RSS

Monday, February 20, 2012

Konvensyen Fiqh Ummah 2012 (Bahagian 1)


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Sheikh Mufti Ismail Musa Menk, Mufti negara Zimbabwe
1. Melihat Sheikh Mufti Ismail Menk di atas pentas, saya tak berhenti tersenyum sendiri selama lebih satu jam melihatnya bercakap memberikan syarahan tentang topik Wasatiyyah (Kesederhanaan) dalam Islam. Tak pernah-pernah merasai pengalaman seperti ini. 

2. Cukup mengambil perhatian. Setiap bibit kata-katanya sungguh bermakna. Wajahnya cukup bercahaya. Dan lenggok bahasa badannya (body language) yang menarik serta mimik mukanya (facial impression) yang lucu memberikan sheikh yang mulia satu pakej yang sempurna untuk digelar seorang pemidato Islam yang cukup disegani dan dihormati di peringkat antarabangsa.

3. Namun, dalam bahagian 1 ini, saya tak mahu mengulas panjang kerana saya perlu masa untuk mengarang dan mengulangkaji semula nota yang dicatat. 

4. Pelannya adalah untuk berkongsi dahulu rakaman audio mp3 yang sempat saya usahakan (secara tak sengaja) sepanjang 2 hari di sana di bahagian satu ini, selainnya (seperti pandangan peribadi serta kesimpulan ilmu yang diperoleh daripada program ini)  akan saya sediakan dalam bahagian kedua insya Allah.

5. Saya sudah muatnaikkan (upload) kesemua rakaman di internet dan bolehlah dimuatturun (download) seperti yang disenaraikan (mengikut tentatif asal program) di bawah. Moga bermanfaat insya Allah ameen.

Nota penting: Jika ada pautan (link) yang tak berfungsi atau tersalah di mana-mana saya harap boleh dimaklumkan, supaya boleh saya betulkan segera untuk manfaat pelawat dan pembaca blog saya yang lain. Terima kasih.

Bersama Ust Aqil Hayy, yang datang memberikan persembahan pada malam pertama Konvensyen
Konvensyen Fiqh Ummah
Rakaman Audio mp3

Hari pertama (18 Februari 2012)

1. Ucapan Aluan (UZAR) dan perasmian oleh Ketua Pengarah JAKIM (download)

Wasatiyyah Dalam Aqidah
2. Ust Dr Zulkifli Al Bakri dan Ust Mohd Aizam Mas'od (download)

Wasatiyyah Dalam Dakwah
3. Ust Mohd Zamri Mohd Zainuldin dan Ust Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang (download)

Wasatiyyah Dalam Dakwah
4. Ust Syed Mohd Nurhisham Tuan Padang dan Xifu Naser Abdul Rahman (download)

Wasatiyyah Dalam Turath/Kefahaman Khazanah Ilmu Islam
5. Ust Ahmad Fauwaz Fadzil dan Ust Dr Abdul Basit Abd Rahman (download)

Wasatiyyah Dalam Muamalat Harta
6. Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman dan Ust Muhd  Ramadhan Fitri Ellias (download)

7. (English Special) Sheikh Mufti Ismail Musa Menk (download)

Hari kedua (19 Februari 2012)

Wasatiyyah Dalam Penyucian Jiwa/TazkiyatunNafs)
1. Ust Mohammad Nidzam Abd Kadir (download)

Wasatiyyah Dalam Ibadah
2. Ust Dr Roslan Mohamed dan Ust Ahmad Husni Abd Rahman (download)

Wasatiyyah Dalam Kefahaman Teks Al-Quran dan Hadis
3. Ust Abdullah Bukhari Abd Rahim dan Ust Dr Zahazan Mohamad (download)

Wasatiyyah Dalam Siasah/Politik
4. Ust Dr Maszlee Malik dan Ust Dr Mohd Khairuddin Aman Razali (download)

Wasatiyyah Dalam Gaya Hidup
5. Ust Imam Muda Muhammad Asyraf Ridzuan dan Ust Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim (download)

6. Sebelum saya tamatkan, ingin saya sebut 2 perkara yang sangat penting di sini yakni isu copyright dan kualiti rakaman:

   a) Perkongsian saya ini hanya sekadar menyampaikan ilmu yang pada hemah saya jauh lebih bermanfaat jika boleh dikongsikan dengan orang lain. Tak sekali-kali ia bersifat komersial atau untuk mengaut sebarang keuntungan material. Malah, saya rasa pihak penganjur sendiri akan mengeluarkan CD rasmi rakaman, yang akan dijual, maka sila rujuk mereka. Harapan saya hanyalah doa daripada kalian semua, untuk saham akhirat buat saya dan keluarga tersayang.

   b) Sekali lagi, sebenarnya rakaman yang saya buat tak dirancang pada awalnya. Maka kualitinya agak sederhana. Lagipun saya bukan professional dalam bidang ni, apatah lagi gajet yang digunakan. Mohon maaf untuk itu. Serta tak lupa, atas faktor manusia tertentu, sebahagian rakaman adalah tak penuh dan ada sedikit sebanyak gangguan bunyi yang harapnya dapat diabaikan, sebaliknya ambillah apa jua yang boleh dimanfaatkan insya Allah.

7. Akhir sekali, kepada yang tertanya-tanya apakah program atau konvensyen yang saya sebut ini, bolehlah merujuk laman web rasminya sendiri di sini.

P/S: Insya Allah sekadar untuk arkib peribadi saya, akan diletakkan lebih banyak gambar-gambar lain semasa di sana sepanjang program dalam bahagian 2 nanti.

Wallahua'lam. Wassalamualaikum wbt.

Bersama brother Nurul Imran Koyube, Presiden dan co-founder ILuvIslam.com, merangkap Pengarah Konvensyen.

0 comments:

Post a Comment

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq