RSS

Wednesday, July 18, 2012

Istimewa Ramadhan: BURAK


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. 18 Julai 2012: Alhamdulillah, akhirnya bermulalah misi Buletin Ramadhan Kita (BURAK) yang saya rancang dan usahakan dengan bantuan anda semua beberapa minggu yang lalu.

2. Bermula hari ini dan besok, saya akan edarkan helaian-helaian BURAK untuk edisi pertama.

3. Memandangkan insya Allah hari pertama Ramadhan jatuh pada hari Sabtu ini, dan pada waktu itu cuti (tiada kelas), maka saya edarkan edisi pertama ini lebih awal kerana bermula hari Isnin depan, edisi 2 pula akan menyusul.

4. Sepanjang bulan puasa ini, akan ada 9 edisi, maka saya akan edarkan setiap edisi mengikut turutan lebih kurang dalam tempoh setiap 2 atau 3 hari.

UNTUK APA BURAK NI?

5. Ringkasnya, usaha kecil ini adalah untuk mengajak diri saya dan anda semua di luar sana terutamanya golongan orang muda untuk kembali dekat dengan Islam, dengan cara mempunyai minat terhadap Islam, memahaminya, lantas mengamalkannya.

6. Anda boleh turut serta membantu saya dalam usaha ini melalui beberapa cara.

7. Pertama, anda boleh muat turun setiap edisi BURAK ini (yang akan diletakkan dalam entry ini secara berkala- yakni setiap 3 hari insya Allah) melalui pautan (link) yang saya sediakan di bawah.

8. Kedua, jika anda berdekatan dengan kawasan Shah Alam, anda boleh berhubung terus dengan saya supaya saya boleh serahkan kepada anda BURAK yang telah dicetak dan difotokopi dengan banyak untuk diedarkan kepada keluarga, sahabat handai dan orang awam di kawasan anda.

9. Anda juga boleh mencetak sendiri kesemuanya dan edarkan. Saya tak letakkan sebarang hak cipta atau hak milik (copyright) disini. Malah, saya lebih alu-alukan sebarang maklum balas dan teguran untuk sebarang tujuan penambahbaikan insya Allah.

10. Ketiga dan terakhir sekali, anda boleh membantu dari aspek kewangan jika anda sudi dan untuk itu boleh berhubung terus dengan saya. Saya akan pastikan sumbangan kewangan yang anda salurkan digunakan HANYA untuk tujuan mencetak dan fotokopi.

11. Sekian sahaja, saya mohon anda semua doakan saya agar Allah SWT menerima ini sebagai salah satu amal jariah saya pada bulan Ramadhan ini.

12. Semoga Allah juga menerimanya sebagai amal jariah anda semua ameen ameen ameen.

13. Sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung terus dengan saya. Terima kasih!

Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt.

P/S: Sesiapa yang ada masalah teknikal untuk download sila emel saya di jako_imp[at]yahoo.com supaya saya boleh emelkan terus kepada saudara/ri. Terima kasih ;-)

Satu hari di Aidilfitri yang lalu. Adik-beradik lelaki. (Along tiada dalam gambar) =)
Muka belakang (sama untuk semua edisi)
Edisi 1 (muat turun)
Edisi 2 (muat turun)
Edisi 3 (muat turun)
Edisi 4 (muat turun)
Edisi 5 (muat turun)
Edisi 6 (muat turun)
Edisi 7 (muat turun)
Edisi 8 (muat turun)
Edisi 9 (muat turun)
TENTATIF EDARAN BURAK SEPANJANG BULAN RAMADHAN

1 Ramadhan: Edisi 1

3 Ramadhan: Edisi 2

6 Ramadhan: Edisi 3

9 Ramadhan: Edisi 4

12 Ramadhan: Edisi 5

15 Ramadhan: Edisi 6

18 Ramadhan: Edisi 7

21 Ramadhan: Edisi 8

24 Ramadhan: Edisi 9

6 comments:

[sutera kasih] said...

Usaha yg mulia, semoga urusan baik awk sntiasa dipermudahkn dan dberkati Allah Taala. Sy download ya :)

Amirul Asyraf said...

Alhamdulillah. Terima kasih atas doa dan sokongan. Mohon sebar-sebarkan dan nantikan kesemua 9 edisi dan semoga beroleh manfaat daripadanya.

Ameen. Wassalam wbt =D

Qistina Sumaiya...(^_^) said...

well, kita masuk syurga bukan kerana amalan semata, tapi rahmatNya.

nak komen, where's ur blog header? I don't miss it but just asking. haha.

nice one. but it different with what i expected. hoho.oh gini ghopenye ye..

dah share dah, good luck for next artikel,

p/s: i thought Buraq yang Nabi naik masa israk mikraj. hehe. sorilah asyik komen aje. maklumlah, tak buat apa sangat kat rumah, so suka baca entry org lain dan komen. hehe

Amirul Asyraf said...

Terima kasih Qist.

Benar, akhirnya nanti kehendak Allah dan rahmat-Nya juga yang menentukan siapa yang menikmati syurga ;-)

Perkara ghaib ni, kita serahkan pada Allah SWT, dalam masa yang sama jangan lupa melaksanakan apa yang Allah perintahkan, jauhi yang Dia larang, semoga menjadi asbab mendapat rahmat-Nya.

Ameen ameen ameen dan selamat menjalani ibadah puasa =)

Asyraf Spark said...

aku da share kat webpage ktorg di Manipal, India ni. good article :) keep it up bro!

Amirul Asyraf said...

Thanks brother. Stay awesome. Your effort on sharing them really matters to me.

Please stay tuned for more editions to come!

Take care Dr Asyraf. Wassalam =D

Post a Comment

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq