Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
Artikel ini adalah yang ke-100 untuk blog ini (alhamdulillah) dan saya kongsikan untuk manfaat bersama insya Allah. Berikut ialah jawapan kepada pertanyaan daripada seorang Brother tentang Allah dan kewujudan-Nya. Anggaplah tulisan yang kerdil ini sebagai angpau Hari Raya daripada saya. Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat membaca!
Assalamualaikum wbt.
Soalan Brother:
"Saya seorang Muslim. Saya dah dengar banyak bukti bahawa Allah itu redha pada agama Islam.Tapi masalahnya, saya selalu berfikir adakah Allah itu sendiri wujud. Mohon bimbingan."
Jawapan saya:
1. Tentang redha Allah pada agama Islam, saudara memang betul. Hal ini disebut dgn jelas dalam Al-Quran.
"Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam."

Surah Ali Imran (3:19)
"Pada hari ini Aku sempurnakan agama mu untukmu, dan telah aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan Aku redha Islam sebagai agamamu."

Surah Al-Maidah (5:3)
2. Persoalan tentang kewujudan Allah adalah sesuatu yg perlu dilihat dari sudut yg betul. Pada pandangan saya, kita mesti terlebih dulu akur bahawa kita sangat lemah dan kita tidak mampu melihat Allah kerana kita memang tidak layak dan tidak mampu. Pun begitu, soalnya ialah, adakah semua benda yg wujud itu mesti dapat dilihat?
3. Setiap orang pernah merasakan cinta dan sayang atau sakit. Tapi kita tak dapat lihat perasaan sebegini seperti satu objek yang mempunyai bentuk, saiz atau ruang. Kita hanya merasainya dan tunjukkan tanda ia WUJUD melalui ekspresi muka dan sebagainya. Itu yang pertama.
4. Kedua. Sebelum bercakap tentang kewujudan Allah, kita cuba tengok dari sudut yang lebih umum, iaitu tentang kewujudan Tuhan. Tuhan itu Pencipta dan adakah Pencipta ini wujud?
5. Soalan ini sebenarnya tidak logik. Ia seperti bila kita melihat satu lukisan, kita bertanya betul ke lukisan ini ada pelukisnya? Kerana soalan yang sepatutnya di tanya ialah logikkah ada lukisan tetapi tiada pelukisnya?
6. Begitu jugalah tentang ciptaan di dunia ini seperti alam semesta, langit dan bumi. Adakah logik semua ini wujud dengan begitu sahaja? Jika tiba-tiba ia wujud, bila pula ia bermula? Kalau tidak ada permulaan, tak tercapai logik akal kita. Jadi mesti ada permulaan sebenarnya. Maka siapakah yang memulakannya?
7. Daripada sinilah sepatutnya kita sedar akan wujudnya Pencipta dan Dia bukanlah sembarangan Pencipta, tetapi yang betul-betul berkuasa dan Dialah Tuhan.
"Sungguh, pada penciptaan langit dan bumi, serta pergantian malam dan siang, ada tanda-tanda (kewujudan Pencipta), bagi orang yang berfikir."
Surah Ali-Imran (3:190)
8. Jika kita betul-betul memerhatikan tentang kejadian alam, bahkan tentang kejadian dan keunikan penciptaan diri kita sendiri, maka kita pasti akan merasai kewujudan satu kuasa yang luar biasa yang ada di luar sana, dan itulah yang dirasakan ciptaan terhadap Tuhan yang menciptanya.
9. Sebab itulah sejak permulaan sejarah manusia, mereka sibuk mencari siapakah Tuhan atau kuasa luar biasa ini, sehinggakan ada yang menyembah bulan, bintang, pokok, matahari, api dan sebagainya. Hal ini kerana objek-objek ini mempunyai kelebihan dan memberikan manfaat kepada manusia. Namun apabila masa berlalu manusia mula keliru sebab objek-objek begini hilang dan pergi (contohnya matahari hanya ada pada waktu siang), ada juga yang mati dan terkulai seperti pokok yang layu. Maka, jawapan yang logik mestilah bahawa objek-objek di atas pun, contohnya bulan dan bintang adalah seperti ciptaan yang lain juga, yang ada Penciptanya.
10. Jika dilihat dari sudut saintifik pula, seorang pengkaji berpengalaman dari Pusat Antropologi dan Minda di Universiti Oxford, Dr Justin Barret mengeluarkan kenyataan bahawa seorang bayi yang lahir secara fitrahnya akan merasai kehadiran dan kewujudan Tuhan. Jika seseorang dicampak ke sebuah pulau yang terbiar atau padang pasir pun, beliau (Dr Justin) yakin yang dia akan percaya terhadap kewujudan Tuhan. Malah, kanak-kanak yang membesar lebih cenderung untuk mempercayai akan adanya Pencipta berbanding dengan teori Evolusi (semua benda terjadi sendiri dan berubah) kerana inilah fitrah manusia.
11. Semua ini sekali lagi membuktikan keagungan Tuhan yang mencipta, kerana pada ciptaan-Nya, Dia mencipta tanda-tanda adanya Pencipta. Berikut ialah pautan untuk membaca tentang kenyataan Dr Justin itu:

Klik di sini
12. Maka, apabila sudah datang keyakinan tentang wujudnya Tuhan sebagai Pencipta, barulah boleh kita bertanya, jika Tuhan ini wujud bagaimana pula ciri-ciri Tuhan ini?
13. Secara logiknya, jika kita fikir, Tuhan mestilah SATU entiti yang tiada persamaan dengan yang lainnya serta tiada tolok bandingan. Maka secara tidak langsung, jika Tuhan tiada persamaan atau tolok bandingnya, logikkah jika Tuhan lebih daripada satu?
14. Contohnya jika ada dua Tuhan, maka siapakah yang lebih kuat? Jika salah satu lebih kuat, maka yang kurang kuat itu tidak lagi boleh dianggap Tuhan kerana ada yang lebih kuat daripadanya! Tiada pula konsep saling melengkapi (complementary) dalam konsep ketuhanan kerana jika Tuhan itu Maha Kuat, kenapakah perlu ada pelengkapnya? Bukankah itu satu kelemahan? Adakah layak Tuhan memiliki sifat lemah?
15. Begitu juga jika kita kata ada dua Tuhan, tapi dua-dua sama hebat. Jadi sekarang, Tuhan ini ada yang sama dengannya? Maka bolehkah ia digelar Tuhan? Akal yang logik dan rasional akan menolak penyataan ini. Tuhan tidak boleh sama dengan sesiapa atau apapun, maka untuk itu, akal yang sihat hanya akan menerima BAHAWA TUHAN ITU MESTILAH SATU DAN TIADA YANG LAIN SEPERTINYA!
16. Akhirnya, dapatlah kita buktikan bahawa Tuhan memang wujud dan Tuhan yang wujud ini hanyalah satu iaitulah Allah SWT, Tuhan yang Maha Agung, Maha Mengetahui.
Lawati halaman dakwah saya di sini |
17. Jika dapat disentuh sedikit tentang kepercayaan saudara Kristian kita, berdasarkan hujah di atas, maka tidak logiklah Jesus atau Nabi Isa itu anak Tuhan, kerana Tuhan tidak mungkin ada anak. Kenapa?
18. Pertama, kita sudah buktikan bahawa TIDAK MUNGKIN ada lebih daripada satu Tuhan. Kedua, jom fikir secara logik, antara anak dan ayah, siapa dulu yang wujud di dunia? Seperti kita, mestilah ayah kita dulu yang lahir baru kita bukan?
19. Maka, jika Nabi Isa itu anak Tuhan dan dia juga adalah Tuhan, maka dia adalah Tuhan yang ada PERMULAAN kerana dia hanya wujud selepas bapanya! Soalnya, logikkah Tuhan ada permulaan? Jika ada permulaan, maka akan ada satu tempoh sebelum Tuhan ini bermula, dia ada dalam satu kerangka masa yang dia masih belum wujud. Adakah logik Tuhan pernah tidak wujud?
20. Maka jawapannya ialah tidak logik. Tuhan mestilah sentiasa wujud, dan dengan itu Tuhan tidak boleh ada permulaan. Kita umat Islam sayangkan Nabi Isa AS, dan kita menganggapnya sebagai salah seorang rasul yang mulia, tetapi tidak lebih daripada itu, apatah lagi ingin menjadikannya Tuhan.
21. Sebagai penutup, izinkan saya simpulkan. Pertama, kita harus sedar bahawa kita tidak layak dan tidak mampu melihat Allah kerana kekerdilan kita. Tetapi tidak melihat Allah tidak bererti Allah tidak wujud. Kedua, tidak logik jika tidak ada Tuhan. Kerana jika ada ciptaan, PASTI ada Penciptanya. Ketiga, jika Tuhan itu wujud, Tuhan itu MESTI satu, maka Tuhan yang satu itu hanyalah Allah SWT. Maka saya harap, perkara ini dapat membantu menambah keyakinan saudara, bahawa Allah itu satu dan Dia PASTI wujud!
22. Saya akhiri bingkisan kerdil saya ini dengan memohon 3 perkara. Pertama, keraguan tentang kewujudan Tuhan itu mungkin datangnya daripada penyakit was-was dan bisikan syaitan, maka berhati-hatilah dengannya. Kedua, menyedari bahawa puncanya ialah was-was dan syaitan, maka adalah satu KEMESTIAN untuk saudara sentiasa berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada penyakit was-was dan bisikan syaitan serta supaya mendapat hidayah daripada-Nya. Ingat, syaitan itu MUSUH, dan doa itu SENJATA! Ketiga dan terakhir, sebar-sebarkanlah tulisan yang kerdil ini, tanpa perlu meletakkan nama penulisnya. Kerana pemilik segala ilmu dan kebaikan, hanyalah Allah SWT.
Wallahuaklam dan maafkan saya jika terdapat sebarang kekurangan. Jika bermanfaat, panjangkankah kesyukuran hanya kepada Allah dan bukannya penulis, kerana bahkan penulis inipun adalah ciptaan yang dicipta oleh Dia Sang Pencipta yang Agung!
"Kebaikan yang kamu peroleh hanyalah daripada Allah, tetapi keburukan yang menimpamu adalah dek kelemahan dirimu sendiri...."
Surah An-Nisa' (4:79)

"Katakanlah, Dialah Allah, Satu dan hanya Satu. Allah itu satu-satunya tempat bergantung dan kekal tanpa mula dan akhir. Dia tidak beranak dan tiada yang memperanakkan-Nya. Tidak ada satupun yang serupa dengan-Nya."
Surah Al-Ikhlas (112:1-4)
21. Sebagai penutup, izinkan saya simpulkan. Pertama, kita harus sedar bahawa kita tidak layak dan tidak mampu melihat Allah kerana kekerdilan kita. Tetapi tidak melihat Allah tidak bererti Allah tidak wujud. Kedua, tidak logik jika tidak ada Tuhan. Kerana jika ada ciptaan, PASTI ada Penciptanya. Ketiga, jika Tuhan itu wujud, Tuhan itu MESTI satu, maka Tuhan yang satu itu hanyalah Allah SWT. Maka saya harap, perkara ini dapat membantu menambah keyakinan saudara, bahawa Allah itu satu dan Dia PASTI wujud!
22. Saya akhiri bingkisan kerdil saya ini dengan memohon 3 perkara. Pertama, keraguan tentang kewujudan Tuhan itu mungkin datangnya daripada penyakit was-was dan bisikan syaitan, maka berhati-hatilah dengannya. Kedua, menyedari bahawa puncanya ialah was-was dan syaitan, maka adalah satu KEMESTIAN untuk saudara sentiasa berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada penyakit was-was dan bisikan syaitan serta supaya mendapat hidayah daripada-Nya. Ingat, syaitan itu MUSUH, dan doa itu SENJATA! Ketiga dan terakhir, sebar-sebarkanlah tulisan yang kerdil ini, tanpa perlu meletakkan nama penulisnya. Kerana pemilik segala ilmu dan kebaikan, hanyalah Allah SWT.
Wallahuaklam dan maafkan saya jika terdapat sebarang kekurangan. Jika bermanfaat, panjangkankah kesyukuran hanya kepada Allah dan bukannya penulis, kerana bahkan penulis inipun adalah ciptaan yang dicipta oleh Dia Sang Pencipta yang Agung!
"Kebaikan yang kamu peroleh hanyalah daripada Allah, tetapi keburukan yang menimpamu adalah dek kelemahan dirimu sendiri...."
Surah An-Nisa' (4:79)
9 comments:
wah.
mohon copy
@ONNA desu:
no problem sister ;-) study well =)
Sila huraikan. Jika Tuhan tidak wujud, Maka....apa? Silakan.
Jika Tuhan tidak wujud, maka segala-galanya tak wujud, termasuk blog ini, artikel ini, dan komen yang diberikan (dan juga saya dan anda).
Tapi semua itu wujud, maka ia bukti Allah SWT wujud.
"Allahu maujudun bila makaan." ;-)
Allahu a'lam.
assalamualaikum ustaz,saya ingin bertanya kepada ustaz apakah tanda kewujudan ALLAH.
assalamualaikum ustaz,saya mohd adam thn 5.saya ingin bertanya kepada ustaz apakah tanda kewujudan ALLAH
Rasulullah berkata, “Auzubillahi minash syaitonirrajim (Aku berlindung dari syaitan yang direjam), sesungguhnya matahari dan bulan itu, dua tanda dari tanda-tanda adanya Allah, tidaklah matahari dan bulan itu berlaku gerhana dengan sebab kematian seorang atau kelahiran seseorang. Sesiapa yang melihat berlaku gerhana, dia hendaklah sembahyang dan beristighfar kepada Allah.”
Assalamualaikum wbt.
Terima kasih SeniHut atas perkongsian.
Adik Mohd Adam, terima kasih atas pertanyaan. Boleh panggil saya abang Asyraf ya, saya bukan Ustaz, dik.
Dalam al-Quran Allah SWT berfirman bahawa pada diri kita sendiri ada tanda-tandanya.
Kita sama-sama banyakkan beristighfar ya dik? Dengan banyak beristighfar insya Allah hati bersih. Dengan hati yang bersih, kita dapat mengenal Allah jalla wa 'ala.
Wallahu a'lam.
Jaga diri ya? Rajin-rajin belajar tau?
Makluman: Saya sudah berpindah ke blog baru di ibnuhanaffi.blogspot.com ;-)
Post a Comment