Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
1. Rasulullah SAW bersabda,
"Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apa pun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu."
Hadis Riwayat Muslim
2. Sebelum anda terus membaca, silalah senyum. Ia satu sedekah yang mudah. Ia juga menjadikan hidup ini indah!
3. Memetik kata-kata Thich Nhat Hanh, "Sometimes your joy is the source of your smile, but sometimes your smile can be the source of your joy."
4. Jadi, tak semestinya nak tunggu kita gembira baru kita nak senyum, kerana kadang-kadang disebabkan senyumlah kita boleh jadi gembira!
5. Ahli-ahli bidang psikologi dalam kajian mereka banyak mengulas tentang kaitan antara senyum dengan personaliti seseorang.
6. Orang sentiasa senyum pasti mempunyai personaliti yang baik dan positif. Pun begitu, pada saya sendiri mungkin agak sukar untuk membuat keputusan, adakah personaliti yang baik yang membolehkan seseorang senyum, atau kerana senyumlah seseorang itu berpersonaliti yang baik.
7. Apapun, saya percaya dua-dua boleh jadi betul dan boleh diusahakan.
8. Kalau kita suka senyum, insya Allah personaliti kita baik. Ataupun, kalau kita perbaik personaliti kita, insya Allah kita jugak akan sentiasa senyum =D
9. Menariknya, ada juga kajian yang membuat kesimpulan bahawa orang yang selalu senyum lebih panjang umurnya dan dalam kalangan mereka, bilangan yang bercerai daripada pasangan pun lebih sikit berbanding yang kurang atau tak senyum.
10. Satu lagi kajian yang perlu disebut di sini ialah tentang kajian bowling.
11. Seseorang yang berjaya menjatuhkan semua pin bowling dan gembira memang akan senyum sebagai tanda gembira apabila melihat semua pin itu jatuh.
12. Namun yang bestnya ialah, berdasarkan kajian ini, apabila mereka berpaling ke belakang dan melihat ahli keluarga dan rakan-rakan yang ada ketika bermain bowling, senyuman mereka lebih lebar menandakan kegembiraan yang lebih besar.
13. Disimpulkan bahawa senyum kita lebih efektif jika kita berkongsi kebahagiaan dan kegembiraaan dengan orang sekeliling kita. Mana mungkin kita mampu hidup seorang diri di dunia ini.
14. Ringkasnya, marilah kita mengikut sunnah Nabi SAW yang memang sentiasa senyum. Cukup manis wajah baginda. Malah, indahnya wajah baginda sehingga digambarkan oleh para sahabat ibarat bulan yang mengambang. Berseri-seri dan bersinar-sinar!
15. Oleh itu, marilah sama-sama kita memperbanyakkan senyum dan bersikap positif dalam kehidupan sehari-hari. Percayalah, senyum itu berjangkit. Saya sendiri, kalau nampak orang senyum, berasa amat lega dan selalunya akan mudah untuk senyum balik, seolah-olah dilemparkan senyuman itu kepada saya untuk dipakai ;-)
"Kata orang, di sebalik batu ada udang,
tapi jangan lupa, di sebalik senyumMU ada sayang..
Senyumlah!"
Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt
Senyumlah.... woi aku nak tido woi haha =p |
1 comments:
InsyaAllah.....
Post a Comment