Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
1. Dalam Kitab Al-Hikam karangan Ibn 'Atha illah As-Sakandari, antara hikmah pertama yang cukup menusuk qalbu adalah seperti berikut (paraphrase):
2. Bahawa kita hendaklah bergantung kepada Allah SWT, bukan kepada 'amal kebajikan kita.
3. Bergantung kepada 'amal adalah satu kesilapan serius yang perlu diperbetul.
4. Contohnya hari ni kita banyak solat sunat, malam tadi berjam-jam di masjid, paginya bangun tahajjud, siangnya banyak bersedekah, banyak buat baik, maka hati rasa tenang, BERSEMANGAT benar nak buat dakwah.
5. Tiba-tiba besoknya terbangun lambat Subuh, terus down semacam, semangat nak buat baik pun hilang. Amal makin berkurang dan semangat pun pudar hilang.
6. JANGAN!
7. Itu tandanya kita bergantung kepada 'amal; padahal kita hendaklah bergantung kepada Allah SWT dan hanya pada-Nya; ingatlah bahawa pegangan Ahlu Sunnah Wal Jamaah adalah bahawa iman kita bertambah dan berkurang.
8. Kedua, kita umat Islam bukan umat yang lekeh. Kita bukan hanya bercakap, kita buat!
9. Kita mesti sistematik dan bersungguh-sungguh mengatur gerak langkah dan strategi untuk melakukan dakwah. Kita mesti ilmiah dan perancangan mesti rapi.
10. Tapi AWAS!
12. Jangan hanya asyik memikirkan masalah ummah sehingga hubungan dengan Allah SWT tak terjaga.
13. Perhatikan bagaimana solat kita. Perhatikan bagaimana doa kita.
14. Jika kita bergantung kepada diri sendiri, nescaya kita lemah. Nescaya kita LELAH!
15. Seorang da'ie itu bangun bertahajjud kepada Tuhannya bukan hanya agar diberi kekuatan (yang boleh menjadikannya riyak) malah penting sangat mohon agar Allah SWT bukak pintu hati orang-orang yang ingin didakwahkan.
16. Barulah hadir rasa ikhlas; bukannya rasa menyampah, seolah-olah kita sudah buat yang terbaik dan mereka-mereka yang tak nak dengar kata ini semua memang 'dah tak ada harapan.'
17. Pesan Imam Al-Ghazali rahimahullah, jika melihat seorang berkata buruk pada insan yang lain, ketahuilah bahawa orang itu telah rosak (sakit) hati nuraninya.
18. Padahal seorang yang beriman, dia mencari alasan (untuk tak menyalahkan insan lain), bukannya mencari sebab dan hujah untuk memburuk-burukkan orang. Ini sifat munafik. Allahu Allah..
19. Carilah ilmu yang baik yang boleh diamalkan seberapa segera mungkin. Antaranya adalah doa. Dengan doa, hafallah terus, dan amalkan sentiasa.
20. Ilmu yang sebenar adalah yang kekal bersama kita, kerana diamalkan sentiasa.
21. Carilah guru yang murshid. Yang boleh membimbing kita. Jangan pandang rendah atau ambil ringan terhadap ilmu agama Islam. Jika ia mudah, ia mungkin membawa padah. Niatkan. Azamkan.
22. Moga Allah SWT mengikat kita dengan ikatan ilmu yang kuat yang sampai kepada Rasulullah SAW, sunnah baginda, hikmah baginda SAW; ia semua bersambung dengan kita.
23. Akhir sekali, perhatikan ilmu dan amal kita seharian. Adakah hati kita semakin bersih kerananya?
24. Jika kerja dan amal kita tak menjadikan kita lebih baik, lebih tawadhu', lebih tunduk, lebih takut pada Allah SWT, lebih sayang pada Rasulullah SAW, lebih sayang pada ummah dan alam semesta, maka berhentilah, wuquflah, barulah kita tiba di medan 'Arafah; untuk tahu dan 'arif tentang di mana kita sebenarnya!
25. Wahai kata-kata yang tersusun, nasihat-nasihat di atas semuanya buat peringatan diri saya yang sentiasa lupa, leka dan berdosa.
26. Jika ada yang terkena pada mu wahai sahabat-sahabat pembaca, kita sama-sama tadahkan tangan dan aminkan agar kita sama-sama berubah dan merubah.
27. Penyucian jiwa itu proses berterusan. Allah SWT telah mengingatkan bahawa di 'sana' nanti, tiada apa pun yang bermakna (menang debate ke, menang hujah ke, Islamkan orang ke) jika kita tak datang menghadap Allah SWT dengan hati yang suci bersih.
28. Ini satu nasihat; bukan tipu muslihat.
29. Ia satu surat terbuka, kerna khuatir hati tertutup. Ya Allah permudahkanlah ameen!
Allahuaklam. Wassalamualaikum wbt.
0 comments:
Post a Comment