Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
1. Siapa jugak yang tinggal di Seberang Takir atau kawasan sekitarnya pasti pernah dengar nama Senah Ribut. Kalau tak pernah dengar memang ah *dengan nada samseng kampung*
2. Senah Ribut ialah seorang wanita yang agak terkenal di kampung ni. Khabarnya, dia sudah beberapa kali berkahwin dan bercerai, hanya Allah yang lebih tahu.
3. Ya, saya bukan sahabatnya mahupun kawannya. Dia hanya orang kampung saya. Jarang jugak saya melihatnya. Sebab sejak umur 13 tahun sampai sekarang (hampir 10 tahun), saya belajar di luar negeri Terengganu.
4. Senah Ribut ini juga bukanlah seorang artis. Tapi saya rasa dia terkenal dengan perwatakannya yang tersendiri dan dia mungkin tidak seberapa sempurna dari segi kewarasan akalnya, pun begitu pada saya dia juga manusia biasa seperti kita semua yang lainnya.
5. Dengan lagaknya yang berani bertindak balas bila orang mengusik mahupun mengejeknya, dia lantaran itu menjadi lebih terkenal dan kadang-kadang menjadi bahan lawak budak-budak kampung. Kasihan dia.
6. Ceritanya begini.
7. Hari ni, saya pulang dari kedai menaiki basikal seperti seorang budak lelaki yang comel. Err.. maksud saya, cute. *eh sama lah tue!*
8. Tiba-tiba dia berada di tepi jalan memanggil saya meminta tolong. "Adik, tolong akak dik...."
9. Saya pun bertukar menjadi Keluang Man. Ok, itu tak betul. Saya pun meluru ke arahnya. "Kenapa kak?"
10. "Motor akak, rosak. Adik boleh tolong tak dik?" Gulp.. saya menelan air liur. Kelihatan kenalan di kedai di seberang jalan melambai-lambai memberi isyarat, "Jangan tolong, biar je dia tu kui kui kui.." Saya serba salah.
11. Saya kuatkan hati. "Macam mana ni ek?" Bukan apa, budak-budak kampung yang berbasikal pun sudah mula berkumpul, sambil memerhatikan gelagat akak Senah kita ni. Siapa juga di tempat saya mesti rasa malu nak menolong. Seolah-olah ada bisikan di telinga yang berkata,"Oi, tak malu ke?"
12. Ya, jujurnya, saya malu. Tapi saya cuba ubah niat di hati. "Ya Allah aku hanya ingin menolongnya."
13. Lalu kami berjalan menuju ke motornya. "Ya Allah, ini motor ke, tempeyek kena lenyek?" Sentap hati saya. Semua tercabut. Semua tak kena. Maaflah saya bukannya kenal sangat bahagian-bahagian motor ni. Maka agak sukar untuk saya gambarkan keadaan motosikal akak Senah dalam cerita ni.
14. Tapi yang penting, tempat letak kunci memang tak ada. Dah tercabut. Jadi, motor akak Senah ni memang sentiasa dalam keadaan 'standby.' Tempat duduk dan body depan pun dah tercabut. Alahai kak, apa ke nasib akak ni...
Agak-agaklah brother. Of course la bukan ini motornya hehe.. |
15. Dipendekkan cerita, rupanya tempat tekan gear dah tak berapa nak berfungsi sebab tersekat dengan besi tongkat motor di bawah. Jadi saya terpaksa berjalan ke rumah yang tak jauh dari situ untuk ambil penukul. Lalu mulalah saya bertukang dengan menukul akak Senah. Eh, silap! Saya tukul besi tulah, kenapa Kak Senah pulak haish. *Budak-budak basikal mula berkumpul lagi, melihat telatah kami. Saya tak rasa famous pun. Ada yang mengacah-acah Senah. "Sabar je lah," kata saya dalam hati*
16. Saya tak rasa saya membantu. Saya mana tahu bab-bab motor ni. Saya bukannya Mat Rempit. "Macam mana ni?" Rungut saya dalam hati.
17. Dalam keadaan yang cukup saspen dan mencemaskan ni, datanglah Undertaker. Hehe, bukan, datanglah sorang abang yang memang saya kenal. Tapi maaflah, saya tak berapa ingat namanya. Cuma dia ni brother yang jual minyak motor di kedai berdekatan.
18. Dia datang, dan Senah terus ceritakan apa yang berlaku. Lalu dengan tangannya yang jauh lebih besar dan kuat daripada saya dia menghayun tukul besi saya ke arah besi tongkat motosikal seperti seorang badang yang perkasa. Sungguh menakjubkan. Kalau saya seorang gadis, mungkin juga saya terpikat.
19. Akhir cerita, selesailah masalah. Senah balik dan saya berterima kasih kepada brother tadi. Dia senyum sempoi dan pulang dengan motosikalnya yang tak berapa nak baru juga. Biasalah, orang kampung.
20. Baik, sebenarnya saya nak cerita begini. Demi Allah saya berasa amat malu. Brother tadi, hanya kerja di kedai jual minyak motor. Pakaiannya biasalah, dengan minyak motor dan minyak hitam di sana-sini. Memang agak tak berapa bersih dan compang-camping. Setahu saya, dia ni juga bukanlah lulusan universiti, hanya teruna kampung biasa di kampung ni.
21. Tahu tak apa dia cakap pada saya? "Apa lah diorang ni, nak tolong pun malu ke?" *dalam dialek Terengganu of course.* Dia menujukan kata-katanya kepada orang kampung yang hanya lalu lalang menjeling tapi tak berani membantu Senah.
22. Saya hanya mengangguk. Tersentap hati saya! Teringat definisi akhlak dalam Islam. Akhlak ialah sikap atau perlakuan yang datang secara sendiri, tak perlu paksa, ia datang spontan. Tapi saya struggle untuk paksa diri saya untuk merelakan diri membantu Senah. Alangkah malunya!
23. Saya belajar tinggi-tinggi. Sedang mengaji di universiti. Tapi di mana akhlak saya menolong orang? Tersentap hati saya. Adakah standard saya terlalu tinggi sampaikan terlalu hina untuk menolong orang sepertinya? Saya berfikir sejenak. Saya risau saya bukan seorang diri begini. Mungkin ramai lagi yang begini. Mungkinkah ini juga cabaran umat masa kini?
24. "Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad SAW) mempunyai akhlak yang amat mulia."
Surah Al-Qalam (68:4)
"Akhlak Rasulullah SAW itu adalah Al-Quran."
(Hadis Riwayat Muslim)
25. Lantas tergerak hati untuk saya berkongsi tentang cerita ni. Saya amat risau, kita semua banyak bercakap, menulis dan menaip tentang Islam, tetapi adakah kita juga melaksanakannya? Adakah kita sekadar tahu bercakap? Dan adakah kita terlalu mulia sehinggakan harus memilih dalam membantu orang lain? Nauzubillah ya Ghafur, Tuhanku yang Maha Pengampun..
26. "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukannya?"
Surah As-Saff (61:2)
27. Kenapa kita cakap tak serupa bikin? Actions speak louder than words do we know not?
28. Sebagai penutup, saya benar-benar mendapat pengajaran yang besar dalam peristiwa yang berlaku pada saya ini. Moga Allah menganugerahkan syurga kepada brother tadi yang cukup sempoi biasa dan mungkin dhaif pada penampilannya, tapi hatinya cukup ikhlas sebesar gunung, seluas langit. Benar-benar mengingatkan saya tentang kisah seorang pelacur yang masuk syurga kerana memberi minum anjing. Pada saya, kisah sebegini menggambarkan ganjaran yang cukup besar buat orang yang benar-benar tulus dan ikhlas dalam amal perbuatannya, tidak kira siapapun dia, apapun statusnya.
29. Saya menegur diri saya sendiri dan kalian semua, bahawa Islam itu indah bukan hanya pada kata-kata dan tulisan pena, tetapi pada amal dan melazimkannya. Moga Allah memasukkan kita dalam golongan yang sentiasa mendapat hidayah amin...
30. Ayuh, jangan terlalu banyak soal bicara. Ilmu pun dicari, dicari juga. Tapi yang penting, amalkanlah mereka. Teringat satu kata-kata yang cukup pedas dalam artikel tulisan Pahrol Mohd Juoi di sini, "Alangkah dungunya kita kalau hanya sibuk menghafal nama makanan sedangkan orang lain telah memakannya!"
31. Begitulah umpamanya. Kita sibuk membicarakan ilmu. Orang lain sudahpun merasai nikmat mengamalkan ilmu itu!
Wallahuaklam, moga bermanfaat, dan jika ya, segalanya datang daripada Allah SWT. Yang kurang, pasti itu kelemahan saya.
"Kemudian kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang yang rendah. Kecuali orang yang beriman dan BERAMAL soleh.."
Surah At-Tin (95:5-6)
Laman Muka Buku saya |
16 comments:
What a lesson!kadang2 kita malu nak tolong orang kerana memikirkan aoa tanggapan orang pada kita,kan?seharusnya kita lebih utamakan apa tanggapan ALLAH pd kita..:)..semoga kita sentiasa ikhlas dalam kehidupan.I stand with "it's nice to be important,but it's IMPORTANT to be NICE..
*saya kenal SENAH RIBUT ni,n tahniah sebab berani menghulurkan pertolongan kpdnya
Barakallahu fik. Like the quote. It's so true. Terima kasih =)
May Allah bless you ;-)
Sian gok tgok die tu mir, ye tu oke je dulu2, tp sejak mak ye sakit,lame dah xmakn ubat, tu jadi koho teruk tu,. mase ngn suami pertama dulu rase ade ank sorang, tp xleh nk jage, v ke orng..
sama2 kita doakan. Thanks angah ;-)
cg..mintok pitih lima ringgit.
nok wat mende banyok tu.?((bnyk buat insan yg bernama senah)
kita nok simpan..cg jgn kabor ke mok kita..dia maroh mintok pitih dgn org.
mok senah dok beri pitih ke..?
beri sbb tu dia maroh mintok dgn org..
ambik rm 2 cukup..(bimbang duit yg banyok akan digunakan untuk sesuatu byg diluar dugaan...)
time kasih cg...baik cg..
kenangan bicara dgn senah..cg fatmah
Terima kasih berkongsi cikgu. Dia pon pernah gok dtg umoh mntk rm5 hehe. memang terkenal cik senah kiter ning =)
salam..come across...jiran sy nie...blik kg..hari2 akn nmpk die merempit dpn umh...bile nmpk kami..msti berenti..mtk duit...yela..kesian jugak die..xterurus...dl suke ngusik die...lepas tue lari sbb kene kejar...tp satu perkara ttg die...die ingt budi org y tlg dia...
Waalaikumussalam wbt. Thanks for visiting. Alhamdulillah, moga kita pun bersikap mcm tu, bersyukur dgn sumbangan org, n paling pntg, dgn nikmat Allah SWT ;-)
Salam.. Senah ribut sudoh meninggal smlm... Byk versi dgr... Ade yg kata polis saspek kne bunoh, ade jgk yg ckp mati lemas n mayat jupe di pulau yu kat pulau redang... Wallahualam... Moga rohnya ditmptkan ditempat yg molek2...
Arwah ade anok ke? Lg 1, setahu sy mok dia duduk ngan cucu dia yg kawen ngan org kaya nama az**n kat kuala ibai...
Sy ni sebaya ngan dia, penoh sembang,saye nge geng penoh ngusik dia ngan kumbang(dlu mse skoloh rendoh ah)...
Alfatihah utk arwah..
Senah ribut .....buat hati rasa semacam , yg jelas rasa hiba. masa dia dlm darjah 3..4.5..6.SK Seberang Takir dulu sekitar tahun 90an sy ni antara cikgu yg ngajar diSKST ,cukup tersentuh dengan senah dgn nama glemor dia masa tu CHENAH(ikut sebutan senah sndr yg pelat menyebut namanya sendiri dlm usia tu)...atau Chenah Ribut. tau dari mana dia dapat title ribut tu??... Chenah yg terrer tunggang basikal dgn skil kelajauan tanpa brek, bukan macan budak2 lerni yg. dok chonget basikal tapi haram tak dpt apa-apa title pun..kalau kojol kena lenyek kereta pun mati katak je..Chenah yg sy pernah jadi sebahagian dr cikgu dia dulu tak rasa sakit hati pd dia walau apapun kelakuannya malah sering buat kita senyum dan tergelak melihat telatah dia... dia tak pernah derhaka pd cikgu dia .tak macam budak2 yg berotak waras tapi perangai ......subhanallah.Muga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh insan istimewa mcam Chenah Ribut. cg Ani SKST 90an.
as salam...
Sedih la pulak akak membaca cerita adik ni(blog owner). Arwah dah meninggal beberapa hari yang lalu. walaupun dalam keadaan yang 'kurang' tapi arwah meninggal pada hari yang mulia iaitu Jumaat, bulan Rejab. Walau apa motif kematian dia biarlah itu urusan Allah. Semoga arwah tempatkan beliau dikalangan org2 beriman, Syurga untuknya. Al-fatihah.. ibu beliau sekarang ialah ibu angkat, bukanlah ibu kandung. ibu kandung arwah dah lama meninggal sejak arwah masih kecil dan arwah merupakan anak yatim piatu. Mungkin Allah kesiankan ibunya yang sakit tenat, Allah ambil nyawa dia dulu dari ibunya.Wallahualam...
hmm..bukan ke orang yang kurang waras itu tergolong dalam golongan tanpa dosa? allahu'lam. thanks for sharing.
betul tu apa yg saudara bicarakan kt atas...saya pn kadang2 selalu melarikan diri setiap kali terserempak dgn arwah...tersentak seketika bila membaca blog saudara krn ianya mmg benar dgn sikap org2 kampung kita...
Salam.
Terima kasih kepada Cikgu Ani dan sahabat-sahabat lain yang memberi komen. Kita sama-sama doakan rahmat dan kasih sayang Allah buat yang telah pergi meninggalkan kita, moga Allah tempatkan kita dan mereka semua di tempat yang Dia anugerahkan kepada orang-orang yang beriman.
Ameen... ;-)
Senah Ribut dalam kenangan..masih teringat ketika arwah memperkenalkan suaminya..ketentuan Allah jodoh mereka tak panjang. Begitu jua hayatnya. AlFatihah.
Moga Allah menempatkan beliau di tempat orang-orang yang baik insya Allah.
Masa kita pun akan tiba.
Inna lillahi wainna ilaihi raji'un..
Post a Comment