RSS

Friday, March 16, 2012

Menjauhi 3T


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Perhatian: 

Saya telah menulis artikel ini pada bulan Mac tahun lepas, 2012. Memandangkan ramai juga yang berkunjung ke blog saya dan membaca artikel ini, sekali lagi saya mohon memberi beberapa penjelasan.

1. Saya tak berniat memburukkan mana-mana individu dalam artikel ini. Sebab itu tak ada nama yang disebut atau yang saya kaitkan dengan Wahabi.

2. Jika anda tak bersetuju dengan ciri-ciri Wahabi di bawah, maka anggaplah ia bukan ciri-ciri Wahabi tetapi elakkanlah akhlak yang buruk itu tanpa perlu meletakkan nama atau label padanya.

3. Saya mohon maaf jika mengguriskan hati mana-mana pihak dan doa saya adalah kita saling mendoakan dan berakhlak mulia dalam berbeza pendapat.

-Ibnu Hanaffi, 6 Februari 2013, 9.15pm

1. Sudah lama saya mencari jawapan yang pasti kepada persoalan tentang apa dan siapakah Wahhabi serta kenapa mereka cukup dibenci dan hangat diperkatakan di tanah air negara kita Malaysia tercinta (serta seluruh dunia sebenarnya).

2. Sebagai orang awam yang bukan dari latar belakang pendidikan yang aliran utamanya ialah agama (tetapi aliran Sains tulen), telah sekian lama saya berpegang kepada dua prinsip berikut dalam mendepani hal berkaitan Wahhabi.

a) Sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar menjaga dan memelihara diri ini daripada pengaruh fahaman agama yang lari daripada pegangan sebenar Ahli Sunnah wal Jamaah. Malah saya percaya, ayat 6 dalam Surah Al-Fatihah yang kita baca 17 kali dalam 17 rakaat setiap hari adalah doa yang cukup baik untuk minta agar kekal dalam hidayah yang benar lagi sahih.

b) Saya cuba mengelak semampu yang mungkin daripada mudah menggelar atau mengisytihar bahawa si polan bin si polan ialah Wahhabi, apatah lagi mengkafirkan mereka. Saya zahirkan prinsip yang saya pegang ini dalam satu artikel Bahasa Inggeris yang dikarang satu masa dulu bertajuk Adabi Vs Wahabi.

Laman dakwah fb saya pun berinspirasikan ayat 6 Surah Al-Fatihah.
Silalah singgah ke IH.DE.NA ;-)
3. Namun dengan izin serta kasih-Nya Allah SWT, saya dilahirkan dalam sebuah keluarga yang walaupun sederhana pada harta dan ilmu agama tapi ibu bapa saya adalah orang kampung yang amat menekankan soal agama dalam kehidupan (moga Allah SWT menghadiahkan mereka syurga Firdaus dan menjadikan saya salah seorang anak soleh yang sentiasa mendoakan mereka ameen).

4. Sekurang-kurangnya saya dibesarkan dalam suasana yang relatifnya masih kaya dengan nilai keagamaan serta ketimuran, lebih-lebih lagi di negeri Terengganu. Alhamdulillah, Maha Suci Allah yang Maha Mencipta.

5. Berbalik kepada topik asal, yakni Wahhabi, saya bukanlah orang yang paling layak dan ini bukanlah medium yang paling baik untuk berhujah secara ilmiah mengenainya. 

6. Namun untuk manfaat semua terutamanya orang awam seperti saya yang mahu turut bersama dengan agamawan dan golongan yang mencintai agama, izinkanlah saya untuk mendedahkan sedikit sebanyak ciri-ciri aliran fahaman Wahhabi ini, buat sedikit panduan dan rujukan awal kita.

7. Adapun perbincangan lanjut serta lebih mendalam bukanlah di sini tempatnya, dan bukanlah saya orang yang layak ditanya mengenainya.

8. Perbincangan tentang asal-usul serta sejarah Wahhabi terlalu panjang dan tak relevan buat masa ini, maka yang akan saya 'dedahkan' hanyalah lebih kepada ciri-ciri mereka serta apa implikasi kehadiran mereka dalam masyarakat Islam kontemporari.

Ciri-ciri dan amalan golongan Wahhabi

9. Baik, berdasarkan satu penerangan oleh Ustaz Abu Syafiq di sini, secara mudahnya golongan Wahhabi ini boleh difahami dengan 3T, yang beliau sifatkan sebagai 'Trinity'.

10. T yang pertama ialah Takfiri. Maknanya ialah, golongan Wahhabi ini cukup suka mengkafirkan orang Islam yang lain. Lebih tepat lagi, mengkafirkan ulamak-ulamak besar Islam yang terkemuka dan mulia!

11. Dalam pada kita mengakui kewujudan dan kelemahan seorang manusia walaupun mereka seorang ulamak besar, namun tidaklah bererti kita boleh mencerca mereka, apatah lagi menghukum kafir terhadap mereka.

12. Jika mereka kafir, maka apa akan jadi pada kita orang awam yang merujuk ulamak-ulamak besar ini? Malah, jika ulamak pun sanggup dikafirkan, apatah lagi kita orang awam yang lekeh lagi faqir dalam agama. Moga Allah SWT lindungi kita semua ameen.

13. T yang kedua ialah Tashbihi.  Maknanya, mereka menyamakan Allah SWT dengan makhluk.  Dikatakan bahawa Allah SWT mempunyai anggota seperti kaki dan tangan dan lain-lain. Na'uzubillah, Maha Suci Allah daripada hal yang demikian, sama-samalah kita elakkan. 

14. T yang terakhir ialah Tabdi'i. Maknanya, mereka membid'ahkan banyak amalan dalam masyarakat sehingga kepada tahap menghukumkannya haram, maka mereka jatuhkan pula hukuman tehadap pelakunya api neraka.

15. Demikianlah sedikit sebanyak tentang Wahhabi yang bukan sahaja penting untuk kita tahu supaya dapat mengenali siapa mereka, malah lebih penting lagi adalah supaya kita tak menjadi sebahagian daripada mereka!

16. Sekadar tambahan, golongan Wahhabi juga sangat suka membincangkan hal-hal (furu') atau cabang dalam agama yang mempunyai khilaf atau perbezaan pendapat dalam kalangan ulamak. Mereka juga suka berbincang tentang ayat-ayat mutasyabihat di dalam Al-Quran. Ayat mutasyabihat merujuk kepada ayat yang tidak jelas maksudnya. Lawannya ialah ayat Muhkamat yakni ayat yang jelas dan terang maksudnya.

17. Golongan ini juga menyatakan bahawa kita umat Islam perlu merujuk terus (directly) kepada Quran dan Sunnah, bukannya taksub kepada mana-mana imam mazhab atau merujuk kepada imam-imam ini. Maka, mereka mempunyai masalah dengan kehidupan bermazhab yang diamalkan oleh orang kebanyakan dalam masyarakat negara kita contohnya.

18. Penyataan sebegini walaupun nampak seperti benar (yakni memang Quran dan sunnah yang kita rujuk, bukannya alim ulama yang sekadar manusia biasa), namun terdapat kebatilan yang besar padanya.

19. Yakni, persoalannya ialah, bagaimana kita ingin memahami Al-Quran dan sunnah tanpa merujuk kepada 'alim ulamak padahal merekalah yang lebih memahami Al-Quran dan sunnah? Yang lucunya, golongan Wahhabi sendiri pun mempunyai 'ulamak mereka sendiri, maka mereka pun sebenarnya bukanlah terus merujuk kepada Quran dan sunnah!

20. Dengan kata lain, kita perlu merujuk kepada yang lebih tahu, bukannya taksub, tetapi mengakui kepakaran mereka dalam bidang agama serta kelebihan yang Allah SWT telah berikan kepada mereka alhamdulillah.

21. Suka saya sebut satu contoh yang dikisahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramahnya bahawa berlaku satu peristiwa di negara Arab, Mekah tak silap saya.

22. Jemaah Malaysia diterajang ketika membaca doa qunut dalam Solat Subuh kerana yang menerajang itu baginya membaca doa qunut itu bid'aah dan haram! Na'uzubillah, moga kita dijauhi daripada sifat ekstrem agama seperti ini.

23. Padahal persoalan seperti membaca doa qunut ini adalah persoalan khilaf ulamak dan telah pun sebenarnya diselesaikan beberapa ratus tahun yang sudah.

24. Yakni, pada Imam Syafi'i RH, sunat membaca doa qunut. Maka jika kita tak baca, solat masih sah. Tidak perlulah mengkafirkan atau menghukum salah terhadap orang yang berlainan pendapat (mengikut mazhabnya) dalam hal-hal cabang, bukannya hal pokok.

25. Kita harus faham, bahawa semua imam yang 4 setuju bahawa solat fardhu itu 5 waktu semuanya. Ini adalah contoh persoalan pokok, dan ia mempunyai dalil serta nas yang jelas daripada Al-Quran dan hadis, maka sebab itu tidak timbul lagi perbahasan mengenainya.

26. Adapun dalam hal cabang, masing-masing ada hujah mereka dalam memberikan hukum, seperti dalam hal feqah. Maka kita sebagai orang awam mestilah faham dan meraikan perbezaan pendapat, kerana mereka yang 'alim inipun meraikan perbezaan pendapat sesama sendiri, apatah lagi sepatutnya kita!

Implikasi kepada masyarakat

27. Kesan buruk yang terbesar ialah perpecahan dalam masyarakat. Orang kafir cukup suka melihat kita berbalah. Maka marilah sama-sama kita hentikan. Jauhilah taksub pada mana-mana imam atau pandangan tetapi dalam masa yang sama jangan ambil mudah soal pegangan agama yang benar.

28. Sesungguhnya amatlah perlu bagi orang awam seperti kita hidup bermazhab agar kita yang lemah dan cetek ilmu ini dipandu dengan panduan yang benar. Insya Allah, mudah-mudahan begitulah keadaannya.

29. Sebagai penutup, ingin saya kongsikan satu doa yang cukup baik untuk kita hafal, fahami dan amalkan. Doa ini untuk meminta daripada Allah SWT agar kita kekal dalam hidayah, sebagaimana yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW yang tercinta. (Kredit: Akhi Ikhwan Ahmad Zaki)


30. Demikianlah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan pada kali ini. Mudah-mudahan bermanfaat, dan maafkan saya jika ada kesilapan di mana-mana. Saya alu-alukan sebarang pembetulan, harapnya dengan penuh beradab dan sopan.

Terima kasih. Allahuaklam. Wassalam wbt..

Sedikit pembacaan yang berkaitan

19 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Jzk atas tulisan article yang atas. Bagaimana pun, saya harus katakan bahawa majoriti poin tentang Wahabi yang ditulis anda adalah salah sama sekali dan ianya amat menyedihkan kerana walaupun saya bukanlah seorang Wahabi, tetapi saya punyai ramai kenalan Wahabi dan ciri watak mereka adalah tidak sama sekali seperti yang ditulis di atas.

Moga rujuk kembali.

Amirul Asyraf said...

Waalaikumussalam wbt.

Sahabatku yang dihormati,

1. Saya merujuk kepada penerangan yang diberikan oleh yang pakar dalam bidang aqidah dan saya yakin beliau boleh dipercayai (tentang ciri-ciri Wahhabi).

2. Jika kenalan anda tak mempunyai ciri-ciri seperti di atas, pada saya mungkin ada 2 kemungkinan.

Pertama, mungkin mereka bukan Wahhabi, maka mengapa mengaku diri sebagai Wahhabi jika tak ada ciri-ciri Wahhabi?

Kedua, berdasarkan apa yang saya maklum, orang Wahhabi pandai juga bertaqiyyah yakni menyembunyikan sifat mereka yang sebenar. Maka saya tak hairan sebenarnya jika ada yang berfahaman Wahhabi tetapi sikapnya baik dan sebagainya.

3. Tentang contoh seperti menerajang di atas, ia hanyalah salah satu contoh sahaja. Mungkin tak semua Wahhabi begitu.

4. Namun, saya agak tertanya-tanya, biasanya yang dituduh Wahhabi pun marah dan tak mahu mengaku Wahhabi.

5. Adakah kenalan anda terang-terangan mengaku mereka Wahhabi? Agak sukar untuk diterima akal saya, maka saya mohon penjelasan ;-)

Allahuaklam..

Terima kasih.. =)

Unknown said...

Salam,

Ia hanya label yang digembar-gemburkan dan dimahsyurkan. Walhal yang didengar itu mungkin sekadar dari sumber ketiga atau keempat atau seterusnya, dan barangkali ia juga tak lebih dari sangkaan sahaja.

mungkinkah saudara belum terbaca tentang hadith di bawah ini?

Berhati-hatilah kalian terhadap buruk sangka, karena buruk sangka adalah perkataan yang paling dusta. [HR. Bukhari]

inikah laman ustaz abu syafiq?
http://www.abu-syafiq.blogspot.com/
p/s: apa yang saya tahu bukan beliau yang moderate laman ini- mungkinnya anak muridnya. Allahua'lam.

Saya juga amat kurang suka dengan istilah ini. Ramai ustaz yang saya pelajari dari mereka dituduh dengan gelaran ini-

Jangan disalahkan si'wahabi' sahaja jika umat berpecah belah. Waktu ini kefahaman dalam adab dalam perbezaan pendapat masih lagi belum menular dikalangan masyarakat... bawakan kalam dari mazhab hanafi, hambali dan maliki, apakah masyarakat semuanya sudah senang dengan tajdid ini?

Maaf jika saya terkasar dalam bahasa.

Allahua'lam.

Amirul Asyraf said...

Waalaikumussalam wbt,

Sahabatku eimihar yang dikasihi lagi dihormati,

1. Jangan risau. Pada saya, anda tak terkasar bahasa. Saya amat menghargai pandangan anda dan izinkan saya memberi sedikit respon.

2. Pertama, saya harap anda ada merujuk artikel saya yang lepas yakni Wahabi Vs Adabi yang sudah saya sebut dalam artikel ini beserta linknya, kerana isi kandungannya adalah selari dengan hadis yang anda kongsikan di atas.

3. Jika anda perhatikan, saya tak menyebut mana-mana nama di dalam artikel ini. Saya sekadar menerangkan tentang ciri-ciri Wahabi. Kalaupun itu bukan ciri Wahabi, ciri-ciri itu masih juga kekal sebagai ciri-ciri yang harus dielakkan, maka saya ingin mengajak kita sama-sama mengelak ciri-ciri yang dinyatakan, itu lebih penting.

4. Jujurnya, saya juga merujuk dan mengenali ramai tok guru dan ustaz yang digelar orang sebagai Wahabi, tetapi pada saya biarlah gelaran itu disebut orang yang tak bertanggungjawab, kita menyayangi ustaz dan tok guru kita kerana kita tahu dia bukan Wahabi, bukannya kerana tak mengapa mereka Wahabi.

5. Kesimpulannya, saya rasa anda bersetuju bahawa kita sealiran dan sependapat. Tidaklah saya bersangka buruk kepada sesiapa, melainkan saya menyebut sahaja apa sifat-sifat yang buruk.

6. Taklah juga saya mengajak kita menuduh mana-mana orang dengan label Wahabi, melainkan jika terlebih dahulu ada bukti yang sahih dan asli, kerana dalam dunia ini, kejahatan dan kesesatan itu wujud, maka perlu diperkenalkan, agar boleh dijauhi dan dielakkan.

7. Saya mohon maaf jika artikel saya mengguris hati anda dan mana-mana pembaca, tetapi sekali lagi, saya rasa penilaian yang adil dan terbuka akan memahami maksud ikhlas di sebalik penulisan ini.

Moga Allah satukan kita dalam kalangan orang-orang yang beriman, ameen! ;-)

Terima kasih sahabatku, wassalam wbt..

Unknown said...

Ameen... Jazakallahu khairan, dengan respons saudara.

afwan.

waalaikumsalam..

Anonymous said...

Kasihan betul penulis blog ni... Kalau ilmu tak ada jgn membuta ambil pendangan seseorg yg mempunyai title "ustaz"... tak semua ustaz tu ustaz..
Nasihat saya belajarlah dari guru2 yg murshid dan adil.
saya bukan wahabi... tapi ingat kalau wahabi tak ada di Saudi, entah apa yg terjd kat rumah Allah kaabah.
Awak tak layak condemn wahabi, fakta di atas tak betul..,

jgn berbangga dgn diri dan keluarga tentang agama keluarga anda kemudian senang2 nak buat fitnah kat wahabi..

buanglah sifat ujub, summah, takabbur..

wallahua'lam

Amirul Asyraf said...

Assalamualaikum wbt.

Terima kasih saudara/ri yang memberi maklum balas.

Beginilah, saya mohon para pembaca mengambil mana yang buruk dari sifat-sifat yang disebut di atas sebagai pengajaran dan sikap yang kita sama-sama jauhi, sama ada ia sifat Wahabi mahupun bukan.

Saya menarik balik semua penyataan saya di atas yang mungkin disalah fahami oleh para pembaca sekalian.

Saya tak berminat untuk mengajar membenci.

Semoga Allah SWT melindungi kita daripada perpecahan sesama umat Islam.

Mohon doakan saya dan keluarga. Saya cuma lontarkan rasa syukur dengan keadaan keluarga yang tak seberapa. Semoga Allah membantu saya dan pembaca semua supaya terlindung daripada sifat ujub summah dan takabbur yang disebut di atas.

Ameen ya rabbal alamin. Allahul musta'an.

not now said...

salam,

posting yg sangat bermanfaat dan berguna. semoga saudara terus menulis dan berkarya demi manfaat umat Islam bersama.

namun saya harus nyatakan bahawa sy agak kurang setuju dengan pandangan tuan. pada saya, wahabi adalah gelaran yg diberi kpd golongan salaf atau salafi yg dengan tegas menolak bidaah, menganjurkan manusia kembali kepada sunnah Rasullah dan menjadikan para sahabat sbg panduan. sekaligus menjadikan Islam bersih dari amalan2 menyimpang yg kita rasa betul. izinkan saya menjawab 3T yg tuan nyatakan sekadar pengetahuan terbatas saya yg amat cetek ini.

Takfiri-kalau tak silap saya, golongan yg suka mengkafirkan org ini sebenarnya sudah wujud sejak dari zaman khulafa'al rasyideen lagi. ianya dipanggil khawarij. mereka tegas dengan keterlaluan terhadap mereka yg berbeza pandangan dari mereka (sampai membunuh-spt khalifah Ali KWJ yg dibunuh)namun satu sifat positif dari golongan ini ialah mereka sangat takut berdusta.

yg kedua ialah tashbihi. yakni menyamakan sifat Allah dengan makhluk. ulamak salaf cenderung utk tidak mentakwil ayat2 dan hadis berkaitan sifat Allah seperti tangan, wajah dan perbuatan Allah. ulamak salaf sepakat bahawa sifat Allah tidak boleh dipertikai, ditakwil atau dibayangkan kerana Allah sifatnya tidak sama dengan makhluk. patutkah kita menyamakan muka kita dan muka pintu? maka janganlah kita memfitnah ulamak salaf yg menyatakan sifat Allah itu ialah sifat Allah yang sewajar bagi Dia. tidak ditakwil atau dipertikai lagi.

yg ketiga ialah tabdií. sepatutnya kita sebagai yang mendakwa ahlu sunnah wal jamaah dengan berpegang kpd saranan 4 imam dalam beramal, menyokong tindakan golongan salaf dalam memerangi amalan bidaah. mereka mendakwa apa salahnya kita membaca 3 kali yassin pada malam nisfu syaaban, atau baca yaassin pada malam jumaat, atau bertahlil dan membuat majlis barzanji - cukur kepala bayi sambil berselawat. jawapan mudahnya ialah ulamak salaf berpendapat, ini semua bukan ibadah yang pernah dilakukan Rasullah SAW dan sahabat berdasarkan riwayat hadis sahih berserta sanadnya. itu saja. maka pendapat ustaz2 yg menyatakan nabi tak buat tapi tak larang, memang la nabi tak larang sebab takdak siapa pun yg buat di zamannya. mengadakan perkara baru dalam beribadah hukumnya berdosa. malahan dalam kitab2 tulisan imam As-Syafie Rhm, juga tidak diajar amalan2 sedemikian malah melarang dengan jelas. contohnya dalam kitab yg ditulis oleh Syeikh Daud Al_fatani (ulamak yg terkenal mempromosi mazhab As-Syafie), dengan jelas menyatakan "ada pun mengadakan makan atau memanggil akan ia orang ramai atau pergi kepadanya (memenuhi undangan)samada ketika mayat ada atau sudah dikebumi, maka hukum haram lagi bidaah".

jadi beranikah saudara kata Syeikh Daud wahabi?jangan lah saudara terpengaruh oleh propaganda syiah dan yg menyokong aliran nya dengan menuduh Muhammad Abd Wahab sebagai pembawa ajaran wahabi. beliau hanya berjuang mengajak manusia kembali kepada Sunnah dan menghapuskan segala amalan sufi sesat di zamannya di jazirah arab yg ketika itu sangat terkenal dengan pemujaan kubur serta pelbagai amalan bidaah yg sgt menyimpang. beliau tidak membawak ajaran baru. cari buku sejarah yg banyak di terjemah ke bahasa ingeris dan melayu tentang Muhamad Abd Wahab dan kenapa beliau sgt dibenci oleh Syiah dan para ahli sufi. Wallahualam.

Amirul Asyraf said...

Waalaikumussalam wbt.

Jazakallahu/Jazakillahu khairan kaseera ya akhi/ukhti ;-)

Membaca komen saudara/ri mengingatkan saya kepada satu pesanan guru kepada Ustaz Syed Nurhisham katanya, "Orang yang IKHLAS pasti akan temui titik persamaan!"

Terima kasih atas pandangan yang cukup berhikmah. Saya percaya orang seperti saudara/ri sangat berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi insya Allah.

Insya Allah doa saya moga kita semua akan saling lengkap melengkapi, bantu membantu dan tegur menegur dalam kita bersatu menegakkan agama Allah SWT.

Saya menerima baik pandangan yang dilontarkan dan tak berniat untuk membahaskan lanjut isu yang pada saya bukan bidang saya untuk huraikan lanjut ini.

Pun begitu, saya harap anda dan sahabat pembaca lain yang amat saya kasihi sama-sama ambil iktibar dengan menolak apa jua yang memang jelas haram serta jauhi akhlak yang buruk.

Saya hurai lanjut dengan sedikit tambahan nota (warna merah) di awal artikel di atas.

Wallahuaklam. ;-)

Anonymous said...

Golongn wahabi..adalah sesat dri segi tauhid dan aqidah..apa yg perlu kite ikut adalh 4imam dan kembali kepda al sunnah wal jamaah

Amirul Asyraf said...

Allahu akbar. Wallahua'lam.

Ayuh saling mendoakan agar Allah menyelamatkan kita dan meletakkan kita bersama-sama orang yang mendapat petunjuk dan hidayah sebenar daripada-Nya.

Allahumma ameen ya robbal 'aa lamiin.

Munzir Abdurrahman said...

sodara lebih baik berbicara diatas fakta ilmiyah, jgn cuma kata org, ok?
Mengatakan sesuatu tanpa ilmu itu dosa,.anda akan dimintai pertanggung jawban atas fitnah anda

Amirul Asyraf said...

Saudara yang saya hormati, mohon maaf kalau berkecil hati. Saya tiada niat menfitnah sesiapa. Mohon baca 3 points yang telas saya tulis awal sekali di atas artikel ini di bawah tajuk 'perhatian'. Moga Allah SWT kekallkan kita semua dalam hidayah-Nya ameen. Wassalam wbt =)

fazwan said...

Sy percaya sahabat kita amirul asyraf ikhlas menyampaikan apa yg beliau tahu & faham..diambil drp pengajian2 & pembacaan ilmiahnya, bkn terus drp fikirannya sendiri. Jelas sekali adanya persilisihan pendapat/pandangan dikalangan ulama2. Merekalah yg selayaknya memberi pndapat keatas permasalahan2 cabang yg tidak disebut dgn jelas oleh lidah nabi saw yg mulia. Maka berlapang dadalah dgn kata2 & pendapat setiap ulama..

sy support & mendoakan rahmat drp Allah buat saudara..

Amirul Asyraf said...

Allahu Allah.. Moga lebih ramai insan seperti Saudara Fazwan di atas, kerana saya percaya hati beliau bersih dan mulia, mengajak kepada perpaduan, dan meraikan perbezaan pendapat.

Inilah akhlak yang perlu disemadikan dalam diri setiap individu Muslim.

Insya Allah saya doakan Saudara Fazwan dan semua sahabat para pembaca sentiasa dirahmati Allah SWT dan semoga kita semua saling sayang menyayangi.

Berhati-hatilah dengan nafsu ammaroh yang mengajak mencari balah- itulah musuh sebenar, bukan sesama kita =)

Allahuaklam....

Anonymous said...

Sila baca dan fikirkan, petikan dari Hafizfirdaus.com:

http://www.hafizfirdaus.com/ebook/HimpunanRisalah-3/Tajuk%204.htm

Ibnu Hanaffi said...

Salam.

Saudara/ri 'anonymous' yang dikasihi lagi dihormati, terima kasih atas rujukan sumber yang dikongsi.

Semoga Allah SWT menunjuk jalan buat hamba-hamba-Nya yang ikhlas ameen. Allahumma ameen ;-)

Anonymous said...

Marilah sentiasa berselawat dan bertawasul dengan rasullullah s.a.w. untuk mendapat syafaat baginda.

Perkukuhkanlah aqidah kita dengan aqidah Asya'irah Matrudiyah, akidah majoriti umat Islam, yang diiktiraf sebagai Ahli Sunnah wal Jemaah.

Semua penulis blog ini sentiasa di benteng daripada Ajaran sesat.

Ibnu Hanaffi said...

Barokallahu fiikum. Jazakallahu khayran kaseera sahabat.

Terima kasih atas doanya. Moga yang mendoakan termasuk dalam yang didioakan.

Ameen.

Allahumma ameen.

Post a Comment

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq