RSS

Sunday, February 26, 2012

Puisi Hati: Pelangi Tak Berwarna


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


1. Saya tujukan puisi hati ini  khas kepada rakan-rakan seperjuangan yang ikhlas dan sabar dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Semoga dapat menghayati setiap bibit-bibit perkataan yang disebut kerana penulis telah cuba sedaya upaya untuk menjadi seteliti yang termampu dalam memilih perkataan yang digunakan dalam puisi supaya maksud dan mesejnya sampai.

2. Sebagai penutup, penulis sekadar nak huraikan satu sahaja tema besar dalam puisi ini, yakni sifat kehidupan ini yang tak tentu dan bervariasi (pelbagai). Penulis menggambarkan kehidupan ini ibarat pelangi dan setiap satu warna pada pelangi itu mewakili setiap cerita yang berbeza-beza dalam kehidupan kita.

3. Yang paling penting ialah, penulis cuba memberi gambaran bahawa jika pelangi diciptakan tak mempunyai warna, maka ia tak lagi cantik. Begitulah perumpamaan kehidupan, yang cantik, seronok dan menarik hanya apabila di dalamnya terdapat banyak cerita, pengalaman dan pengajaran yang boleh kita lalui.

Semoga terhibur!

P/S: Sebenarnya puisi ini ialah pendahuluan kepada satu artikel Bahasa Inggeris yang akan saya tulis dan siapkan insya Allah dalam bulan Mac nanti. Satu artikel peribadi yang akan menceritakan pelbagai kisah yang berlaku pada diri penulis sejak kebelakangan ini.



PELANGI TAK BERWARNA

Bukan selalu panas berpanjangan,
Kerna kadang-kadang hari hujan,
Renyai-renyai ia berdendang,
Seolah-olah ada tetamu mahu bertandang,

Kadang-kadang ia datang di tengah hari,
Kadang-kadang sampai tenggelam matahari,
Dan begitulah rutin alam,
Setiap hari,
Waktu siang, mahupun malam,

Tapi benarlah ada tetamu,
Jika hujan itu memandikan cahaya lampu,
Dari planet api yang satu,
Kerana tetamu itu namanya pelangi,
Ia hadir tak kala panas sedang terik,
Yang disapa air hujan yang menitik,
Dengan warna yang tersusun berlapis cantik,
Itulah warna pelangi yang berwarna warni,

Kisahku ini izinkanku coret,
Tentang pelangi dan kehidupanku yang pendek,
Pada keduanya ada persamaan yang banyak,
Untukku persembahkan kepada seluruh khalayak,
Yang hatinya ikhlas dan ingin beringat,

Semoga pelangi dan kehidupan,
Mewarnakan pedoman dan tauladan,
Atau sekadar pemanis perasaan,
Buat yang sudi menjadi teman,
Kepadaku yang kadang-kadang keseorangan,

Pelangi itu,
Ia seperti kehidupan,
Ia pendek dan tak lama bertahan,
Sampai masa ia hilang,
Sampai masa malaikat maut pun datang,
Selamat tinggal orang yang tersayang,

Pelangi itu,
Ia seakan kehidupan,
Ia wujud tanpa tersentuh,
Hanya tampak dari jauh,
Ibarat kehidupan yang kita lalui,
Ia ditempuhi ia dirasai,
Namun yang lepas menjadi sejarah,
Terlampau jauh mana mungkin dapatku singgah,
Apatah lagi menjenguknya kembali,

Pelangi itu,
Tak ubah ibarat kehidupan,
Ia berwarna, berbagai ragam,
Kerana itu ia istimewa,
Mengisi kekosongan di dalam jiwa,
Melakar senyuman, melukiskan kenangan,

Pelangi itu ada padanya warna merah,
Umpama kehidupan yang terkadang tak tentu arah,
Dengan cubaan dan dugaan yang datang dari Allah,
Agar kita lebih kuat dan tabah,
Bukan pula alpa dan lengah,
Bukan juga lupa dan pasrah,

Kerana warna merah,
Mewakili hidup dan lumrah,
Mengajar kita membaiki mana yang salah,

Pelangi itu ada padanya warna jingga,
Ada masanya kita gembira tak terhingga,
Penuh keriangan tak tergambar dengan kata-kata,
Dan pada waktu itu kita rasa seperti di syurga,
Padahal ia hanya sementara,

Kerana warna jingga,
Mewakili hidup yang kita bangga,
Yang merakam detik suka dan duka,
Yang mungkin tak mudah untuk kita semua lupa,

Pelangi itu ada padanya warna kuning,
Mencatatkan plot kehidupan kita yang penting,
Tidak kurang juga saat-saat genting,
Bila kita amat perlu dibimbing,
Tatkala hidup cukup terumbang-ambing,
Akibat kesilapan yang dilakukan kelmarin,

Kerana warna kuning,
Mengajak kita untuk bertanding,
Menjadi pendekar yang tidak terbanding,
Punyai kecekalan sebagai pendinding,

Pelangi itu ada pula warna hijau,
Kadang-kadang hidup penuh kacau,
Dalam pada kejayaan datang tanpa boleh dihalau,
Tapi bila-bila pun kita boleh gagal tau?

Kerana warna hijau,
Menyedarkan kita yang mengingau,
Supaya tersentak daripada angau,
Daripada mabuk dengan kemewahan yang melampau,
Daripada sibuk dengan dunia yang memukau,
Supaya berhijrah ke masjid atau ke surau,
Supaya yang gelap menjadi cahaya yang berkilau,

Itulah pelangi dan itulah kehidupan,
Bermacam-macam, pelbagai ragam,
Didahului hijau sebelum biru,
Selepas itu indigo dan ungu,
Demikianlah banyaknya warnanya itu,
Pada pelangi yang berlapis-lapis,
Pada kehidupan dan dugaan yang tak habis-habis,

Teman,
Taulan,
Aku bukanlah pandai berpuitis,
Apatah lagi jagoan yang reti menulis,
Tapi air mata aku boleh menitis,
Menghiris pipi dan hati,
Seperti gerimis yang menghiris,
Cahaya suria di tengahari,

Maka sebelum ku habis berdikir,
Aku ingin mengajak kita semua berfikir,
Biarlah persoalan ini senantiasa hadir,
Dalam diri aku dan kamu yang faqir,

Ayuh ungkapkan sama-sama di bibir,

Adakah tanpa warna,
Pelangi itu masih bermakna?

Lantaran itu ku bersyukur Wahai Ar-Rahman,
Pada pelangi dan kehidupan itu ada persamaan,
Pada pelangi dan kehidupan itu ada tanda kebesaran,
Kerana kedua-duanya ada warna yang Engkau corakkan..

-Ibnu Hanaffi
25 Feb 2012, Shah Alam

Warnailah pelangi itu, sebagaimana kau warnakan kehidupanmu.. ;-)

0 comments:

Post a Comment

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq