RSS

Tuesday, November 20, 2012

NAMAKNA: Antara Nama dan Makna


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Baca Al-Quran dan fahami maknanya..
1. Kata William Shakespeare dalam Romeo and Juliet, "Ada apa pada nama? Kalau bunga mawar dipanggil dengan nama selain mawar, baunya masih harum."

2. Ustaz Pahrol Mohd Juoi pula pernah menyebut bahawa, dalam kita sibuk menghafal nama-nama makanan, orang lain sudah pun lama merasai kesedapannya!

3. Mudahnya, kalau kita bercakap benar, perkataan itu tetap benar biarpun orang memanggil kita dengan nama atau label penipu. (huraian kata-kata William Shakespeare)

4. Begitu juga ilmu, hafallah sejuta nama, maklumat mahupun data dan bertukar menjadi ensiklopedia, tidak ada gunanya jika tidak dipraktikkan dalam kehidupan. (huraian kata-kata Ustaz Pahrol)

5. Tumpuan sekarang adalah pada maknanya, bukan namanya. Makna ilmu terletak pada pengamalannya. Makna kebenaran terletak pada benarnya ia.

6. Dengan makna, nama akan muncul. Tanpa makna, nama sahaja tak bermakna dan tak berguna.

7. Kita kalah pada propaganda kerana tumpuan kita pada slogan dan kata-kata dan bukan maknanya.

8. Itulah cara kita ditipu. Kita melihat hanya kulit, bukan isinya. Masakan ada yang sanggup makan durian yang berduri, jika tak ada yang sanggup mengopek dan melihat isinya!


9. Dalam Al-Quran, Iblis melabelkan dirinya sebagai 'penasihat' kepada Adam AS, tetapi bukan nasihat yang diberi, hakikat makna nasihat itu ialah muslihat! Menjerat Adam dan Hawa supaya ingkar pada janji yang dibuat! 


10. Demikianlah dalam Surah Al-A'raf ayat 21 apabila iblis berkata, "....... Sesungguhnya aku adalah dari kalangan mereka yang memberi NASIHAT kepada kamu berdua."

11. Saya ingin menyentuh tiga perkara di sini.

12. Pertama, hari ini jika kita hanya beri tumpuan pada nama (dalam erti kata lain, istilah), maka semua orang Islam yang sembahyang akan masuk neraka kerana mereka telah menyembah Dewa yang benama Yang (sembahyang = sembah Yang) dan bukannya menyembah Allah SWT. Padahal 'sembahyang' itu hanya satu istilah, kalau tak suka guna je 'solat', tak perlu pening kan?

13. Begitu juga dalam isu penggunaan ejaan insha Allah yang masih menjadi bualan ramai orang Islam sekarang. Mujurlah banyak pihak mula bangkit memberi penjelasan.

14. Yang penting bukan ejaan, tetapi cara sebutan, dan yang lebih penting, makna insha Allah itu sendiri!

15. Insha Allah itu ertinya 'dengan izin Allah'. Tapi isu ini tak berhenti di situ. Buat ramai antara kita, insya Allah adalah perkataan yang digunakan oleh orang yang nak kata 'tidak' dengan cara yang 'sopan dan lemah lembut'.

16. Maksudnya, kalau kita mintak tolong orang, lalu dia membalas insya Allah, maknanya tak akan tolong la jawabnya.

17. Padahal penggunaan insya Allah ini sebenarnya besar maknanya buat orang Islam jika diteliti maknanya yang sebenar. Dan asal perkataan dan penggunaan insya Allah sebenarnya ada dalam Al-Quran! Rujuk terjemahan Surah Al-Kahfi, ayat 23-24. Lebih baik juga rujuk tafsirannya dalam Kitab Tafsir.

18. Moga Allah membantu saya dan rakan-rakan menjadi insan yang mengotakan janji dan memaknakan frasa insya Allah sebaik mungkin ameen.

19. Kedua, tentang isu Gaza dan pemboikotannya.

20. Suka saya syorkan rakan-rakan baca artikel Ustaz Hasrizal berkenaan dengan isu ini.

21. Penyelesaian isu Gaza bukan letaknya pada pemboikotan, tapi itu adalah usaha mulia yang wajar disokong.

22. Pun begitu, mengapa usaha memboikot ini akhirnya menjadi punca umat Islam berbalah sesama sendiri? Atau saling perli-memerli?

23. Padahal perkara nombor satu yang diperlukan umat Islam dalam isu Gaza adalah kesepakatan dan perpaduan. Kita nak membantu Gaza. Tapi Zionis tersengih melihat kita bergaduh tentang nak boikot atau tak nak.

24. Yang memboikot teruskanlah. Pastikan ikhlas di hati, buka hanya di laman sosial.

25. Buat yang tak nak boikot, tak perlulah perlekehkan usaha ini.

26. Dan paling penting, yang memboikot janganlah paksa orang untuk turut sama boikot.

27. Jika kita sibuk membuat kebajikan, nescaya kita tak sempat mengorek kelemahan orang.

28. Ibarat kalau kita sedang menyokong pasukan bola sepak yang kita sokong, kita hanya perlu cheer, tak perlu jeer.

29. Inilah tumpuan pada makna dan maksudnya. Mencari sebab untuk bersatu, bukan jadi hantu.

30. Akhir sekali, saya ingin ajak sekali lagi semua orang membaiki hubungan kita dengan Al-Quran.

31. Pada namanya, mungkin ia hanya untuk dibaca, tapi maknanya sebagai wahyu Allah SWT tiada tandingan sama sekali.

32. Bukan saya menentang penggunaan nama, bahkan saya pun bernama.

33. Cuma persoalan sekarang ialah, kita tumpukan yang mana?

34. Hadirkanlah makna dalam setiap nama.

35. Benarlah. Jika nama lahir tanpa makna, maka NAMAKNA akan menjadi NO MAKNA. ;-)

Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt.

Al-Quran mengajar manusia MAKNA hidup... ;-)

2 comments:

Qistina Sumaiya...(^_^) said...

Kata William Shakespeare dalam Romeo and Juliet, "Ada apa pada nama? Kalau bunga mawar dipanggil dengan nama selain mawar, baunya masih harum."

meaningful. =D

Amirul Asyraf said...

Alhamdulillah. Deep indeed ;-)
Thanks for visiting Sister.

Post a Comment

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq