Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
1. Bukan saya seorang sahaja yang pernah gagal. Ramai juga yang lain.
2. Bukanlah bermaksud nak menyatakan orang lain pun teruk macam saya.
3. Cuma nak tunjukkan bahawa kegagalan itu 'biasa.'
4. Ia lazim. Ia biasa. Yang luar biasa bukanlah yang tak pernah gagal. Yang luar biasa adalah yang mampu bangkit dan berjaya selepas gagal.
5. Itulah
6. Luar
7. Biasa.
8. Saya dedikasikan entri ni buat sahabat baik dari Perak. Moga usaha kecil ini memberi doa dan semangat serta motivasi buat saudari.
9. Kadang-kadang, siapa diri kita dan di mana kita menyebabkan kita terlampau malu dan pasrah terhadap kegagalan.
10. Kita pemimpin, kita presiden. Kita ketua keluarga. Kita anak sulong. Kita satu-satunya anak kesayangan. Kita pelajar harapan. Kitalah contoh dan harapan!
11. Yelah, jika kita yang diharapkan dan diidolakan pun gagal, macam mana dengan yang lain-lain?
12. Jika kita anak sulong, bagaimana adik-adik mahu contohi?
13. Jika kita Perdana Menteri, bagaimana rakyat mahu contohi?
14. Kita rasakan yang kita mengecewakan mereka jauh melebihi kekecewaan terhadap diri sendiri.
15. Namun, contoh apa yang ingin kita tunjukkan?
16. Contoh seorang manusia yang sempurna? Untuk apa? Adakah mereka atau kita boleh mencapai kesempurnaan?
17. Ya, kita perlu menunjukkan contoh yang baik kepada orang sekeliling kita.
18. Menyedari bahawa semua orang pernah melalui kegagalan, maka contoh yang terbaik adalah menunjukkan bagaimana kita bangkit dan menghadapi kegagalan kita.
19. Kekuatan dan keazaman inilah yang ingin dicontohi.
20. Mereka yang hidup sempurna dan lancar sahaja perjalanan hidupnya, bukanlah contoh terbaik buat kita kerana kita masih sering mempunyai kelemahan dan adakalanya tumbang di perjuangan.
21. Namun orang yang sempurna dan lancar sahaja perjalanan hidupnya tak semestinya orang yang hidupnya mudah. Saya percaya, kejayaan mereka bukanlah kerana tiada kegagalan, tetapi kejayaan mereka adalah kehebatan mereka menghadapi dan melalui kegagalan itu dengan baik!
22. Tiadalah kejayaan itu mempunyai apa-apa makna tanpa adanya kegagalan. Demikianlah dicipta banyak perkara berpasang-pasangan.
23. Bahkan kita manusia pun berpasang-pasangan.
24. Ya, kegagalan itu menyakitkan. Tetapi jika kegagalan itu tak menyakitkan, maka semua orang mahu gagal.
25. Diciptakan kegagalan itu menyakitkan, agar ia menjadi motivasi untuk kita bangkit daripadanya dan tabah melaluinya. Ambillah dari kaca mata yang positif- cara kita berfikir- optimis.
26. Tiada siapapun akan menjumpai kesempurnaan itu dalam hidup yang fana ini.
27. Kesempurnaan dan kejayaan yang hadir tanpa kegagalan itu, wujud, tetapi ia bukan di sini, ia di 'sana', disediakan untuk orang yang bijakSANA.
28. Syukurilah atas apa jua yang kita ada. Setiap anak tangga kehidupan itu ada pengajaran dan ibrahnya. Jangan dicela ia, ambillah yang baik sebagai inspirasi, yang tak baik sebagai motivasi.
29. Kegagalan itu, ia menjadikan kita hamba. Ia juga menjadikan kita humble.
30. Kerana yang besar itu hanyalah Allah SWT.
31. Dia sahaja yang Maha Besar. Maka tabahlah wahai sahabat!
32. Saya dedikasikan lagu 'Jangan Menyerah' di bawah buat rakan-rakan dan taulan yang pernah merasai kesulitan dan dugaan dalam hidup.
33. Sudah saya nukilkan kisah saya di sini. Mungkin jika anda pun ada, boleh kongsikan juga.
34. Saya akhiri dengan celoteh peribadi berikut, dalam Bahasa Inggeris:
"I used to dream to become a doctor. But now that I am here in accounting, I know I will still be a doctor- a financial doctor.."
16. Contoh seorang manusia yang sempurna? Untuk apa? Adakah mereka atau kita boleh mencapai kesempurnaan?
17. Ya, kita perlu menunjukkan contoh yang baik kepada orang sekeliling kita.
18. Menyedari bahawa semua orang pernah melalui kegagalan, maka contoh yang terbaik adalah menunjukkan bagaimana kita bangkit dan menghadapi kegagalan kita.
19. Kekuatan dan keazaman inilah yang ingin dicontohi.
20. Mereka yang hidup sempurna dan lancar sahaja perjalanan hidupnya, bukanlah contoh terbaik buat kita kerana kita masih sering mempunyai kelemahan dan adakalanya tumbang di perjuangan.
21. Namun orang yang sempurna dan lancar sahaja perjalanan hidupnya tak semestinya orang yang hidupnya mudah. Saya percaya, kejayaan mereka bukanlah kerana tiada kegagalan, tetapi kejayaan mereka adalah kehebatan mereka menghadapi dan melalui kegagalan itu dengan baik!
22. Tiadalah kejayaan itu mempunyai apa-apa makna tanpa adanya kegagalan. Demikianlah dicipta banyak perkara berpasang-pasangan.
23. Bahkan kita manusia pun berpasang-pasangan.
Berjayalah orang-orang yang beriman- Yang antara ciri-cirinya adalah, dia khusyuk dan rendah diri dalam solatnya.. (Surah Al-Mukminun, ayat 1-2) |
25. Diciptakan kegagalan itu menyakitkan, agar ia menjadi motivasi untuk kita bangkit daripadanya dan tabah melaluinya. Ambillah dari kaca mata yang positif- cara kita berfikir- optimis.
26. Tiada siapapun akan menjumpai kesempurnaan itu dalam hidup yang fana ini.
27. Kesempurnaan dan kejayaan yang hadir tanpa kegagalan itu, wujud, tetapi ia bukan di sini, ia di 'sana', disediakan untuk orang yang bijakSANA.
28. Syukurilah atas apa jua yang kita ada. Setiap anak tangga kehidupan itu ada pengajaran dan ibrahnya. Jangan dicela ia, ambillah yang baik sebagai inspirasi, yang tak baik sebagai motivasi.
29. Kegagalan itu, ia menjadikan kita hamba. Ia juga menjadikan kita humble.
30. Kerana yang besar itu hanyalah Allah SWT.
31. Dia sahaja yang Maha Besar. Maka tabahlah wahai sahabat!
32. Saya dedikasikan lagu 'Jangan Menyerah' di bawah buat rakan-rakan dan taulan yang pernah merasai kesulitan dan dugaan dalam hidup.
33. Sudah saya nukilkan kisah saya di sini. Mungkin jika anda pun ada, boleh kongsikan juga.
34. Saya akhiri dengan celoteh peribadi berikut, dalam Bahasa Inggeris:
"I used to dream to become a doctor. But now that I am here in accounting, I know I will still be a doctor- a financial doctor.."
35. Wallahuaklam. Terima kasih atas kesudian meluangkan masa di sini. Moga bermanfaat. Wassalam.
Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi
Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi
Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik
Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi
Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasa-Nya
Bagi hamba-Nya yang sabar
Dan tak kenal putus asa
(D' Masiv- Jangan Menyerah)
(D' Masiv- Jangan Menyerah)
0 comments:
Post a Comment