Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
1. Kita umat Islam dibekalkan senjata.
2. Tapi kita bukan terrorist. Senjata kita ialah doa.
Surah Ali-'Imran: Potongan ayat 173 |
3. Kerana doa itu tanda kebergantungan kita pada Allah SWT. Cukuplah hanya Allah sebagai pelindung kita. Cukup cukup sudah... cukup hanyalah Allah saja..... *nyanyi sikit boleh?*
4. Bila sebut tentang terrorist apa yang cukup menarik ialah kaitannya dengan perkataan jihad.
5. Orang yang tak faham (termasuk orang Islam), bila sebut jihad, terus ingat bom, berani mati, perang, bunuh orang dan lain-lain.
6. Padahal orang yang berjihadlah orang yang paling aman (peaceful).
7. Kerana jihad daripada perkataan Arab, jahada, membawa maksud bersungguh-sungguh dan berusaha keras (to strive or struggle).
8. Maka sesiapa yang bersungguh-sungguh (berjihad) dalam mempertahankan kesabaran dan melawan nafsu marahnya, dialah orang yang akan dulu sekali mengelak daripada menzalimi orang lain, baik bergaduh, berperang, mahupun mengambil nyawa orang lain (membunuh).
9. Dengan kata lain, kalau betul-betul difahami istilah jihad, orang bukan Islam bukan akan takut pada perkataan itu, malah mereka yang akan menyeru umat Islam agar berjihad!
10. Penting: Kita tak boleh nafikan bahawa berjuang di medan perang itu salah satu bentuk jihad yang diiktiraf oleh Islam (bukan fokus artikel ini). Maka, penjelasan saya di atas bukan berniat untuk menyempitkan pemahaman kita pada istilah jihad.
11. Baik. Kita sambung. Kita sembang.
12. Kita tak berdoa hanya selepas solat dan dengan menadah tangan ke langit.
13. Bahkan nama orang yang kita panggil pun satu doa. Begitu juga nama kita. Ia satu doa insya Allah.
P/S: Nama saya Asyraf ;-)
14. Moga segala yang baik keluar daripada mulut kita diaminkan oleh para malaikat.
15. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha mengabulkan doa.
16. Lihat bagaimana Nabi SAW sentiasa mendoakan sahabat.
17. Contohnya, Anas bin Malik RA.
18. Nabi SAW mendoakan rezeki dan anak-anak yang banyak kepadanya serta keberkatan bagi kedua-duanya.
19. Berkat doa Nabi SAW, harta Anas bin Malik cukup banyak dan Allah SWT telah mengurniakannya lebih 100 orang anak masha Allah!
20. Adab kita terhadap para Rasul pun disulam dengan doa. Bukankah kita berselawat jika kita menyebut nama Muhammad bin Abdullah kekasih Allah?
21. Allahumma solli wa sallim 'ala sayyidina habibina Muhammad..
22. Begitu juga yang lain. Adam AS. Idris AS. Ibrahim AS. Musa AS. Isa AS.
23. AS bukan Amerika Syarikat. AS di sini maksudnya 'Alaihis Salam (kudoakan baginya keselamatan). Kita mendoakan para nabi yang terdahulu. Tidak lupa para sahabat Nabi (radhiallahu anhum- moga Allah meredhai mereka) dan juga para ulamak (rahimahumullah- moga Allah merahmati mereka).
24. Malah bila berterima kasih pun kita berdoa.
25. Jazakumullahu khairan kaseera. Erti ucapan terima kasih ini ialah semoga Allah membalas kepadamu dengan ganjaran (kebaikan) yang sebanyak-banyaknya.
26. Masha Allah. Kalau kita berterima kasih, berapa banyaklah sangat kasih kita yang hanya diungkapkan dengan kata-kata itu.
27. Namun berterima kasih dengan MENDOAKAN ganjaran daripada Allah SWT adalah satu hadiah yang cukup berharga. Kerana perbendaharaan Allah tiada had dan tak putus-putus!
28. Doa lain yang saya nak sentuh ialah amalan memberi salam. Sedar tak kita bahawa ia satu doa?
29. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
30. Ertinya: (Ku doakan) keselamatan dan kesejahteraan bagimu, serta rahmat Allah dan keberkatan-Nya.
31. Bahkan dalam syurga nanti, kita akan sentiasa mendengar ucapan salam ini. Malah daripada Allah SWT. Subhanallah!
33. Sebagai penutup, izinkan saya sentuh isu yang meletup.
34. Politik dan kesatuan umat Islam.
35. Pilihan Raya kian hampir. Saya nak bertanding. Eh tak. Saya nak bersanding. Eh, pun tak. Saya nak membanding. Ok kali ni betul.
36. Nak banding apa?
37. Doa kita. Perhatikanlah. Jika kita ada sifat ikhlas, insya Allah lain cara kita berfikir tentang orang lain.
38. Kenapa kita fikir kita saja yang betul?
39. Saya tak mahu berhujah panjang. Cuma satu saja pinta saya.
40. Kalau parti politik, memang dah biasa sangat tu. Tapi saya nak bercakap tentang persatuan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) lain. Terutamanya yang berjuang atas nama Islam.
41. Pelajar dan siswa selalunya memang aktif berpersatuan.
42. Ingatlah. Islam menggalakkan berlumba-lumba membuat kebaikan.
43. Tetapi bukan berlumba-lumba menafikan kebaikan orang.
44. Kalau persatuan yang kita sertai hari ni, ada sikap seolah-olah itulah persatuan yang terbaik, sekaligus memasukkan perasaan negatif terhadap persatuan yang lain, tinggalkanlah persatuan itu. Seriously.
45. Kalau tak mahu, janganlah terikut-ikut.
46. Kita semua, ada kelemahan. Tapi kita semua ada peranan.
47. Mainkan peranan itu. Iktiraf sumbangan orang lain.
48. Dan saya harap tiada sangka buruk terhadap saya.
49. Demi Allah, saya bukan tujukan kepada mana-mana persatuan secara tunggal.
50. Cuma saya perhatikan, seolah-olah ia ada di mana-mana. Membunuh semangat kesatuan.
51. Dari dalam. Menusuk tajam. Kejam.
52. Ingatlah akan pesan Allah SWT melalui kisah iblis yang kafir akibat sifat bongkak dan besar kepala.
53. Kata iblis (ketika diminta sujud hormat Nabi Adam AS), "Aku lebih baik daripadanya. Engkau (Allah) ciptakan aku daripada api, dia daripada tanah." Surah Al-A'raf, ayat 12.
54. Suka saya tamatkan celoteh kali ini dengan mengambil satu ayat Al-Quran (malah ini satu doa) yang cukup bermakna untuk kita renungi dan amalkan bersama-sama insya Allah.
"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu."
(Surah Hasyr, ayat 10)
55. Berdoalah. Insya Allah kita akan sentiasa didoakan.
Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt.
0 comments:
Post a Comment