Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
1. Berkata Sayyid Qutb:
"Satu peluru hanya mampu menembusi satu kepala, namun satu penulisan mampu menembusi ribuan malah jutaan kepala."
2. Saya mula menulis blog sejak Julai 2009, hasil cadangan seorang sahabat pelajar perubatan yang dulu belajar di Sekolah Seri Puteri (SSP).
3. Beliau antara lain memberi inspirasi untuk saya belajar bahasa Inggeris dengan lebih tekun untuk tujuan menulis (dan lain-lainnya). Thanks very much Doctor! =D
4. Sehingga sekarang, English saya masih di tahap yang sekadar biasa. Mohon doakan saya terus berusaha. Jangan malas Aleng! (ini nickname saya di MCKK)
5. Penulisan kali ini ringkas sahaja tapi pada saya amat penting dan bermakna (bukan tulisan saya, tapi perkongsian yang saya nak buat).
6. Yang saya mahu kongsikan ini saya dapati daripada sebuah buku karangan Prof Wan Mohd Nor Wan Daud bertajuk 'Iklim Kehidupan Intelektual di Andalusia; Satu Cerminan Islamisasi Dua-Dimensi'.
7. Dalam buku tersebut, beliau memetik penulisan Ibn Hazm dalam kitabnya Taqrib bahawa tujuan menulis sesuatu karya ilmiah ialah hanya untuk mencapai 7 perkara, dan BUKAN membuat harta iaitu:
1. mengutarakan sesuatu yang asli
2. menyelesaikan atau melengkapkan sesuatu yang belum lengkap
3. memperbaiki sesuatu yang dilihatnya salah
4. menjelaskan dan menghuraikan sesuatu yang rumit dan sukar
5. meringkaskan karya seseorang yang terlalu panjang tanpa meninggalkan perkara-perkara penting
6. menggabung maklumat dari pelbagai sumber, dan
7. menyatukan dan menyusun pelbagai maklumat menjadi manik-manik yang menjadi rantai indah berseri
8. Maka saya harap semua penulis (yang menulis di blog mahupun di tempat-tempat lain) mengambil iktibar daripada senarai berkenaan dan memainkan peranan masing-masing.
9. Saya berharap kita menulis dan berkarya untuk menyatukan umat, bukan berpecah hancur lumat.
10. Buat sahabat pembaca budiman, tulisan-tulisan saya yang lepas tak semestinya saya masih pegang sebagai prinsip dan kebenaran.
11. Kata orang, usia mematangkan kita. Namun, saya setakat ini tidak ubah apa-apa dari penulisan yang lepas (termasuk kesalahan grammar etc. huhu) kerana saya mahu abadikannya sebagai sejarah perjalanan hidup saya yang harapnya insya Allah semakin baik.
12. Semoga berkesudahan dengan kesudahan yang baik.
13. Saya akhiri dengan ucapan terima kasih kepada semua. Tulisan lama saya (yang ke-2 di blog ini) bertajuk 'My Dad; Will I feel the Same Way You Did?' adalah antara yang suka saya telusuri sebagai kisah hidup yang lalu, memori yang singgah di jiwa sanubari.
Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt.
Ikhlaslah menulis
Menjadi mukhlis
Ilmu tak habis
Jahil terhakis
Kaya tak muflis
Melawan iblis
Yang jahat dihakis
Yang syubhah ditapis
Demi eternal bliss
Puisi Aku Penulis
Ibnu Hanaffi
Taman Sri Intan, Kajang
27 Jun 2013
"AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA.."
-Ramli Sarip"AKU MENULIS BUKAN KERNA NAMA.."
2 comments:
Sudah membaca buku Rihlah Ilmiah ke?
Belum brother. Itu karangan Prof Wan juga kan? Jazakallahu khairan kaseera singgah sini.
Teruskan menulis dan membangunkan jenama (syiar) Islam insya Allah =D
Post a Comment