RSS

Wednesday, February 27, 2013

Biar Cherdik


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Pilihan raya kian hampir.

2. Antara yang rancak sekarang ialah kempen demi kempen.

3. Maka banyaklah fakta dan auta yang keluar.


4. Saya ingin mengajak agar kita lebih cerdik dalam beberapa perkara penting tentang statistik yang dikeluarkan.

5. Jangan biarkan diri kita ditipu begitu mudah.

6. Pertama, terdapat istilah seperti relative number dan absolute number.

7. Contoh relative number ialah dalam bentuk peratusan. Contohnya 50%.

8. Contoh absolute number pula ialah seperti 50.

9. Apa bezanya? 

10. Contoh mudah. Katakan saya kata saya ada RM50. 

11. Kawan saya namanya Ally pulak katanya ada 50% daripada duit saya.

12. Walaupun angkanya adalah sama (angka 5 dan 0) dalam RM50 dan 50%, namun maksudnya berbeza.

13. Kalau kita tukarkan dua-dua tadi dalam bentuk absolute number, saya ada RM50 dan Ally pulak hanya ada 50% daripada RM50 yakni RM25.

14. Maka, saya lebih banyak duit daripada Ally. 50% hanya relative number sahaja.

15. Demikian pula katakan saya kata Ally hanya ada 1% daripada kekayaan ayahnya.

16. Dan ayahnya ada RM1 juta.

17. Maka 1% dan RM50 memang nampak macam RM50 lebih besar. Tapi 1% daripada RM 1 juta ditukarkan dalam bentuk absolute number ialah RM 10 000!

18. Justeru, saya mintak kita jangan tertipu dengan angka melainkan kita betul-betul faham maksudnya.

19. Ada satu lagi contoh (yang lebih kompleks tetapi penting) saya nak kongsikan, kemudian saya tutup artikel ni.

20. Dari segi statistik.

21. Katakan hari ini saya kata pada tahun 2013, terdapat 50% pelajar UiTM lulus ujian.

22. Dan saya bandingkan dengan tahun 2012, yang hanya terdapat 10% yang lulus ujian.

23. Bayangkan pada tahun 2012 dan 2013, terdapat jumlah pelajar UiTM seramai 100 orang.

24. Sepintas lalu, kita akan kata, tahun 2013 menunjukkan ada peningkatan yang jauh lebih baik (daripada 10% kepada 50% peratus pelajar lulus).

25. Tapi hati-hati, kita mungkin tertipu. Caranya adalah untuk memahami dahulu apa kriteria untuk lulus.

26. Katakan pada tahun 2013, markah untuk lulus ialah 50 markah.

27. Dan pada tahun itu, seramai 50 orang mendapat 50 markah atau lebih, maka secara automatik ada 50 orang (yakni 50%)  yang lulus.

28. Tapi pada tahun sebelumnya, markah lulus ialah 70 markah (kriteria berbeza).

29. Bayangkan kalau 90 orang pada tahun 2012 mendapat markah 60 dan selebihnya (10 orang) mendapat 70 markah ke atas.

30. Maka hanya sepuluh orang (10%) sahaja yang dikira lulus pada tahun 2012, sedangkan 90% yang lain dikira gagal kerana mendapat kurang daripada 70 markah.

31. Padahal, 90 orang yang lain semuanya mendapat markah 60 dan sepatutnya dikira sebagai pelajar yang lulus jika kriteria tahun 2013 (50 markah sudah lulus) diambil kira.

32. Dengan kata lain, jika kita membuat perbandingan yang adil (apple to apple) maka kita akan dapati bahawa menggunakan kriteria 50 markah sebagai markah lulus, walaupun 50% pelajar lulus pada tahun 2013, sebenarnya tahun sebelumnya (2012), SEMUA PELAJAR LULUS!

33. Ringkasnya, fakta sekarang sudah jadi terbalik. Tadi kita ingat tahun 2013 menunjukkan peningkatan. Tetapi realiti sebenar adalah sebaliknya.

34. Demikianlah antara beberapa perkara berkaitan angka yang saya rasa orang awam perlu fahami agar tak tertipu.


35. Walaupun contoh yang saya bagi hanyalah dalam bentuk teori, tetapi realitinya ia berlaku dan menjadi alat mudah untuk menipu orang yang tak berilmu.

36. Contoh paling mudah adalah jika kita ambil pertumbuhan ekonomi negara.

37. Katakan hari ini pertumbuhan ekonomi Singapura ialah 1% dan kita pula 5%.

38. Kita mungkin dengan mudahnya menganggap kita lebih baik daripada Singapura.

39. Tapi tak semestinya.

40. Kenapa? Ya, kerana angka itu ialah relative number.  Dan seperti yang disebutkan dalam contoh teori di atas, kita kena ambil kira bagaimana angka ini didatangkan.

41. Misalnya, pertumbuhan ekonomi jika dikira berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara (Perhatian: Ini contoh sahaja).

42. Jika KDNK negara kita ialah RM100 billion dan KDNK negara Singapura pula ialah (dalam matawang Malaysia) RM 700 billion, maka 1% daripada RM700 billion lebih baik berbanding 5% daripada RM100 billion!

43. Dengan kata lain, dalam bentuk absolute number, pertumbuhan ekonomi negara kita hanya RM 5 billion (5% KDNK) berbanding negara Singapura iaitu sejumlah RM 7 billion (1% KDNK).

44. Ini belum lagi diperincikan lebih lanjut lagi, contohnya dengan mengambil kira bilangan penduduk negara. Kerana pastinya apabila lebih ramai penduduk, sepatutnya pertumbuhan ekonomi dan pendapatan negara lebih besar.

45. Oleh itu, dengan logik mudah, kita memerlukan pertumbuhan ekonomi yang lebih besar untuk menampung bilangan rakyat yang lebih ramai berbanding Singapura.

46. Dengan kata lain, berhati-hatilah dengan angka. Jangan sampai cempedak menjadi nangka. Kelak menyesal penuh duka. 

47. Sebagai penutup, suka saya kaitkan sikit dengan Al-Quran. Dalam Al-Quran itu, bukan sekadar huruf yang kita lihat dan baca.

48. Di dalamnya mengandungi maksud yang mendalam lebih dalam daripada lautan terdalam.

49. Dan wujudnya ia anugerah terbesar buat seluruh alam, baik siang mahupun malam, mana mungkin tak rasa tergamam. Saya akhiri dengan Allahuaklam.

Wassalamualaikum wbt.

Takbir!!

0 comments:

Post a Comment

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq