RSS

Thursday, May 3, 2012

BERSIH 3.0: Let's Cheer, Not Jeer!

Poster saya hasilkan sempena Perhimpunan Bersih 3.0
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Pelan asalnya adalah untuk menulis dalam Bahasa Inggeris, namun memandangkan bulan Mei bulan menyambut Hari Ibu, maka izinkan saya menulis dalam bahasa ibunda. *Oh My English! =p*

2. Sudah banyak yang diperkatakan oleh ramai orang tentang Bersih 3.0, maka izinkan saya pula untuk menyampaikan sepatah dua kata. *Sepatah dua kata je? Jangan harap! =p*

3. Saya akan bahagikan komentar ini kepada dua. Pertama, tentang hasrat dan harapan saya secara keseluruhan. Kedua, tentang pengalaman peribadi saya di Perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini. Percayalah, bahagian pertama lebih penting. Yang kedua itu, hanyalah catatan peribadi sahaja.

4. Awalnya, saya ingin menyatakan sokongan penuh saya terhadap Perhimpunan Bersih 4.0 jika tuntutan baik yang sudah lama disebut selama ini masih lagi jatuh atas telinga pekak (fall on deaf ears). Dalam bahasa ibunda, fall on deaf ears bermaksud, tak didengari atau tak diambil endah (oleh pihak pemerintah).

5. Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada Bersih 3.0. Kalau ada satu perkara yang paling utama yang saya amat mahu dibawa dalam Perhimpunan 4.0 (jika ada) adalah tentang akhlak kita para pendemonstran.

6. Suka saya sebut bahawa saya tak melihat Bersih sebagai satu protes dan saya tak mahu mengaku saya seorang protester kerana bunyinya agak kurang lunak pada saya. Saya melihat Bersih lebih kepada satu bentuk perhimpunan dan demonstrasi untuk men'demo'kan atau menunjukkan sokongan rakyat terhadap keperluan menjalankan pilihan raya dengan penuh ketelusan dan keadilan.

7. Maka, dengan rasminya, saya mencadangkan satu tema baru untuk perhimpunan yang akan datang, yakni: LET'S CHEER, NOT JEER!

8. Dalam Bahasa Ibrani, bolehlah diterjemahkan kepada "Mari menyokong, Jangan Melolong!" *Bahasa Malaysia sebenarnya, saya main-main je tu*

9. Rasionalnya cukup mudah. Pertama, memang selama ini Perhimpunan Bersih dirangka untuk menjadi satu perhimpunan aman, tetapi provokasi dan kezalimanlah menjadi punca ia bertukar wajah, sehingga menjadi sedikit parah, membuatkan orang marah, buat perangai tak tentu arah, habis semua berbalah, ok dah dah dah!

10. Sekarang satu Malaysia sudah tahu bahawa ada pihak berkuasa daripada angkatan polis yang turut bersama-sama menjadi 'makhluk kuning' pada hari perhimpunan 3.0.

11. Dikhuatiri (malah saya yakin sudah terbukti) kewujudan kelompok ini adalah untuk menjadi agen provokasi bagi memburukkan imej lautan manusia yang hadir untuk berhimpun dengan aman.

12. Taktik sebegini amat jahat dan kotor. Teringat saya kisah abang bengkel motor dengan taktiknya. Orang dalam bidang business biasanya sudah arif tentang taktik ini. Saya namakan taktik ini, "Create a demand, before you supply".

13. Contohnya, letakkan paku-paku di tengah-tengah jalan raya, kemudian letakkan satu papan tanda berdekatan dengan kawasan itu bertulis:

TAYAR PANCIT? HUBUNGI: 013-5******

14. Nampak kan? Dia sengaja pancitkan tayar orang, kemudian, letakkan talian hayat untuk menghubunginya. Inilah business. Bijak tak?

15. Pada kaca mata orang yang kurang cerdik, si abang motor inilah penyelamatnya. Dialah pujaan hati intan payung. Keranamu abang motor, tayar ku yang pancit kini kembali buncit!

16. Padahal, abang motor inilah dalangnya! Dialah yang meletakkan paku (create a demand) supaya orang boleh membeli khidmatnya (give a supply).


17. Demikian juga, pihak polis pasti akan ketandusan alasan untuk memukul dan menyeksa, melainkan dengan terlebih dahulu membangkitkan kemarahan. Maklumlah, dalam suasana orang begitu ramai, mereka ibarat minyak yang menyambar. Seorang agen polis sahaja boleh bertindak menjadi 'api provokasi' maka habis berjangkit terbakar minyak menyambar!

18. Formulanya mudah. Sebab itu saya cadangkan persiapan akhlak. Kita buat satu janji. Dalam perhimpunan akan datang, sesiapa sahaja yang memulakan provokasi dan mereka ada bersama-sama pendemonstran Bersih, maka automatik kita syak bahawa dia adalah agen provokasi, maka kita hentikanlah dia serta merta!

19. Dalam masa yang sama, kita telah menunjukkan contoh yang baik, dan membuktikan bahawa orang yang ikhlas berjuang, bukannya berniat mencari pasal, tetapi menyatakan sokongan pada perjuangan menegakkan keadilan. 

20. Mungkin memang ini yang dirancang pada 3.0, tetapi gamaknya masih ramai dalam kalangan kita para pejuang yang masih belum matang. Alhamdulillah, setiap kali selepas perhimpunan, kita belajar banyak benda baru. Tidak hairanlah kalau akan datang kita makin matang, dan lebih ramai lagi yang akan turut serta insya Allah!

21. Saya sekali lagi dengan ini mohon agar kita beralih kepada tumpuan besar kita, yakni kezaliman pihak pemerintah. Pihak polis memang bersalah kerana mengikut arahan orang atasan dan sebagaimana sebahagian daripada kita, mereka ada yang jenis panas baran dan bertindak sesuka hati menganiaya rakyat dan orang awam.

22. Akan selalu ada bad apples yang memburukkan nama, dalam mana-mana kumpulan pun. Tapi ayuh, tumpuan kita bukan pihak polis! Bahkan saya yakin hati mereka-mereka yang ikhlas mula melihat kebodohan mereka mengikut telunjuk pihak atasan, dan hanya menunggu masa untuk berpaling tadah, sebagai seorang pejuang!

23. Jangan kerana nyamuk, kelambu dibakar! Gunakanlah Ridsect, bukan gas pemedih mata! *iklan semata-mata*

24. Dalam masa yang sama, saya menyesali dan menginsafi keadaan rakan-rakan pejuang yang tercedera dan terluka di mana-mana sehingga sebahagian terpaksa dimasukkan ke hospital. Sungguh, tidak saya relakan kekejaman mereka ke atas kamu. Saya cuma mahu kita tumpukan pada puncak gunung, bukannya pokok-pokok yang menghalang pendakian kita ;-)

25. Lagipun, kita semua terluka hati, walaupun mungkin tak cedera secara fizikal. Atas semangat inilah kita bersama!

26. Sebagai penutup kepada bahagian pertama ini, saya ingin menyeru terutamanya kepada sahabat seaqidah Islam dengan saya untuk tidak mengendahkan tohmahan bahawa mengikuti Bersih bermakna kita bersama orang kafir.

27. Gambaran yang salah ini harus dicantas. Kita bersama-sama para ulamak dan pejuang Islam yang sudah lama berjuang untuk keadilan. Tidak ada satu pun parti politik di Malaysia yang berjuang atas nama Islam melainkan PAS, dan PAS bersama-sama kita dalam perhimpunan Bersih.

28. Kita tak akan berjaya jika kita tidak strategik dan matang dalam berpolitik. Islam merangkumi aspek politik. Dan musuh kita hebat berpolitik. Lihatlah bagaimana politik Zionis mempropagandakan sentimen anti-semitism untuk mendapatkan tiket dan sokongan dunia untuk menjajah Palestin!

29. Mesej saya di sini ialah, sebagai umat Islam, kita mesti arif dalam politik, dan medan perjuangan PAS adalah antara yang terbaik untuk kita sertai agar kita tak ketinggalan dalam salah satu ilmu kemahiran hidup yang penting ini! Tiada lagi alasan untuk tak mengambil tahu.

Keamanan VS Keimanan

30. Kadang-kadang kedengaran suara lain yang bencikan Bersih kerana kata mereka, ia menggugat keamanan.

31. Tapi mereka tak pula membantah perhimpunan mega berbentuk maksiat yang cukup berleluasa di negara kita, padahal ia menggugat keimanan.

32. Di mana prioriti kita sebagai umat Islam: Keamanan atau keimanan? Peganglah dulu pada keimanan, nescaya selepas itu akan hadir keamanan, bukannya dalam bentuk kemaksiatan, tapi ibadah kepada Tuhan.

33. Siapa tak cintakan keamanan? Tapi jangan kita biarkan syaitan merosakkan kita. Bukankah syaitan memperdaya Nabi Adam AS dan Hawa bahawa buah khuldi akan menjadikan mereka tinggal di syurga selama-lamanya? Bukankah itu satu janji dan nasihat yang cukup mengamankan?

34. Tidak! Bahkan itulah yang merosakkan iman! Menipu daya agar Nabi Adam AS melanggar perintah Tuhan. Mujurlah Allah SWT Maha Pemurah lagi Maha Pengampun, Adam AS dan Hawa dimaafkan, buat pedoman dan pengajaran anak cucu pada hari kemudian!

35. Pilihlah sahabat! Mana dahulu? Keimanan atau keamanan?

36. Jika keimanan dulu, marilah say no to Kosmo dan Utusan! *faham-fahamlah ye?*

Bahagian Dua

Random..
37. Baik, anda boleh beredar. Kalau tak, saya sembur gas pemedih mata. Ada berani?

38. Taklah. Saya tak nak berceloteh panjang pun sebenarnya. Tak ada mood. Cuma nak sebut, pengalaman makan garam dan air garam sangat best.

39. Disembur gas pemedih mata paling tak tahan. Percayalah, ia mengingatkan kita pada mati. Kepada yang dah lama tak ziarah kubur, satu lagi cara nak ingat mati, mai lah join Bersih! hehe...

40. Bukan setakat pedih mata, dada sebak, muka gatal-gatal macam terhakis (Nasib baik saya hensem. Alamak, apa kaitannya? =p) dan yang paling saya tak suka, sakit tekak. 

41. Pada ketika inilah 'losyen garam' adalah make-up terbaik untuk semua. Boleh digunakan sebagai foundation atau pun layer kedua, yang penting, pastikan ia secukup rasa! ;-)

42. Sepanjang perarakan, kebanyakan orang di sekeliling saya adalah orang Cina. Alhamdulillah, pengalaman di IMU dan sekarang di KDU memudahkan saya untuk tak kekok ber'jemaah' bersama mereka. Kami saling tolong-menolong alhamdulillah.

43. Terkadang, ada yang tiba-tiba bercakap Bahasa Mandarin dengan saya. Mungkin kerana mata saya yang kecil, saya kelihatan seperti orang Cina. Walaupun hakikatnya, saya jauh lebih 'putih' berbanding mereka. *jangan jelez!*

44. Sekian sahaja untuk kali ini. Saya akhiri dengan sedikit gambar-gambar yang sempat saya tangkap (nak tangkap polis tak boleh, so saya tangkap gambar je la hehe) beserta gambar-gambar lain di internet yang saya selitkan sekali, sebab dramatik, comel dan anggun.

45. Selamat melihat gambar!

Persediaan awal. Nike (bukan nama sebenar), adalah antara syarikat penaja Bersih 3.0
Bepang, makanan tradisional Terengganu menjadi bekalan snek ke Bersih. Daripada dua, satu pek saya makan di rumah beberapa hari selepas perhimpunan. Satu lagi, masih ada atas rak sekarang. Eksyen je lebih sebenarnya. Mana sempat nak makan, saya berjuang habis-habisan kot! =p












Kisah Lucu: Ada satu cerita  kelakar saya tak boleh lupa. Di tengah-tengah perarakan, tiba-tiba ada peserta  Bersih menjerit bila tengok helikopter. "Jatuh! Jatuh!" Lalu ada seorang peserta yang lain respon. "Woi, kita ada kat bawah kot!" Haha sangat epic. Memang Troll habis. Comel je pemuda yang jerit suruh heli jatuh tu. hehe malu kejap. Semangat sangat! haha =p 

































Ingat nak ambik belon ni, tapi segan lah, orang tengok.
On the way balik, lapar. Mengada-ngada, semua benda nak kuning. Roti pun ambil perisa jagung (kuning).
Bonus 1: Gambar-gambar di bawah ni saya ambil daripada internet. Bukan saya yang snap. Tapi saya suka ;-)








Bonus 2: Gambar yang paling saya sayang- membawa banyak erti dan menceritakan pengalaman. Akan ku simpan untuk tatapan anak-anak dan isteri tersayang ;-)

 

Caption (di bawah) untuk gambar ini telah saya poskan di Facebook pada hari yang sama, selepas selamat sampai di rumah di Damansara. Alhamdulillah.

Sekian, terima kasih kerana sudi singgah.

P/S: Saya juga ada mengarang satu puisi pendek buat pembakar semangat pada awal pagi hari perhimpunan ini. Tajuknya ialah 'Buat Da'ie Lembik'. Khas terutamanya untuk diri saya, agar tak lembik insya Allah ;-)

P/S (2): Tambahan penyataan berikut saya buat pada 7 Mei 2012. Sekadar ingin maklumkan bahawa bertitik tolak daripada satu artikel yang memberi gambaran yang salah tentang Bersih di Facebook, saya tulis satu respon balas terhadapnya juga di Facebook bertajuk Fitnah Bersih: Respon Peribadi Saya
..............................................................

Salam sejahtera.

1. Alhamdulillah selamat sampai. Banyak perkara boleh dikongsikan di blog nanti.

2. Nak kata pengalaman manis tak juga, sebab kena makan garam dan minum air masin- mungkin perkataan 'pengalaman masin' lebih tepat kot ;-)

3. Apa pun, satu sejarah yang menarik. Hasrat utama saya adalah untuk 'merasa.'

4. Buat masa ni, saya tak nak komen panjang. Cuma nak mohon ampun dan maaf atas sesiapa yang tersinggung kerana tak setuju dengan BERSIH.

5. Terutamanya buat yang ada ibu bapa atau saudara terdekat mereka bekerja sebagai polis.

6. Pekerjaan apa pun, ada orang yang baik, ada yang 'kurang baik.' Bahkan doktor pun ada yang 'kurang baik.'

7. Tapi tak bermakna semuanya 'kurang baik.'

8. Secara amnya, saya tak menentang pihak polis, sebaliknya menyesali kegagalan pihak pemerintah meyakinkan rakyat tentang pengendalian pilihan raya yang telus dan adil.

9. Tengok Brother ni, saya tangkap gambar pun ok je. Siap tepuk bahu dia lagi. Maybe saya hensem kot, dia tak berani la 'tangkap'. =p

10. Apapun, tahniah buat semua yang hadir, tahniah buat yang mendoakan, dan tahniah buat pihak polis yang hadir dengan niat mengawal keadaan, bukannya untuk menjadi anak patung pihak pemerintah, bukan juga untuk melepaskan perasaan marah.

11. Buat yang terus mencerca, takpelah. Hanya Allah SWT yang tahu. Saya serahkan pada-Nya. Anda tunggulah 'hari itu' tiba nanti. Ameen..

12. Mungkin pada yang melihat, anda berpandangan bahawa kami nampak seperti bodoh, namun pada kaca mata kami, kami cuma tak rela diperbodohkan.

Selamat Malam ;-)
.............................................

-Tamat-

2 comments:

Mohd Nor Quiyyum said...

well written aleng. :)

Amirul Asyraf said...

Brother macho, thanks very much. Take care =)

Wassalam wbt.

Post a Comment

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq