Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
1. Vlog ini ditujukan buat semua orang yang mahu mengajak orang lain kepada kebaikan.
2. Perkataan dai'e atau dakwah atau pendakwah mungkin agak 'Islamik' dan boleh jadi allergic untuk sesetengah orang namun pada saya semua orang yang bergelar Muslim adalah seorang dai'e, biarpun dia Mat Rock atau Mat Rempit.
"Berlumba-lumbalah ke arah kebaikan..." Mat rempit, ada berani? (Surah Al-Maidah, ayat 48) |
3. Perkara ini kerana perkataan 'dakwah' secara mudahnya membawa maksud ajakan atau jemputan.
4. Bukan ke Mat Rock mengajak orang menjadi Rockers dan Mat Rempit mengajak orang merempit dan berlumba?
5. Pun begitu, jika merujuk maksudnya dalam erti kata yang sebenar, dalam konteks yang betul, dakwah merujuk kepada ajakan ke arah perkara yang baik, yakni ke arah mendekatkan diri kepada Allah SWT.
6. Bukan hanya ustaz, semua antara kita adalah seorang dai'e. Da'ie maksudnya pendakwah. Ia ibarat Ipad. Err.. Ipad?
7. Ya, Ipad. Bermula dengan idea dan rangka (draft), kemudian dihasilkan di kilang, kemudian disimpan di stor, kemudian dibawa lari oleh lori ke kedai dan kiosk dan Low Yat, kemudian dibeli oleh pengguna, kemudian dikongsi dan dipamer kepada kawan-kawan, dan ada juga yang mempromosi di internet dan tempat lain.
8. Semuanya mengajak kepada Ipad. Kita pula, menjalankan peranan dan tugas masing-masing menyampaikan kebaikan. Walaupun kita bukan para alim ulamak, tetapi kita sampaikan hikmah dan pengajaran daripada Al-Quran dan Sunnah yang kita ambil daripada mereka. Itulah kita- seorang dai'e.
9. Begitu juga, para ulamak adalah pewaris dan penyambung tugas nabi, kerana mereka mengambil daripada ajaran Nabi SAW kerana mereka jua yang paling memahami baginda SAW. Para sahabat (moga Allah meredhai mereka semua) pun belajar daripada Nabi SAW.
10. Nabi pula menerima wahyu daripada Allah SWT, sama ada secara terus, atau melalui perantaraan Malaikat Jibril AS. Beginilah rantaian atau chain yang akhir sekali membawa kita kepada mentauhidkan Allah SWT.
11. Sebagai penutup, suka saya nyatakan bahawa pada hemah saya, dakwah pertama dan perdana dan paling utama yang kita lakukan adalah dengan menjadi seorang Muslim yang baik. Itulah dakwah pertama kita.
12. Kerana realiti dunia hari ini, orang bukan Islam memandang Islam dengan membuat penilaian terhadap orang Islam dahulu. Maka jadilah seorang Muslim yang baik, itulah dakwah kita yang pertama. First impression ;-)
13. Terima kasih atas masa yang diluangkan. Saya mohon maaf jika ada kesilapan. Dan saya kongsikan di bawah, terjemahan daripada potongan ayat Al-Quran yang saya sebut dalam video saya di atas. Moga bermanfaat!
Wallahuaklam, wassalamualaikum wbt..
a) Surah Al-Maidah, ayat 75:
"............ Perhatikanlah bagaimana Kami menjelaskan ayat-ayat (tanda-tanda kekuasaan) kepada mereka (ahli kitab), kemudian perhatikanlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh keinginan mereka)." |
b) Surah Al-Qasas, ayat 56:
c) Surah Thaha, ayat 25-26:
"Dia (Musa) berkata, Ya Tuhanku lapangkanlah dadaku," |
"Dan mudahkanlah untukku urusanku," |
"Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku," |
"Agar mereka mengerti perkataanku." |
Jemput singgah di laman Freebies saya untuk download macam-macam insya Allah ;-) |
0 comments:
Post a Comment