Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
1. Nama-nama artis yang sedang hangat selalu dijadikan bahan pelaris jualan.
2. Dari tudung Ekin dan tudung Mawi hinggalah ke tudung Wardina, semuanya pernah muncul di pasaran.
3. Tidak kurang juga bulan puasa tahun ini, ada juga orang kita yang cukup kreatif memperkenalkan juadah paling menarik era kontemporari- Justin Bubur!
Betul ke bubur ni dijual bulan puasa ni? Kat mana eh? |
4. Mungkin dari satu sudut, usaha sebegini bertepatan dengan selera masyarakat.
5. Yelah, masyarakat sangat dambakan Justin Bieber, maka mengapa tidak mereka membeli sesuatu yang ada nama Justin padanya?
6. Mungkin itulah yang difikirkan oleh para peniaga.
7. Begitu juga kisahnya di sebuah negara saya tak pasti di mana. Kerajaannya cuba menarik minat golongan muda untuk datang ke program yang dianjurkan.
8. Lantas kerana 'percaya' bahawa orang muda amat sukakan hiburan, maka dibawa masuk K-POP dan artis luar lain yang cukup mengiurkan.
9. Inilah jasa dan janji yang ditepati, yang pasti melahirkan golongan muda yang dekat dengan Tuhan, kerana mendapat tarbiyah daripada K-POP.
10. Saya tinggalkan hal itu di situ untuk saudara-saudari fikirkan sejenak. Malas nak bercakap panjang. Lagipun saya dah tak ingat negara mana tu. Bersebelahan negara Timbaktu kot.
11. Perkara kedua yang ingin saya sentuh adalah pastinya tentang kerancakan kelompok Illuminati yang mewarnai suasana sukan Olimpik yang sedang berlangsung sekarang.
12. Kecoh satu dunia bahawa saya ni hensem orangnya. Eh, silap! Kecoh bahawa Illuminati cuba menampakkan warna dan simbolnya.
13. Ada dua isu yang ingin saya sentuh di sini.
14. Pertama, saya bersetuju dengan perkembangan tindak balas orang-orang kita yang mengkritik ketakutan tak berasas ini. Sebahagiannya melakukannya dengan cara yang halus dan sinis, agar siapa yang makan cili, dialah terasa pedasnya. Oit, tak puasa ke? hehe =p
15. Hakikatnya, saya menyokong bahawa kita terlalu takut pada bayang-bayang. Sehingga kita lupa dari mana datangnya cahaya yang membentuk bayang-bayang itu. Cahaya? Alamak, Illuminati!
16. Maksud saya, kita hanya melihat di luar, tapi tidak mengkaji sumber dan asal ketakutan kita tadi.
17. Antara faktornya mungkin, adalah kerana cerita sebegini ada nilai komersial, yang cukup menarik untuk ditayangkan di media seperti Facebook dan Twitter serta menjanjikan kutipan like dan RT yang sudah pasti besar bilangannya.
18. Namun di mana kita dalam menilai konspirasi seperti agenda Illuminati ini?
19. Adakah dengan sekadar mengkajinya lebih lanjut maka kita boleh menewaskan mereka dengan anggun dan bergaya?
20. Allah SWT ada menyentuh sesuatu yang cukup berkesan di hati tentang hal ini jika kita benar-benar menghayati maksudnya.
21. Firman Allah SWT: "Dan Allah lebih MENGETAHUI tentang musuh-musuhmu. CUKUPLAH Allah menjadi pelindung dan CUKUPLAH Allah menjadi penolong (bagimu)."
(Surah An-Nisa', ayat 45)
22. Dengan kata lain, kenapa lebih banyak masa dihabiskan untuk mengkaji musuh sehingga kita lupa mengkaji dan mempelajari agama kita sendiri?
23. Malah jika ketaksuban dan ketakutan pada Illuminati itu langsung tak mendekatkan diri kita pada Allah SWT, malah lebih melemahkan kita dalam beribadah kepada-Nya, maka ada sesuatu yang tak kena di situ.
Saya setuju sangat: Janganlah terlalu taksub, tapi jangan ambil ringan juga ya? |
24. Allah 'azza wajalla terus memberi assurance dan jaminan lagi apabila Dia berfirman maksudnya:
"..... sesungguhnya tipu daya syaitan itu lemah!"
(Surah An-Nisa', ayat 76)
25. Kita hanya perlu takut pada syaitan dan tenteranya jika kita bergantung pada diri kita yang lemah!
26. Tapi kita tak lemah jika kita bergantung kepada yang tak lemah- Allah SWT! Bukankah Allah itu wali dan pelindung orang-orang yang beriman?
27. Perkara kedua yang ingin saya sentuh adalah tentang peranan kita para pendakwah.
28. Dan saya secara umumnya menganggap semua orang, yang mengaku dirinya Muslim, termasuk dalam kategori pendakwah.
29. Pada saya, tidaklah adil untuk kita terlalu cepat melenting pada orang yang termakan dengan mainan konspirasi sebegini. Pada saya, apa yang berlaku ada betulnya, cuma perlu diuruskan dengan cara yang berhikmah, agar manusia tak luka hatinya dan tak menjauhkan diri daripada agama kerana merasa terhina.
30. Teori saya ialah, 'rahsia-rahsia' Illuminati ini, jikapun benar semua itu, pasti disebarkan oleh orang-orang Illuminati ini juga.
31. Kenapa? Kerana mereka tak perlu takut lagi! Nak takut Islam buat apa? Muslim di Rohingya disembelih pun kita masih duduk selesa goyang kaki menari gelek lagi! Maksud saya, kita terkadang terlalu leka dengan kesenangan dan kemewahan diri sendiri, lebih-lebih lagi di Malaysia, negara bertuah ini.
32. Benarlah apa yang disebut oleh Nabi SAW, tentang akan datang satu zaman walaupun kita umat Islam cukup ramai, namun musuh umat Islam sudah hilang rasa hormat dan takut pada kita.
33. Baginda SAW menyebut bahawa puncanya adalah kerana umat Islam sudah dihinggapi satu penyakit yang bernama Wahn.
34. Apa itu Wahn? Terang Nabi SAW, Wahn itu ialah CINTAKAN DUNIA, TAKUTKAN MATI!
35. Soalnya sekarang, di mana kita?
36. Kita lupa, yang disembelih sekarang itu saudara seislam kita di negara jiran, padahal tak mustahil, suatu hari nanti, sama ada kita sendiri atau keluarga kita pula yang disembelih. Na'uzubillah ya Allah!
37. Adakah kita semulia Nabi Ismail AS, yang apabila disembelih akan selamat dan digantikan dengan kibas?
38. Fikir-fikirkanlah..
39. Biarkan saja Illuminati itu mempersembahkan konspirasi tak henti-henti. Asalkan kita tak mati dengan butanya hati, hanya kepada Allah dan Rasul kita taati, dan moga dalam iman kita mati! Mengerti?
"Allah pelindung orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya (iman)....."
(Surah Al-Baqarah, ayat 257)
1 comments:
kadang2 kelakar,
terlalu taksub sampaikan semua bentuk piramid dikatakan illuminati sedangkan kita tak boleh nak elak dari berhadapan dengan bentuk2 sedemikian kerana dunia ini memang dicipta berbentuk2..
*mohon keluarkan piramid dalam pembelajaran, budak2 dah pandai, nanti kata cikgu illuminati lak.. haha..
Post a Comment