang Esa....."
Al-Quran itu panduan, bukannya hiasan |
10. Suka saya kongsikan satu perumpamaan yang difirmankan Allah SWT kepada umat manusia tentang orang yang menyekutukan-Nya. Cukup sinis dan tajam lagi mantap!
"Wahai manusia! Telah dibuat suatu perumpamaan. Maka dengarkanlah! Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah SWT tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu daripada mereka, mereka tidak akan dapat merebutnya kembali daripada lalat itu. Sama lemahnya yang menyembah dan yang disembah!"
(Surah Al-Hajj, ayat 73)
11. Kalau konsep Triniti tiada dalam kitab Bible, kenapa pula orang Kristian masih ada yang percaya pada konsep ini?
12. Antara jawapan kepada soalan itu adalah kerana ramai dalam kalangan mereka sendiri yang tak membaca atau mengkaji Bible. Dan sebab yang kedua pula ialah mereka 'menyembah' paderi dan pastor atau nenek moyang mereka, yakni hanya percaya pada perkataan dan tanggapan orang-orang tersebut!
13. Alangkah malunya kita, jika sebagai umat Islam, kita sendiri tak membaca Al-Quran. Atau kita pun jenis yang mengaku Islam hanya kerana dilahirkan dalam keluarga Islam atau kerana menurut kehendak ibu bapa. Bukankah sama teruk kita dengan mereka yang bukan Islam ini? Na'uzubillah..
14. Padahal orang yang membaca Al-Quran, akan bertambah imannya. Dan orang yang membaca Bible pun, jika ikhlas dalam mencari kebenaran, pasti mahu masuk Islam!
15. Kenapa?
16. Kerana orang yang mengkaji Bible akan menemui beberapa perkara yang berikut:
a) Banyak percanggahan dan kontradiksi dalam Bible yang mustahil berlaku jika benarlah keseluruhan isi kandungan Bible yang ada sekarang ini adalah wahyu Tuhan.
b) Terdapat banyak versi Bible yang digunakan di seluruh dunia, dan tak ada satu pun daripada versi ini yang 100% sama antara satu sama lain! (Nota: Al-Quran tiada versi. Hanya wujud satu jenis sahaja Al-Quran, yang sama sahaja di ceruk dunia mana pun kita pergi. Yang berbeza hanyalah terjemahan kerana perbezaan bahasa. Tapi itu bukan Al-Quran, itu terjemahan!)
c) Terdapat perkara tertentu di dalam Bible yang membuktikan bahawa Islamlah agama yang benar.
17. Menarik bukan? Biar saya jelaskan dengan lebih lanjut.
18. Penganut agama Kristian antara lain mengaku bahawa mereka adalah pengikut Nabi Isa AS atau the followers of Jesus Christ. Sebab itu mereka menggelar diri mereka sebagai Krist-ian (Krist itu ialah Christ).
19. Namun yang peliknya, banyak perkara yang bahkan disebut di dalam Bible dipraktikkan oleh Jesus (Nabi Isa AS) tetapi tak pula diamalkan oleh penganut agama Kristian sekarang. Mereka tidak amalkan apa yang Jesus lakukan sewaktu hayatnya, maka adakah masih layak menggelar diri mereka pengikut Jesus? Pelik bukan?
20. Satu contoh yang paling mudah adalah di dalam Bible, disebut bahawa Jesus berkhatan!
21. Persoalannya sekarang, adakah penganut agama Kristian berkhatan seperti kita orang Islam? Jawapannya sudah tentulah tidak.
22. Maka apa kesimpulannya? Kesimpulannya ialah, Jesus seorang Muslim! Ya, Jesus seorang Muslim!
23. Terlebih dahulu, kita harus faham bahawa perkataan Muslim bukan hanya merujuk kepada orang yang menganut agama Islam. Ini yang kadang-kadang agak menyedihkan kerana kita sendiri tak pernah ambil kisah maksud sebenar perkataan Islam dan Muslim.
24. Selain membawa maksud keamanan (peace), Islam juga sebenarnya merujuk kepada penyerahan secara total kepada Tuhan yang Esa. Kalau tak percaya sila tanya orang Arab.
25. Semua nabi dan para rasul sejak Nabi Adam AS menyeru keluarga dan umat mereka untuk menyembah Allah SWT yang Maha Satu serta mengajak menyerah diri kepada-Nya. Maka, semua nabi dan rasul sejak Adam AS adalah Muslim (kerana mereka semua menyerah diri kepada Allah SWT)!
Muat turun sini (jpg)
|
Perhatian: Jika penganut agama Kristian bertanya apa bukti Jesus pun berkhatan? Jawapannya mudah. Jika anda ada Bible sila rujuk Book of Genesis, Chapter 17.
27. Baik, seterusnya mari kita telusuri pula sejarah ringkas Bible, sebagai penjelasan lanjut agar kita lebih faham betapa Islamlah agama yang sebenar-benarnya.
28. Pertamanya, Bible bukan Kitab Injil tau!
29. Dari segi bahasa, Bible berasal daripada perkataan Biblios dan Biblia, yang membawa maksud himpunan buku-buku atau collections of books.
30. Hanya 325 tahun selepas kelahiran Jesus, tokoh-tokoh agama Kristian berkumpul dalam satu persidangan yang dinamakan The First Council of Nicaea di Turki untuk menentukan adakah Jesus yang disebut sebagai Son of God merujuk kepada status simbolik semata-mata atau adakah memang benar Jesus adalah Tuhan, kerana seorang anak Tuhan mestilah Tuhan juga!
31. Akhirnya mereka memutuskan bahawa Jesus itu anak Tuhan! Maka, dikumpulkan buku-buku yang menepati citarasa doktrin yang dipersetujui ini dan dibakar yang lain-lainnya sehinggalah membentuk Bible yang kita kenal sekarang (walaupun satu demi satu versi yang berlainan wujud dari dulu sampai sekarang).
32. Hanya 45 tahun selepas persidangan ini, diadakan pula satu lagi persidangan yang dinamakan The Council of Constantinople, dan hanya pada waktu ini konsep atau doktrin Triniti 'dirasmikan' penggunaannya!
33. Dengan kata lain, Bible dihasilkan terlebih dahulu sebelum konsep Triniti diterima pakai. Sekarang adakah anda faham kenapa dari aspek sejarah, perkataan dan konsep Triniti tiada dalam Bible? Jelas bukan?
34. Dengan kata lain, yang dianggap sebagai wahyu atau kata-kata Tuhan (words of God) oleh penganut agama Kristian sekarang adalah teks-teks yang telah terlebih dahulu 'dipilih dan ditapis' oleh golongan yang bergelar manusia!
35. Perlu dijelaskan di sini, bahawa sebagai umat Islam, kita tak menafikan bahawa mungkin ada mesej tertentu di dalam Bible yang diguna pakai sekarang mungkin masih mengandungi cebisan kandungan asal atau mesej asal yang dibawa oleh Jesus melalui Kitab Injil yang Allah SWT wahyukan kepada Jesus.
36. Pun begitu, kredibiliti teks Bible itu tak lagi terjamin dan tidak boleh dipercayai kerana banyaknya tangan manusia tak bertanggungjawab yang telah mengubahnya untuk kepentingan peribadi mereka.
37. Maka, pendirian yang kita ambil cukup mudah. Kita hanya membenarkan apa-apa kandungan Bible yang selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah kerana meyakini ada sebahagiannya yang masih asli dibawa dan disampaikan oleh Nabi Isa atau Jesus AS.
38. Sebab itu kita mengiktiraf persamaan yang ada dalam Al-Quran dan Bible. Dari sudut perbezaan pula, kita yakini bahawa Al-Quran dan As-Sunnah sahaja rujukan yang sebenar-benarnya, bukan Bible!
39. Maka dengan itu, selain contoh yang disebut di atas, izinkan saya kongsikan beberapa lagi contoh mesej sebenar yang dibawa oleh Jesus yang alhamdulillah masih ada di dalam kitab Bible tetapi sama ada diputar belit oleh paderi dan pastor atau memang tak pernah diketahui oleh penganut agama Kristian kerana mereka sendiri tak membaca Bible!
40. Pertama, tentang pengakuan Jesus sendiri bahawa Tuhan (yang disebut sebagai Father) adalah lebih kuat berbanding dirinya sendiri. Maka jika benarlah Jesus itu Tuhan adakah layak baginya mempunyai sifat lemah? Ternyata bahawa Jesus berdasarkan Bible sendiri pun bukanlah Tuhan, sebaliknya seorang manusia biasa yang diangkat menjadi Rasul.
"My Father is greater than I." -Gospel of John (14:28)
41. Tak kurang menarik juga, keesaan Tuhan pun ada sebenarnya dinyatakan di dalam Bible. Yang peliknya, tiada pula dalam Bible menyebut bahawa Tuhan itu tiga, apatah lagi ayat yang jelas menyatakan bahawa Jesus itu adalah Tuhan- tidak ada langsung!
"Hear O Israel, the Lord our God, the Lord is ONE." -Gospel of Mark (12:29)
42. Baik, sudah saya terangkan bahawa Konsep Triniti itu ditolak sama sekali kerana tiada terdapat dalam Bible. Malah untuk pengetahuan para pembaca, tak semua penganut agama Kristian percaya pada konsep Triniti yang pelik ini. Tak kurang juga ada yang mempercayai bahawa Jesus itu bukan Tuhan!
43. Cuma biar saya terangkan sedikit antara sebab kenapa mereka menganggap Jesus sebagai Tuhan.
44. Antaranya adalah kerana penggunaan frasa Son of God. Mereka memahami maksud frasa sebegini (yang memang ada dalam Bible) secara literal tanpa memahami konteks sebenar. Sebagaimana jika seorang manusia melahirkan anak, maka anaknya mestilah juga seorang manusia, begitulah mereka menganggap bahawa jika Jesus ialah anak Tuhan, maka Jesus pun mestilah Tuhan juga.
45. Padahal, ada beberapa bidasan di sini. Pertama, ayat ini boleh jadi satu kiasan yang membawa maksud lain (ambiguous). Maka bukankah lebih layak jika kita ambil ayat yang memang jelas (explicit) maksudnya seperti tentang keesaan Tuhan sebagaimana disebut di atas?
46. Kedua, jika kita kaji kitab Bible, perkataan 'son' yang bermaksud anak, juga digunakan untuk merujuk kepada nabi-nabi lain di dalam Bible seperti Nabi Daud dan Nabi Ya'qub (Israel). Tetapi mengapa orang Kristian tak menganggap Nabi Daud dan Nabi Ya'qub sebagai Tuhan (sedangkan mereka pun dipanggil son)?
47. Akhir sekali, baik juga jika kita ambil contoh dalam budaya orang Melayu sendiri sebagai contoh. Bayangkan jika kita ke kedai dan seorang makcik bertanya kepada kita, "Anak nak beli apa? Boleh makcik bantu?" Atau seorang nenek tua meminta tolong untuk melintas jalan lalu berkata, " Cu, boleh tolong nenek lintas jalan tak?"
48. Adakah kita akan menampar makcik atau nenek tadi? Adakah kita akan kata, "Sejak bila aku jadi anak kau?" Atau "Sejak bila kau beranakkan aku?" Atau "Sejak bila kau jadik mak kepada mak aku?"
49. Dengan kata lain, perkataan seperti anak, cucu dan sebagainya juga merujuk kepada bahasa sopan yang digunakan untuk memanggil orang yang lebih muda. Logik bukan?
50. Perkara inilah yang gagal difahami oleh penganut agama Kristian. Bahawa perkataan anak atau son yang digunakan hanyalah simbolik akan dekat dan kasihnya Allah SWT terhadap Jesus sebagai nabi dan pesuruh-Nya.
51. Sebagai penutup artikel yang sudah agak panjang ini, izinkan saya menyebut satu perkara yang amat penting untuk difahami bersama.
"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya."
(Surah Al-Hijr, ayat 9)
52. Al-Quran dijamin akan kekal buat selama-lamanya. Al-Quran adalah satu-satunya kitab yang dihafaz oleh ramai orang termasuk kanak-kanak yang tak pun memahami Bahasa Arab dan hafalan mereka ini memastikan bahawa ayat-ayatnya tak akan berubah walaupun satu huruf!
53. Inilah tanda dan bukti kekuasaan Allah SWT dalam mengekalkan kesucian dan kesempurnaan mukjizat Al-Quran.
54. Mari kita kaitkan dengan subjek kenabian.
55. Sejak zaman-berzaman, nabi dan rasul diturunkan kepada umat masing-masing dengan ajaran dan syariat tertentu. Namun, dalam kalangan umat ini, ada yang jahat menukar ajaran ini dan mengubahnya.
56. Maka sebab itulah, Allah utus pula rasul yang lain untuk membetulkan semula kepincangan yang telah dibuat oleh umat terdahulu, termasuklah dalam mengubah ayat-ayat-Nya.
57. Tetapi Nabi Muhammad SAW kekasih Allah, baginda SAW merupakan nabi yang terakhir. Sebab itulah Allah memberi jaminan bahawa kali ini tiada siapa lagi yang akan mampu mengubah ayat-ayat-Nya!
"Al-Quran is for yourself, not your shelf!" Muat turun di sini
|
58. Demikianlah sayangnya Allah SWT pada kita. Kalaulah Allah SWT tak menjamin kesucian dan ketulenan Al-Quran, maka sesatlah kita selama-lamanya kerana tiada lagi nabi yang akan diutuskan untuk membetulkan kita selepas Nabi Muhammad SAW, penghulu dan penutup segala nabi.
59. Maka, sayang tak kita pada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW? Suburkanlah rasa sayang itu wahai rakan-rakan pembaca sekalian insya Allah.
60. Sebagai kesimpulan, saya amat berterima kasih atas masa yang anda luangkan. Maaf jika ada kesilapan atau kekurangan di mana-mana. Silalah maklumkan kepada saya jika ada ya?
61. Saya tinggalkan anda semua dengan dua perkara yang saya mahu tersemat dalam hati kita semua selepas membaca artikel ini.
Pertama:
Bersyukurlah menjadi seorang Muslim. Sebagai bukti kesyukuran itu, bacalah dan ambillah pengajaran daripada Al-Quran. Tiada lagi yang tinggal buat kita untuk selamat dunia akhirat melainkan jika kita berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Percayalah. Jangan sekali-kali tinggalkan Al-Quran!
Muat turun di sini (jpg)
|
Berhati-hatilah dengan dakyah dan penyelewengan orang Kristian. Hujah mereka amat rapuh. Mereka tak mampu berbuat apa-apa kerana Allah SWT bersama-sama kita dengan wahyu-Nya yang benar lagi kuat!
Pun begitu, jangan kita musuhi mereka tanpa sebab. Sebaliknya, ambil kesempatan ini untuk turut mengajak mereka kembali kepada fitrah yakni Islam! Belajarlah Islam jom!
62. Ingatlah. Kemenangan itu milik kita umat Islam. Saat itu PASTI akan datang! Percayalah. Imanilah! Berdoalah! Ameen!
"Sesungguhnya agama di sisi Allah SWT itu adalah ISLAM!"
(Surah Ali-'Imran, ayat 19)
63. Kebaikan itu daripada Allah SWT. Segala yang kurang pula, itulah saya hamba-Nya yang sangat lemah dan faqir lagi dhaif. Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt...
PANTUN IBADAH: KITA SEMBAH APA?
"Sembahlah Allah pada waktu lapang, mahupun sibuk,
Jangan pula menyembah 'LIKES' orang, di laman Facebook."
Maksud pantun secara ringkas: Dalam berdakwah, kita mencari redha Allah SWT, bukannya bilangan 'likes' di Facebook. Pesanan buat diri saya terutamanya.
4 comments:
Alhamdulillah..
MASYA ALLAH YA SHEIKH...SHUKRAN WALLAH
You murid tua kolet (Malay College Kuala Kangsar, bagi yg tak tahu)... ek?....alhamdulillah...saya super senior...
Ya saya dari Class of 2007. Salam perkenalan tuan. Ini entry yang ditulis agak lama dulu. Sekadar arkib simpanan- jujurnya, ada penambahbaikan bahkan pembetulan yang perlu saya buat untuk artikel ni. Sudah lama saya tak menulis.
Wallahuaklam. Terima kasih tuan :)
Post a Comment