RSS

Thursday, April 5, 2012

Couple


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


1. Ehem, ehem! Alhamdulillah, saya baru siapkan vlog terbaru bertajuk 'Couple.' Suka-suka je ok? Jangan marah ok?

2. Suka-suka jugak tapi serius nih! *Ha kan da kena marah* huhu

3. Baik, video tersebut sudah dimuat naik di YouTube, tapi boleh juga ditonton di bawah:


4. Nasib baik saya tak hensem. Saya kacak je. Kalau tak mesti semua orang nak couple dengan saya kan? *Ini serius, bukan bergurau =p*

5. Baik, sebagai penutup, kasihinilah ibu bapa dan keluarga kita. Orang yang berkahwin pun ada yang bercerai apatah lagi orang yang berkapel mapel. Hanya mereka yang ada 'hubungan darah' dengan kita akan kekal hubungannya sampai hujung masa.

6. Jika ada masa terluang, jangan lupa singgah membaca satu artikel yang berkaitan: Agak-Agak Bila Kita Boleh Couple?

7. Sekali lagi, terutamanya kepada yang sedang atau bercadang untuk berkapel mapel, jangan marah ar? Kalau marah kena jual tau? Sekarang jual beli online pun boleh tau? hehe

8. Sekian sahaja, terima kasih. Wassalamualaikum wbt. Allahua'lam ;-)

"Daripada apple, baik lagi oren,
Daripada couple, baik lagi kawen!"
-Ibnu Hanaffi, Damansara, 5 April 2012 (0048 hours)

Dua doa yang saya kongsikan dalam video di atas adalah seperti berikut (Doanya adalah dalam warna hijau, dalam Bahasa Arab bermula dengan perkataan Robbi). Sama-sama kita amalkan dan jalani hubungan yang lebih berkat dan dirahmati insya Allah ;-)


a) Surah Ali-'Imran, ayat 38

Terjemahan ayat:
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katamya:"Wahai Tuhanku!Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan."

b) Surah Al-Anbiya', ayat 89

Terjemahan ayat:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi."


0 comments:

Post a Comment

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq