RSS

Saturday, March 9, 2013

Hikmah Allah SWT


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


1. Ada satu kisah yang cukup menyentuh hati tentang seorang Sheikh.

2. Pada bulan Ramadhan, beliau banyak membaca Al-Quran pada malam hari.

3. Namun, beliau langsung tak membaca Al-Quran pada siang hari (ketika berpuasa).

4. Lalu orang pun bertanya kenapa.

5. Jawab Sheikh itu, apabila dia membaca Al-Quran, dia akan merasakan kemanisannya, lantas tak berasa lapar.

6. Sheikh itu tak mahu begitu. Beliau juga mahu merasa lapar seperti orang lain yang lapar berpuasa.

7. Maka Sheikh itu hanya melakukan amal kebajikan lain pada siang harinya.

8. Pernahkah kita merasakan kemanisan membaca Al-Quran?

9. Pastinya, kemanisan ini bukan dirasa melalui deria rasa yang tertanam di lidah.

10. Tetapi kemanisan itu nikmat besar melalui iman yang tertanam di hati.

11. Manusia sekarang sibuk dengan kerja. Yang belum bekerja sibuk belajar. Yang tak belajar mungkin sibuk bermain video games dan sebagainya.

12. Bayangkan jika Allah SWT tak menjadikan rasa lapar, nescaya akan matilah anak Adam akibat lupa bahawa dia perlu makan, kerana sibuk dengan kesibukannya.

13. Hikmahnya Allah kerana menjadikan rasa lapar.

14. Penderitaan orang yang lapar pula ujian buat mereka yang lapar ini.

15. Ia juga ujian buat orang yang kaya yang menyaksikan orang yang lapar. Adakah dia akan membantu si lapar?

16. Apabila perut diisi sehingga penuh, Allah penuh hikmah menjadikan juga rasa kenyang.

17. Bayangkan jika tidak Allah ciptakan rasa kenyang, nescaya akan matilah anak Adam kerana terlebih makan. Mungkin pecah perutnya. 

18. Bukankah perut tempat terisinya makanan itu letaknya di dalam badan? Tak terlihat?

19. Jika tidak Allah jadikan rasa kenyang, nescaya tak kita tahu bahawa perut itu sudah penuh terisi.

20. Yang lebih penting lagi, kalaulah kita boleh makan berterusan tanpa rasa kenyang, nescaya kita akan makan sahaja sehingga lupa bahawa Allahlah yang memberikan rasa kenyang dan kesedapan makanan itu.

21. Sesungguhnya setiap had yang Allah letakkan pada sesuatu ada hikmah dan pengajarannya.

22. Begitu juga tercipta rasa sakit.

23. Kalaulah kita dicipta tanpa deria sakit, nescaya kita tak takut api neraka.

24. Maka lebih ramailah ahli neraka kerana mereka melakukan perbuatan dosa apabila tak takutkan neraka, kerana tak faham apakah erti azab dan kesakitan.

25. Rahmatnya Allah memberikan kita rasa sakit supaya kita takut akan azab-Nya.

26. Dan besar lagi rahmat Allah SWT yang menyembuhkan kita daripada kesakitan sehingga kita dapat merasai nikmat penawar kurniaan Allah yang Maha Berkuasa.

27. Kita gundah gulana akibat kesakitan fizikal.

28. Moga kita tak lupa bahawa hati juga boleh dihinggapi penyakit. Bahkan lebih banyak, kronik dan kritikal.

29. Malah ia jauh lebih bahaya, kerana ia bukan dapat dilihat atau dirasa dengan mata kasar, atau deria yang lemah.

30. Dengan ilmu dan kasih sayang Allah, moga kita dapat mengenal pasti kesakitan hati lantas merawatnya.

31. Antara penyakit hati adalah rasa iri hati yang tak bertempat, sombong, angkuh dan bongkak serta banyak lagi.

32. Moga Allah selamatkan kita daripada semuanya itu.

33. Akhir sekali, setiap orang di sekeliling kita bolah menjadi satu bentuk ujian kepada kita.

34. Wanita yang berpakaian tak cukup kain menjadi ujian buat setiap lelaki yang memandang.

35. Lelaki yang kaya dan pandai bermain kata-kata menjadi ujian buat wanita yang cepat tergoda.

36. Seorang guru teruji dengan karenah anak-anak muridnya yang pelbagai.

37. Isteri menjadi ujian buat suami dan suami menjadi ujian buat isteri.

38. Tanpa kita sedari bukanlah hanya orang sekeliling yang menjadi ujian buat kita.

39. Padahal dalam sedar atau tak sedar, kita juga menjadi ujian buat orang lain.

Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt.

0 comments:

Post a Comment

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq