Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Kemudian, hanya kepada Kami (Allah) kamu dikembalikan."
Surah Al-Ankabut (29:57)
|
1. Baru-baru ni saya ke Titiwangsa untuk menghadiri satu Program Kursus Pengurusan Jenazah yang dianjurkan oleh rakan-rakan pelajar di Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
'Jenazah' sempat lagi bergurau... Sempoi tak 'jenazah' ni? =) |
2. Alhamdulillah, sebagaimana biasa, saya pun bercadanglah untuk menulis. Bukanlah tentang kursus itu, tapi tentang topik ini.
3. Suka saya mulakan dengan maksud hadis berikut. Sangat menarik!
"Sekujur jenazah dibawa melintasi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Lalu Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: KEREHATAN atau DIREHATKAN DARIPADANYA.
Baginda ditanya, apakah maksud kerehatan dan direhatkan daripadanya itu? Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menjawab:
Seorang hamba yang beriman, (dengan kematian itu) dia direhatkan daripada kesusahan dunia dan dibawa kepada rahmat Allah.
Ada pun hamba yang jahat, kematian itu telah menyebabkan hamba-hamba Allah, tanah air, pohon-pohon dan haiwan-haiwan direhatkan daripadanya!"
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)
4. Tak ramai yang suka bercakap tentang mati. Namun orang yang mengingati matilah orang yang bijak.
5. Bahkan orang yang tak percaya pada kematian pun akan mati. Maka orang yang menolak mati pulak, adalah orang yang tak bijak.
6. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang yang apabila mati, kita direhatkan daripada kesulitan dunia serta fitnah dan dugaan yang terkandung di dalamnya. Dan semoga pada Hari Pengadilan, kita dibangkitkan bersama golongan yang soleh dan beriman. Insya Allah, ameen!
7. Saya cuma nak sentuh beberapa perkara penting sahaja yang akan dipetik daripada salah satu ayat daripada Al-Quran yang berkaitan dengan mati, kerana ia cukup menarik dan wajar diberi perhatian. Tapi sebelum itu, suka saya sebut sikit berkenaan dengan pengurusan jenazah ni.
8. Secara mudahnya, hukum pengurusan jenazah ini ialah Fardhu Kifayah, maknanya kalau dalam satu kawasan dah ada orang yang menguruskan, maka terselamatlah seluruh penghuni kawasan di situ daripada dosa.
9. Pun begitu, amat amat amatlah disyorkan agar bagi satu-satu jenazah, orang-orang terdekat atau ahli keluarga yang menguruskannya.
10. Perkara inilah yang menjadi salah satu motivasi saya untuk turut serta dalam program tersebut. Pun begitu, masih tak mahir, perlu banyak kali hadir program yang sebegini lagi insya Allah!
11. Sebagai selingan, elok kita tonton dulu video tentang tanggungjawab pengurusan jenazah di bawah. Sangat menusuk qalbu dan jiwa. Moga Allah datangkan rasa kasih dan cinta kita kepada ibu bapa dan keluarga kita, melalui cinta kita kepada-Nya.
12. Menyentuh perasaan kan? Saya yakin, ramai dalam kalangan kita dah pun tonton kedua-dua video di atas sebelum ni, namun saya yakin juga insya Allah, tak akan bosan kalau kita tonton beberapa kali video macam ni yedak?
13. Umumnya, ada 4 perkara sahaja dalam pengurusan jenazah ni. Senang je nak ingat, sebab ia mengikut turutan.
14. Bermula dengan memandikan, kemudian mengkafankan, kemudian solat jenazah, barulah akhir sekali pengebumian. Kesemuanya ada teknik dan kemahirannya. Dan untuk ahli keluarga, keempat-empat perkara ini bukan hanya akan dibuat dengan ilmu dan teknik, tapi juga dengan penuh cinta dan kasih sayang!
15. Sebagai penutup, baik saya penuhi janji saya tentang ayat Al-Quran tadi. Sila teliti terjemahan potongan ayat berikut:
a) Surah An-Nisa', ayat 78:
"Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kokoh..."
16. Sekurang-kurangnya ada dua perkara yang zahir dan jelas boleh diambil daripada ayat di atas.
17. Pertama, maut tak mengenal tempat di mana kita berada. Katakanlah kita ke negara yang paling selamat di dunia pun, tidak akan ada jaminan bahawa kita boleh lari daripada ajal, kononnya selamat daripada sebarang jenayah bunuh.
18. Sebagai kesinambungan kepada itu, bukan setakat tempat, bahkan keadaan kita pun tak memastikan atau menjamin kita boleh 'lari' daripada maut dan ajal, jika sudah tiba masanya.
19. Maka, mati itu akan datang singgah menjemput siapapun, walaupun seorang raja yang tinggal di dalam istana yang besar dan kuat pertahanannya beserta beribu pengawal serta askar yang melindunginya.
20. Maka itulah maut. Ia pasti datang.
21. Suka saya kongsikan satu vlog yang saya rakam sempena menjengah usia yang ke 22 tahun pada bulan Januari yang lalu.
22. Dalam video ini, saya kongsikan satu paradigma dan sisi pandang yang lain untuk kita melihat erti kematian ini dalam hidup kita.
23. Malah, alhamdulillah, saya sempat kongsikan di akhir vlog ini tentang satu mukjizat Al-Quran yang cukup unik dan sangat menarik untuk kita sama-sama ketahui, yakni Palindrome! Nak tahu apa itu Palindrome?
24. Cuba eja katak. Baik, sekarang cuba eja secara terbalik. Sama kan? Itulah Palindrome! Ada ke dalam Al-Quran? Dalam Bahasa Arab? Tontonlah dulu ye? hehe..
25. Izinkan saya maklumkan awal-awal, kualiti audionya tak berapa baik. Seribu ampun dipinta. Tapi alhamdulillah, saya ada sediakan sari kata dalam Bahasa Melayu. Sila tekan butang 'CC' ya? Terima kasih..

26. Sekian sahaja buat kali ini. Wallahuaklam, wassalamualaikum wbt. Saya sudahi dengan satu penyataan di Facebook yang saya terbaca sekejap tadi yang berbunyi seperti berikut. Moga bermanfaat!
"Perempuan yang tak mahu menutup aurat akan menutup auratnya ketika dia dikafankan..."
P/S: Lelaki pun sama lah ya?
PP/S: Saya kongsikan beberapa gambar yang sempat ditangkap sewaktu program hari tu.
"Perempuan yang tak mahu menutup aurat akan menutup auratnya ketika dia dikafankan..."
P/S: Lelaki pun sama lah ya?
PP/S: Saya kongsikan beberapa gambar yang sempat ditangkap sewaktu program hari tu.
0 comments:
Post a Comment