RSS

Saturday, July 21, 2012

Siapa Nabi Akhir Zaman?


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Akhir-akhir ini, media beberapa kali melaporkan berita tentang kehadiran hero dan penyelamat dunia yang tiba di muka bumi. Maklumlah, tahun ini tahun 2012.

2. Di Putrajaya contohnya, seorang lelaki mengaku sebagai Imam Mahdi dan membawa pula bersamanya seorang wanita, mengamuk hingga ditembak mati oleh pihak polis. 

3. Biarlah Allah SWT sahaja yang menilai niat dan kewarasan lelaki ini, kerana hanya Allah lah Tuhan yang Maha Mengetahui sama ada yang nyata mahupun yang tersembunyi.

4. Terkini, ada pula seorang kapten di Melaka mengaku menjadi rasul dan juga mengaku dia Allah?

5. Lelaki ini dibicarakan di Mahkamah Syariah dan mengaku tak bersalah.

6. Terlalu ramai (jika tak semua) orang di dunia ini yang ingin menjadi hero.

7. Namun, amat jarang sekali yang mengaku hero ini mengetahui siapakah lawan atau musuhnya yang sebenar.

8. Kita semua mempunyai musuh. Dan kita tahu iblis dan syaitan itu musuh kita. Mereka dibelenggu dan diikat pada bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

9. Akan tetapi, siapa sedar masih ada musuh yang belum diikat? Musuh inilah yang dinamakan nafsu. Nafsu itu ialah diri kita sendiri.

10. Bagaimana mungkin kita boleh memisahkan diri kita daripada diri kita sendiri. Kan ke pelik tu?

11. Diciptakan nafsu untuk ditunggang. Jangan biarkan ia yang menunggang kita.

12. Inilah punca besar kekalahan seorang hero. Seorang wira. Mereka lupa siapa musuh yang PERTAMA.

13. Lihat bagaimana Saidina Ali RA, yang berhenti daripada membunuh musuhnya di medan perang apabila diludah oleh musuh itu, kerana sedar bahawa perbuatannya tidak lagi kerana Allah SWT, tetapi kerana nafsu marahnya akibat diludah.

14. Inilah hero yang sebenar. Yang memerangi dan memenangi nafsunya.

15. Wahai para sahabat di luar sana, tak mustahil lebih ramai antara kita yang mungkin mahu menjadi hero mahupun mencari hero, sehingga kita menjanjikan jalan pintas untuk ke syurga, ataupun percaya apabila diberitahu tips cepat masuk syurga.

16. Berhati-hatilah. Kita ibarat kebun yang berbuah ranum. Pagari diri kita dengan ilmu.

17. Hakikatnya, tiada lagi nabi atau rasul selepas Nabi Muhammad SAW.

18. "Muhammad itu bukanlah bapak dari seseorang antara kamu, tetapi dia ialah utusan Allah, dan PENUTUP segala nabi. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
(Surah Al-Ahzaab, ayat 40)

19. Dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

“Bandingan antara aku dan nabi-nabi sebelum aku ibarat seorang yang membina rumah. Dia membina dengan baik dan cantik, tetapi ada sekeping batu bata yang masih belum diletakkan di satu sudut. Kemudian orang ramai mengelilingi rumah itu dengan kagum melihatnya, lalu mereka berkata, “Mengapakah tidak diletakkan batu bata ini.” Nabi Muhammad berkata lagi, “Akulah batu bata itu dan aku adalah PENUTUP segala Nabi.” 
(Bukhari dan Muslim)

20. Peranan Muhammad SAW sebagai nabi dan rasul terakhir mempunyai signifikan yang cukup besar dalam mengajar kita memahami kepentingan Al-Quran, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan, bulan diturunkan Al-Quran.

21. Jika tiada nabi, maka siapa pula yang akan memimpin kita semua?

22. Di sinilah datangnya Al-Quran sebagai mukjizat terakhir nabi SAW, yang akan kekal sehingga akhir zaman.

23. Mukjizat pada nabi dan rasul yang lain hanya dapat disaksikan pada ketika itu, di tempat yang tertentu, namun Al-Quran sebagai mukjizat nabi Muhammad SAW, yang dijadikan Allah SWT sebagai rahmat buat sekalian alam, kekal dan dirasai seluruh alam sehingga ke hari ini!

24. Persoalannya, bagaimana hubungan kita dengan Al-Quran?

25. Kata Nabi SAW, seseorang pasti tak akan sesat selama-lamanya, selagi mana dia berpegang kepada dua perkara, yakni Al-Quran dan juga sunnah Nabi SAW. Cuba formula ini. Setiap waktu solat, bacalah empat muka surat (2 helai). Insya Allah jika istiqamah sehingga 30 hari, kita boleh khatam Al-Quran.

26. Sebagai penutup, ingin saya mengajak kita sama-sama menghayati Islam dengan sebenar-benarnya.

27. Jadikan bulan puasa ini sebagai satu medium mengembalikan kita kepada fitrah yang sebenar, sebagaimana sucinya seorang bayi yang baru dilahirkan. Barulah kena dengan sambutan aidilfitri pada bulan Syawal, bulan yang menyaksikan 'kelahiran' diri kita yang baru!

28. Sesungguhnya kita semua pernah melakukan dosa atau kesalahan. Namun sebaik-baik antara kita adalah yang bertaubat atas dosa tersebut, menyesal dan tak lagi mengulanginya.

29. Peliharalah solat kita, dan jangan lupa akhlak serta kebersihan jiwa perlu juga dijaga.

Sejauh  mana kita bersyukur dan menzahirkan kesyukuran itu dengan solat?
30. Berusahalah untuk ISTIQAMAH dalam ibadah dan mintalah kepada Allah SWT agar dikurniakannya istiqamah dan iltizam yang kuat dalam diri kita.

31. Ingatlah sentiasa akan mati. Kerana dengan mengingati mati, kita sedar bahawa kita akan kembali kepada Allah SWT jua.

32. Tak ada apa pun yang mampu menahan kita daripada ajal maut, jika ia datang menjemput kita.

33. "Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkanmu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh...."
(Surah An-Nisa', ayat 78)

34. Persoalannya sekarang, adakah kita akan hidup sehingga berakhirnya Ramadhan? Jika ya pun, adakah kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang berikutnya?

35. Berapa lama kita hidup di dunia ini? Fikirkanlah, tak lama lagi, bila kita dah meninggalkan Ramadhan, kita mungkin berkata, eh cepatnya dah habis Ramadhan!

36. Mungkin perasaan yang sama akan kita alami ketika kita mati, dan mungkin kita akan kata, eh dah mati dah aku?

37. Namun tatkala itu, tiada lagi ruang untuk bertaubat, tiada lagi peluang untuk kembali ke dunia, untuk mengumpul persediaan menjelang hari Akhirat. 

38. Maka bila lagi kalau bukan sekarang?

39. Benarlah kata Saidina Ali RA, manusia itu tidur. Bila mati baru mereka terjaga!

Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt..

4 comments:

Qistina Sumaiya...(^_^) said...

assalamualaikum...

lebih berkenan dengan "penyelamat dunia" tu..

ustaz cter sebelum kiamat memang Islam akan naik senaiknya... kemudian jatuh balik.. masa kejatuhan itulah kiamat berlaku...

saya pun menunggu saat itu...

kadang2 org yang mengaku ni mungkin dari kalangan yg banyak ilmunya.. mungkin dia merasa dia mulia hinggalah dia berani keluarkan kenyataan begitu..
wallahualam..

thanks utk pemberitahuan.. tak baca surat khabar lain.. ayah asyik beli harakah je.. =.=

Amirul Asyraf said...

Waalaikumussalam wbt.

hehe baca la Harakah pun, best apa =D Thanks Qist =)

Ruqaiyah Yusof said...

nice..
betul tu, suka quote
"lagi ramai suka menjadi hero, tanpa tahu apa sebenarnya musuh mereka..."

Amirul Asyraf said...

Jazakillahu khairan kasira ya ukhti Ruqaiyah.

Moga bermanfaat. Doakan saya dan keluarga. Salam Ramadhan =D

Post a Comment

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq