RSS

Monday, January 23, 2012

Arkib: Ceramah Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Cuma terdetik dalam hati.

2. Saya rasakan, sudah lama saya sendiri mengaji dengan guru (secara formal di sekolah atau kampung), selain membuat pembacaan serta analisis dalam hal-hal berkaitan Islam terutamanya melalui minat saya dalam bidang perbandingan agama (comparative religion) sehingga sampai satu masa, saya rasa seperti ada sesuatu yang tertinggal.

3. Fardhu Ain. Ya, fardhu maknanya wajib dan ain itu individu, maka (ilmu) Fardhu Ain itu adalah ilmu yang wajib difahami dan dipelajari serta dipraktikkan oleh setiap individu Muslim.

4. Benar, memang kita juga ada sumbangan serta peranan masing-masing dalam kerangka hidup bermasyarakat dan tanggungjawab ini dinamakan Fardhu Kifayah, namun saya ingin mengajak kita untuk kembali menyemak ilmu asas (basic foundation) kita dalam Islam, agar bak kata pepatah, situasi 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran' tak berlaku pada diri kita insya Allah.

5. Oleh itu, saya luangkan sedikit masa untuk menyiapkan pautan (links) seperti di bawah sebagai salah satu usaha menyebarkan ilmu Fardhu Ain untuk manfaat kita semua.

6. Untuk makluman, terdapat 59 siri ceramah dengan topik yang berlainan dan ceramah ini kesemuanya disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus (moga Allah menganugerahkan beliau Syurga ameen) berpandukan Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap.

7. Ceramah ini dalam bentuk mp3 dan untuk setiap siri, tempohnya adalah lebih kurang 1 jam lebih. Berita baiknya ialah, setiap fail untuk setiap siri amat kecil saiznya maka amat mudah dan cepat untuk dimuat turun.

8. Berita baik lagi ialah, anda akan muat turun di laman Mediafire, yang membenarkan aktiviti muat turun secara 'berjemaah', yakni tanpa perlu tunggu muat turun selesai untuk fail yang lain tetapi boleh dibuat sekaligus dalam satu-satu masa.

9. Jika anda mahu terus muat turun kesemua 59 siri di bawah sebagai 1 fail, saya sudah gabungkan kesemua  siri ini dalam format Winrar dan boleh dimuat turun di laman 4shared di sini. Saiznya agak besar iaitu lebih kurang 475Mb.


Ceramah (mp3) Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap
Penyampai: Ustaz Azhar Idrus

Siri 01: Islam Lakonan
Siri 02: Imam Kafir
Siri 03: Kasino Lawan Masjid
Siri 04: Baiki Agama
Siri 05: Tauhid Sifat
Siri 06: Kun Fayakun
Siri 07: Haji Sukma
Siri 08: Hidup Seribu Tahun
Siri 09: Kakap Merah
Siri 10: Senang Tapi Susah
Siri 11: Kenal Malaikat
Siri 12: Ana Anta
Siri 13: Mukjizat Terakhir
Siri 14: Fesyen Lama
Siri 15: Kenal Nabi
Siri 16: VIP Mahsyar
Siri 17: Melayu Tiruk
Siri 18: Pakej Mati
Siri 19: Darul Arak
Siri 20: Butir Batu
Siri 21: Bangkai Suci
Siri 22: Hormat Haiwan
Siri 23: Imam 5 Tahun
Siri 24: Berkat Bismillah
Siri 25: Hilang Aqal
Siri 26: Rempit Kentut
Siri 27: Paksa Mandi
Siri 28: Mandi Separuh
Siri 29: Tangan Mozek
Siri 30: Mimpi Tok Bilal
Siri 31: Imam Tembo
Siri 32: Solat Bercakap
Siri 33: Pusing Kiblat
Siri 34: Sokong Quran
Siri 35: Bulan Cerah
Siri 36: Bini Gila
Siri 37: Rukun Fatehah
Siri 38: Seluar Jin
Siri 39: Menantu JKK
Siri 40: Wirid dan Doa
Siri 41: Jadual Matahari
Siri 42: Arab Bida'ah
Siri 43: Hukum Khunsa
Siri 44: Spoket Sutung
Siri 45: Khatib Dok Rok
Siri 46: Jamak Subuh
Siri 47: Sakit Tak Sembahyang
Siri 48: Pengurusan Mayat
Siri 49: Bida'ah Kuburan
Siri 50: Solat Ghaib
Siri 51: Kelebihan Solat Jenazah
Siri 52: Saham Kematian
Siri 53: Sembahyang Sunat
Siri 54: Langkah Kanan
Siri 55: Pupuk Semangat
Siri 56: Sunat Istikharah
Siri 57: Khilaf Ulama'
Siri 58: Bilal Pelat
Siri 59: Sibuk Raya

10. Sebelum saya terlupa, kesemua koleksi mp3 ceramah ini sebenarnya diambil daripada satu laman web yang cukup bermanfaat iaitu Mymaktabaty.com.

11. Terdapat ribuan arkib ceramah para asatizah tempatan yang terkenal dan hebat dan anda boleh melawat laman tersebut untuk melihat sendiri betapa luasnya peluang untuk mempelajari ilmu-ilmu Islam.

12. Namun, ini hanyalah salah satu daripada inisiatif dan alternatif yang ada. Saya sama sekali tak menafikan bahawa mengaji dengan berdepan dengan guru itu (bertalaqqi) adalah paling baik maka sama-sama kita usahakan sekadar mampu.

13. Semoga bermanfaat dan mohon didoakan agar saya serta keluarga sentiasa dalam rahmat dan hidayah daripada Allah SWT ameen.

BONUS

14. Salah satu widget yang popular dalam kalangan blogger ialah imej statik bermesej. Saya juga kadang-kadang suka letakkan widget ini di blog, bergantung kepada masa dan keadaan serta mood.

15. Kepada yang berminat, anda boleh melawat adiwidget.blogspot.com, kerana banyak sumber widget Islamik seperti ini boleh diperoleh di sana dengan percuma!

16. Dengan sedikit ilmu yang ada, saya menggabungkan apa yang ada dari blog itu dan telah hasilkan satu template sendiri seperti di bawah. Gambar Ustaz Azhar Idrus.

17. Kepada sesiapa yang mahukan tutorial dan widget seperti gambar di bawah ini (dan di blog saya), jangan segan silu taipkan emel saudara/saudari di dalam kotak komen di bawah atau boleh terus emelkan kepada saya di jako_imp(at)yahoo.com untuk lebih memudahkan saya insya Allah.

Sekian terima kasih. Allahuaklam, selamat mendengar dan moga bermanfaat ;-)

2 comments:

_cik fatihah_ said...

assalamualaikum .. nak share entry nie boleh tak ?

Amirul Asyraf said...

Waalaikumussalam wbt.

Ukhti, silakan. Segalanya di blog ini memang untuk dikongsi melainkan dinyatakan sebaliknya. Terima kasih kerana membantu menyampaikan ilmu Islam moga Allah SWT menerimanya sebagai amalan baik ada hari pembalasan aminn... ;-)

Post a Comment

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq