RSS

Friday, September 14, 2012

Blog Baru


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Blog baru: Islam Pilihan
1.  Saya merancang untuk melancarkan projek ke-3 sebagai kemuncak kepada aktiviti peribadi bulan Ramadhan yang lalu (yakni kedatangan Syawal) selepas poster Ramadhan (projek 1) dan BURAK (projek 2).

2. Namun, apakan daya, saya tak sempat. 

3. Sekarang memandangkan Syawal hampir berlabuh, saya ambik keputusan untuk umumkan sahaja projek jangka masa panjang ini walaupun mungkin hanya baru 70% siap.

4. Projek ini adalah untuk menulis artikel-artikel menggunakan 100% Bahasa Melayu berkaitan isu-isu dan ilmu Islam yang ringkas dan bersahaja buat orang awam seperti saya.

5. Ia akan banyak menumpukan kepada dua perkara seperti berikut:

a) Kecantikan dan keindahan Islam
b) Perbandingan agama (comparative religion)

6. Buat masa sekarang, hanya 3 artikel sahaja yang sudah berjaya disiapkan alhamdulillah. 

Sembelih dan Makan Binatang Korban: Kejam?
Konsep Triniti Dalam Quran?
Benarkah Allah Wujud?

7. Akhir sekali, saya mohon rakan-rakan sebarkan dan turut serta dalam satu program terbesar tahun ini buat kita umat Islam dalam dakwah. Sila rujuk poster di bawah.


8. Untuk mendaftar, sila ke pautan ini. Ia free sahaja. Maka free kanlah juga diri untuk hadir ya?

9. Sekian sahaja untuk kali ini. Untuk melawat blog saya yang terbaru itu, boleh klik di bawah. Terima kasih.

Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt.

P/S: Blog baru tersebut bukan sebagai ganti, tetapi tambahan kepada blog sedia ada. Ia lebih objektif, dan tiada artikel Bahasa Inggeris. Pun begitu, semua artikel di sana akan juga disiarkan di blog yang lama ini. ;-)

0 comments:

Post a Comment

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq