RSS

Friday, July 6, 2012

Kenapa Tunduk?


Comel! (Gambar sekadar hiasan) =_=' 
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Waktu saya duduk di asrama dulu, senior tak bagi kami pandang muka mereka. 

2. Kami kena tunduk saja.

3. Bila mata bertentang mata, maka jatuhlah cinta. Jatuh dek graviti. Eh silap line. Itu cerita lain, sorry.

4. Sebenarnya, bila mata bertentang mata, maka akan berkumandanglah ke udara suara yang begitu menggetarkan. "Woi apa stare-stare?"

5. Hanya mereka yang terer Bahasa Inggeris sahaja yang faham maksudnya. "Woi apa stare-stare?" itu sebenarnya bermaksud "Woi apa pandang-pandang!" Jangan terkezut, Bahasa Inggeris pun ada kata ganda apabila di-Melayukan!

6.  Bila dipikirkan balik, memang kelakar. Sebabnya?

7. Salah satu sebabnya adalah macam dalam kes saya, saya lebih tinggi (saiz) daripada kebanyakan senior saya sekarang bila saya jumpa mereka di luar.

8. Jadi cuba bayangkan jika saya sentiasa tunduk. Memang saya kena tunduk pun untuk pandang mereka! haha (orang kata kalau kawen dengan isteri yang lebih tinggi daripada kita, murah rezeki. Betul ke? Alamak, off-topic!)

9. Dulu mereka duduk atas balkoni bangunan boleh lah, cuba duduk atas lantai yang sama, baru tahu tinggi ke rendah langit ni hehe.

10. Sebenarnya muqaddimah je semua tu. Saya sayang semua senior saya. Cukup banyak jasa mereka semua pada saya. Bahkan, salah seorang daripada mereka ialah abang kandung saya sendiri, Along. Sewaktu saya Form 1 di MCKK, dia sudah masuk Form 4.

11. Tujuan sebenar saya menulis hari ini adalah untuk bercakap tentang kelebihan tunduk.

12. Sehinggakan tunduk ini menjadi satu perintah di dalam Al-Quran serta menjadi sunnah Nabi SAW.

13. Dalam dunia moden yang penuh dengan pancaroba hari ini, sudah semoleknya lah disyariatkan buat sama ada laki-laki mahupun perempuan untuk tundukkan pandangan kita terutamanya di tempat awam. Malah bukan setakat pandangan, paling penting, tundukkan nafsu!

14. Ini terutamanya buat orang lelaki, kerana orang lelaki cukup cepat tertarik dengan hanya melihat. 

15. Yang dilihat pulak ialah golongan wanita. Dan yang menariknya ialah, kaum wanita (yang dilihat ini) dijadikan pulak fitrahnya cukup suka berhias dan suka pada perhatian. Tak mahu la pagoda-pagoda. Kena cantik dan menggoda! Apa da! *sambil tepuk dahi*

16. Disebut di dalam surah An-Nur, ayat 30-31 maksud terjemahannnya:

"Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga (menundukkan) pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sungguh Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

17. Tiga perkara di sini. Pertamanya, orang perempuan oi, jangan lah senyum lebar. Yang saya taip di atas itu terjemahan ayat ke-30 sahaja. Ingat orang perempuan tak payah ke? Cuba baca ayat seterusnya (ayat 31) tengok? Lagi panjang ayatnya! Amek kau! =p

18. Kedua, Allah mendahulukan dengan menyuruh lelaki terlebih dahulu menundukkan pandangan. Maka orang lelaki, jadilah pemimpin dalam semua perkara termasuklah dalam bab ni.

19. Malah Allah SWT menyebut bahawa Dia tahu apa yang kita buat (yang saya merahkan di atas). Sebab orang lelaki amat kreatif berimaginasi. Maka Allah SWT dah siap bagi amaran awal-awal.

20. Sebab itulah dalam ayat ke-31, Allah ada pesanan special untuk orang perempuan. Allah perintahkan perempuan menjaga aurat mereka!

21. Oh jadi orang lelaki boleh bogel lah ya di tempat awam? 

22. Jangan jadi 'cerdik'. Kalau nak sangat cubalah try test tengok(frasa 'cuba try test tengok' agak unik kan? Ramai yang suka guna frasa ni). Ada berani? *sambil merenung tajam anda yang bergelar lelaki di luar sana*

23. Saudara, pastilah orang lelaki pun wajib menutup aurat. Cuma seperti yang disebut tadi, orang lelaki cukup mudah ternoda dengan hanya melihat. Orang wanita pulak cukup suka berhias (sehingga sanggup menampakkan aurat)- ini adalah secara amnya, mungkin setiap orang ada perbezaan.

24. Maka sudah cukup kena dan cantiklah perintah Allah SWT, yang memang tepat dengan fitrah kita kaum Adam dan Hawa yang berbeza tapi saling melengkapi antara satu sama lain.


25. Selain itu, tunduk juga adalah sunnah Nabi SAW.

26. Jika dirujuk dalam Kitab Syamail Muhammadiyyah contohnya, disebut di dalam hadis bahawa Nabi SAW ketika berjalan seolah-olah menuruni tanah yang landai. 

27. Senang cerita, macam turun bukit la kan?

28. Maknanya, Rasulullah SAW berjalan agak pantas dan sambil tunduk, sebagaimana seorang yang sedang menuruni bukit.

29. Maka jika kita pun tunduk, kita bukan sahaja menurut perintah Allah dan mengelakkan panahan tajam kecantikan wanita, malah kita juga telah mengumpul pahala kerana mengikut sunnah Nabi SAW. 

30. Akhir sekali, saya cadangkan selain tunduk ketika berjalan, tunduklah juga ketika duduk di tempat awam sambil menunggu bas contohnya. Maka bagi saya, cara terbaik adalah untuk sentiasa memastikan ada buku bersama kita.

31. Maka, secara automatik, kita cuci mata kita dengan membaca. Bukannya dengan melihat fashion show di tempat awam. Tergedik-gedik, tergedak-gedak, baling batu kang baru tau!

32. Kesimpulannya, marilah belajar untuk tunduk. Yang paling penting, apabila tunduk itu, niatkanlah untuk menurut perintah Allah SWT serta untuk mengamalkan sunnah Nabi SAW, kerana semoga dengan itu, amalan kita diterima dan diganjari pahala.

33. Sekaligus, harapnya kita dapat membentuk tabiat amat suka membaca dan kasih pada ilmu. Dengan kata lain, saya mencadangkan perihal tunduk 3 dalam 1 dalam tulisan kali ini.

34. Tunduk menurut perintah, tunduk mengikut sunnah dan tunduk membaca risalah!

35. Izinkan saya menutup artikel ini dengan mengajak kita untuk menghayati perkataan tunduk itu juga dari aspek spiritual dan rohani, yakni kita tunduk kerana khusyuk, takut, dan patuh kepada Allah SWT.

36. Walaupun mungkin hari ini kita degil mahu sombong dan bongkak, kelak pada hari akhirat, tidak ada seorang pun yang berani berlagak di hadapan Allah SWT yang Maha Besar dan Agung.

37. Sahabat sekalian, tunduklah!

"Dan semua wajah tertunduk di hadapan (Allah SWT) Yang Hidup dan Yang Berdiri Sendiri. Sungguh rugi orang yang melakukan kezaliman."
(Surah Taha, ayat 111)


Wallahuaklam..

0 comments:

Post a Comment

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq