Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Soalan untuk Ibnu Hanaffi's Dakwah Efforts and Archive (IH.DE.NA)
1. Pada awal tahun baru-baru ini, saya menerima soalan berbentuk rakaman video daripada 2 orang sahabat yang sekarang sedang menuntut ilmu di Australia, iaitu Sdr Aslam Abd Jalil (MCKK Class of 2007) dan Sdr Ahmad Firdaus Arul Hisham (MCKK Class of 2008).
2. Video tersebut saya muatkan di bawah dan untuk manfaat semua, saya tuliskan semula kedua-dua soalan yang diajukan itu dalam blog ini. Ini jugak supaya mudah bagi saya memberi respon peribadi sebagai jawapan daripada diri yang faqir lagi dhaif ini.

3. Berikut ialah soalan-soalan cepumas yang dilontarkan (berdasarkan video):
a) Firdaus:Apakah ciri-ciri kepimpinan Islam yang terbaik yang patut kita contohi?
b) Aslam: Saya musykil dengan senario politikal semasa di Malaysia, yang mana ada sesetengah pihak cakap yang pihak ini mengikut telunjuk orang bukan Islam, pihak ini mengikut telunjuk orang bukan Islam yang lain, jadi mereka ingin bersatu padu antara orang Islam, jadi saya ingin tahu adakah senario ini bertepatan dengan ciri-ciri politik Islam atau tidak?
4. Terlebih dahulu, terima kasih Aslam dan Fido atas soalan yang cukup baik dan bernas. Amat sesuai dan bertepatan dengan aspirasi para mahasiswa, pelajar mahupun anak muda seperti kita.
5. Juga, ingin saya sebut di sini bahawa;
a) Jawapan saya adalah pandangan saya, maka ia terhad kepada pemerhatian dan sedikit ilmu yang saya ada dan saya kaji, maka amatlah jauh sama sekali untuk ia bersifat sempurna. Seribu kemaafan untuk itu.
b) Jawapan saya mungkin tak disenangi sesetengah pihak di luar sana jika kita berlainan ideologi dan fikrah, namun sebagai Muslim, saya harap perbezaan ini langsung tak merencatkan hubungan baik kita sebagai 'brothers in Islam' selama ini. Terima kasih.
Ciri-ciri kepimpinan Islam yang terbaik yang patut kita contohi
6. Untuk soalan Firdaus (Fido), ciri-ciri itu pastinya boleh dilihat pada insan yang memilikinya. Dan insan ini tidak lain melainkan baginda Nabi Muhammad SAW.
7. Dalam Surah Al-Ahzab, ayat 21 Allah berfirman maksudnya:
"Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah SAW suri teladan yang baik (uswatun hasanah) bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah."
8. Maka, secara mudahnya, salah satu cara yang paling berkesan untuk mempelajari dan mengamalkan ciri-ciri kepimpinan Islam yang baik adalah dengan mengkaji sirah hidup dan keperibadian Rasulullah SAW.
9. Oleh sebab perbincangan ini akan menjadi terlalu panjang dek kemuliaan peribadi Nabi Muhammad SAW yang terlalu banyak dan luas untuk dibicarakan di sini, maka saya cadangkan usaha itu dibuat atas inisiatif sendiri.
10. Hal ini juga bertepatan dengan mood kita yang sedang menyambut bulan kelahiran baginda SAW sekarang insya Allah.
11. Pun begitu, untuk bersikap adil terhadap sahabat yang menyoal, maka suka saya sentuh sekurang-kurangnya satu daripada ciri-ciri kepimpinan terbesar yang sangat mulia di sisi Allah SWT dan dalam masa yang sama cukup relevan dengan atmosfera politik tempatan di Malaysia.
12. Ciri-ciri itu ialah adil dan bertanggungjawab. (Tersenyum sendiri saya) dek memikirkan bahawa ciri-ciri ini sahajapun sebenarnya memerlukan huraian yang cukup panjang.
13. Tapi biarlah saya kecilkan skop kepada sifat adil dan bertanggungjawab seorang pemimpin dalam melaksanakan hukum Allah SWT.
14. Seorang pemimpin yang adil dan bertanggungjawab tak akan sama sekali menjadikan diri mereka dan keluarga immune atau kebal daripada dikenakan hukuman! Berapa ramai pemimpin yang kita kenal mempunyai ciri-ciri begini? Saya tinggalkan soalan itu untuk dijawab sendiri oleh diri masing-masing.
15. Tapi inilah sifat Rasulullah SAW yang agung. Dalam satu hadis panjang, salah satu potongan ayat pendek daripada hadis ini ialah apabila bersabda kekasih Allah, Muhammad SAW katanya;
"Demi Allah yang diri Muhammad di dalam kekuasaan-Nya, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri aku pasti akan memotong tangannya."
16. Saya harap kita cukup terkesan dengan kata-kata itu.
17. Sebagai penutup kepada jawapan untuk soalan ini, suka saya ajak kita melihat pula status pemimpin itu dalam perspektif yang berbeza, yakni bukan pemimpin politik atau pemimpin masyarakat tetapi sebagai pemimpin di peringkat individu.
18. Dengan kata lain, setiap daripada kita adalah pemimpin kepada diri sendiri juga. Dalam satu hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim, Nabi SAW bersabda maksudnya:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekalian akan ditanya perihal kepemimpinan kamu.... (sehingga akhir ayat)"
19. Dengan itu, setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab terhadap diri masing-masing lantas MESTI memainkan peranan kita, apa jua peranan itu, sama ada sebagai seorang pelajar ataupun pengajar, anak ataupun ibubapa, majikan atau pekerja dan sebagainya.
20. Justeru, dua nilai dan ciri-ciri yang juga cukup penting bagi kita sebagai setiap individu Muslim yang ingin memimpin ialah Al-Qawiyy dan Al-Amin sebagaimana yang disebut dalam Kisah Nabi Musa AS dalam Surah Al-Qasas, ayat 26.
21. Kedua-dua ini ialah sifat yang saling melengkapi. Al-Qawiyy merujuk kepada ilmu, pengalaman, kemampuan fizikal serta lain-lain. Manakala Al-Amin ialah akhlak dan nilai-nilai positif yang baik.
22. Seorang pemimpin yang baik bukan sekadar layak dari kemampuan fizikal dan intelek untuk memimpin, tetapi juga mempunyai prinsip, akhlak dan nilai yang baik seperti amanah, sabar dan sebagainya.
23. Kita tak mahu pemimpin yang mahir dan layak tetapi khianat dan suka berdusta, demikian juga kita tak mahu seorang yang baik hati, amanah dan ikhlas tetapi tidak mahir, cetek ilmu dan sentiasa sakit (tiada kemampuan fizikal).
24. Beginilah cantik dan sempurnanya ajaran Islam tak gitu?
Senario Politik di Malaysia
25. Bagi soalan Aslam pula, saya berpendapat bahawa ia memerlukan satu analisis dan penilaian yang terperinci dan paling penting sekali, jujur dan bebas daripada pengaruh politik yang taksub.
26. Saya tak pasti jika saudara Aslam merujuk kepada slogan 'Melayu Sepakat, Islam Berdaulat' namun dalam tulisan kali ini saya andaikan ya, maka saya akan menjawab berdasarkan pandangan peribadi saya terhadap penggunaan slogan ini.
27. Sebelum itu untuk para pembaca yang tak tahu, slogan ini digunakan oleh satu NGO Islam yang cukup terkenal di Malaysia iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) yang saya yakin juga mempunyai cawangan yang sangat aktif di bumi Kangaroo.
28. Pertamanya, saya secara peribadi lebih suka jika slogan ini ditukarkan kepada 'Umat Islam Sepakat, Melayu Selamat' dan akan saya jelaskan kenapa di bawah.
29. Pertamanya, usaha menyatupadukan orang Melayu sebagai umat Islam majoriti di negara kita adalah usaha yang sangat baik dan harus dipuji. Usaha menghalang orang Melayu murtad daripada Islam juga tiada perbahasan lagi, semuanya saya sokong bulat-bulat.
30. Namun, yang saya khuatiri ialah adakah pendekatan yang digunakan itu betul dan selari dengan ajaran Islam. Contohnya, (maaflah saya perlu direct di sini) jika usaha menyatupadukan umat Melayu Islam ini dibuat kerana takutkan 'ancaman' Parti DAP, maka saya katakan, saya takut Allah SWT, bukan DAP.
31. Begitu juga kes murtad. Walaupun kita benci murtad, namun Islam bukan agama paksaan. Kecenderungan yang melampau untuk meletakkan kesalahan dalam isu murtad pada gereja Kristian semata-mata adalah pada saya tak berhikmah sama sekali, malah memburukkan keadaan lagi, lantas tak langsung membantu.
32. Sebaliknya, dalam usaha untuk menyelamatkan orang Melayu, saya rasa kita perlu lebih banyak berinteraksi dengan masyarakat bukan Islam dan masyarakat bukan Melayu untuk memperkenalkan Islam kepada mereka.
33. Dalam masa yang sama, penghayatan dan pemahaman tentang Islam mesti dilakukan dengan bersungguh-sungguh dalam kalangan yang sudah bergelar Islam! Malangnya, salah satu kunci kecantikan Islam, yakni sifat universalnya, sudah jauh terpisah jika kita asyik menekankan bangsa sebagai prioriti dalam menegakkan agama.
34. Padahal Islam sebagai cara hidup yang tak mengenal bangsa atau latar belakang inilah yang selama ini menjadi penarik yang cukup signifikan bagi orang bukan Islam untuk menjadi seorang Muslim.
35. Sebab itulah, jika dinilai kembali, pada hemah saya, hanya dengan hati yang terbuka untuk menyampaikan Islam kepada semua orang tanpa mengira kaum dan bangsa, yakni kembali kepada Islam yang betul caranya, maka bukan sahaja umat Islam (yang majoritinya Melayu) akan selamat dan sejahtera, malah orang bukan Islam pula tak akan membenci Islam, apatah lagi terhimpit dengan krisis Islamophobia.
36. Inilah intipati slogan 'Umat Islam Sepakat, Melayu Selamat' yang cuba saya maksudkan.
37. Sekali lagi, apa yang saya khuatir adalah jika usaha menyatupadukan umat Melayu Muslim ini sebenarnya tidak ikhlas, sebaliknya sebagai umpan untuk mencari pengundi Melayu di pilihan raya!
38. Saya bertegas bahawa melaungkan Melayu sebagai penyelamat Islam hanya akan menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap Islam, yang sudah sedia terancam dengan prejudis mereka terhadap orang Melayu. Dengan kata lain, kita perlu mengembalikan keyakinan orang terhadap Islam dengan memisahkan Islam dan Melayu dalam erti kata bahawa dua-dua ini entiti yang sama sekali berbeza. Islam first, Malay second ;-)
39. Sebagai seorang pelajar yang dhaif dan faqir dalam bidang comparative religion atau perbandingan agama, saya berkesempatan untuk menghayati sedikit sebanyak kesulitan dan kepayahan golongan muallaf (terutamanya yang bukan Melayu) serta mengkaji faktor-faktor penting kenapa orang bukan Islam takut atau benci pada Islam, dan atas dasar itu juga saya membentuk prinsip dan pegangan peribadi seperti yang saya jelaskan di atas.
40. Jika ada kelapangan, boleh juga telusuri huraian saya tentang topik berkaitan di artikel saya yang lain seperti Wahabi Vs Adabi dan Oh Islam!
41. Sebagai penutup kepada persoalan yang saudara Aslam kemukakan, sama ada kita perlu bersatu padu sebagai umat Islam untuk mengelak daripada mengikut telunjuk orang bukan Islam, adalah sesuatu yang tak diragui lagi memang selari dengan Islam. Jangan kata orang bukan Islam, bahkan orang Islam pun bukan telunjuk mereka yang kita ikut, tapi kepada Allah SWT sahaja kita taat dan akur.
42. Namun, bezanya adalah pada cara kita memahami apakah yang dimaksudkan dengan mengikut telunjuk orang bukan Islam itu? Kadang-kadang, sifat toleransi kita dalam berdakwah pun ditafsir sebagai tunduk kepada kekufuran padahal tafsiran sebegini harus diperincikan terlebih dahulu.
43. Jangan melihat kepada label dan kata-kata yang digunakan, tetapi lihatlah kepada apa yang cuba dimaksudkan oleh kata-kata itu. Contohnya jika Islam mengharamkan arak, adakah sejenis minuman yang diberi nama Sweet Grapes (misalnya) dan minuman itu memabukkan, maka ia tidak lagi haram HANYA kerana namanya Sweet Grapes dan bukannya arak?
44. Pastinya tidak! Apa pun namanya, asalkan SIFATNYA memabukkan, maka ia haram. Nota: Perkataan 'arak' pun tak ada dalam Al-Quran sebenarnya, sebaliknya perkataan al-khamr yang digunakan. Jadi adakah apa yang orang Melayu sebut sebagai 'arak' tak lagi haram? Tentunya TIDAK!
45. Maka saya harap agar difahami apa yang cuba saya maksudkan. Unsur politik beracun takkan pernah lari daripada melabel itu dan ini, tetapi akhirnya nanti, yang penting adalah adakah benar apa yang dilabelkan itu dari sudut SIFATNYA.
Penutup
46. Sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW yang amat kita kasihi, maka suka saya akhiri penulisan kali ini dengan petikan kata-kata daripada Khutbah Terakhir Rasulullah SAW, kata baginda SAW maksudnya:
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.."
47. Untuk teks penuh yang masih ringkas (sebenarnya) tapi cukup bermakna, sila lawat blog ini.
48. Kata-kata di atas amat bermakna buat kita yang kadang-kadang lupa bahawa melalui dosa kecillah syaitan menghasut kita untuk naik ke tingkatan dosa yang lebih besar. Saya amat alu-alukan jika anda mahu membaca huraian yang lebih panjang tentang perangkap dan belitan syaitan ini di artikel saya yang lalu iaitu Agak-Agak Bila Kita Boleh Couple?
49. Sekali lagi, terima kasih atas masa yang anda luangkan di sini dan juga kepada sahabat saya saudara Aslam dan Saudara Fido.
50. Sebarang kesilapan amatlah saya kesali dan lebih penting daripada itu, saya mohon agar ditegur untuk saya perbetulkan. Saya dengan ikhlas dan rela hati amat alu-alukan pertukaran pendapat yang sihat.
51. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui maka saya menyerahkan segala usaha yang saya lakukan ini kepada Allah sebagai Hakim yang paling adil, kepada-Nya saya mohon ampun dan petunjuk, dan kepada-Nya juga saya dan anda semua akan kembali.
Allahuaklam, wassalamualaikum wbt.
Cintailah Rasulullah SAW, dan hayatilah perjuangannya yang penuh kasih sayang. Kerana dakwah itu chenta ;-)

Boleh download poster ini sebagai wallpaper dan banyak lagi yang lain di freebies page saya insya Allah =) |
2 comments:
salam aleng, ak suka cara ko tulis artikel n soaljawab ni, nak share kat fb boleh?? siyes menarik, ilmiah dan wajar dipikirkan :)
Waalaikumussalam wbt.
Alhamdulillah. Thanks very much dear brother. Please go ahead dan silakan. Mohon didoakan for me and keluarga ;-)
Take care!
Post a Comment