Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
1. Tulisan ini adalah berdasarkan ceramah yang disampaikan Sheikh Nasir Jangda bertajuk 'Istikharah: Tujuan dan Cara Pelaksanaannya.'
2. Ada dalam kalangan masyarakat kita melihat istikharah sebagai satu alat AJAIB untuk mencapai sesuatu yang dicita dalam kehidupan.
3. Seperti Jin Aladdin yang terus menyempurnakan permintaan tuannya dalam sekelip mata, begitulah kadang-kadang kita mengharapkan Allah SWT kabulkan doa kita.
4. Hakikatnya, anggapan begini TIDAK TEPAT sama sekali. Itu BUKAN fungsi istikharah.
5. Sebelum saya ceritakan konsep sebenar solat sunat istikharah, insya Allah, kita telusuri dulu apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkataan 'istikharah.'
6. ISTIKHARAH dikembangkan daripada kata akar 'khair', yang bermaksud 'baik' atau 'kebaikan'. Segala perkara yang baik, maka itulah 'khair'.
7. Istikharah pula, merujuk kepada perbuatan mencari atau mengusahakan 'khair' tadi- yakni sesuatu yang baik, malah terbaik dalam kehidupan.
8. Menariknya, perkataan lain seperti ikhtiar contohnya, juga berasal daripada kata akar yang sama.
9. Implikasinya ialah, seorang yang berUSAHA untuk melakukan kejahatan, maka usahanya itu tak layak dipanggil ikhtiar, kerana ikhtiar bukan sekadar merujuk kepada satu bentuk usaha atau inisiatif, tetapi ia HANYA spesifik merujuk kepada usaha dan inisiatif yang baik-baik sahaja.
10. Ringkasnya, inilah yang selalu disebut sebagai 'The end doesn't justify the means' atau matlamat tak menghalalkan cara dalam Islam.
11. Yakni- sesuatu yang jahat pada sifat asalnya, akan tetap jahat sifatnya walaupun ia digunakan untuk mencapai tujuan yang baik. Maka tak layak ia dipanggil 'ikhtiar'.
12. Supaya mendapat gambaran lebih jelas, saya ambil satu contoh.
13. Menggunakan khidmat bomoh dalam rawatan misalnya, tak layak dikira sebagai satu ikhtiar dalam Islam, kerana bomoh yang dengan terang-terang menggunakan khidmat jin telah syirik kepada Allah SWT, demikian juga yang bersubahat me'laris'kan perniagaan bomoh itu.
14. Baik, sekarang mari kita lihat konteks sebenar penggunaan solat sunat istikharah sebagai satu bentuk 'senjata' umat Islam.
15. Sebagai manusia biasa, kita tak lari daripada keperluan untuk membuat keputusan dan pilihan (decision-making) dalam kehidupan kita sehari-hari.
16. Sheikh dalam ceramahnya meletakkan garis panduan berikut yang boleh diamalkan oleh kita umat Islam dalam membuat pilihan atau keputusan terhadap sesuatu perkara.
17. Pertama, adalah dengan menggunakan aqal kita sendiri- yakni menggunakan intelek, rasional dan segala ilmu yang ada pada diri kita. Ini termasuk pemikiran kritis (critical thinking)
18. Langkah kedua, yang datang selepasnya, adalah dengan mendapatkan pendapat, pandangan dan idea daripada orang lain terutamanya yang memang pakar atau relevan dalam isu yang kita sedang fikirkan.
19. Langkah ini lazimnya dipanggil musyawarah, yakni berbincang (consultation). Contoh yang paling mudah ialah misalnya jika hendak membeli kereta, boleh tanya pakar dalam bidang automotif, dan juga mungkin golongan mekanik.
20. Akhir sekali, barulah kita berbicara tentang istikharah, sebagai langkah yang berikutnya.
21. Bukanlah ini bermakna kita letakkan Allah sebagai rujukan terakhir, namun ia bermaksud kita hadirkan usaha di pihak kita, kemudian mohon Allah memberikan petunjuk kepada kita tentang pilihan kita.
22. Tujuan diletakkan juga istikharah ini sebagai langkah yang terakhir adalah sebagai alat pemutus yang terakhir, maka keputusan yang dibuat adalah yang muktamad insya Allah.
23. Maksudnya ialah, katakan kita ada 7 pilihan. Kemudian menggunakan intelek kita, kita kurangkan pilihan itu kepada 5 misalnya, kemudian dengan berbincang, kita kurangkan lagi pilihan yang ada kepada 3, dan akhir sekali, barulah daripada 3 ini, kita pilih satu yang terbaik sebagai pilihan.
24. Ertinya, istikharah bukan diabaikan, sebaliknya dijadikan penentu terakhir yang memuktamadkan keputusan yang kita lakukan.
25. Baik, seterusnya, solat sunat istikharah dilakukan tanpa ada sebarang keperluan atau syarat yang khas, sebaliknya boleh dilakukan pada bila-bila masa pun seperti mana jugak solat-solat sunat yang lain (kecuali pada waktu haram solat, contohnya ketika matahari terbit).
26. Demikian juga dari segi surah apa yang ingin dibaca, semuanya terpulang kepada kita. Rakaatnya dua, tetapi tak salah untuk mengulang-ulang istikharah untuk lebih yakin dengan pilihan yang dibuat.
27. Penting: Satu lagi anggapan yang tak betul adalah bahawa kita akan bermimpi mendapat jawapan tentang persoalan kita.
28. Itu juga BUKAN apa tujuan kita buat solat istikharah!
29. Dalam Islam, mimpi boleh dijadikan sebagai satu motivasi jika ia baik atau memberi klu, namun tak dianjurkan dalam Islam untuk menjadikannya RUJUKAN MUTLAK dalam membuat keputusan, apatah lagi dalam meletakkan sesuatu hukum (dalam Islam).
30. Sebaliknya, istikharah bertujuan memberi keyakinan kepada kita atas keputusan yang kita buat.
31. Untuk fahami lebih lanjut, saya rasa cara yang paling baik adalah dengan menghayati doa khas istikharah yang sangat-sangat digalakkan untuk dihafal dalam Bahasa Arab, kerana ia dituntut oleh Nabi SAW dalam hadis baginda.
32. Doa itu seperti berikut:
33. Maksud doa panjang ini ialah:
"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan daripada-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon daripada-Mu akan limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (........) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (........) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya."
34. Pilihan atau perkara yang kita ingin putuskan itu bolehlah dibaca sama ada dalam hati atau dibaca dengan kuat (yakni dengan mengeluarkan suara) di bahagian tengah-tengah doa di atas yang ada garis putus-putus seperti ini: ........
35. Berdasarkan doa ini, petunjuk Allah SWT itu akan datang dalam pelbagai bentuk. Antaranya adalah dipermudahkan kita dengan pilihan yang kita buat tu. Kalau sesuatu tu macam banyak saja dugaan dan rintangan nak buat, mungkin itu petanda bahawa bukan itu yang patut kita pilih.
36. Namun petunjuk terbesar adalah letaknya pada hati. Sebab itu keyakinan dan kebergantungan kepada Allah SWT perlu kuat.
37. Ertinya, sesuatu yang jika kita pilih atau buat, didatangkan Allah rasa tenang dan selesa serta yakin melakukannya, maka insya Allah itulah pilihan yang tepat.
38. Sebagai penutup ingin saya nyatakan perkara terakhir di sini bahawa solat sunat istikharah boleh dibuat pada bila-bila masa pun tanpa perlu menunggu keperluan yang khas.
39. Lagipun, bukankah kita memang sentiasa perlukan Allah SWT dalam apa jua perkara pun? Dan setiap masa, setiap ketika?
40. Bahkan hal sekecil manapun, boleh disandarkan keputusan kita pada istikharah supaya kita sentiasa mendapat rahmat dan bimbingan Allah SWT.
41. Seperkara lagi ialah, istikharah bukan hanya dibuat SEBELUM membuat sesuatu keputusan. Bahkan SELEPAS keputusan dibuat pun, istikharah boleh diulang-ulang, supaya hati sentiasa tenang dan mengingati Allah SWT insya Allah.
42. Saya muatkan sekali di sini print screen images yang saya usahakan daripada video ceramah Sheikh Nasir.
43. Saya harap tulisan ini bermanfaat. Moga kita sentiasa meletakkan Allah SWT sebagai rujukan paling utama dan sentiasa menghayati kebergantungan yang hakiki pada-Nya yang memiliki segala-galanya ameen!
Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt..
"Milik Allahlah segala yang di langit dan di bumi..."
(Surah Al-Baqarah, ayat 284)

0 comments:
Post a Comment