RSS

Saturday, June 16, 2012

Israk Mikraj dan Solat



Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Hidayah bukan milik kita.

2. Yang isteri dia nama Hidayah tu lain ya. Tu pun bukan hang punya sebenarnya. Allah yang ciptakan.

3. Janganlah kita hanya melihat orang bukan Islam sebagai belum atau tak menerima hidayah.

4. Penting juga melihat diri sendiri sebagai hamba yang hina kepada Allah SWT yang mengekalkan hidayah selagi mana kita juga turut berusaha meminta kepada-Nya agar dikekalkan hidayah itu. Maknanya, kita yang sudah Islam juga, bukanlah sudah mempunyai HAK MUTLAK terhadap hidayah.

5. Sebab itulah bila disebut tentang Israk Mikraj, kita sepatutnya faham tentang perintah solat.

6. Begini kaitannya. Salah satu rukun solat ialah membaca Al-Fatihah. Dan di dalam surah pembukaan ini, ayat ke-6 berbentuk satu doa kita kepada Allah SWT agar dikurniakan hidayah.

7. Terjemahan: Tunjukilah kami jalan yang lurus..

8. Kemudian, Allah menjawab doa kita itu melalui bacaan ayat-ayat Al-Quran yang kita baca selepas membaca Al-Fatihah. Contohnya, surah kedua selepas Surah Al-Fatihah, iaitu Surah Al-Baqarah.

Yakni orang yang beriman kepada perkara ghaib (tersembunyi) dan mendirikan solat
dan membelanjakan dari apa yang kami rezekikan kepada mereka.
9. Ayat di atas adalah yang ke-3 dalam Surah Al-Baqarah- tentang ciri-ciri orang yang bertaqwa dan mendapat hidayah daripada kitabullah, Al-Quranul Karim.

10. Ayat ini amat penting kerana mendahulukan iman kepada perkara ghaib sebelum solat.

11. Maknanya, hendaklah kita perbaik iman kita dan percaya pada perkara ghaib seperti kewujudan Allah SWT serta syurga dan neraka, sebagai contoh.

12. Percaya pada perkara ghaib ini amat penting lebih-lebih lagi dalam zaman pasca-moden sekarang yang banyak mendorong manusia untuk sekadar melihat apa yang zahir pada mata kasar.

13. Seolah-olah semua orang pernah melihat otaknya. Saudara, tak nampak otak sendiri maknanya kita tak ada otak ke?

14. Realiti sekarang, ramai orang bukan Islam yang ibu bapanya berlainan agama (contoh: ayah penganut Kristian, Mak pulak penganut Buddhism), dan dia pula menjadi freethinker.

15. Tak nampak apa fungsi agama- kerana memang agama selain Islam sekadar amalan ritual- anak-anak muda mana yang suka pergi rumah ibadat?

16. Lahirlah kelompok tak percaya Tuhan. Sombong. Yang hari-hari dia tidur siapa yang arahkan jantung untuk mengepam darah dan paru-paru untuk menghembus nafas sedang dia nyenyak tak sedarkan diri?

17. Kalaulah Allah berikan kepada kita semua hak untuk mengawal jasad kita, nescaya tak mampulah kita mengawal semua. 

18. Islam berbeza dengan agama lain. Seperti ayat tadi, dimulai dengan iman pada perkara ghaib, kemudian menunaikan solat dan kemudian tak berhenti di situ.

19. Disuruh dibelanjakan harta pada jalan Allah, membuktikan Islam bukan sekadar agama ritual.

20. Melalui iman, kemudian ritual solat, kita diarah pula melakukan kebajikan. Bukankah Islam agama yang praktikal?

21. Ketiga-tiga ini ada saling kaitan. Dan tak boleh ambil salah satu, tapi wajib melakukan kesemuanya!

22. Kalau sudah hilang yang pertama (iman), nescaya hilanglah yang kedua (solat), maka sebab itulah ditinggalkan yang ketiga (amal kebajikan). Sia-sialah amal kebajikan dan solat tanpa ada iman pada Allah SWT dan para nabi-Nya.

23. Tak hairanlah manusia sekarang cukup ramai yang materialistik yang hanya pentingkan diri dan sayangkan harta.

24. Kesimpulannya, renungilah kecantikan Islam ini. 

25. Bahkan peristiwa Israk Mikraj itu cukup sukar digarap dengan logik akal semata-mata, namun ia memerlukan kepercayaan dan iman, disusuli dengan usaha mendirikan solat (yang disyariatkan ketika Mikraj nabi ke langit) dan semoga dengan itu kita dapat menjadi bangsa berkebajikan yang bukan sahaja berjaya di dunia malah juga di akhirat kelak ameen ameen ameen.

26. Ingatlah. Jahat manapun kita, janganlah tinggalkan solat. Namun, orang yang solat pasti tak berkelakuan jahat insya Allah.

27. Bukanlah orang yang baik (sahaja) yang solat. Tetapi solatlah yang menjadikan seseorang itu baik dan soleh. Oleh itu, janganlah tunggu jadi baik dulu. Solatlah. Nescaya akan jadi orang yang baik kerana solatmu.

Allahuaklam. Wassalamualaikum wbt.

"Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut). 

Apabila dia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah. Dan apabila dia beroleh kesenangan, dia sangat bakhil kedekut; 

KECUALI ORANG-ORANG YANG MENGERJAKAN SOLAT...."
(Surah al-Maarij ayat 19 hingga 23)

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum . Maaf ya , ingin bertanya *soalan ni myb org lain pgl silly question . Btl ke kalo posa sunat 27rejab spt puasa 60bulan ? . Huhu .

Qistina Sumaiya...(^_^) said...

‎'Dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. (al-Ankabut: 54) Menurut ustaz saya, solat yang dapat mencegah diri kita dr melakukan perkara keji adalah solat yg khusyuk, bukannya mereka yg mencuri dalam sembahyangnya... gitulah.. solat sepatutnya mencegah dr melakukan perkara2 sedemikian, namun kenapa masih ada yg membuat perbuatan mungkar? sedangkan dia solat? itu tandanya solatnya tidak sempurna.. wallahualam... ^_^

Amirul Asyraf said...

Nurcda Akung,

Waalaikumussalam wbt.

Tak pe, ia soalan yang cukup baik saudari. Terima kasih.

Jujurnya saya bukan orang yang arif dalam subjek berkenaan. Ia berkaitan hadis nabi SAW, kerana yang pasti ia tak disebut dalam Al-Quran.

Adakah benar Nabi SAW pernah menyebut (dalam hadis) tentang pahala seperti puasa 60 bulan itu?

Banyak komentar yang menyebut bahawa ia adalah hadis palsu.

Maka mungkin lebih baik kita elakkan daripada menisbahkannya kepada Rasulullah SAW, kerana berat kesalahannya jika pada hakikatnya Nabi SAW tak pernah sebut hal yang demikian.

Saya tak merujuk kepada saudari, tapi menyentuh secara umum kerana di luar sana banyak berlegar hadis-hadis palsu, walaupun untuk tujuan baik, tapi dengan cara yang salah, maka ia salah.

Rujuklah para ustaz dan alim ulama kerana mereka lebih tahu.

Setahu saya, tak ada dalil atau nas tentang puasa khas Israk Mikraj, apatah lagi pada 27 Rejab. Bahkan ulama berbeza pendapat tentang tarikh sebenar peristiwa Israk Mikraj, maka mana mungkin ada dikhususkan puasa sunat pada tarikh itu.

Cadangan saya, jika ingin berpuasa pada hari itu, kita niatlah berpuasa sunat pada bulan Rejab, itu sudah memadai insya Allah.

Terima kasih kerana bertanya, saudari. Moga Allah sentiasa mengasihi saudari dan keluarga.

Wallahuaklam.

Wassalamualaikum.

Qist: Jazakillahu khair ;-)

Qistina Sumaiya...(^_^) said...

Ya, takde dalil yang mengatakan adanya kelebihan berpuasa semasa rejab..
namun, dalam masa yang sama, tak salah kalau nak beramal.. cumanya, niatkan sahaja nak berpuasa sunat, bukan kerana kelebihan yang dinyatakan itu.. mcm biasalah, niat kerana Allah....

Post a Comment

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq