RSS

Wednesday, January 23, 2013

Cermin


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Berapa ramai yang cermin muka setiap hari, tapi tak pernah cermin akhlak?



2. Yang cantik itu ada dua aspek. Satu pada fizikalnya. Kedua pada sikap dan tingkah lakunya.

3. Ada yang cantik tapi menggedik-gedik.

4. Ada yang sederhana tapi menyejukkan mata. Kalau yang seksi harganya murah dek kedapatannya yang merata-rata.

5. Bercakap mengenai cermin, satu bentuk falsafah atau cara faham yang saya suka nukilkan adalah tentang perlunya orang di sekitar kita untuk menegur dan menasihati kita. Dan di sekitar kita tak semestinya orang.

6. Hari ini jika kita bangun dari tidur rambut kusut masai maka yang menegur kita ialah si cermin yang tak bersuara.

7. Melaluinya kita melihat susunan rambut yang seperti diribut lalu kita urut menjadi kemas tak patut.

8. Namun cerminan diri bukan hanya berbentuk fizikal.

9. Masyarakat sekeliling kita juga adalah cermin sosial yang berkata dalam bisu.

10. Pernah tak si jelek melihat cermin lalu mengejek diri sendiri akan dia yang jelek? Adakah matanya tak celik?

11. Begitulah ku percaya kehidupan ini.

12. Ada benarnya keberadaan orang yang buruk di sekeliling kita itu adalah tanda dari Ilahi bahawa yang buruk itu sebenarnya kita. 

13. Bagaimana ya?

14. Dua caranya.

15. Pertama: Jika kita melihat orang melakukan kesilapan, kenapa tidak terlebih dulu terbit di fikiran mungkin aku juga sedang melakukan perkara yang sama?

16. Contohnya bila hari ni orang memaki hamun kita lantas daripada membalas dengan hamun bertimbun-timbun, cuba jentik hati dan persoalkan, mungkin ini balasan kerna aku juga pernah memaki hamun orang di sinun?

17. Cermin ini mengingatkan kita, bahawa buruknya orang itu adalah kerana berpunca daripada keburukan kita dahulu. Perlu diubah, benar, tapi ubahlah yang paling dekat dulu. Siapa yang lebih dekat dengan kita jika tidak diri sendiri?

18. Cara kedua: Cermin kotor menjadikan wajah yang melihatnya turut kotor.

19. Betulkan cara kita melihat dan menilai alam sekeliling. Kadang-kadang yang buruknya bukanlah permandangan, tapi mata yang memandang, atau cermin mata yang bersalut arang.


20. Cermin juga mengingatkan kita pada wajah.

21. Diciptakan wajah kita seiras dengan ibu dan bapa kita, kerna di mana pun kita berada, melihat wajah di cermin mengingatkan kita pada bonda dan ayahanda tercinta.

22. Demikian juga jika panjang umur kita semakin tua dan keduanya sudah tiada, wajah kita yang berkerut dan berusia tidak kurang irasnya dengan bonda dan ayahanda. 

23. Lantas hati yang sayang akan timbul rasa rindu yang mendalam terhadap orang yang di hati sentiasa bertandang.

24. Kata orang juga, si suami dan si isteri, jika ngam dan intim, suatu masa akan menjadi iras-iras mukanya, cara senyumnya, cara marahnya, sama dan serupa, tanda rumah tangga bahagia.

25. Demikian juga bila dikurniakan cahaya mata. Si anak mengingatkan isteri pada suaminya dan si anak mengingatkan suami pada isterinya. Kasih dan cinta pada wajahnya.

26. Moga cermin-cermin di dunia ini menjadi asbab kita melahirkan dan menzahirkan kasih sayang insya Allah.

27. Siapa yang rasa saya hensem, sila buat pemeriksaan mata. Siapa rasa saya tak hensem, sila buat pemeriksaan hati (jiwa). Sekian.

Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt.

2 comments:

Qistina Sumaiya...(^_^) said...

Siapa yang rasa saya hensem, sila buat pemeriksaan mata. Siapa rasa saya tak hensem, sila buat pemeriksaan hati (jiwa). Sekian.

-tak tahu nak check mana satu. haha.

nice entry

Amirul Asyraf said...

Jazakillahu khairan kasira ya ukhti fillah, qistina =D

Post a Comment

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq