Bukan permata tetapi akhlak yang mencantikkan anda - ILuvIslam |
Assalamualaikum w.b.t
Marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah sebagaimana doa para malaikat ketika mengakui bahawa Allah sahaja yang memiliki segala ilmu termasuklah ilmu yang kita miliki sekarang, kerana ilmu itu TIADA melainkan setelah Allah ajarkan kepada kita.
Surah Al-Baqarah (2:32): "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh, Engkau Maha Mengetahui, Maha Bijaksana."
Rakan-rakan sekalian,
Kali ini izinkan saya mengolah sedikit sebanyak perkara yang didasari oleh pendapat akal sendiri yang diinspirasikan daripada konsep keadilan dalam Islam (meletakkan sesuatu di tempat yang selayaknya). Prinsip sebegini pada saya menganjurkan peletakan perspektif yang betul pada satu-satu perkara tanpa meletakkan padanya kerigidan yang melampau- seolah-olah ia sahaja yang betul (semua yang lain salah)- sebab itu namanya pendapat.
Ayuh kita mulakan. Tajuknya ialah murah dan mahal. Tapi saya bukan ingin berniaga. Ini bukan MLM =p
Mas Kahwin
Persoalan pertama ialah mas kahwin. (Seronok bercakap bab kahwin sebab saya belum berkahwin) hehe. Di Facebook, terdapat 1 artikel yang membuat perhitungan (kira-kira) bahawa minimum mas kahwin di Malaysia sekarang ialah RM 36 050. Yer, Ringgit Malaysia, bukan Rupiah yer? Persoalannya ialah, gadis kita sekarang mahal?
Makanya, masuklah bab kuantiti dan kualiti. Kualiti seorang wanita yang dikahwini bukan dinilai dari berapa mahal dia (mas kahwin) sedangkan yang tidak membebankan bakal suami itulah yang terbaik. Ini belum bercakap dari segi agama, paras rupa dan keturunan, kesemuanya termasuk dalam satu pakej yang mesti diambil kira- tetapi bukan fokus perbincangan kali ini.
Begini perspektifnya. Dalam Islam, setiap yang disyariatkan dan dianjurkan, sebenarnya adalah berdasarkan maqasid atau matlamat akhir yang ingin dicapai. Sebab itu bab hukum menghukum perlu diteliti dengan cukup baik, kerana kita bimbang sama ada terlanjur menghalalkan yang haram, atau mengharamkan yang halal- akhirnya objektif tidak tercapai. Maksudnya begini. Arak contohnya, haram diminum. Ia merosakkan akal. Tetapi jika tidak meminumnya boleh mendatangkan mudarat seperti kehilangan nyawa (sebagai contoh), maka ia menjadi halal, hanya untuk tujuan memelihara nyawa. Perkara ini berdasarkan tertib seperti berikut, Agama (Deen), jiwa, akal, keturunan dan harta. Bermakna, Agama (Deen) perlu didahulukan berbanding jiwa, sebagaimana perlu didahulukan jiwa (nyawa) berbanding akal, dan begitu jugalah seterusnya.
Sebab itu dalam situasi di atas (arak), kita memelihara nyawa sedangkan mungkin ada sedikit mudarat pada akal. Ini konsep keutamaan- maka inilah konsep keadilan dalam Islam.
Berbalik kepada hal maqasid (matlamat) melakukan sesuatu. Satu analogi yang cukup baik ialah menanam pokok durian. Matlamatnya bukan menanam, tetapi mendapatkan buah. Dalam Islam, kita bukan sahaja diminta menanam pokok, tetapi meraih hasilnya (buah durian), iaitu sebagai gambaran bahawa setiap tindakan mesti didasarkan kepada apa yang ingin dicapai. Solat misalnya, antara lain adalah supaya kita tidak melakukan perkara mungkar (sebagai tanda pengabdian dan taqwa), maka jika terus melakukan maksiat, maka haruslah diperbaiki solat itu. Sama juga, selagi mana tidak berbuah pokok durian, harus diperbaik teknik penanaman dan penjagaan ;-)
Alamak, tiba-tiba mas kahwin jadi buah durian? hehe Maaflah, perlu diterangkan terlebih dahulu konsep di atas, barulah mudah difahami perbincangan berikutnya (di bawah).
Baik, kita kembali berkahwin. Eh, maksud saya, kembali kepada bab mahalnya mas kahwin gadis Malaysia.
Pada saya, baiknya mas kahwin yang tinggi adalah supaya golongan Adam membuktikan keseriusan dalam mendirikan rumah tangga. Kalau tidak, bayangkan hanya RM 0.20 sebagai mas kahwin, selepas malam pertama, besoknya jatuh talak satu kerana sudah dapat maqasidnya (malam pertama) =p. Ini namanya ambil kesempatan. Sebab itu pentingnya memahami situasi masyarakat. Dengan kata lain, saya bersetuju dengan mas kahwin yang tinggi sebagai salah satu mekanisme untuk elakkan situasi yang dimaksudkan- jika memang golongan Adam dalam komuniti itu tegar bersikap sedemikian.
Cuma, mari kita kembali kepada cantiknya Islam. Kenapa Islam meletakkan Agama (Deen) sebagai kriteria nombor satu dalam hal ini? Sebab tidak kiralah berapa nilai mas kahwin, pemahaman dan penghayatan Agama (Deen) akan memastikan ikatan perkahwinan itu berterusan, maka maqasid (matlamat) seperti mendapat keredhaan Allah, menghidupkan sunnah, kesinambungan zuriat dan sebagainya akan tercapai- kerana itulah yang dicari oleh yang beragama apabila mereka ingin berkahwin.
Maka di mana mahal atau murahnya?
Seorang wanita yang meletakkan duit sebagai matlamat perkahwinan adalah seorang yang murah kerana pada saya gadis sebegini boleh dibeli (dengan wang ringgit)-walau setinggi mana pun nilai mas kahwinnya. Manakala, seorang yang niat perkahwinannya berlandaskan Islam, maka dialah yang paling mahal walaupun hanya dengan mas kahwin RM200 kerana dia tidak dibeli. Dia berkahwin bukan kerana duit, tetapi kerana fitrah dan Agama (Deen)nya. Dia berkahwin kerana Allah, maka dia bukan sahaja tidak dibeli, dia bukan jua mahal, malah dia tidak ternilai harganya- kerana dia dimiliki bukan melalui pembayaran wang. ;-)
Soalan saya untuk gadis-gadis, mahu jadi mahal ke murah? Yang lelaki, nak cari yang mahal ke yang murah? Tak ada duit? hehe baca balik. Yang mahal (duit dan mas kahwin) itu yang boleh jadi murah (rendah moral dan keikhlasannya).
Senyumlah jika mahu orang lain senyum kepadamu - ILuvIslam |
Berpakaian
Sekarang, saya nak sentuh bab menutup aurat. Pertama sekali, kalau pergi mana-mana rujukan yang baik pun, akan dibangkitkan perkara yang sama bahawa aurat BUKAN hanya untuk wanita tetapi juga lelaki, walaupun sudah tentulah berbeza antara keduanya. Aurat lelaki ialah antara pusat hingga lutut, maka sesiapa yang rasa dia lelaki, faham-fahamlah.
Wanita lebih dilindungi, kerana seluruh anggota badannya (termasuk suaranya) ialah aurat kecuali tapak tangan dan mukanya. Noktah.
Sekarang, kaitannya dengan murah atau mahal. Sila fahami betul-betul yer? Ini pandangan saya. Kita yakin kita mesti menutup aurat sebab ia arahan Allah, pencipta kita yang nyawa kita di dalam tangan-Nya. Cukup jelas. Cuma sekarang bagaimana pula kalau kita cuba lihat dari sudut mahal dan murah, yang insya Allah sebenarnya tidak lain hanyalah pemikiran logik atau common sense yang sesiapa pun boleh faham.
Wanita. Kaum ini diminta memakai 'perlindungan' mereka iaitulah pakaian yang sopan dan bermaruah. Mereka juga mesti menjaga tingkah laku dan bicara, supaya tidak difitnah atau mendatangkan fitnah kepada orang sekitar.
Tetapi cantiknya Islam agama fitrah, segala yang 'haram' pada wanita kepada lelaki bukan muhrim menjadi 'halal' melalui ikatan perkahwinan. Begitu juga sebaliknya. Soalannya sekarang sungguh mudah, siapa isteri dan siapa suami kita? Orang awam? Kalau bukan, kenapa dedah sini dan sana? Ok, jangan dedah, tunjuk bentuk dan potongan sudah cukup. Kelakar. Lihat bagaimana kita cuba mengelak daripada mengikut syariat? Asalkan tutup? Sia-sialah usaha itu seperti keluar daripada mulut buaya masuk ke mulut harimau. Sedangkan pakaian ketat adalah tanda-tanda akhir zaman sebagaimana digambarkan seperti seorang yang berpakaian tetapi bertelanjang.
Inilah yang saya mahu kaitkan dengan konsep mahal dan murah. Wanita ialah seindah-indah perhiasan, tatkala seluruh bumi ini ialah perhiasan. Tetapi perhiasan yang paling indah ini juga ada yang mahal, ada yang murah. Yang murah, sebab ia mudah didapati. Di pasar lambak, di tepi-tepi jalan, di sana-sini termasuk di universiti. Medium jual-belinya hanyalah mata dan penglihatan. Maknanya, asalkan ada mata, dapatlah dihidangkan dengan 'persembahan percuma.' Tak perlu minta izin. Murah, tidak begitu? Di gedung penghabisan stok pun masih ada bayaran! Ini bukan murah. Ini percuma! Masya Allah, di manakah maruahmu wahai saudariku yang dikasihi?
Ok.Saya sambung. Seorang wanita yang mahal pula melindungi dirinya dengan cukup baik. Sejuk mata memandang. Cantiknya syariat. Besar dan signifikannya maqasid. Permata ini dijaga cukup baik kerana ia MAHAL. You nak, You masuklah meminang (dan kahwin)! contohnya, hehe ;-)
Tapi... Tunggu!! Soalan: Mana betul konsep macam tu. Kita ambil contoh pakaian. Kalau pakaian yang mahal, kita mesti nak tunjuk kat orang. Pakaian yang cikai dan murah, kita malu nak tunjuk. Begitu juga dengan barang perhiasan lain. Jadi, konsep yang betul ialah, kalau wanita itu mahal, janganlah malu nak memperagakan diri (aurat)! Sebaliknya yang biasanya tutup telengkup ni sebab dia tak cantik. Sebab tu dia tutup (aurat), sebab malu dan murah.
Fikir balik, memang logik pertikaian di atas. Yang murah lah yang biasa kita sorok tak begitu? Logik.. logik..
Tapi jawapannya mudah! Manusia dan perkara kebendaan dua perkara yang tak boleh disamakan. Eh, tapi kena ada buktinya betul tak? Sebab manusia ada akal? Betul. Sebab manusia boleh berfikir? Betul. Tapi untuk memahami dengan lebih mendalam kenapa kita perlu bezakan cara kita melihat konsep 'mahal dan murah' antara manusia dan material, perlulah saya terangkan berdasarkan situasi berikut.
Bayangkan Ahmad ada seorang isteri dan sebuah kereta Mercedes. Dia berkawan dengan Mamat yang juga ada isteri dan sebuah kereta Toyota Camry. Suatu hari, mereka bosan dengan kereta masing-masing. Maka, tidak menjadi masalah. Mamat pinjam Mercedes Ahmad, Ahmad pinjam Camry Mamat. Selesai masalah, hilang kebosanan.
Soalannya. Kalau mereka bosan dengan isteri? Boleh main tukar-tukar tak? Apa lu pikir ni main pondok-pondok ek? Fahamkan maksudnya? Ringkasnya, manusia ada maruah. Maruah itu harus dijaga. Tidak bermaruah jika berkongsi isteri dan bertukar pasangan, maka adakah anda selaku suami mahu isteri anda disentuh orang lain, atau anda sebagai isteri mahu biarkan suami anda bersekedudukan dengan isteri orang? Tidak mahu bukan? Maka, terbatallah hujah bahawa material dan manusia perlu disamakan. Tidak, tidak sama sekali. Dengan kata lain, jika kita bermaruah, kita lebih mahal jika menyembunyikan (menutup aurat) sesuatu yang hanya layak untuk yang selayaknya sahaja.
Demikianlah pada saya gambaran sebenar jika kita ingin melihat konsep mahal dan murah dengan akal yang celik dan mata hati yang bersih suci. Marilah sama-sama kita memohon daripada-Nya agar jika kita sudah berada di landasan yang betul, kita bersyukur, kita jadikannya satu kepatuhan kepada syariat dan bukan sekadar rutin atau adat, dan dalam masa yang sama kita terus pelajari ilmu dan kuatkan iman agar kita kekal di jalan itu. Sama-samalah juga kita berdoa agar kita diberi ilham untuk membantu rakan-rakan yang mungkin tergelincir dan memerlukan tangan kita tatkala mereka terkapai-kapai menghulurkan tangan meminta tolong. Allah sahajalah yang memiliki ilmu, dan juga segala hidayah serta manfaat daripada kedua-duanya.
Saya akhiri penulisan kali ini dengan satu pautan ke blog Ustaz Zaharuddin (klik sini) yang menyediakan doa khusus untuk para wanita sebagai perlindungan daripada cabul dan rogol, nauzubillahi min zalik. Kepada kaum lelaki, kongsikan dengan ibu, adik-beradik perempuan, saudara perempuan lain, serta isteri (jika ada)- saya ada calon jer haha gatal!! =p
Ringkasnya, doa tersebut (jika anda malas ke blog sana) ada dua, dan dalam doa yang kedua, begini terjemahannya:
Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim.
Saya sengaja merahkan sebahagian di atas supaya kita perlu betul-betul faham bahawa doa ialah satu bentuk tawakkal, dan tawakkal datang beserta dengan usaha. Maknanya, kalau baca doa ni, tapi aurat tak jaga, seksi mengalahkan Enjin, Lina dan Joli, maaflah saya tidak fikir Allah akan mengkabulkan doa orang begitu nauzubillah.
Dengan kata lain, mahu elak rogol dan cabul, elaklah dahulu perkara yang mengajak kepadanya. Bak kata pepatah (belum didaftarkan kepada DBP) =p, kalau tak mahu orang datang rumah, kenapa buat rumah terbuka?
Wallahua'lam. Sehingga ketemu lagi. Wassalamualaikum.
4 comments:
Nice one. Jzkk :)
Sgt pnjg tp berjaya juga habiskan.
Thank you for dropping by. Keep up the good habit of reading long articles. I think you are one of very few whom understands what it means by "no pain no gain." ;-)
perumpamaan yg menarik mirul.. =)
wanita yang menjaga maruahnya adalah seperti bunga mawar, cantik tetapi tidak mudah didekati.
lepas ni mungkin bleh wat penulisan yg memberi kesan kepada lelaki2 yg baca blog mirul ok =)
wallahua'lam
Terima kasih Najla. Lama x dengar berita. Hope everything's great.
Nway, because I believe that man and woman are complementarily connected in a certain way, this blog is actually meant for women as much as it is for men ;-)
Terima kasih untuk perumpamaan mawar berduri. Make sure you always maintain that 'duri.'
*wink wink* take care sahabat lama, Najla ;-)
Post a Comment