Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
1. Tahniah buat skuad Penyu! Selepas menang dengan musuh ketat Kelantan, menang pula dengan gergasi Merah Selangor di separuh akhir, insya Allah Terengganu bakal menjulang Piala Malaysia hujung minggu ni dengan menundukkan Negeri Sembilan. Mudah-mudahan.
Separuh Akhir 2: Terengganu (2) Mlm Selangor (1). Terengganu menang dengan agregat 4 berbalas 1.
3. Nasib baik kerajaan negeri bersetuju memberi subsidi 50% kepada penyokong Terengganu, jadi orang Terengganu sekarang hanya membayar RM25 untuk satu tiket. Alhamdulillah. Peteh dapat pitih! Walaupun saya tak ke Shah Alam, namun semangat kepenyuan tetap ada di dalam jiwa budak kampung pantai (nelayan) seperti saya.
4. Mungkin juga lebih seronok bersama-sama keluarga menonton siaran langsung di Astro Arena nanti. Salah satu ruang baik untuk mengisi masa lapang bersama keluarga tersayang.
5. Sejak kecil lagi, saya bukan ahli sukan. Abang sulong saya berdarah atlet (daripada ayah), menjadi tulang belakang bola sepak mana-mana pasukan sama ada Terengganu mahupun Perak (semasa di MCKK).
6. Saya lebih nerd, suka baca buku dan melukis (waktu zaman kanak-kanak). Masih ingat satu masa dulu bila saya seakan-akan lumpuh tak dapat berjalan. Agaknya mungkin kerana kurang makan dan kurang zat. Tapi itulah, saya bukan atlet.
7. Bagaimanapun bapa saya bijak mengatur strategi membesarkan anak-anak, tidak kisahlah sama ada sengaja mahupun tidak. Beliau membuatkan saya berjinak-jinak dengan bola sepak dan takraw. Kalau tidak, saya mungkin juga kaki bangku.
8. Alhamdulillah, walaupun mungkin tidak signifikan mana, sekurang-kurangnya membantu MCKK untuk muncul juara negeri Perak dalam tahun 2003 satu pengalaman yang tak akan dilupakan. Perjalanan hidup cukup menarik sehinggakan pada satu masa dalam tahun 2005, saya terpaksa memilih antara dua karier, dan saya memilih menjadi seorang pembahas (Bahasa Melayu).
9. Moga dengan pilihan yang dibuat ini akan mendatangkan manfaat kepada diri saya sampailah bila-bila. Yang lebih penting, saya amat gembira kerana tahu bersukan.10. Pengajaran yang ingin dikongsi amat ringkas. Dalam realiti remaja dan belia yang sering kali berdepan dengan konflik yang pelbagai dalam hidup, saya amat yakin, sukan adalah salah satu bentuk penawar yang berkesan dan baik. Ia pastinya juga satu bentuk hiburan yang paling sesuai.
11. Sebagai budak kampung, saya perhatikan bahawa sukan mengurangkan gejala tidak baik seperti merempit dan sebagainya. Ia juga satu gam sosial yang menyatukan pemuda-pemuda kampung, malah saya yakin di bandar juga.
12. Saya sedikit terkilan dan tidak bersetuju jika dikatakan satu-satunya cara (ataupun cara terbaik) mendekati golongan muda adalah melalui hiburan yang berunsurkan muzik semata-mata. Bahkan inilah yang merosakkan generasi muda. Padahal, dalam usia mudalah, seseorang mempunyai kapasiti terbaik untuk menuntut ilmu. Banyak contoh tokoh-tokoh hebat yang lahir pada zaman dulu dan sekarang yang lahir daripada insan yang bijak menggunakan masa mudanya mendalami ilmu.
13. Maka dengan kata lain, mengaitkan generasi muda dengan hiburan semata-mata adalah satu penghinaan yang besar buat saya dan rakan-rakan seusia dengan saya. Hentikannya sekarang! Katakan tak nak pada rokok! (??)
14. Akhir sekali, saya yakin kekuatan orang Terengganu yang makang keropok lekor akan menjadi kelebihan pasukan ini untuk menang Piala Malaysia. Orang Terengganu otak geliga sebab banyak sumber protein daripada ikang. Mungkin sebab itu orang Jepun pun kreatif sebab suka makan ikan dan makanan laut
15. Orang puteh mat saleh suka makan protein gandum pula. Mereka pun bangsa yang gigih berusaha. Kesimpulannya, jangan lupa protein dalam diet harian anda.
Sekian dahulu. Doa untuk Terengganu mengiringi.
Seperti All Blacks, Terengganu White Black juga mesti juara tahun ini! |
0 comments:
Post a Comment