RSS

Sunday, October 10, 2010

Eksklusif: Dia Gadis Pilihan Hatiku

Assalamualaikum w.b.t

1. Islam menggariskan empat kriteria untuk diambil kira dalam memilih pasangan sebagai isteri. Daripada keempat-empatnya iaitu paras rupa, agama, keturunan dan harta, agamalah perkara pertama dan utama.

2. Mana-manapun lelaki sepertiku jarang-jarang menilai kaum Hawa dari aspek selain kecantikan, tutur bicara dan tingkah laku. Namun tidaklah padaku hal yang demikian menjadi masalah kerana hakikatnya, penghayatan agama seseorang terlalu abstrak untuk diujikaji. Menariknya, penghayatan agama sebenarnya apabila diterjemahkan dalam bentuk yang boleh dilihat masih lagi merujuk kepada perkara yang sama- kecantikan, tutur bicara dan tingkah laku (tidak lupa juga penampilan seperti cara berpakaian).

3. Aku tidak selalu jatuh hati pada insan bergelar wanita, mungkin dulu ya, tapi setelah pengalaman bercinta (ini betul-betul, bukan cobaan) dalam tempoh 2006-2009 berakhir dengan perpisahan, banyak pengajaran yang telah membuka mataku. Mujurlah hubungan kami terbatas dek Laut China Selatan yang tak sanggup aku renangi, kerana sekurang-kurangnya, aku berpeluang merasai dan melayan naluri biasa seorang remaja yang mahu disayangi, tapi dalam masa yang sama  bunga cinta kami mekar tanpa pernah kami berjumpa melainkan sekali, apabila cinta mula berputik pada tahun 2006, seawal sesi perkenalan pertama.

4. Padaku, Allah cukup berhikmah dalam memberi pengajaran. Aku dijauhkan daripada berlebih-lebihan dalam pergaulan dengannya, tetapi masih ada sedikit ruang di mana hatiku disuntik dengan indahnya cinta manusia, sehinggalah Allah menariknya kembali, supaya aku faham bahawa sebenarnya itulah yang terbaik. Mungkin dia bukan milikku, tetapi hubungan persahabatan kami tidak pernah putus, malah bertambah baik, alhamdulillah. Sungguh, cinta itu lebih indah setelah ini semua berlaku, kerana cinta kini ditakrifkan dengan akal yang lebih matang dan berusia.

5. Mungkin hanya sejak kebelakangan ini, hatiku disentuh lagi. Dia ini bukanlah seorang yang calang-calang padaku. Cukup lain daripada yang lain. Kehadirannya mengajar aku perbezaan antara wanita yang kelihatan menggoda dan wanita yang bila dipandang, sejuk mata memandang.

6. Ada hadnya, betul sekali. Tetapi dia cukup istimewa. Orang kata kalau sudah terpalit rasa berkenan, di mana-mana pun terfikir tentangnya. Indahnya akhlak dia sehingga bila diingati rasa bersalah timbul di hati. Sekaligus menjadi motivasi untuk terus berdoa dan berharap dia dapat menjadi pendamping hidup pada suatu hari, atau sekurang-kurangnya seseorang sepertinya. Juga motivasi untuk memperbaik diri, sebelum kelak tiba masa melangkah ke fasa hidup seterusnya, gerbang perkahwinan (alamak, lama lagi sebenarnya, jangan gatal Ibnu Hanaffi!)

7. “Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk perempuan perempuan yang keji (pula),sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).” (24:26)


8. Sebenarnya, artikel yang aku rancang lebih kepada pendapatku tentang pendekatan dakwah yang ku pegang. Tapi mungkin kerana tajuk seperti di atas lebih menarik dan sebenarnya ada kaitan dengan artikel ni, maka kumulakan begitu.

9. Begini kisahnya. Sekali lagi, insan istimewa ini menjadi rujukan. Aku harap ia adalah satu persamaan denganku. Inilah yang buat ku kagum padanya. Padaku, dalam dia menjaga identitinya sebagai muslimah solehah, dia tidak kulihat kekok menjalankan tanggungjawab ukhuwah sesama manusia. Aku amat berharap orang di sekelilingnya tersentuh dengan akhlaknya hanya kerana bergaul dengannya. Bukan senang ingin menjadi ikan yang tidak masin sepertinya, walaupun dia di dalam lautan natrium klorida. Sebetulnya begitu, kerana hormatku lebih besar kepada ikan-ikan yang tawar di lautan masin, sedikit sahaja mungkin hormat kepada ikan tawar di sungai yang tawar.

10. Inilah padaku, pendekatan dakwah yang sebenar- iaitu yakin dan kuat dalam membawa identiti Islam kepada yang bukan Islam, atau yang Islam tapi hanya separuh masak- inilah usaha yang bukan mudah, tapi besar impaknya. 

11. Aku tersentuh dengan artikel oleh Muhammad Jihad dalam Bahagian Kata Dua, Majalah Solusi Isu 24 (2010) yang sekurang-kurangnya tidak membuat aku rasa keseorangan. Benarlah katanya bahawa dalam dakwah, jangan kutuk tapi pujuk. Pendekatan hitam putih atau regimented (itu boleh ini tak boleh) bukan lagi caranya. Malah tidak pernah menjadi caranya. Rasulullah S.A.W sendiri dalam menyampaikan Islam (walaupun orang pertama) gah berani berdakwah dan banyak benar insan yang terkesan dek akhlak baginda yang masya Allah sangat tinggi dan berhikmah. 

12. Inilah yang kulihat masih kurang pada orang banyak yang mungkin juga termasuklah aku. Realitinya siapa pun kita sekarang tidak pernah menjamin siapa kita besok dan seterusnya, tidak pernah pula pasti siapa kita semasa kita mati nanti. Sebab itu amat bahaya untuk orang yang terlalu yakin akan terus kekal imannya sehinggakan orang lain dicelanya- atau mungkin jika tidak dicela, tidak diendahkan kerana dianggap masuk kategori ‘tiada harapan.’

13. Pertama, siapa kita untuk menghukum? Kedua, harapanku begini. Jikalah aku mampu mengubah walaupun seorang menjadi lebih baik daripada sebelumnya, itu adalah supaya suatu hari kelak, jika aku berubah ke arah jalan yang salah, mungkin dia yang berubah kerana pertolonganku ini yang akan menarikku kembali ke jalan yang diredhai. Nauzubillah, tapi inilah padaku antara contoh terbaik untuk menggambarkan bagaimana hidup ini ibarat roda.

14. Ketiga, lihat dan kajilah latar belakang. Ini ialah sebahagian daripada konsep adil dalam Islam. Adil ialah meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya. Maka jika tidak adil, lawannya ialah zalim. Kita maklum bahawa Allah melarang keras kita menzalimi diri sendiri. Dan ingatlah tidak semestinya melakukan perkara yang buruk itu sahaja dikira zalim, tetapi tidak melakukan perkara yang baik juga adalah zalim, cuma sebutan zalim dalam situasi ini mungkin perlu diringankan sedikit kerana ia merujuk kepada mendatangkan keburukan kepada diri sendiri (bukan zalim dalam erti kata kejam).

15. Keadaan inilah yang aku gambarkan sebagai dinamik kejadian manusia. Sebab itu padaku jika ingin membenci, jangan benci tuan empunya badan, tapi bencilah sifat atau akhlak yang buruk, dengan satu keyakinan bahawa akhlak dan sifat itu boleh diubah atau dibuang. Juga dengan keyakinan bahawa sifat dan akhlak buruk itu boleh juga berjangkit pada kita pula. Yakinlah yang manusia berubah, supaya datang kemahuan dakwah penuh berhikmah. Ibaratnya, jika benci pada perisian Windows Vista OS, janganlah benci pada laptop Acer (artikel ini ditaip menggunakan Acer =p), sebab mungkin suatu hari, Windows Vista OS itu akan diganti dengan Windows 7 OS pula. hehe Faham ke? =p

16. Latar belakang individulah yang ku rasa perkara paling sukar untuk dikaji dan difahami terutamanya dalam usaha menyampaikan dakwah. Cukup sukar masya Allah. Dan sebab sukarlah ramai yang tak buat. Walaupun sebetulnya, persoalan sebenar bukanlah susah atau senang, tetapi adakah perlu atau tidak. Perlu, perlu sangat-sangat. Walaupun takkan habis. Tapi bagaimana caranya. Padaku, sekali lagi, pendekatan yang terbaik ialah mendekati masyarakat. Bukannya membenarkan apa yang mereka lakukan, tetapi fahami dan cari punca kenapa mereka lakukannya. Mereka bukannya orang yang keliru dalam memilih cara hidup sebenar (belum pilih), tetapi mereka orang yang telah memilih jalan, tetapi jalannya salah. Ibarat peti sejuk yang penuh. Jika mahu gantikan isinya, tidak boleh terus disumbat, harus dibuang dulu yang sedia ada. Keadaannya sungguh lain dengan peti sejuk yang masih kosong tanpa isi.

17. Begitulah situasinya. Sebab itu, kurasakan eloklah jika didampingi orang yang tidak Islamik cara hidupnya, supaya kita menjadi contoh yang baik, dan dalam masa yang sama, dakwah yang halus berjalan walaupun mungkin secara tidak langsung, bukan juga secara paksaan. Aku khuatir, entah-entah ada dalam kalangan kita hidup dalam cara hidup Islam pun hanya kerana itu satu kebiasaan, dan bukannya pilihan. Maka berhati-hatilah kita semua untuk memperbetulkan balik keadaan. Bukan, bukan satu kebetulan bahawa berbanding segelintir (atau mungkin ramai) saudara lama, saudara baru (muallaf) biasanya lebih bersemangat mempelajari Islam, kerana mereka tidak mengikut sahaja, mereka membuat pilihan. Islam itu pilihan mereka. Maka, berjalanlah di bumi Allah untuk memahami ciptaannya, kerana melalui ciptaan, kita memahami Penciptanya. Jangan mudah melabel, tetapi berdoalah kepada Allah semoga jikapun bukan kita, mereka-mereka yang ‘jauh’ ini kembali dekat melalui inspirasi yang terpancar oleh kumpulan da’ie yang jelas identiti Islamnya, tetapi prihatin terhadap mereka yang bukan dari golongan mereka.

18. Amat kuharapkan agar aku tidak disalahfahami. Berdamping dengan ulamak dan bijak pandai adalah amalan yang sangat baik, benar sekali, tetapi janganlah sampai menjadi alasan untuk kita membiarkan insan lain terkapai-kapai, seolah-olah syurga itu terlalu sempit dan hanya muat untuk kita seorang sahaja, padahal nikmat Allah banyaknya tidak akan terbayang dek pancaindera kita, apatah lagi Allah itu Maha Kaya dan tidak terbatas rahmat dan balasan baiknya.

19. “Maka tidak seorang pun mengetahui apa yang disembunyikan untuk mereka yakni (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan hati sebagai balasan terhadap apa yang mereka kerjakan.” (32:17)

20. Tidak juga aku kata perlu menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal hanya untuk tujuan mendekati masyarakat, tetapi aku lebih menekankan kepada bagaimana kita mendepani perkara-perkara sebegini, lebih-lebih lagi bila ia sudah berlaku (It is not only a matter of what you say about it, it is instead also a matter of how you deal with it). Setiap yang berlaku, jika salah, ambil pengajaran, jika betul buat pedoman. Seterusnya, terus maju ke hadapan dan dekati orang ramai dengan mulakan melalui pergaulan yang baik, untuk membuka pintu perkenalan, supaya kita memulakan langkah untuk memahami, sebelum kita difahami. Ingatlah, biarlah mungkin hasilnya bukan sekarang, padahal bagi orang yang beriman, dia akan yakin bahawa dakwah itu satu proses! Proses yang paaaaaanjannnnnnnnng. <--- lebih panjang daripada ini semestinya =p.

21. Maaflah jika terlalu panjang artikel ini. Sebab itu saya ambil pendekatan untuk nomborkan setiap perenggan, supaya jika hanya baca sebahagian, boleh tahu di mana nak sambung bila saudara atau saudari singgah lagi di sini. 

22. Akhir sekali insya Allah, adalah berkaitan dengan situasi sebenar dunia sekarang dari kaca mataku sendiri. Aku yakin hampir semua orang pernah menonton, atau sekurang-kurangnya mendengar tentang The Arrivals. Cukup panjang jika mahu dijelaskan komenku tentangnya. Namun satu perkara yang padaku mesti diceritakan di sini ialah kepentingan untuk kita sedar strategi musuh untuk melawan pihak musuh. Taktik halus yang digunakan golongan yang bertentangan dengan umat Islam memang cukup bijak. Tapi aku percaya, ia tidak mudah. Mereka sudah lama mengkaji Islam dan umatnya. Inilah yang mungkin tidak difahami oleh sebahagian kita. Sebut sahaja musuh Islam, kita terus lari dan jauhkan diri daripada mereka. Padahal yang jahat letaknya pada niat dan perbuatan mereka. Habis tu apa yang tak jahatnya?

23. Senang sahaja. Nilai dan sikap. Inilah persepsi yang perlu diperbetulkan. Sejahat manapun orang kafir ini, mereka dianugerahkan akal oleh Allah dan jika kita percaya bahawa akal mereka itupun adalah kurniaan Allah, kenapa tidak kita mengkajinya? Dekatkan diri kita dengan mereka, sebagaimana mereka mendekati kita. Dekati di sini bermakna kita kaji. Malah, banyak nilai-nilai positif ini dicedok daripada Islam dan Al-Quran, maka kenapa kita tidak mengkajinya?

24. Itulah padaku antara cara yang terbaik untuk menentang musuh Islam- memahami mereka, kerana mereka pun sudah faham dan cukup masak tentang kita. Contohnya, cukup bijak mereka apabila tahu bahawa Islam itu kuat bila umatnya meletakkan sandaran kekuatan pada yang kekal, iaitulah Allah. Maka apa yang mereka lakukan? Tukar sandaran itu.

25. Daripada bergantung kepada Allah, kita kini bergantung kepada hiburan. Kita bergantung kepada wang. Kita bergantung kepada makanan. Apa bezanya makanan, hiburan dan wang berbanding Allah? Pertama, mereka tidak kekal. Kedua, siapa yang memonopoli industri hiburan, industri makanan dan juga mencipta wang? Mereka. Apa signifikannya? Signifikannya ialah apabila kita tidak lagi boleh hidup tanpa hiburan, makanan dan wang kerana terlampau bergantung kepadanya, musuh Islam ini boleh menarik semuanya dalam sekelip mata dan hanya akan memberikannya semula selepas kita ikut kehendak mereka. Logikkah? Jangan gundah. Percayalah pada Allah. Kerana mereka pun (musuh Islam) sebenarnya bergantung kepada ciptaan mereka, tetapi dengan syarat kita sedar dan tidak bersama-sama mereka.

26.     "Dan berpegang teguhlah kamu pada tali (agama) Allah..." (4:103) kerana itulah yang pasti kekal. ;-)

27. Ayuhlah kita semua berfikir sejenak dan merangka strategi yang lebih baik dan jangan sesekali ambil jalan mudah. Ingatlah, jalan ini pasti getir, tapi kita tak boleh mengalah. Kita tak boleh biarkan umat Islam terus menjadi buih di lautan. Sebaliknya kita mahu menjadi tsunami yang kuat dan padu. Orang kafir hebat dan petah menyampaikan hujah dan propaganda, janganlah kita cari alasan untuk tidak banyak bercakap kerana ingin kurangkan dosa daripada perkataan kononnya, padahal sebaiknya padaku, ialah menambah ilmu dan menyampaikan, supaya setiap perkataan, biarlah sikit atau banyak, yang lebih penting ialah isi dan manfaat daripadanya. Letaklah sesuatu di tempat yang sepatutnya. Begitu cara kita melawan mereka, jangan pasif!

28. Kata Saidina Ali, “Kebenaran yang tidak tersusun (terancang) akan kalah oleh kebatilan yang tersusun.” Renung-renungkanlah. Kejayaan tidak datang dengan mudah.

29. Wahai muslimah solehah yang memberikanku inspirasi, ku bertasbih kepada Allah (alamak, pengaruh KCB? =p) atas kewujudanmu di muka bumi ini. Ku hanya mampu berharap, tetapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untukku dan juga untukmu. Semoga engkau kekal begitu, malah insya Allah bertambah baik lagi.

30. “Cinta itu,” kata Prof. Dr. Abdul Halim Abu Syuqqah dalam Tahrirul Ma’rah fi ‘Ashrir Risalah, “Adalah perasaan yang baik dengan kebaikan tujuan, jika tujuannya adalah menikah.”

Wallahuaklam. Ibnu Hanaffi mengundur diri. (^_^)V

15 comments:

Asyraf Spark said...

like this post xD

Amirul Asyraf said...

eh cepatnya baca. Dr Asyraf the quick reader. Thanks! =)

Nabihah Farhana Ismail said...

waaahhh seseorg jatuh cinta!! ^.^

Amirul Asyraf said...

haha Biha. I'd rather call it an admiration.

thanks for dropping by! I visit yours too at times ;-)

Anonymous said...

wahai saudara, menarik artikel ni... isi kandungnya mashaAllah baik... sedikit tazkirah dari saya untuk saya dan semua...
1) berhati-hati dengan permainan syaitan
2) kalau xtahan masuk minang tros le... heheh
3) kalau x, berpuasa... kerna mengingati itu adalah zina hati... Laa takrabuzzina... "Janganlah kamu menghampiri zina"... yakni, berzina dilarang, menghampirinya juga dilarang...
4) mungkin bila berkata terlalu senang, tapi bila ditranslatekan pada amal, hanya Allah yang mengetahui cabarannya... saya pun telah merasa sedikit, maka sama-samalah belajar lagi... andai boleh, memang ingin jadi seperti para sahabat Rasulullah dalam sekelip mata...

sekian, wassalam... =) teruskan menulis Aleng!

Amirul Asyraf said...

Terima kasih saudara (atau saudari?).

Ana sedar dengan pesanan nabi tue. Terima kasih ingatkan kembali. Ada hasrat meminang, tapi kalaulah ia semudah kata lafaz semata-mata, dah lama ana buat. Tapi buat masa ni, ana belum mampu, dan ana nak study.

Ana cuma terkesan dengan sikap dan perwatakannya. Seperti kata ana di atas, biarpun mungkin bukan dia, mungkin org lain, tapi melaluinya kini ana lebih jelas tentang kriteria seorang isteri yang ana nak cari. Walaupun bukan sekarang, perjalanan masih jauh.

Terima kasih sahabat =)

Anonymous said...

bila asyik fikir pasal dia, takut2 jadi zina hati
bila rasa sejuk mata memandang melihatnya, rasa nak tengok lagi, dan lagi dan lagi.. takut2 jadi zina mata
aleng, bukti cinta adalah apa?

-jalan sehala-

Anonymous said...

bos admire sapeeee ehhhh? :P bos yang agak perfect ni pun admire mcm2 kt "die" tu.ntah cm ne la agak nye "die" tu eh.

Amirul Asyraf said...

Jalan sehala:
Saya melihat ada beberapa perkara yang perlu dibetulkan, saudara/saudari.

Kita manusia dicipta dengan fitrah dan dengan itu dilahirkan dengan perasaan. Saya yakin Islam agama fitrah yang mengajar kita meletakkan sesuatu di tempat yang betul, maka perlu mengawal dan menjadi tuan kepada fitrah dan bukan memusuhinya. Islam agama yang mudah maka tidak perlu disusahkan. Tapi semudahnya pun tidak boleh diambil mudah.

Perlu dirujuk semula Kitab Riyadhus Solihin misalnya, kerana dijelaskan bagaimana zina hati ialah peringkat pertama berlakunya angan-angan di dalam hati ke arah perbuatan zina itu sendiri.

Tapi saya tidak bersetuju sekiranya kita menghalang fitrah diri untuk melihat sesuatu yang cantik, bukankan Allah jua maha Cantik dan suka akan kecantikan? Sebab itu perlu ada pencirian berkenaan perkataan 'cantik', dan saya rasa perlu difahami dari aspek penampilan wanita misalnya, ada beza antara 'sejuk mata memandang' dan 'menggodakan.' sebab itu tidak adil untuk menafsirkan sendiri melainkan tahu apa yang sebenarnya maksud dari pihak saya. Akhlak yang baik pun boleh digambarkan sebagai cantik dan tidak salah untuk mengaguminya. ;-)

Maka tidaklah saya rasa benar untuk keadaan yang dinyatakan supaya dirujuk kepada zina hati, maka perlu lebih berhati-hati dalam memahaminya. Sudah ramai insan yang kononnya taat kepada Tuhan dengan mengekang dan melawan fitrah (padahal tidakpun disuruh begitu) sehinggakan suatu hari dia sendiri yang kecundang dan terbabas ke jalan yang tidak betul (kerana manusia itu lemah), dan ini benar-benar berlaku saudara/saudari.

Walaubagaimanapun, jika zina hati ini betul-betul dirujuk kepada angan-angan melakukan perbuatan yang sedemikian, maka saya terima ia sebagai satu dosa yang mesti dielakkan, dan saya memohon lindungan Allah dari bala bencananya.

Wallahuaklam =)

Anonymous 2:

err thanks my dear friend for dropping by.Really appreciate ur encouraging words, but I am too far from being good, let alone to go near perfect- which is why I struggle hard to always be the kind of guy I should be. ;-)

You are right in the sense that this admirable person is to my eye like no other. To me, personally. I don't know but maybe someday there will be only at least 2 options left for me.

1. I forget about her.
2. I propose to her and you guys will know all about it haha =p

Way to go my friend. Take care!!! =)

Anonymous said...

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

cmne yang dikatakan wanita solehah itu?

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya “ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?”

Si ayah pun menjawab “anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik”

Si ayah terus menyambung
“muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”

“lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu.
“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

Setelah itu si anak bertanya”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”

Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata”pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”

Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH.

“Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”(riwayat Al Bazzar)

kemuliaan seorang lelaki apabila dia menjaga kehormatan seorang wanita..:D

Amirul Asyraf said...

Anonymous: Dear Friend, thank you, a helpful description for me to look for life companion hehe =p

No, I'm not serious. Maybe not now.

Thank you very much for sharing. Really appreciate it. And thank you for dropping by.

I doubt you don't have a blog, given your passion in sharing ;-) Might as well you want to share your blog hehe =)

Wassalam- Ibnu Hanaffi

Anonymous said...

yeah,hv no blog actually.me oredy added u into my fb jus few hours..all ur posts really nice n made me realized bout certain things =D ouh,btw pasal my last words kt recent comment tu "kemuliaan seorang lelaki a/p dia menjaga kehormatan seorang wanita"..if u catched somting on that words,4 sure kita akn sedar apa peranan kita sbnrnya kt muka bumi ni.lelaki dan perempuan saling memerlukan is it?and kena sedar kerana perempuan lelaki jadi begini dan begini,kerana lelaki juga perempuan jadi begini dan begini..nice huh~hehe.anyway,sbg lelaki atau ketua,peranan lelaki lebih utama dari perempuan..dan sgt2 berat.

walaupun suka pada seseorg,yg pntg jg hati..itu kunci segala2nya.sekuat2 pemimpin,adalah pemimpin yg mampu memimpin diri dia dgn baik =) nak "sesuatu",biar "sesuatu" itu diredhai..

pgg saja dgn prinsip dri kmu sndri..asalkan tak lari dari landasan.Allah Maha segala2nya..

semoga Allah rahmati kamu sahabat =)

Amirul Asyraf said...

Semoga Allah rahmatimu jua sahabat.

I have at least 2 options from fb:

Wardatul Husna or Rudza Samsudin

Still not sure who you are, but never mind, if you prefer to stay anonymous ;-)

I really appreciate your encouraging and calming words though. Thank you a million tonnes =)

Praise be upon Allah and may He bless us all.

Ameen. Take care dear friend =)

Wassalam

rudza said...

ya,the 2nd one..rudza samsudin.blogging is not my fav actually,but i love to read people's writing.most of are quite easy to read,easy to understand.simple reading quite oky for me..like yours =)

keep on sharing with ppl out there friend.

may Allah bless you too..Ameen.

Assalamualaikum

Amirul Asyraf said...

Waalaikumussalam Saudari Rudza Samsudin ;-)

Post a Comment

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq