Bismillahirrahmanirrahim.
1. Maghfirah (keampunan) ialah salah satu pemberian Allah SWT yang TERBESAR.
2. Bayangkan jika hari ini seorang lelaki yang hidup 50 tahun tanpa iman dan Islam, tapi akhirnya memeluk agama Islam, semua dosanya dihapuskan dan dia ibarat seorang bayi yang baru dilahirkan.
3. Sungguh, Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Al-Ghafur wa Ar-Rahim.
4. Kita yang mengaku hamba Allah, ditegah sama sekali berputus asa daripada kasih sayang Allah.
5. Firman Allah SWT:
6. Maksudnya, Katakanlah (Muhammad). "Wahai hamba-hamba-Ku yang telah melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa SEMUANYA. Sungguh, Dialah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
(Surah Az-Zumar, ayat 53)
(Surah Az-Zumar, ayat 53)
7. Setiap orang melakukan kesilapan. Kesilapan memerlukan keampunan dan kemaafan.
8. Walaupun mungkin ada antara kita yang sukar memaafkan orang lain.
9. Menariknya juga, ada yang cukup baik hati cukup mudah maafkan orang lain, tetapi masalahnya ialah bila sangat susah maafkan diri sendiri.
10. Ringkasnya, maafkanlah diri sendiri. Jangan siksa diri dengan emosi yang tak langsung membawa kebaikan kepada kita. Jika kita tak mampu juga, yakinilah bahawa Allah mampu. Pintalah daripada-Nya.
11. Dalam kita berhijrah, mulakanlah dari dalam. Dari hati. Qalb.
12. Dan berilah peluang kepada orang lain untuk turut sama berhijrah.
13. Adakah wujud spesis manusia yang tak senang duduk jika semua manusia di dunia ini diciptakan baik dan sempurna?
14. Kerana tiada lagi 'MODAL' untuk bersuara dan berkata-kata tentang orang.
15. Bukan salah menegur. Tapi jangan senang dalam menegur. Seolah-olah best bila ada orang yang nak ditegur.
16. Kita menghendaki kebaikan kepada orang, bukan sebaliknya.
17. Bantu-membantulah memberi semangat agar kita semua berkejaran ke arah kebaikan. Tanpa ada yang tersadung jatuh dalam larian.
18. Jangan sombong kerana sempurna. Atau tersalah anggap kononnya sempurna.
19. Kerana sangkaan sempurna inilah yang mendorong Firaun sanggup mengaku Tuhan. Sehingga ke tahap itu. Na'uzubillah.
20. Saya akhiri dengan satu metafora untuk renungan bersama.
21. Bayangkan hari ini anda berjalan-jalan di tepi sebuah sungai yang mengalir deras.
22. Lalu kelihatan seseorang terkapai-kapai lemas di tengah-tengah arus meminta tolong.
23. Anda perlu selamatkan dia.
24. Justeru, adakah anda akan cuba mencebok air sungai itu sehingga ia kering?
25. Atau meludah ke dalamnya sehingga air sungai itu melimpah ke darat bersama-sama yang lemas tadi?
26. Mungkin dua-dua bukanlah caranya.
27. Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt.

2 comments:
Qalb = Jantung, it is not hati. Btw, nice entry brother (:
http://drmaza.com/home/?p=1084 an article about, jantung dan hati (:
^^,
Salam.
Qalb bermaksud hati atau jantung.
Tapi hati dalam soal ini bukan organ hati, tapi merujuk kepada hati jiwa nurani seseorang.
Seperti dalam Bahasa Inggeris, hati atau jantung disebut 'heart'. Organ hati pula memang disebut 'liver'.
Cuma hati yang saya maksudkan ialah 'the internal heart or soul'.
Allahuaklam. Terima kasih atas komen saudara/ri =)
Post a Comment