RSS

Wednesday, February 15, 2012

Sabasun (Terengganu)


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Tarikh 8 Disember- 31 Januari 2012 ialah satu tempoh dua bulan yang diisi dengan bertukar wajah menjadi seorang pemuda kampung biasa yang cuba merasai erti dan penat lelah mencari rezeki untuk keluarga.

2. Dari awal lagi, niat yang dipasang adalah sekadar untuk mengisi masa cuti yang panjang serta mencari ilmu-ilmu baru dalam hidup.

3. Di banyak sudut di muka bumi ini, banyak perkara yang kita tak tahu dan tak kita alami. Saya pernah buat seketika kagum dengan kemudahan teknologi yang mampu menjadi tingkap (window) yang terbuka luas untuk merasai pengalaman atau persekitaran seolah-olah berada di mana-mana tempat pun di dunia ini. 

4. Namun, ia sama sekali tak sama! Membaca tentang pedalaman, tak sama dengan menjejakkan kaki sendiri dan tinggal di kawasan pedalaman, demikian juga dengan pengalaman saya sepanjang bekerja di pusat beli belah  di Kampung Wakaf Tembesu, Terengganu, milik seorang usahawan Muslim yang cukup gigih, sabar dan bersungguh-sungguh dalam bidang perniagaan dan keusahawanan ini.

5. Di internet misalnya, kita tak merasai pengalaman masa yang panjang (seperti bekerja 8-12 jam sehari), pengalaman berbual dengan orang daripada pelbagai latar belakang dan ragam (face-to-face), serta lain-lain (yang pastinya tak serupa dengan online chatting).

6. Aktiviti melancong sebagai contoh yang lain, akan hilang KAW dan keseronokannya jika kita sekadar melihat gambar dan foto cantik tempat atau pemandangan di negeri orang kerana jika kita sendiri menjelajah secara fizikal ke sana, kita menikmati kepenatan yang dirasai, selain melalui pengalaman suka duka yang berguna sepanjang perjalanan menuju ke destinasi.

7. Pun begitu, untuk kali ini, saya cuma ada 2 perkara yang hendak diselesaikan di sini yakni 1) berkongsi tentang masalah masyarakat Islam dalam bidang feqah agama (yang dialami rakan sekerja) serta 2) penghargaan dan ucapan mohon maaf buat yang mengenali dan menjadi teman/tuan di tempat kerja di Sabasun Hyperruncit selama 2 bulan yang lalu.

Hari-hari awal di Sabasun. Cermin mata sedang dibaiki, dan mata sering mengecil sepanjang tempoh ini ;-)
8. Cara belajar yang terbaik adalah dengan cara mengajar orang lain. Jika tak mengajar, maka sekadar berkongsi pun dikira baik. 

9. Bukan sahaja dengan berkongsi dan mengajar, ilmu itu akan berkembang serta kekal lebih lama dalam ingatan, malah soalan yang diajukan oleh yang ingin belajar itulah yang kadang-kadang menjadi sumber inspirasi buat kita untuk sedar bahawa kita sendiri pun ada banyak perkara yang tak tahu (maka kita juga masih perlu belajar).

10. Persoalan yang ditanya oleh rakan sekerja saya ialah tentang penyakit was was yang menimpanya. Saya pernah terdengar, tetapi ini kali pertama saya betul-betul berhadapan dengan orang yang agak berat masalah was-wasnya.

11. Sahabat saya ini baik orangnya. Baiknya sehingga dia terkadang terlalu 'berkira' dalam mencari keyakinan dalam ibadah. Dengan kata lain, dia sering banyak soal dan tak yakin akan sah dan sempurna atau tidak ibadahnya, terutamanya dalam hal wuduk dan solat.

12. Sampai satu tahap, memang benar boleh menjurus ke arah pembaziran (10 minit atau lebih) ambil wuduk atau masalah mengangkat takbir beberapa kali kerana sukar nak habiskan lintasan niat di hati. Selain itu, jugak berlaku masalah was-was sama ada sudah solat ke belum, walaupun baru habis solat!

13. Dari satu sudut, saya minta kita banyakkan bersyukur kepada Allah SWT, kerana saya yakin banyak antara kita yang tak menghadapi cabaran sebegini dalam beribadah. Sahabat saya ini, walaupun cabaran itu cukup kuat untuknya (bagi saya) masih cukup tabah dan cekal menyempurnakan ibadahnya. 

14. Berikut ialah beberapa tips dan kaedah yang saya mahu kongsikan untuk manfaat kita, atau ahli keluarga dan rakan-rakan, jika diketahui mereka ada masalah yang sama.


15. Perkara pertama yang mesti difahami ialah, was-was atau tak yakin ini datangnya daripada bisikan dan gangguan syaitan, maka sebaik-baiknya mintalah pertolongan daripada Allah SWT dengan berdoa kepadanya, sebagai contoh berta'awwuz (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم).

16. Sentiasa mengingati Allah SWT dengan berzikir juga satu cara yang baik.

17. Selain itu, Abu Sayyid Al-Jalil Ahmad bin Abu Al-Hawari pernah berkata: 

"Aku mengadu kepada Abu Sulaiman Ad-Darani tentang was-was yang menimpaku. Lantas dia berkata: Apabila kamu ingin menghilangkannya (was-was) daripada dirimu, maka apabila sahaja kamu merasa was-was itu datang, BERGEMBIRALAH kerana apabila engkau bergembira was-was itu akan terputus daripadamu. 

Tak ada suatupun yang paling dibenci oleh syaitan melainkan kegembiraan orang yang beriman. Jika engkau bersedih hati maka tentulah was-was itu akan bertambah menyerang lagi!"

18. Dalam hal niat pula, ada perincian yang cukup panjang dalam hal ini. Namun, saya minta kalian membuat rujukan sendiri. Ringkasnya, yang wajib dilintaskan dalam hati ketika menyebut 'Allahuakbar' semasa takbiratulihram ada 3 sahaja iaitu aku 1) solat 2) fardhu 3) Zohor (atau waktu lain).

19. Adapun selain daripada itu (contohnya 'empat rakaat' atau 'kerana Allah ta'ala') hanyalah sunat sahaja. Pun begitu, dalam solat Fardhu Jumaat, WAJIB ditambah satu lagi untuk sah solat itu, yakni perkataan (atau berniat) makmum atau imam. Jika tak, maka tak sah solat.

20. Dengan kata lain, niat dalam solat taklah sesukar mana, jika kita tahu apa keperluan minima untuk pastikan ia sah.

21. Pada pandangan saya, soal was-was amat bersangkut paut dengan kekuatan kita dalam membentuk keyakinan diri dan dalam menjaga hubungan dengan Allah SWT.

22. Pendek kata, jangan layan sangat perasaan was-was yang datang, dan selalulah ingat Allah SWT.

23. Ada satu hadis yang cukup baik menggambarkan bagaimana syaitan asyik 'mencucuk' dan mengganggu anak cucu Adam dan disertakan sekali dalam hadis yang sama tentang cara penyelesaiannya. Hadis itu berbunyi begini (terjemahannya):

"Dari Abu Hurayrah RA: Rasulullah SAW bersabda, syaitan akan mendatangi seseorang daripada kamu lalu berkata, siapa yang mencipta ini dan itu? Sehingga sampai satu peringkat ia menyoal, siapa pula mencipta Allah? Apabila hal seumpama ini terjadi, maka mohonlah perlindungan dengan Allah (ta'awwuz) dan hentikanlah (mindamu daripada terus menerawang mencari jawapan kepada soalan bisikan syaitan itu)."
(Riwayat Imam Bukhari)

24. Dalam hadis riwayat Imam Muslim, disambung pula sedikit lagi hadis tadi, maksudnya:

"Kemudian katakanlah: Aku beriman kepada Allah dan rasul-Nya (aamantu billahi warasulihi)."

25. Sebagai tambahan terakhir untuk subjek ini, dicadangkan agar dibuat satu pelan tindakan untuk penambahbaikan secara berkala bagi mereka yang ada masalah was-was. Contohnya, kalau hari ini 10 minit masa yang diambil untuk wuduk, cuba kurangkan kepada 9 minit esoknya, 8 minit lusanya dan begitulah seterusnya.

26. Jangan terlalu tertekan, tetapi berusahalah secara perlahan-lahan dan banyakkan bersabar serta berdoa kepada Allah SWT.

27. Sebagai penutup, saya ingin ambil kesempatan untuk berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah sudi menjadi teman sekerja serta membimbing saya semasa di Sabasun. Mohon maaf juga jika ada walaupun sedikit kesilapan atau kekasaran, semuanya adalah (jika ada) sama sekali tak disengajakan.

Untuk perhatian:

CSF
Abg Din, Kak Mira, Kak Tiqah, Mito, Kak Fina, Faisal, Hakimi, Fizul, Joe, Bakri, Wan, Kak Sue, Kak Ma, Kak Ella, Kak Ida, Wawa Lavender, Ayen, Ma, semua promoter

SSB
Abg Din, Kak Supervisor (sorry saya tak pernah tanya nama), Yoe, Amin, Afiq, Fadhli, Aswad, Angah, Wadi, Apih, Ani, Fadhiah

Inventory
Taufiq, Apih, Na’im

Stor
Bob, Farid, Panjang dan Fathi

Cashier
Kak Humaira’, Kak Hajar, Kak Shuhada, Hidayati, Linda dan cashier lain yang manis dengan senyuman (sorry saya tak ingat nama semua sebab saya tak tanya, saya ni pemalu orangnya =p)

Kiosk
Kak Nor, Kak Ain, dan cashier lain yang baik hati tapi saya tak tanya nama pulak (sorry)

SPU
Pa’an, Afiq, Fauzi, Faizal dan juga sorang akak yang tak tertanya saya nama beliau (sorry)

H/R
Kak Fatin dan pembantu setianya (sorry saya tanya nama jugak)

UKKP dan CS
Abg Faizal, Abg Shah, Jamil, Lepek (Zaidi kan nama betulnya?), Din, Sayyidi, Pok Sam, Shukri, Muslim, Pok Nan, Pok Lan, Pok Pin, Abg Mat, Abg Amir, Lan, Shariz, K-rol

Management (Pengurusan)
Abang Long dan anakanda beliau, Abang Ngoh, Pok Abu, Kak Lin, Abg Sam

....................................................................................................................................

Sekian, terima kasih.

Wallahuaklam, wassalamualaikum wbt.

0 comments:

Post a Comment

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq