RSS

Tuesday, July 5, 2011

MASIH BERSIH OH KEKASIH?

Assalamualaikum wbt

Segala hujah dan intipati kandungan yang anda baca dalam artikel ini ialah buah fikiran peribadi penulis. Maka penulis bertanggungjawab atas apa yang diluahkan dan penulis mohon agar pembaca membuka fikiran, hati dan menenangkan perasaan serta menapis isi kandungannya jika perlu.

Nak gaduh pun bagi sedekah (senyum) la dulu bro.. ;-)
Nota tangan:  Artikel ini adalah tentang pendapat peribadi saya mengenai perhimpunan BERSIH. Sila baca habis dan fahami konteks pemikiran saya secara menyeluruh sebelum meloncat kepada kesimpulan awal.

"Dan tegakkanlah keseimbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi keseimbangan itu." Surah Ar-Rahman, (55:9)

1.Saya mulakan dengan beberapa fast facts atau fakta kilat (sabung menyabung) yang akan saya kaitkan dan huraikan dalam perenggan yang berikutnya.

a) Kolesterol menjadi salah satu zat makanan penting kepada badan kita untuk membentuk dinding sel dan fungsi yang lain. Terlebih kolesterol memang bahaya tapi tak bermakna kita langsung tak perlukannya.

b) Konsep keadilan dalam Islam ialah dengan meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya.  


Bayangkan bomba siram jenteranya sendiri di tempat kejadian kebakaran. Tak adil bukan?
2. Sebelum saya melencong lebih jauh ke penghujung buana, elok kiranya saya terus lurus ke titik (straight to the point). Saya secara peribadi tidak punya masalah dengan perhimpunan BERSIH malah menyokongnya. Pandangan saya, ia baik untuk kerajaan serta juga pembangkang. Tapi lebih utama, ia baik untuk kemaslahatan rakyat.

3. Pertama sekali, saya memuji kedua-dua belah pihak yang mempunyai pendirian anda sama ada menyokong atau tidak perhimpunan BERSIH. Jika saya mahu menegur, saya akan mulakan dengan menegur sikap tidak mahu mengambil bahagian dan tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana ia langsung tak membantu. Sebab itu saya mulakan dengan mengetengahkan pendirian saya, maaf jika kita berbeza. Mungkin tiada jodoh.

4. Mari kita analisa cerita BERSIH ini.

5. Pertamanya, saya rasa kita sudah salah faham dan tertipu dengan media dalam melihat identiti BERSIH 2.0 yang sebenar. Saya pun terpedaya. Ya, dek tak berapa nak ambil tahu dan tenggelam sekejap dalam lautan persediaan menghadapi gelora dan badai peperiksaan (saya beremosi jiwang malam ini hehe), saya awalnya menyangka BERSIH buatan tangan pembangkang.

6. Akibatnya, BERSIH dilihat cuba mengkhianati kerajaan dan memburuk-burukkan kerajaan. Akhirnya mereka diburukkan media. Isu perkaitan dengan komunis dan agenda Kristian saya rasa memang kelakar. Rakyat diajar untuk takut dengan bayang-bayang sendiri. Saya syorkan kita tangkap semua guru subjek Sejarah di semua sekolah di seluruh negara sebab dalam sukatan pelajaran, kita ada belajar bab komunis.

7. Kelakar tak? Tak nak gelak takpe, saya tak marah.

8. Pokoknya, BERSIH  dilihat cuba membawa kesedaran kepada rakyat tentang hak kita terhadap pilihan raya yang adil dan bersih kerana tanpanya, rakyat tak kan pernah ada kuasa sebenar dalam politik. Kita hanya akan tertipu. Jika kita letakkan maslahah dan kebajikan rakyat sebagai yang utama dan bukan hanya nak gula-gulakan pihak pemerintah mahupun pembangkang insya Allah kita telah meletakkan isu ini di tempat yang betul.

9. Dengan kuasa di tangan rakyat, kerajaan dan pembangkang sekarang boleh bertukar status. Biar rakyat yang membuat pilihan.

10. Saya menyanjung tinggi keperibadian Yang Dipertuan Agung Tuanku Mizan yang mahukan keadilan ditegakkan. Saya difahamkan keadaan bertambah baik sekarang. Pihak BERSIH pun sudah bersetuju mengadakan perhimpunan di stadium. Biarlah suara rakyat didengari. Malah pihak kerajaan melalui Perdana Menteri juga dijemput mempersembahkan polisi dan pendirian mereka.

11. Kolesterol dan keadilan ada kaitannya di sini. Mudah sahaja. Tak boleh lebih, tak boleh kurang, tapi bersederhana, sekadar yang perlu. Begitulah kolesterol.. Begitulah keadilan. Kalau pening, hantuk kepala kat kawan sebelah. Ok tak, saya bagi contoh lebih mudah.

12. Cuba timbang emas dan kapas. Nak bagi seimbang dua-dua belah atas penimbang, rasanya sama tak seketul emas dengan segumpal kapas. Tak kan? Emas seketul mungkin perlu seguni kapas. Ini namanya keadilan. Meletakkan semua di tempat betul. Kaitannya celoteh saya dengan isu yang kita bincangkan ialah tentang sifat fanatisme. Janganlah terlalu taksub dengan parti politik sehingga kawan sendiri pun dimusuhi.

13. Janganlah kerana kawan kita berlainan pendapat tentang BERSIH, kita tak boleh berimamkan dia di surau atau masjid. Seolah-olah politik penentu syurga neraka.

Comel kan?
14. Selagi mana kita berpegang kepada kalimah tiada tuhan selain Allahu ta'ala, nabi Muhammad rasul Allah dan hamba-Nya, ada sebab lebih besar kah kita perlu menyisih orang yang lain pendapat dengan kita? Inilah taksub pada saya.

15. Mesej saya mudah. Bersihkanlah balik hati kita semua dan nilai tujuan hidup. Kepada pihak pemerintah negara yang dihormati, adillah terhadap pembangkang. Buktikan anda lebih baik daripada mereka. Kalau takut tewas di pilihan raya, jangan salah guna kuasa. Rakyat sekarang tidak bodoh seperti dulu. Perkara yang sama juga ditujukan kepada pembangkang, kerana mungkin suatu hari mereka yang memerintah.

16. Saya menyokong sepenuhnya persaingan politik sihat di negara kita. Kewujudan pihak pembangkang seharusnya disyukuri. Kalau tidak pihak pemerintah hanyut dengan dunia fantasi sendiri tanpa sebarang cabaran. Sistem demokratik begini sihat dan bersih maka janganlah kotorinya dengan pemanipulasian.

17. Semoga Allah berkati seluruh pemimpin dan rakyat Malaysia.

Dirgahayu tanah milik Allah.

Wallahuaklam. Assalamualaikum wbt.

P/S: Saya tak mahu hurai panjang tentang perarakan jalanan, tetapi pada saya, jika pihak pemerintah tidak takut dan memberi kerjasama, huru-hara tak sepatutnya berlaku. Mungkin perlu tukar topik sekarang, kerana kelihatannya memang tidak akan ada perhimpunan jalanan.


2 comments:

AzwanRamli said...

Alhamdulillah.Nice sharing.

Amirul Asyraf said...

Salam Ukhuwah. Alhamdulillah. Thank you bro Azwan ;-)

Post a Comment

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq