Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
1. Alhamdulillah, nikmat hidup yang menghampiri tahun ke-22 mengingatkan saya bahawa ajal semakin hampir. Terkadang terasa amat takut, entah adakah cukup amalan jika nyawa saya diambil sekarang. Teringat kata-kata agung Saidina Ali RA, "Manusia itu tidur. Bila mati baru ia bangun."
2. Cukup mendalam maksudnya. Namun, hanya orang yang memahami betapa fana dan tidak kekalnya dunia ini yang mampu menghayati ungkapan seringkas itu.
3. Apalah sangat nikmat duniawi ini, sehinggakan dalam satu hadis sahih, diceritakan tentang seorang penghuni syurga yang telah melalui keperitan hidup semasa hayatnya di dunia. Apabila dicelup ke dalam syurga dan kemudian diangkat semula oleh Allah SWT, lantas Allah bertanya adakah dia pernah merasai sebarang kesakitan di dunia, lantas kerana terlalu nikmatnya syurga, dia berkata bahawa tidak sedikitpun dia rasa penderitaan itu.
4. Betapa nikmat syurga itu menghilangkan semua kesusahan dan keperitan yang dilaluinya di dunia dahulu subhanallah!
5. Sempena kedatangan tahun baru masihi ini, saya ingin berceloteh tentang dua perkara penting. Pertama, tentang muhasabah diri. Kedua, tentang penyerahan diri kepada Allah SWT.
AZAM TAHUN BARU
6. Ringkas sahaja. Saya tersentuh dengan satu penyataan daripada Imam yang menyampaikan Khutbah Jumaat baru-baru ini. Kata beliau, kadang-kadang kita terlalu mengejar cita-cita dan melihat ke hadapan dengan penuh angan-angan sehinggakan terlupa bahawa muhasabah tentang masa lepas juga penting.
7. Kata beliau lagi, cita-cita adalah satu perkara yang belum lagi hadir, sebaliknya sejarah dan masa lepas kita itu benar dan satu realiti yang sudah berlaku.
8. Justeru sebagai umat Islam, janganlah terlalu terhegeh-hegeh mahu membuat 'wish list' yang baru sehinggakan terlupa terus akan perkara-perkara lepas yang harus diperbaik. Azam yang terbaik tak semestinya yang baru, tetapi ia adalah yang akan terus diburu, tanpa terburu-buru, tanpa rasa jemu.
PENYERAHAN DAN PENGHAMBAAN
9. Islam adalah nama yang cukup unik kerana ia mempunyai banyak makna yang saling melengkapi dalam menerangkan maksudnya yang sebenar. Islam bermaksud peace (kesejahteraan), purity (kesucian dan ketulenan), dan total submission (penyerahan diri secara total).
10. Jika digabungkan, Islam membawa maksud (1) menyerahkan diri dan kehendak kita kepada Allah SWT dengan (2) cara dan kaedah yang diajarkan-Nya kepada kita (iaitu suci dan tulen) untuk mencapai (3) ketenangan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
11. Untuk tulisan kali ini, saya ingin memberi penekanan yang lebih kepada perkataan total submission atau penyerahan diri secara total.
10. Jika digabungkan, Islam membawa maksud (1) menyerahkan diri dan kehendak kita kepada Allah SWT dengan (2) cara dan kaedah yang diajarkan-Nya kepada kita (iaitu suci dan tulen) untuk mencapai (3) ketenangan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
11. Untuk tulisan kali ini, saya ingin memberi penekanan yang lebih kepada perkataan total submission atau penyerahan diri secara total.
12. Perkataan inilah yang menerangkan siapa sebenarnya seorang Muslim. Apabila seseorang menyerahkan dirinya kepada kehendak Tuhannya yang satu dan dia percaya bahawa Dia sahajalah Tuhan yang layak disembah, maka dialah seorang Muslim. Sebab itulah, Nabi Adam AS serta para rasul dan nabi lain selepasnya, yang mengakui keesaan Tuhan, mereka juga adalah Muslim. Begitu jugalah orang yang mengikuti mereka. Sila rujuk artikel saya yang lepas: New Year: We Are Better
13. Antara konflik besar sebilangan manusia yang kuat menyokong perjuangan hak asasi manusia serta kebebasan individu dalam zaman moden sekarang ialah persoalan tentang kenapa kita perlu mengikut kehendak Tuhan, bukan kehendak diri sendiri.
14. Sebelum saya cuba jelaskan jawapan kepada persoalan ini melalui pendekatan agama, suka saya dahului dengan mengajak kita berbincang dari segi logik dan akal yang rasional. Saya ingin menyoal kita semua, adakah wujud di dunia ini, keputusan atau idea yang 100% datang daripada diri kita sendiri?
15. Hakikatnya tidak. Mustahil bagi manusia untuk mencipta apapun. Jika kapal terbang dicipta manusia, bahan-bahan untuk menciptanya itu adalah dari sumber bumi, milik dan ciptaan Allah. Manusia tidak sekali-kali mencipta, mereka hanya memanipulasi dan mengguna pakai ciptaan yang sedia ada!
16. Konsep sayap untuk terbang telah dahulu dicipta oleh Allah melalui makhluknya bernama burung dan haiwan yang lain.
14. Sebelum saya cuba jelaskan jawapan kepada persoalan ini melalui pendekatan agama, suka saya dahului dengan mengajak kita berbincang dari segi logik dan akal yang rasional. Saya ingin menyoal kita semua, adakah wujud di dunia ini, keputusan atau idea yang 100% datang daripada diri kita sendiri?
15. Hakikatnya tidak. Mustahil bagi manusia untuk mencipta apapun. Jika kapal terbang dicipta manusia, bahan-bahan untuk menciptanya itu adalah dari sumber bumi, milik dan ciptaan Allah. Manusia tidak sekali-kali mencipta, mereka hanya memanipulasi dan mengguna pakai ciptaan yang sedia ada!
16. Konsep sayap untuk terbang telah dahulu dicipta oleh Allah melalui makhluknya bernama burung dan haiwan yang lain.
17. Pendek kata, semuanya adalah inspirasi daripada alam. Dan paling istimewa, kebolehan belajar dari alam ini semua datangnya daripada aqal, bahkan aqal itu anugerah Allah SWT yang Maha Mencipta.
18. Satu fakta menarik. Jika hari ini, anda berpakat menaiki lif beramai-ramai dan semasa berada di dalam lif anda menghadap ke arah dinding dan bukan pintu lif, pasti orang seterusnya yang masuk lif akan melakukan perkara yang sama walaupun pada kebiasaannya mereka menghadap pintu lif!
19. Kenapa ya? Benar, manusia lazimnya membuat keputusan mengikut keputusan orang ramai! Dan ini ialah satu fakta yang diperakui oleh ahli dan pakar psikologi.
20. Situasi lif di atas dinamakan conformity test dan untuk makluman, conform merujuk kepada perbuatan mengikut atau mematuhi sesuatu. Begitu juga manusia, dalam banyak bentuk dan teknik conformity tests yang dibuat seperti elevator experiment di atas, individu cenderung untuk melakukan apa yang dilakukan orang ramai di sekelilingnya.
21. Perkara yang ingin saya jelaskan di sini ialah, adalah penipuan yang besar kepada diri kita sendiri jika kita fikir bahawa kita menentukan setiap keputusan yang kita buat dan bebas daripada pengaruh lain.
22. Persoalannya sekarang, adakah kita mahu (1) mengikut pengaruh keadaan sekeliling (trend), pengaruh rakan dan masyarakat (peer pressure) yakni pengaruh yang dicipta dan ciptaan, atau inginkah kita (2) mengikut hidayah dan panduan oleh Sang Pencipta?
23. Hanya orang yang tidak cerdik sahaja yang memilih jawapan yang pertama. Justeru, jadilah kita seorang Muslim dalam erti kata yang sebenarnya. Kita serahkan kepada Allah SWT sebagai penentu dan penetap apa yang baik atau buruk kepada kita. Inilah penyerahan diri yang rasional dan yang benar. Pilihlah yang mana satu, jalan kesesatan atau kebenaran. Itu sahaja formulanya.
"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta."
Surah Al-An'am (6:116)
24. Majoriti tak semestinya benar.
25. Sebagai penutup, ingin saya lengkapkan artikel ini dengan perkara berikut.
26. Sebenarnya kita mesti mula celik segera akan betapa banyaknya proses 'brainwashing' yang berlaku dalam dunia sekarang.
27. Kita diberitahu (terutamanya oleh golongan Atheist) bahawa agama dan Tuhan adalah ciptaan manusia semata-mata, dan kita kononnya telah cuba diprogramkan dan dipaksa agar mempercayai hikayat nenek moyang ini. Padahal hakikat sebenar adalah sebaliknya. Islam adalah agama dan cara hidup yang benar dan ia adalah fitrah. Menjauhi Islam itulah yang berlawanan dengan sifat semula jadi manusia.
28. Pendek kata, jika kita meragui kewujudan Tuhan, dan meragui kebenaran Islam, kitalah yang diprogramkan oleh musuh-musuh Islam. Sila rujuk potongan ayat Al-Quran di bawah dan boleh juga membaca artikel saya yang lepas bertajuk Betulkah Allah Wujud?
"Maka, hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam), sesuai dengan fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan kamu tidak mengetahui."
Surah Ar-Rum (30:30)
29. Alangkah pelik, bodoh dan sombongnya kita, jika kita sanggup dan berani ingkar perintah Allah sedangkan kita dahulunya hanyalah daripada setitis air mani yang tidak ada apa-apa makna pun di dunia ini. Tidak mahukah kita mengambil pelajaran dari hal ini?
30. Semoga tahun baru ini menjadikan kita terus lebih baik dari tahun-tahun yang telah lalu. Ameen.. ;-)
Wallahua'lam.
0 comments:
Post a Comment