Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.
1. Jika anda baca surat khabar Harian Metro bertarikh 2 November 2011 (saya tak beli, tengok sepintas lalu je di kedai), terdapat satu tajuk besar di muka depan bertajuk Suamiku Luar Tabi'i. Anda boleh baca versi online di sini. Arakian, bermulalah kisah di bawah..
2. Sedar atau tidak, dari tarikh 1-13 November tahun ini, akan diadakan satu program tahunan yang diberi nama Seksualiti Merdeka 2011: Queer Without Fear di Kuala Lumpur, Malaysia.
3. Program ini diusahakan oleh satu badan yang bernama Seksualiti Merdeka yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia dan hak asasi ini merujuk kepada hak menjadi seorang gay, lesbian, transgender dan biseksual. Dengan kata lain, semua ini adalah orientasi seksual yang luar daripada kebiasaan.
4. Sebagai rakyat yang prihatin, kita wajar mengambil serius hal ini. Perjuangan atas dasar dan prinsip hak asasi ini sungguh cacat dan tidak rasional. Mereka mahukan kebebasan total lantas menyokong golongan yang merasa diri mereka cenderung untuk memilih jantina mereka sendiri mahupun cenderung untuk minat pada kaum sejenis.
5. Ada beberapa hujah mereka yang perlu dibidas. Contohnya, jika benar kecenderungan pelik yang dirasai ini adalah 'anugerah Tuhan' dan perkara fitrah atau semulajadi, maka kita lontarkan soalan yang cukup mudah kepada mereka, jika mereka lahir dengan penyakit genetik, dan ada kecanggihan teknologi perubatan yang boleh merawatnya, adakah mereka akan menolak rawatan kerana menggunakan prinsip menerima fitrah?
6. Allah SWT pasti mencipta makhluknya dengan sempurna dan yang sempurna ini seharusnya dijadikan rujukan. Namun, kita semua pasti menerima sedikit ujian (kurang sempurna) dalam apa jua bentuk sekalipun, seperti kecacatan mahupun kekurangan harta benda. Adakah dengan hanya menganggap ujian itu satu perkara yang normal, maka kita perlu terus hidup dengannya tanpa sebarang usaha dan tawakkal untuk memperbaik keadaan dan mencari penyelesaian?
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."
Surah Al Baqarah (2:155)
7. Manusia tidak layak untuk menilai apakah fitrah asal kejadian. Allah SWT yang telah mencipta kita maka Dia lebih berhak mengeluarkan manual penciptaannya. Manual ini tidak lain melainkan Al-Quran dan juga contoh serta perinciannya yang disampaikan melalui insan mulia rasul terakhir, Muhammad SAW.
8. Jika benarlah kecenderungan menyukai jantina sama ialah satu fitrah yang suci, maka sudah tentu hal ini bercanggah dengan kisah Al-Quran yang telah merakamkan bagaimana Kaum Nabi Lut telah menerima bala bencana yang cukup dahsyat akibat dosa homoseksual mereka.
9. Tahukah kita, tidak ada kaum selain kaum Nabi Lut yang telah dibinasakan sebegitu teruk akibat keingkaran mereka kepada mesej Rasul. Mereka telah diangkat bersama-sama tanah dari bumi, kemudian diterbalikkan lantas dicampak semula ke atas bumi, sehingga mereka lenyap dalam kehancuran!
10. Maka sesiapa jua yang mengaku Muslim tidak harus menyebut soal hak asasi manusia sedangkan sebarang usaha menerima dan menjadi homoseksual secara tak langsung telah mencabar dan menghina hak Al-Quran dan hak Allah!
11. Melihat dari sudut logik pula, (kerana logik adalah melalui anugerah akal daripada Pencipta) perasaan mahu menukar jantina sedia ada tidak mungkin lahir melainkan jika persekitaran telah membentuk seseorang agar menjadi begitu. Saya tidak pernah dengar seorang kanak-kanak membesar dengan memperjuangkan hak mereka untuk memilih jantina melainkan jika mereka dibesarkan dalam persekitaran yang salah.
12. Maka ingin saya ambil kesempatan di sini untuk menyebut satu perkara. Ibu bapa memainkan peranan cukup penting dalam menyediakan persekitaran yang baik dalam proses pembesaran anak-anak. Kadang-kadang masyarakat kita suka menggayakan anak lelaki mereka yang comel dengan pakaian kanak-kanak perempuan, malah sesetengahnya sampai letak make-up dan gincu!
13. Ya, memang mereka masih kanak-kanak dan ia mungkin sekadar hiburan. Tetapi pada usia yang mentah, psikologi kanak-kanak cukup rapuh, sehinggakan apa yang kita suka mereka lakukan atau yang kita lakukan pada mereka dianggap sebagai benar dan satu pengiktirafan. Akibatnya, minat ini akan bercambah sehingga ke usia remaja apabila kanak-kanak ini perlu mencari identiti sebenar mereka. Maka, janganlah disiksa jiwa mereka.
14. Layanlah anak lelaki sebagai seorang lelaki dan begitu juga sebaliknya. Iktiraf kejantanan dan keperkasaan mereka secara terkawal sejak dari kecil dan juga raikan ciri-ciri kejelitaan kanak-kanak perempuan semenjak kecil mereka. Jangan berdolak dalih membenarkan kanak-kanak perempuan menjadi Tomboy dengan harapan bila besar dia akan matang dan berubah?
15. Penghujahan yang lebih kuat ialah, penciptaan makhluk di muka bumi ini juga disertai dengan mekanisme kesinambungan spesis masing-masing. Sebab itulah, bukan setakat manusia, bahkan haiwan dan tumbuhan juga membiak. Pihak yang masih degil dengan menggunakan prinsip fitrah serta kecenderungan semula jadi sekali lagi harus menjawab soalan ini, jika semua orang seperti mereka, bukankah akan pupus manusia di muka bumi? Bukankah ini berlawanan dengan fitrah kesinambungan spesis (species perpetuation)?
16. Pendirian saya di sini mudah. Perasaan ingin menukar jantina atau menyukai orang yang sama jantina adalah emosi yang terbantut dan perlu dirawat! Selagi mana ada kumpulan yang mengiktiraf perasaan mereka yang songsang ini, selagi itu mereka akan rasakan seolah-olah ia lahir secara semula jadi. Sebab itulah perkara pertama yang dilakukan adalah dengan bertegas terhadap hakikat sebenar diri anda bahawa tarikan semula jadi hanya berlaku antara jantina yang bertentangan dan juga jantina seseorang seharusnya sudah ditentukan oleh organ fizikal pembiakannya. Selain daripada itu adalah penyakit maka memerlukan rawatan.
17. Sebagai penutup untuk bab ini, elok kita semak kisah benar yang berlaku sebagaimana laporan dalam akhbar di atas. Bayangkan betapa menderitanya seorang isteri yang sudah beranak pinak apabila mengetahui yang lelakinya sudah songsang! Maka siapa kata menjadi gay dan sebagainya hak individu? Bukankah ini satu bukti yang wujud dalam realiti masyarakat kita, bahawa homoseksualiti dan orientasi seksual songsang yang lain adalah melanggar hak orang lain (isteri) serta hak masyarakat?
18. Bukankah juga ia melanggar fitrah kesinambungan alam dan spesis homo sapiens? Berlapang dadalah wahai yang sudah terjatuh ke dalam gaung. Dan berwaspadalah dengan bala bencana daripada Allah SWT.
19. Jika ada ahli keluarga anda hari ini yang mahu membunuh diri atas dasar kebebasan dia membuat pilihan (hak asasinya), maka anda menipu diri sendiri jika anda menghalang dia, sedangkan anda melakukan perkara yang sama bila anda ingin terus menjadi homoseksual.
20. Saya cabar anda semua, cari ajaran mana-mana agama yang membenarkan homoseksual, ada? Jika ada, maka itu agama palsu dan jika tidak ada, dan saya pasti tidak ada, itulah bukti bahawa Tuhan tidak mungkin suka akan perbuatan songsang yang melanggar fitrah ciptaan agung-Nya.
Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt.
21. Sebelum terlupa, saya juga berharap agar kita mengambil pendekatan yang berhemah dan bijaksana dalam menangani hal ini. Kita mesti rasional, jangan emosional! Tugas kita mendidik, bukan mengherdik. Saya ada nukilkan satu artikel tentang Allahyarham Ashraf dari Terengganu yang heboh menukar jantina di Thailand sebelum dia akhirnya ditakdirkan menemui sang Pencipta. Semoga bermanfaat!
P/S: Sambungan kepada artikel ini boleh dibaca di sini. (dikemaskini pada 9 November 2011)
Sekadar selingan. Montaj muzikal comel khas untuk sahabat-sahabat Melayu dan bukan Melayu ;-)
3. Program ini diusahakan oleh satu badan yang bernama Seksualiti Merdeka yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia dan hak asasi ini merujuk kepada hak menjadi seorang gay, lesbian, transgender dan biseksual. Dengan kata lain, semua ini adalah orientasi seksual yang luar daripada kebiasaan.
4. Sebagai rakyat yang prihatin, kita wajar mengambil serius hal ini. Perjuangan atas dasar dan prinsip hak asasi ini sungguh cacat dan tidak rasional. Mereka mahukan kebebasan total lantas menyokong golongan yang merasa diri mereka cenderung untuk memilih jantina mereka sendiri mahupun cenderung untuk minat pada kaum sejenis.
5. Ada beberapa hujah mereka yang perlu dibidas. Contohnya, jika benar kecenderungan pelik yang dirasai ini adalah 'anugerah Tuhan' dan perkara fitrah atau semulajadi, maka kita lontarkan soalan yang cukup mudah kepada mereka, jika mereka lahir dengan penyakit genetik, dan ada kecanggihan teknologi perubatan yang boleh merawatnya, adakah mereka akan menolak rawatan kerana menggunakan prinsip menerima fitrah?
6. Allah SWT pasti mencipta makhluknya dengan sempurna dan yang sempurna ini seharusnya dijadikan rujukan. Namun, kita semua pasti menerima sedikit ujian (kurang sempurna) dalam apa jua bentuk sekalipun, seperti kecacatan mahupun kekurangan harta benda. Adakah dengan hanya menganggap ujian itu satu perkara yang normal, maka kita perlu terus hidup dengannya tanpa sebarang usaha dan tawakkal untuk memperbaik keadaan dan mencari penyelesaian?
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar."
Surah Al Baqarah (2:155)
7. Manusia tidak layak untuk menilai apakah fitrah asal kejadian. Allah SWT yang telah mencipta kita maka Dia lebih berhak mengeluarkan manual penciptaannya. Manual ini tidak lain melainkan Al-Quran dan juga contoh serta perinciannya yang disampaikan melalui insan mulia rasul terakhir, Muhammad SAW.
8. Jika benarlah kecenderungan menyukai jantina sama ialah satu fitrah yang suci, maka sudah tentu hal ini bercanggah dengan kisah Al-Quran yang telah merakamkan bagaimana Kaum Nabi Lut telah menerima bala bencana yang cukup dahsyat akibat dosa homoseksual mereka.
9. Tahukah kita, tidak ada kaum selain kaum Nabi Lut yang telah dibinasakan sebegitu teruk akibat keingkaran mereka kepada mesej Rasul. Mereka telah diangkat bersama-sama tanah dari bumi, kemudian diterbalikkan lantas dicampak semula ke atas bumi, sehingga mereka lenyap dalam kehancuran!
"Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya), dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar."
Surah Al-Hijr (15:74)10. Maka sesiapa jua yang mengaku Muslim tidak harus menyebut soal hak asasi manusia sedangkan sebarang usaha menerima dan menjadi homoseksual secara tak langsung telah mencabar dan menghina hak Al-Quran dan hak Allah!
11. Melihat dari sudut logik pula, (kerana logik adalah melalui anugerah akal daripada Pencipta) perasaan mahu menukar jantina sedia ada tidak mungkin lahir melainkan jika persekitaran telah membentuk seseorang agar menjadi begitu. Saya tidak pernah dengar seorang kanak-kanak membesar dengan memperjuangkan hak mereka untuk memilih jantina melainkan jika mereka dibesarkan dalam persekitaran yang salah.
12. Maka ingin saya ambil kesempatan di sini untuk menyebut satu perkara. Ibu bapa memainkan peranan cukup penting dalam menyediakan persekitaran yang baik dalam proses pembesaran anak-anak. Kadang-kadang masyarakat kita suka menggayakan anak lelaki mereka yang comel dengan pakaian kanak-kanak perempuan, malah sesetengahnya sampai letak make-up dan gincu!
13. Ya, memang mereka masih kanak-kanak dan ia mungkin sekadar hiburan. Tetapi pada usia yang mentah, psikologi kanak-kanak cukup rapuh, sehinggakan apa yang kita suka mereka lakukan atau yang kita lakukan pada mereka dianggap sebagai benar dan satu pengiktirafan. Akibatnya, minat ini akan bercambah sehingga ke usia remaja apabila kanak-kanak ini perlu mencari identiti sebenar mereka. Maka, janganlah disiksa jiwa mereka.
14. Layanlah anak lelaki sebagai seorang lelaki dan begitu juga sebaliknya. Iktiraf kejantanan dan keperkasaan mereka secara terkawal sejak dari kecil dan juga raikan ciri-ciri kejelitaan kanak-kanak perempuan semenjak kecil mereka. Jangan berdolak dalih membenarkan kanak-kanak perempuan menjadi Tomboy dengan harapan bila besar dia akan matang dan berubah?
Gambar Hiasan: Ibu Bapa berperanan besar dalam membantu anak-anak membentuk identiti mereka. |
16. Pendirian saya di sini mudah. Perasaan ingin menukar jantina atau menyukai orang yang sama jantina adalah emosi yang terbantut dan perlu dirawat! Selagi mana ada kumpulan yang mengiktiraf perasaan mereka yang songsang ini, selagi itu mereka akan rasakan seolah-olah ia lahir secara semula jadi. Sebab itulah perkara pertama yang dilakukan adalah dengan bertegas terhadap hakikat sebenar diri anda bahawa tarikan semula jadi hanya berlaku antara jantina yang bertentangan dan juga jantina seseorang seharusnya sudah ditentukan oleh organ fizikal pembiakannya. Selain daripada itu adalah penyakit maka memerlukan rawatan.
17. Sebagai penutup untuk bab ini, elok kita semak kisah benar yang berlaku sebagaimana laporan dalam akhbar di atas. Bayangkan betapa menderitanya seorang isteri yang sudah beranak pinak apabila mengetahui yang lelakinya sudah songsang! Maka siapa kata menjadi gay dan sebagainya hak individu? Bukankah ini satu bukti yang wujud dalam realiti masyarakat kita, bahawa homoseksualiti dan orientasi seksual songsang yang lain adalah melanggar hak orang lain (isteri) serta hak masyarakat?
18. Bukankah juga ia melanggar fitrah kesinambungan alam dan spesis homo sapiens? Berlapang dadalah wahai yang sudah terjatuh ke dalam gaung. Dan berwaspadalah dengan bala bencana daripada Allah SWT.
19. Jika ada ahli keluarga anda hari ini yang mahu membunuh diri atas dasar kebebasan dia membuat pilihan (hak asasinya), maka anda menipu diri sendiri jika anda menghalang dia, sedangkan anda melakukan perkara yang sama bila anda ingin terus menjadi homoseksual.
20. Saya cabar anda semua, cari ajaran mana-mana agama yang membenarkan homoseksual, ada? Jika ada, maka itu agama palsu dan jika tidak ada, dan saya pasti tidak ada, itulah bukti bahawa Tuhan tidak mungkin suka akan perbuatan songsang yang melanggar fitrah ciptaan agung-Nya.
Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt.
21. Sebelum terlupa, saya juga berharap agar kita mengambil pendekatan yang berhemah dan bijaksana dalam menangani hal ini. Kita mesti rasional, jangan emosional! Tugas kita mendidik, bukan mengherdik. Saya ada nukilkan satu artikel tentang Allahyarham Ashraf dari Terengganu yang heboh menukar jantina di Thailand sebelum dia akhirnya ditakdirkan menemui sang Pencipta. Semoga bermanfaat!
P/S: Sambungan kepada artikel ini boleh dibaca di sini. (dikemaskini pada 9 November 2011)
Laman Muka Buku saya |
4 comments:
Salam
"20. Saya cabar anda semua, cari ajaran mana-mana agama yang membenarkan homoseksual, ada? Jika ada, maka itu agama palsu dan jika tidak ada, dan saya pasti tidak ada, itulah bukti bahawa Tuhan tidak mungkin suka akan perbuatan songsang yang melanggar fitrah ciptaan agung-Nya."
apa yang saya faham kat sini, underlying message untuk point ni adalah semua agama yang tidak mengiktiraf homoseksual adalah ajaran yang tidak palsu (benar?), sedangkan hanya agama Islam merupakan agama sepatutnya kita iktiraf? mungkin point ni boleh ditulis dgn lebih jelas?
anyway, satu entry yang sangat padat dan berinformasi. :) jkk -alan-
Waalaikumussalam wbt.
Dear Alan,
1. Terima kasih banyak-banyak. Soalan yg ckp bagus, dan saya akui boleh wujud kekeliruan di situ.
2. Pertamanya, saya mohon maaf. Kedua, tidak ada ragu-ragu lagi bahawa hanya Islam agama yang benar dan diredhai oleh Allah SWT. Agama lain tidak.
3. Yang cuba saya maksudkan sebenarnya ialah, jika kita berbalik kepada ajaran agama yang sebenar dengan merujuk sumber seperti scripture asal, setiap agama yang mengakui kewujudan Tuhan tak mengiktiraf homoseksualiti.
4. Islam satu-satunya agama yang benar namun juga mengiktiraf perkara lain yang selari dengannya walaupun ia daripada agama lain. Contohnya berbuat baik kepada ibu bapa.
5. Menariknya, agama2 major di dunia ini, bila dikaji scripture asalnya, semuanya mengiktiraf konsep keesaan Tuhan, termasuklah dalam Kristian (bible) dan Hindu (Veda)!
6. Cuma, kita faham, bahawa manusia yg x bertanggungjawab tlh mengubah ayat2 Tuhan dan menyelewengkan sebahagian ajrn agama yg benar.
7. Maka, kerana Allah janji Al-Quran tak akan boleh diubah, maka Islamlah satu-satunya ajaran yang terpelihara dan benar serta lengkap secara keseluruhan.
8. Dengan kata lain, niat sy sbnrnya adlh utk mengajak kita menilai agama dgn cara yg betul, bukannya menafsir sendiri agama utk kpntngn peribadi, walau apapun agama itu.
9. Pun begitu, saya sekali lagi akui mungkin akan berlaku kekeliruan di situ, jadi saya berterima kasih atas soalan sudara dan harapnya org lain akan fhm dgn penjlsn saya di sini.
Yg pasti skrg, Islamlah satu-satunya agama lengkap yang benar, dan yang pasti juga, dalam isu homoseksualiti, semua agama menolaknya.
Terima kasih ;-)
Kalau gay itu dianggap 'penyakit', apa rawatannya?
@anonymous:
Soalan yang cukup baik. Terima kasih ya =)
Pandangan saya:
Sahabat yang dihormati,
1. Setiap penyakit ada penawarnya. Ini berdasarkah hadis sahih oleh Abu Hurairah diriwayatkan oleh Bukhari, bahawa Allah tak turunkan penyakit kecuali dengan menurunkan juga penawar bersamanya. Ini tidak lain adalah sebagai ujian dan bukti kepada manusia.
2. Ujian, kerana Allah ingin menguji jika hamba-Nya benar-benar bersabar dan beriman. Bukti pula, adalah supaya manusia merasai sakit lantas tak merasa sempurna lantas mengaku Tuhan, macam Firaun. Inilah bukti bahawa Pencipta dan ciptaan tak sama.
3. Baik. Apa rawatannya? Rawatan pertama (bagi saya) adalah dengan MENGIKTIRAF bahawa ia satu penyakit. Tak ada guna bercakap tentang penawar jika ia tak diakui sebagai sejenis penyakit.
4. Penulisan saya di sini dan juga lanjutannya (seperti pautan di atas) secara asasnya ialah bentuk rawatan pertama, iaitu, kita perlu menolak yang homoseksualiti itu normal. Dengan kata lain, mental adalah target pertama rawatan ini.
5. Kemudian, rawatan selanjutnya adalah luas untuk perbincangan maka saya tak bercadang 'mengarang' di sini, kerana setiap orang, walaupun penyakit sama, mungkin puncanya berbeda.
6. Contohnya jika A dan B sakit jantung, penawarnya mungkin lain. A sakit jantung sebab jantung membesar (hypertrophy)maka perlu dikurangkan beban terhadap jantung.
7. B pula sakit jantung sebab injap jantung rosak maka mungkin boleh diganti dengan injap prothestic (tiruan).
8. Dua-dua sakit jantung tapi punca yang berbeza memerlukan rawatan yang berbeza.
9. Doa dan tawakkul juga ialah rawatan.
"Apabila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan penyakitku." Surah As-Syuara (26:80)
10. Doa itu senjata orang mukmin. Dan ia adalah talian komunikasi dengan Tuhan yang memiliki segalanya termasuk kesihatan. Maka, dalam setiap penyakit, rawatannya adalah dengan meminta kepada empunya penawarnya.
11. Akhir sekali, Islam mengajar kita menutup pintu kejahatan atau kemudaratan. Dalam soal zina contohnya, kita dilarang bahkan untuk mendekati zina (iaitu perkara yang boleh mengilhamkan atau mendorong kepada zina).
12. Begitu juga isu ini. Ia adalah pintu kepada penyakit seperti HIV/AIDS (terbukti secara saintifik) serta mengganggu institusi kekeluargaan dan masyarakat.
13. Sebab itu, kepada yang berpenyakit ini, saya amat mengesyorkan agar terlebih dahulu mencari penawar kepada minda, yakni meyakini ayat-ayat Allah bahawa ia satu penyakit, lantas ia juga satu dosa.
14. Selain individu, masyarakat juga perlu tegas menolak sebarang penerimaan isu ini sebagai normal.
15. Saya akui hak asasi manusia setiap orang untuk hidup, makan dan bernafas di bumi Allah dengan aman, tapi menjadi gay atau homoseksual bukan satu hak. Kami menyokong perjuangan hak, dengan syarat betulkan definisi HAK itu dahulu.
16. Sebagai penutup, saya menyeru juga kita membezakan dosa dengan pelakunya. Kita menolak dosa dan penyakit, tetapi tak layak membenci pelaku atau penghidapnya.
17. Selain itu, saya setuju kita perlukan cara yang berhikmah dalam mendekati golongan sebegini. Namun, syarat utamanya adalah dengan terlebih dahulu MENGAKUI bahawa ia bukan normal, dan ia perlukan rawatan!
Wallahuaklam ;-)
Post a Comment