RSS

Sunday, November 18, 2012

Al-Quran Sebagai Pendinding


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


1. Kawan-kawan sudah ramai yang tahu kisah saya yang beralih angin daripada ijazah perubatan (MBBS) kepada perakaunan yang saya sedang buat di UiTM Shah Alam sekarang.

2. Bukan mudah berubah. Apatah lagi apabila bukan itu yang dirancang. Namun, antara dua perkara yang turut membantu memberi semangat untuk terus kuat adalah seperti berikut.

3. Pertama, saya yakin bahawa bidang perakaunan jugak menjadikan saya seorang doktor. A financial doctor ;-)

4. Kedua, adalah niat yang saya simpan dalam hati untuk sekurang-kurangnya belajar (dan jika ada rezeki mendalami) ilmu perubatan Islam.

5. Lantas, saya ingin berkongsi sedikit input (berkaitan rawatan Islam) yang cukup baik melalui satu Forum Perdana di Masjid Negeri Shah Alam yang saya hadiri pada 17 November 2012, Sabtu yang lepas.

6. Tajuk forum itu ialah (lebih kurang) Anugerah Al-Quran Dalam Memberi Kedamaian, Untuk Kecerdikan Anak-Anak dan Kemurahan Rezeki.

7. Dua tokoh ahli panel adalah yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Kazim Elias dan juga Ustaz Sharhan Shafi'e.

8. Perkongsian ini adalah doa-doa daripada Al-Quran yang boleh menjadi penawar untuk kita semua insya Allah.

9. Saya akan kongsikan tiga doa beserta tujuan dan cara pengamalannya. Tapi sebelum itu, suka saya kongsikan satu cerita yang cukup menarik diceritakan oleh Ustaz Sharhan Shafi'e.

10. Tentang seorang makcik yang bertemu dengannya dan memberitahu bahawa dia sudah menyimpan satu azimat bersamanya sejak tahun 1965 dan tak pernah membukanya.

11. Dia mendapat azimat dalam bentuk bungkusan itu daripada seorang bomoh yang kini sudah pun lama meninggal dunia.

12. Kata makcik itu, tak boleh buka bungkusan kain itu atau akan mati.

13. Sampaikan Ustaz Sharhan nak buka pun dia tak bagi, takut-takut mati pulak Ustaz Sharhan.

14. Namun kata ustaz, mati itu di tangan Allah!

15. Lantas apabila digunting, lapisan demi lapisan, cuba teka apa yang ada dalam bungkusan itu kawan-kawan?

16. Kulit khinzir (babi)!

17. Subhanallah wana'uzubillah!

18. Bayangkan apa status solat dan ibadah makcik ni yang sejak tahun 1965 berdampingan dengan kulit khinzir!

19. Ustaz jelaskan tentang bahaya ditipu oleh bomoh palsu macam ni.

20. Maka perlu ada kesedaran mencari penawar yang betul, dengan cara yang betul dan daripada orang yang betul, tanpa ada walaupun sekelumit unsur syirik!

21. Cukup sekadar tu. Berikut ialah doa yang saya nak kongsikan daripada Ustaz Sharhan Shafi'e.

22. Doa yang pertama terdapat dalam Surah Al-Anbiya' ayat 83:

Maksud ayat: Dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika dia berdoa kepada Tuhannya, "(Ya Tuhanku), Sungguh aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang."
23. Sila baca keseluruhannya. Ketika ustaz mengajar kami membaca doa ini, diminta kami meletakkan tapak tangan kanan di atas dada tempat letaknya jantung. Perhatian: Sangat disarankan rujuk tafsir Al-Qurtubi tentang ayat ini untuk mendalami lebih lanjut Kisah Nabi Ayub.

24. Doa ini ialah doa Nabi Allah Ayub AS yang ditimpa penyakit yang cukup berat. Subhanallah, Nabi Ayub AS tak pernah mengeluh, malah memuji Allah SWT dalam doa ini.

25. Doa ini adalah setelah Allah memberi jaminan akan memakbulkan doa Nabi Ayub AS. Boleh dibaca sekali setiap selepas satu waktu solat (yakni 5 kali sehari) atau terus baca 5 kali sekaligus selepas Solat Subuh, atau 5 kali sekaligus selepas Solat Isyak.

26. Niatkan untuk mendapat kesembuhan penyakit daripada Allah SWT. Insya Allah maqbul, sebagai penawar kepada penyakit rohani mahupun jasmani.

27. Resepi yang paling penting ialah YAKIN!

28. Doa yang kedua terdapat dalam Surah Hud, ayat 57:

Maksud ayat: Sesungguhnya Tuhanku Maha Pemelihara atas segala sesuatu.
29. Kata ustaz, doa ini sebagai pendinding dan pelindung kita semua termasuk untuk ahli-ahli keluarga.

30. Boleh diamalkan juga selepas solat seperti doa pertama tadi.

31. Akhir sekali, kata ustaz, orang yang kena histeria ni, jin tu duduk di belakang dia.

32. Jadi cara untuk merawat sebenarnya cukup mudah.

33. Baca 'Bismillahi Masha Allah' sambil genggam tangan kanan, kemudian tiup atas tapak tangan dan tepuk atas belakang pesakit histeria tadi. Insya Allah, moga dengan izin-Nya, pesakit akan sembuh atau sedar.

34. Sekian sahaja untuk kali ini. Jika ada kelapangan, boleh jenguk satu coretan saya beberapa bulan yang lepas bertajuk Tuhan Vs Hantu.

35. Semoga anda semua mendapat manfaat dan ingatlah, ilmu ini tiada guna tanpa amalan. Hafallah doa-doa di atas, dan lazimi dalam kehidupan. Moga kerana istiqamahnya amalan, ilmu kita diberkati.

Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt.

AYUH MENJADI GENERASI AL-QURAN!




0 comments:

Post a Comment

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq