2. Saya rasakan, sudah lama saya sendiri mengaji dengan guru (secara formal di sekolah atau kampung), selain membuat pembacaan serta analisis dalam hal-hal berkaitan Islam terutamanya melalui minat saya dalam bidang perbandingan agama (comparative religion) sehingga sampai satu masa, saya rasa seperti ada sesuatu yang tertinggal.
3. Fardhu Ain. Ya, fardhu maknanya wajib dan ain itu individu, maka (ilmu) Fardhu Ain itu adalah ilmu yang wajib difahami dan dipelajari serta dipraktikkan oleh setiap individu Muslim.
4. Benar, memang kita juga ada sumbangan serta peranan masing-masing dalam kerangka hidup bermasyarakat dan tanggungjawab ini dinamakan Fardhu Kifayah, namun saya ingin mengajak kita untuk kembali menyemak ilmu asas (basic foundation) kita dalam Islam, agar bak kata pepatah, situasi 'yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran' tak berlaku pada diri kita insya Allah.
5. Oleh itu, saya luangkan sedikit masa untuk menyiapkan pautan (links) seperti di bawah sebagai salah satu usaha menyebarkan ilmu Fardhu Ain untuk manfaat kita semua.
6. Untuk makluman, terdapat 59 siri ceramah dengan topik yang berlainan dan ceramah ini kesemuanya disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus (moga Allah menganugerahkan beliau Syurga ameen) berpandukan Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap.
7. Ceramah ini dalam bentuk mp3 dan untuk setiap siri, tempohnya adalah lebih kurang 1 jam lebih. Berita baiknya ialah, setiap fail untuk setiap siri amat kecil saiznya maka amat mudah dan cepat untuk dimuat turun.
8. Berita baik lagi ialah, anda akan muat turun di laman Mediafire, yang membenarkan aktiviti muat turun secara 'berjemaah', yakni tanpa perlu tunggu muat turun selesai untuk fail yang lain tetapi boleh dibuat sekaligus dalam satu-satu masa.
9. Jika anda mahu terus muat turun kesemua 59 siri di bawah sebagai 1 fail, saya sudah gabungkan kesemua siri ini dalam format Winrar dan boleh dimuat turun di laman 4shared di sini. Saiznya agak besar iaitu lebih kurang 475Mb.
Ceramah (mp3) Kitab Asas Fardhu Ain Lengkap Penyampai: Ustaz Azhar Idrus
10. Sebelum saya terlupa, kesemua koleksi mp3 ceramah ini sebenarnya diambil daripada satu laman web yang cukup bermanfaat iaitu Mymaktabaty.com.
11. Terdapat ribuan arkib ceramah para asatizah tempatan yang terkenal dan hebat dan anda boleh melawat laman tersebut untuk melihat sendiri betapa luasnya peluang untuk mempelajari ilmu-ilmu Islam.
12. Namun, ini hanyalah salah satu daripada inisiatif dan alternatif yang ada. Saya sama sekali tak menafikan bahawa mengaji dengan berdepan dengan guru itu (bertalaqqi) adalah paling baik maka sama-sama kita usahakan sekadar mampu.
13. Semoga bermanfaat dan mohon didoakan agar saya serta keluarga sentiasa dalam rahmat dan hidayah daripada Allah SWT ameen.
BONUS
14. Salah satu widget yang popular dalam kalangan blogger ialah imej statik bermesej. Saya juga kadang-kadang suka letakkan widget ini di blog, bergantung kepada masa dan keadaan serta mood.
15. Kepada yang berminat, anda boleh melawat adiwidget.blogspot.com, kerana banyak sumber widget Islamik seperti ini boleh diperoleh di sana dengan percuma!
16. Dengan sedikit ilmu yang ada, saya menggabungkan apa yang ada dari blog itu dan telah hasilkan satu template sendiri seperti di bawah. Gambar Ustaz Azhar Idrus.
17. Kepada sesiapa yang mahukan tutorial dan widget seperti gambar di bawah ini (dan di blog saya), jangan segan silu taipkan emel saudara/saudari di dalam kotak komen di bawah atau boleh terus emelkan kepada saya di jako_imp(at)yahoo.com untuk lebih memudahkan saya insya Allah.
Sekian terima kasih. Allahuaklam, selamat mendengar dan moga bermanfaat ;-)
1. Tersebutlah satu kisah. Bukan cerita asal saya. Tapi saya namakan cerita ini "Kisah Tempurung Kelapa!" (sila baca dalam nada muzik Doraemon).
2. Kenapa? Nak tahu, bacalah dulu ya?
3. Begini kisahnya.
4. Ada seorang suami. Dia ada seorang isteri dan dianugerahkan 2 orang anak. Dia sangat sayangkan isterinya, sehinggakan apa jua yang isterinya minta, semua dia bagi.
5. Kedua ibu bapa si suami ini masih hidup dan mereka tinggal bersama mereka di rumah.
6. Malangnya, si isteri tak menyukai perkara ini. Dia langsung tak menghormati mentuanya.
7. Atas permintaan si isteri, ibu bapa si suami walaupun tinggal bersama, tetapi diasingkan bukan sahaja di sebuah bilik yang dibina khas di laman rumah dan terpisah daripada rumah banglo dua tingkat mereka, malah juga diasingkan segala bentuk kemudahan mereka seperti pinggan mangkuk serta pakaian yang dibasuh.
8. Orang tua si suami ini masih mampu bersyukur dan bersabar kerana dengan rahmat Tuhan, kedua-dua orang cucu mereka, sangat rapat dan suka akan mereka. Mungkin kerana ibu bapa mereka ini sibuk bekerja, maka mereka lebih senang bermain dan berjenaka dengan atuk dan opah mereka.
9. Kecil lagi mereka ni. Seorang 6 tahun, namanya Boboi, dan seorang lagi si adik manja dipanggil Gegirl. Gegirl baru berusia 5 tahun.
10. Suatu hari, sewaktu ayah mereka tiada di rumah, mereka melihat ibu mereka memberi nasi kepada atuk dan opah mereka untuk makan tengahari. Waktu tu cuaca panas terik. Mak mereka pun nampak macam panas hatinya. Mungkin diminta oleh si suami untuk memberi makan kepada atuk dan opah agaknya.
11. Jelas terpancar tak ada keikhlasan di situ.
12. Namun yang lebih memeranjatkan kedua-dua budak kecil ini adalah apabila melihat bekas yang digunakan oleh ibu mereka untuk mengisi nasi dan lauk untuk atuk dan opah. Tempurung kelapa!
13. Naluri budak kecil yang sentiasa ingin tahu, mereka bertanya kepada ibu mereka tentang itu. Kata ibu mereka, tak mengapalah diberikan makan orang tua itu dalam tempurung kelapa sebab mereka dah tua dan tak kisah pun. Malah dimarahi pula kedua-dua kanak-kanak kecil yang jujur dan baik hati ini.
14. Peristiwa itu benar-benar terpahat di dalam hati Boboi dan Gegirl. Namun, lebih remuknya hati atuk dan opah mereka, siapa pula yang tahu. Hanya Tuhan yang memahami.
15. Sehinggalah suatu hari si suami isteri ini bersama-sama anak mereka Boboi dan Gegirl berjalan-jalan di pekan pada satu hujung minggu. Hujan rintik-rintik dan angin lembut membelai orang yang lalu lalang.
16. Ketika mereka hendak pulang menuju ke tempat letak kereta, Boboi dan Gegirl ternampak satu tempurung kelapa yang terapung-apung dibawa arus air hujan di dalam longkang kecil di tepi jalan.
17. Lalu Boboi memberanikan diri bertanya kepada ibunya, "Mama, nak ambik yang tu!" Pinta Boboi sambil jari telunjuknya menunjukkan ke arah tempurung kelapa yang sedang hanyut mengikut arah mereka berjalan.
18. Ibunya terkejut dan menjawab,"Eh Boboi, apalah kamu ni, kan kotor tu!"
19. "Tapi Boboi nak jugak mama. Boboi nak jugak!" Rungut Boboi. Ibu dan ayahnya saling berpandangan.
20. Lalu ditanya oleh si ayah," Boboi nak buat apa dengan tempurung kelapa tu?"
21. "Boboi nampak mama bagi kat atuk dan opah makan pakai yang tu. Boboi pun nak simpan jugak. Nanti bila Boboi dah besar, Boboi nak bagi mama dengan papa makan guna tempurung kelapa jugak!"
22. Tersentap hati pasangan suami isteri ini. Merah padam muka mereka. Barulah mereka tahu, kata-kata anak mereka ini, mungkin satu amaran dan petunjuk dari Tuhan yang Maha Adil lagi Maha Mengetahui!
23. Apa yang anda terfikir? Faham bukan? Berbalik kepada tajuk kita, itulah putaran kehidupan kita. Dalam bahasa omputeh ia dipanggil 'reciprocity.' Atau kalau nak ayat yang lagi panjang dan mudah faham, omputeh kata, 'What you give you get back.'
24. Sebelum saya teruskan, jom kita sentuh sikit hati kita dan menangis bersama-sama dengan menonton video di bawah ini.
25. Harapnya, kita benar-benar tersentuh dengan peringatan oleh Ustaz Don Daniyal dan mengambil inisiatif yang sepatutnya sebagai pengajaran daripada kata-kata beliau. Moga Allah SWT sentiasa merahmati beliau dan membantu beliau dalam usaha dan pengorbanannya pada deen kita.
26. Perkara ini sepatutnya sudah sebati dengan kita. Ia fitrah dan sepatutnya sudah lama difahami. Apa dia?
27. Bahawa seorang anak yang baik insya Allah akan menjadi ibu bapa kepada anak yang baik. Dengan kata lain, jika kita berbuat baik kepada ibu bapa kita, insya Allah kita akan dikurniakan oleh Allah SWT anak-anak yang juga berbuat baik kepada kita sebagai ibu bapa mereka.
28. Inilah hakikat satu kehidupan yang fana, yang manusia ini saling memerlukan, dan keperluan itu semua adalah anugerah Allah SWT.
27. Contoh yang lain ialah juga dalam aspek perhubungan kita dengan orang awam.
28. Sudah saya sebut dalam Facebook timeline saya bahawa formula saya dalam mencari jodoh begini:
"Kalau dengan saya pun awak menggatal, maka bila kita kahwin nanti tak mustahil awak menggatal dengan orang lain jugak, sebab awak tak menjadikan pernikahan itu syarat wajib untuk menggatal."
29. Maksudnya mudah. Kalau kita tahu betapa sakitnya hati bila orang lain mengorat pasangan kita atau pasangan kita mengorat orang lain, kita juga perlulah dulu elakkan diri daripada mengorat atau dingorati oleh orang lain (err.. jangan report kat Dewan Bahasa dan Pustaka ya? hehe). Demikianlah halnya sama ada sebelum kahwin mahupun selepas.
30. Kebaikan atau keburukan yang kita lakukan biasanya akan kembali kepada kita, dalam bentuk dan waktu yang kita sendiri pun kadang-kadang tak sedar.
31. Dan sebagai orang Islam, kita percaya pada Hari Akhirat. Maknanya, jika ada kebaikan kita yang tak dihargai, atau kejahatan kita yang tak kita peduli, maka Allah yang Maha Mengetahui akan mengadili semua ini dengan seadil-adil penghakiman di sana kelak.
32. Video di bawah pun sudah viral di internet dan saya cuma berkongsi sekali lagi sebagai pelengkap kepada apa yang saya maksudkan.
32. Akhir sekali, sebagai respon kepada perjuangan hak asasi manusia berlebihan tempoh hari, dan masih berterusan pengikutnya sehingga kini, saya ada menulis dua artikel berkaitan gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) khususnya di negara kita di sini: a)Nak Jadi Gay? dan b)Nak Jagi Gay? (Versi 2.0)
33. Untuk artikel yang anda baca ini, saya ada terfikir satu perkaitan dengan isu gay dan lesbian ini.
34. Ia satu logik yang cukup mudah difahami. Cuba kita tanya kepada golongan yang mahu menjadi gay dan lesbian ini. Katakanlah, jika ibu atau bapa mereka juga adalah gay atau lesbian, dan berterusan sehingga akhir hayat mereka sebagai gay atau lesbian, adakah mereka sebagai anak akan dilahirkan atau wujud di dunia ini?
35. Tidak. Tidak sama sekali. Manusia memerlukan lelaki dan perempuan untuk melahirkan zuriat. Dan hubungan itu mestilah melalui cara yang halal; pernikahan.
36. Satu soalan lagi ialah, saya dapat rasakan jika (katakanlah) individu yang gay atau lesbian ini dilahirkan dengan kedua-dua ibu bapanya adalah perempuan, atau kedua-dua ibu bapa mereka adalah lelaki, adakah mereka tak akan rasa malu? Kalau saya, saya amat malu.
37. Oleh itu, wahai manusia yang mengaku mempunyai pertalian sesama kita sekalian, kita balik ke pangkal jalan. Jangan malukan ibu bapa anda, jangan malukan diri sendiri, dan jangan malukan anak-anak anda (yang hanya akan wujud jika anda kahwin berlainan jantina ya?)
38. Semoga Allah SWT sentiasa membantu kita semua ameen.
39. Sebagai penutup, saya ada satu pengumuman pendek.
40. Tempoh hari, saya ada tertarik lantas membeli sebuah buku yang bernama Furu' Al-Masa'il yang karya asalnya ialah sebuah kitab lama atau kitab kuning ditulis oleh seorang tokoh agama yang cukup hebat, Maulana Al-Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani.
41. Yang menariknya, kitab ini disusun semula dalam bentuk tulisan, ilustrasi serta gaya bahasa Melayu moden untuk manfaat orang awam seperti saya. Gambar muka depannya di bawah.
42. Maka, saya bercadang untuk mengambil sedikit masa yang terluang (jika ada) dari semasa ke semasa untuk berkongsi kandungan kitab ini secara ringkas yang saya mampu insya Allah.
43. Dan saya akan kongsikannya di laman IH.DE.NA saya insya Allah.
44. Moga bermanfaat kepada semua. Doakan saya. Saya amat perlukan doa itu.
Note: Alhamdulillah, for the first time, I finished adding subtitle to the video. The subtitle is in Malay Language and it is so for at least 2 reasons.
1. To complement the imperfection you may find on the video especially its audio quality
2. To be a dedication for audience whom prefer Malay Language as a better medium of communication.
Title:
The Awaited (Moment)
Terjemahan: Detik Yang Dinanti
"Persoalan yang cuba dirungkai ialah sama ada kita sedar dalam kita menantikan saat manis menyambut ulang tahun kelahiran kita, kita juga perlu menantikan saat kematian kita. Dengan kata lain, bersedialah!"
Contents:
1) Remember death during our birthday
2) Linguistic miracle of Quran
May Allah guide us until the day of our death and the Day of Judgement ameen..
"Tahun mungkin baru. Tapi Tuhan tetap sama. Tiada selain-Nya. Selama-lamanya.."
1. Alhamdulillah, nikmat hidup yang menghampiri tahun ke-22 mengingatkan saya bahawa ajal semakin hampir. Terkadang terasa amat takut, entah adakah cukup amalan jika nyawa saya diambil sekarang. Teringat kata-kata agung Saidina Ali RA, "Manusia itu tidur. Bila mati baru ia bangun."
2. Cukup mendalam maksudnya. Namun, hanya orang yang memahami betapa fana dan tidak kekalnya dunia ini yang mampu menghayati ungkapan seringkas itu.
3. Apalah sangat nikmat duniawi ini, sehinggakan dalam satu hadis sahih, diceritakan tentang seorang penghuni syurga yang telah melalui keperitan hidup semasa hayatnya di dunia. Apabila dicelup ke dalam syurga dan kemudian diangkat semula oleh Allah SWT, lantas Allah bertanya adakah dia pernah merasai sebarang kesakitan di dunia, lantas kerana terlalu nikmatnya syurga, dia berkata bahawa tidak sedikitpun dia rasa penderitaan itu.
4. Betapa nikmat syurga itu menghilangkan semua kesusahan dan keperitan yang dilaluinya di dunia dahulu subhanallah!
5. Sempena kedatangan tahun baru masihi ini, saya ingin berceloteh tentang dua perkara penting. Pertama, tentang muhasabah diri. Kedua, tentang penyerahan diri kepada Allah SWT.
AZAM TAHUN BARU
6. Ringkas sahaja. Saya tersentuh dengan satu penyataan daripada Imam yang menyampaikan Khutbah Jumaat baru-baru ini. Kata beliau, kadang-kadang kita terlalu mengejar cita-cita dan melihat ke hadapan dengan penuh angan-angan sehinggakan terlupa bahawa muhasabah tentang masa lepas juga penting.
7. Kata beliau lagi, cita-cita adalah satu perkara yang belum lagi hadir, sebaliknya sejarah dan masa lepas kita itu benar dan satu realiti yang sudah berlaku.
8. Justeru sebagai umat Islam, janganlah terlalu terhegeh-hegeh mahu membuat 'wish list' yang baru sehinggakan terlupa terus akan perkara-perkara lepas yang harus diperbaik. Azam yang terbaik tak semestinya yang baru, tetapi ia adalah yang akan terus diburu, tanpa terburu-buru, tanpa rasa jemu.
PENYERAHAN DAN PENGHAMBAAN
9. Islam adalah nama yang cukup unik kerana ia mempunyai banyak makna yang saling melengkapi dalam menerangkan maksudnya yang sebenar. Islam bermaksud peace (kesejahteraan), purity (kesucian dan ketulenan), dan total submission (penyerahan diri secara total).
10. Jika digabungkan, Islam membawa maksud (1) menyerahkan diri dan kehendak kita kepada Allah SWT dengan (2) cara dan kaedah yang diajarkan-Nya kepada kita (iaitu suci dan tulen) untuk mencapai (3) ketenangan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
11. Untuk tulisan kali ini, saya ingin memberi penekanan yang lebih kepada perkataan total submission atau penyerahan diri secara total.
12. Perkataan inilah yang menerangkan siapa sebenarnya seorang Muslim. Apabila seseorang menyerahkan dirinya kepada kehendak Tuhannya yang satu dan dia percaya bahawa Dia sahajalah Tuhan yang layak disembah, maka dialah seorang Muslim. Sebab itulah, Nabi Adam AS serta para rasul dan nabi lain selepasnya, yang mengakui keesaan Tuhan, mereka juga adalah Muslim. Begitu jugalah orang yang mengikuti mereka. Sila rujuk artikel saya yang lepas: New Year: We Are Better
13. Antara konflik besar sebilangan manusia yang kuat menyokong perjuangan hak asasi manusia serta kebebasan individu dalam zaman moden sekarang ialah persoalan tentang kenapa kita perlu mengikut kehendak Tuhan, bukan kehendak diri sendiri.
14. Sebelum saya cuba jelaskan jawapan kepada persoalan ini melalui pendekatan agama, suka saya dahului dengan mengajak kita berbincang dari segi logik dan akal yang rasional. Saya ingin menyoal kita semua, adakah wujud di dunia ini, keputusan atau idea yang 100% datang daripada diri kita sendiri?
15. Hakikatnya tidak. Mustahil bagi manusia untuk mencipta apapun. Jika kapal terbang dicipta manusia, bahan-bahan untuk menciptanya itu adalah dari sumber bumi, milik dan ciptaan Allah. Manusia tidak sekali-kali mencipta, mereka hanya memanipulasi dan mengguna pakai ciptaan yang sedia ada!
16. Konsep sayap untuk terbang telah dahulu dicipta oleh Allah melalui makhluknya bernama burung dan haiwan yang lain.
17. Pendek kata, semuanya adalah inspirasi daripada alam. Dan paling istimewa, kebolehan belajar dari alam ini semua datangnya daripada aqal, bahkan aqal itu anugerah Allah SWT yang Maha Mencipta.
18. Satu fakta menarik. Jika hari ini, anda berpakat menaiki lif beramai-ramai dan semasa berada di dalam lif anda menghadap ke arah dinding dan bukan pintu lif, pasti orang seterusnya yang masuk lif akan melakukan perkara yang sama walaupun pada kebiasaannya mereka menghadap pintu lif!
19. Kenapa ya? Benar, manusia lazimnya membuat keputusan mengikut keputusan orang ramai! Dan ini ialah satu fakta yang diperakui oleh ahli dan pakar psikologi.
20. Situasi lif di atas dinamakan conformity test dan untuk makluman, conform merujuk kepada perbuatan mengikut atau mematuhi sesuatu. Begitu juga manusia, dalam banyak bentuk dan teknik conformity tests yang dibuat seperti elevator experiment di atas, individu cenderung untuk melakukan apa yang dilakukan orang ramai di sekelilingnya.
21. Perkara yang ingin saya jelaskan di sini ialah, adalah penipuan yang besar kepada diri kita sendiri jika kita fikir bahawa kita menentukan setiap keputusan yang kita buat dan bebas daripada pengaruh lain.
22. Persoalannya sekarang, adakah kita mahu (1) mengikut pengaruh keadaan sekeliling (trend), pengaruh rakan dan masyarakat (peer pressure) yakni pengaruh yang dicipta dan ciptaan, atau inginkah kita (2) mengikut hidayah dan panduan oleh Sang Pencipta?
23. Hanya orang yang tidak cerdik sahaja yang memilih jawapan yang pertama. Justeru, jadilah kita seorang Muslim dalam erti kata yang sebenarnya. Kita serahkan kepada Allah SWT sebagai penentu dan penetap apa yang baik atau buruk kepada kita. Inilah penyerahan diri yang rasional dan yang benar. Pilihlah yang mana satu, jalan kesesatan atau kebenaran. Itu sahaja formulanya.
"Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta."
Surah Al-An'am (6:116)
24. Majoriti tak semestinya benar.
25. Sebagai penutup, ingin saya lengkapkan artikel ini dengan perkara berikut.
26. Sebenarnya kita mesti mula celik segera akan betapa banyaknya proses 'brainwashing' yang berlaku dalam dunia sekarang.
27. Kita diberitahu (terutamanya oleh golongan Atheist) bahawa agama dan Tuhan adalah ciptaan manusia semata-mata, dan kita kononnya telah cuba diprogramkan dan dipaksa agar mempercayai hikayat nenek moyang ini. Padahal hakikat sebenar adalah sebaliknya. Islam adalah agama dan cara hidup yang benar dan ia adalah fitrah. Menjauhi Islam itulah yang berlawanan dengan sifat semula jadi manusia.
28. Pendek kata, jika kita meragui kewujudan Tuhan, dan meragui kebenaran Islam, kitalah yang diprogramkan oleh musuh-musuh Islam. Sila rujuk potongan ayat Al-Quran di bawah dan boleh juga membaca artikel saya yang lepas bertajuk Betulkah Allah Wujud?
"Maka, hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Islam), sesuai dengan fitrah Allah disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan kamu tidak mengetahui." Surah Ar-Rum (30:30)
29. Alangkah pelik, bodoh dan sombongnya kita, jika kita sanggup dan berani ingkar perintah Allah sedangkan kita dahulunya hanyalah daripada setitis air mani yang tidak ada apa-apa makna pun di dunia ini. Tidak mahukah kita mengambil pelajaran dari hal ini?
30. Semoga tahun baru ini menjadikan kita terus lebih baik dari tahun-tahun yang telah lalu. Ameen.. ;-)
1. Alhamdulilah. Pertamanya, saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah SWT atas kesempatan masa dan tenaga serta nikmat kesihatan yang diberikan untuk menyiapkan satu lagi vlog ringkas peribadi saya.
2. Saya cuma ingin menulis rujukan Al-Quran dan hadis yang ada disebut dalam vlog tersebut agar dapat dirujuk semula oleh kita pada masa akan datang. Semoga bermanfaat.
"Dan bersegeralah kamu mencari keampunan daripada Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa. (Yaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui." Surah Ali-'Imran (3:133-135)
"Katakanlah, 'Wahai hamba-hamba-Ku yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Maha Pengampun, Maha Penyayang." Surah Az Zumar (39:53)
"...maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati." Surah Al-Baqarah (2:38)
"Setiap anak Adam itu ada kesilapan (dosa) dan orang berdosa yang terbaik ialah mereka yang bertaubat."
(Riwayat At-Tirmidzi No 2499, 4/659)
Wallahua'lam. Wassalamualaikum wbt.
Rujukan peribadi berkaitan subjek ini: Islamlah penawarnya (artikel dan nota pdf untuk muat turun)
P/S: Sebarang teguran, cadangan serta maklum balas amat dialu-alukan. ;-)
"Have heard of Morse Code? Well, touching is the Morse Code for love."
1. A baby grows healthier with frequent touch (or massage, if you like) from a mother or caregiver [1].
2. The same resource states that its positive effects are also gained by the mother or parents whom give the massage.
3. Trust me. Touches are not only for babies. Even strong and aggressive sportsmen need touch. That's why they have a game called Touch Rugby.
I told ya! =p
4. But the world has recently changed. Many times, we seem to be keeping in touch in an absolutely different way.
5. We do keep in touch virtually, but very less physically. And this is possible through a means called social media. If you do not know what that means, go delete your Facebook, Twitter (or many more) accounts now.
6. And yes, do it by not even TOUCHING your keypad! If you can do that, give me a Hi-5 (touch)! lol
Awesome!
7. Look. Let me ask you this. Can mankind live alone (without feeling lonely)? And there are many answers to this question.
8. A classic answer is by quoting the story of Adam AS (from Islamic perspective) which certainly would argue that a man needs a partner even since the creation of the first mankind. This is portrayed in a man-woman relationship, but of course then develops into familial, societal and a mutual relationship in a bigger community.
9. However, these days, a person can be locked up in a small room, alone, and communicate with the outside world only via internet, which is true but arguably not a solid testimony that men can now live alone and be completely independent (in my opinion).
10. In other words, is individualism possible? I would say that it's not (unless one loses his sanity).
11. The fact that we can connect with others via social media from the most distant and hidden spot on this planet is still a proof that we need someone else in our life to live with (otherwise we won't connect).
12. In other words, what ever those in favor of individualism and human rights (which gets me confused as to whether it means personal human rights or collective human rights or which one is more important) want to fight for, they should be silenced by their own nature to think that men can live to choose what ever is it that they PERSONALLY like without referring to the One that creates and knows best the affairs of all mankind and other creatures, the One God, or Allah SWT.
13. Let me ask a second question though. How do we respond to the need of being dependent to each other? Facebook? The fact that mankind has lived for more than 20 centuries without Facebook (which if it hasn't, we are not here now) is a simple yet strong proof that we can live without Facebook!
14. I am not suggesting that though. I am saying, living without Facebook is a lot better (and proven to be realistic for more than 20 centuries) than to be living with Facebook but in a more disintegrated society where we meet up, talk, or touch much less than before with the ones that we love the most.
15. In other words, it's a good reminder to myself and all of you beloved readers (whomever you are, I hope to meet you face-to-face one day) that when we are intensively engaged in a social-media-driven relationship, we should not forget that this modern communication tool is nothing but merely an alternative, or secondary when in fact real physical relationship (which has limitations of course) is much more meaningful and unforgettable. Watch the powerful message from the video below.
Disconnect to Connect
16. For the final part of this entry, I would make some recommendations so that we are aware of this worldwide phenomenon and take some necessary steps to avoid being its victims. I would suggest that you also read reference no [4] below. It's quite interesting and a good read I must say.
17. First, understand that when it comes to sharing, we MUST know the difference between 'many things' and 'everything!'
18. Secondly, try to designate a specific time per day, per week or what ever instead of going online at random or at all time. Time is one element that is most badly affected when it comes to social media. Do be more selective.
19. Last, but never less important, make sure that we follow the guidelines provided in Islam and minimize the chance of committing 'sins of publicity' which can mean 2 things. First, publicizing inappropriate photos, or good photos of us but with ill intentions (show-off etc). Second, promoting our mistakes or weaknesses in public on Facebook to receive the Most Honest Man/Woman Award, which again, doesn't make any sense, unless we know not how to differentiate between fame and notoriety.
20. To conclude, let me put it this way.
21. As I place a greater emphasis on Facebook (because it's what I use the most), which to date has about 800 millions active users worldwide, with 70 languages available on the site and integrated with more than 7 million applications and websites [5], it is our responsibility not to be just another user, but a wise one. It's time (if we haven't) to be MORE AWARE and make choices, make decisions.
22. Remember to use social media only as a tool to further strengthen our relationship with others while attempting to preserve our physical interaction with people around us as much as possible.
23. Also remember that there are limitations especially when it comes to opposite gender relationship though. When there's chance of committing sins, avoid it and always look for legal and acknowledged relationships. Don't betray anyone as much as you don't want others to cheat on you. Like what they nicely put it, Nikah: Connecting People.
Nikah is an the Arabic word for 'marriage.'
24. With especially our parents, children, spouses, family, relatives and friends we are indeed in need of more touches and loves. If they say that a picture is worth a thousand words, I would rephrase
it in this context and put it as 'a touch is worth a thousand good
feelings.'
25. Thanks very much for your time reading and I shall end this post by sharing with you the most wonderful quote I found on the net this year (below).
"When you were born, you were crying and everyone around you was smiling. Live your life so that when you die, you're smiling and everyone around you is crying."
26. I'm very sincerely sorry for any mistakes you may find in this article. May Allah bless us all. Wallahuaklam, He surely knows best.
*This article is authored for Ibnu Hanaffi's Dakwah Efforts and Archive (IH.DE.NA) ;-)
P/S: Maybe now it makes more sense to improve our praying line (saf) during Solah (prayer) don't you think? Shoulder to shoulder, everyone. You do not need to renew your wudhu' (ablution) should you touch me in a praying saf, do you? lol..
"Biarpun menunggu betapa pun panjang, tiba masanya kau tetap akan ku sayang..."
Kelihatan Kecik mengintai-ngintai seekor kucing dari jauh. Di tangannya lastik dan beberapa biji buah getah membentuk bonggol di dalam poket seluar. Tiba-tiba habuk halus yang bersemayam di lubang-lubang dinding papan teratak usang milik Pak Husam ditiup lembut memasuki mata kanan Kecik. Penat dia menggosok matanya, gatal itu tak hilang juga. Kucing hitam tadi berjaya lari pecut dengan habuan keropok ikan yang Mak Mah berikan pada Kecik.
Kecik hati Kecik. Kempunan pun ada. Dia marah. Dibalingnya lastik tadi. Terkena kepala Pak Husam yang sedang solat. Dia tengah sujud. Waktu tu tengahari. Matahari panas terik. Panas lagi hati Kecik.
Tapi tidak Pak Husam. Dia masih bersahaja dan tenang. Solat diteruskan.
"Assalamualaikum!"
Kecik tak menjawab. Lagipun matanya masih sakit. Dia biarkan saja Mak Mah masuk rumah. Tapi bukan dari depan. Dari dapur.
"Eh Kecik? Ayah kamu mana? Kamu menangis ke?" Mak Mah kesat mata Kecik yang merah saga dengan kain batik yang dia litupkan pada kepalanya. "Oh solat ke Husam ni? Sejak bila pulak?" Duduk Mak Mah di atas tangga dapur, menggaru-garu kepala melihat Pak Husam solat di ruang tamu rumah yang hanya ada satu tingkap itu. Sejadah pun tiada. Cuma beberapa helai surat khabar lama yang melapik lantai rumah. Itupun koyak. Mungkin sebab basah terkena air wuduk di dahi Pak Husam ketika sujud.
15 tahun kemudian..
"Brader, kat sini ada jual budu tak?" Terkejut beruk Pak Man Muda yang sedang membaiki motosikal pelanggan di bengkelnya. Dia hanya mampu menggeleng. Sheila ni nakal juga orangnya. Tapi belum sempat dia mintak maaf atas gurauannya itu, fokusnya hilang melihatkan Kecik yang melambai-lambai dari jauh di restoran seberang jalan.
Memang sah. Kalau dah tahu nak makan dengan Sheila, mesti Kecik akan order air sendiri awal-awal. Itulah Kecik. Otak kecik tapi belanja besar!
Selepas 15 minit berbual dan bergelak ketawa, Sheila kelihatan mula serius.
"Awak, ingat lagi tak baju yang saya bagi hadiah kat awak dulu?"
"Yang mana ek?" Kecik tak pernah tahu yang Sheila sebenarnya dah lama simpan perasaan padanya. Bercakap pun tak memandang. Dia lebih selesa menghirup air Fresh Orange gelas besar di depannya. Bukan duit dia pun. Pasti Sheila yang kena belanja.
"Ala, yang kaler coklat tu. Tak pernah pulak nampak awak pakai?"
"Oh yang tu? Baju ke tu? Saya ingatkan kain buruk?"
Muka Sheila merah padam. "Eleh, orang gurau je. Eh Mak Mah apa cerita?" Kecik dengan suka hatinya tiba-tiba menukar topik. Sheila diam kaku. Beku. Bisu.
Kecik pun diam juga. Fresh Orange dah habis. Namun dari riak wajahnya macam belum hilang dahaga.
"Mak Mah dah takde.." Kali ni mata Sheila bergenang air sikit. "Dia yang pesan suruh bagi baju tu. Tapi kalau awak dah tak simpan takpela.." Sheila memang kuat. Sejak lahir, dia yatim bapa. Mak Mah pulak, entah kenapa seperti lebih sayangkan Kecik sejak dulu lagi walaupun bukan anak kandungnya. Mungkin itu perasaan Sheila saja. Tapi dia memang pernah tanya Mak Mah, dan Mak Mah kata dia kenalah tegas dengan Sheila, kalau tak, dia mana ada ayah lagi yang boleh bertegas dengannya.
Nada suara Sheila sentiasa tenang dan tak pun teresak-esak. Tapi kali ini dia pandang ke bawah.
"Kenapa awak tunduk? Merajuk ke?" Sekali lagi Kecik macam Cyborg dengan nada robotnya.
"Taklah. Tengah baca SMS."
"Oh. Sapa bagi?"
"Ni yang Sheila nak tunjuk kat Kecik.." Kecik menadah tangan tapi Sheila hanya mengangkat telefon bimbitnya, seakan tak mahu Kecik sentuh barang kesayangannya itu. Dari jauh pun tulisan di skrin telefon jelas nampak.
Mata Kecik terbelalak. Bulat montel. Macam bola pingpong yang direndam dalam air panas.
"Ada orang nak kawin dengan awak ke?" Tak pernah Kecik serius macam ni. Dia memandang tepat mata Sheila.
"Sapa bagi tu? Boyfriend kan?"
"Uncle.." Balas Sheila, pendek. Perlahan pulak suara dia kali ni. Kecik tak puas hati. Dia tak rasa itu jawapan yang dia nak dengar. "Mamat pekan mana yang mengada-ngada usik Sheila ni?" Bentak hati Kecik. Kali ini muka dia pulak yang merah padam.
Bukan sebab cemburu.Tapi Kecik sejak dulu memang pantang bila orang cakap pasal cinta, apatah lagi soal kahwin. Padahal ini bukan dia. Ini cerita Sheila.
Di kampung, Pak Husam cuba lagi untuk kali ketiga. Kali ini berjaya. Pintu rumahnya kalau tak ditolak kuat tak tertutup rapat. Lega Pak Husam. Tapi dia terpaksa duduk sekejap. Siapa suruh tendang kuat sangat? Terseliuh sikit buku lalinya. Terbahak-bahak dia batuk kepenatan. Sampai tercampak gigi palsunya. Nasib baik sempat disambut di tangan.
Dia mendongak lurus ke depan. Ombak yang mengalun-alun perlahan seakan menyanyi mempersendakan Pak Husam. Dia menoleh ke kiri. Tepat ke arah bangsal rumah. Sudah lama bot nelayan itu tersadai. Pak Husam memandang padanya. Sayu. Dia lantas pejamkan mata.
"Amik ni. Kecik tengok sendiri lah." Dihulurkan pula telefon bimbitnya kali ni. Langsung tak membantu. Kecik masih buntu. Memang hanya nama Uncle yang tertera di skrin. Tapi siapa dia?
"Eh?" Kecik cepat-cepat selamkan tangannya ke dalam poket. Unlock keypad. Dia membuka senarai nombor telefon kenalan. Mata hitamnya ligat memandang kiri dan kanan. Tangan kiri memegang telefon Sheila. Di tangan kanan pulak telefonnya.
Pak Husam tersedar dari lamunan. Dia bangun perlahan-lahan. Diperiksanya botol-botol dalam beg plastik itu. Dia tersenyum sendiri. Seperti teringatkan seseorang. Mak Mah. Ya, suatu ketika dulu, dia pernah lalu melintasi rumah Mak Mah. Sejuk hatinya melihat kelibat lembaga putih di dalam rumah yang tekun menghadap Tuhannya. Sejak itulah dia mula berjinak-jinak solat. Itupun dengan bantuan Haji Limbong dari kampung seberang.
Mak Mah kehilangan suaminya yang ditelan lautan dalam. Arwah pergi tak pulang-pulang. Sejak itu juga Mak Mah mula solat. Demikianlah singkatnya jodoh Mak Mah. Padahal dia sebenarnya dulu cintakan Pak Husam.
Tapi kerana Pak Husam suka makan budu, Mak Mah terpaksa batalkan hasratnya. Bukan isu besar pun, cuma Pak Husam tak pernah tahu, Mak Mah selalu ingat kalau makan budu kena kanser. Hanya lepas suaminya meninggal, dan apabila Sheila sama-sama 3 tahun seusia Kecik, dia sedar semua itu hanya mitos.
Sejak itu, Mak Mah tekun pula mengajar Sheila makan budu. Sheila memang suka budu. Padahal darah daging Sheila dan nenek moyang Mak Mah memang dah sebati dengan budu. Tapi entahlah, mungkin sebab jodoh tak ada, Mak Mah dan Pak Husam dipisahkan dek budu.
"Husam, maafkan aku sebab tolak pinangan kau dulu. Aku tahu semuanya sebab budu. Maafkan aku. Lagipun waktu tu kau bukan jenis yang solat. Mana mak bapak aku nak bagi kawin dengan orang tak solat macam kau. Dia nak carik orang yang boleh bimbing dan ajar aku solat.."
"Tak apalah Mah, bukan jodoh kita la tu. Apa kata kita kahwinkan je si Kecik dengan Sheila. Mungkin Tuhan nak temukan anak-anak kita. Boleh jadi itu jodoh dan takdir budak-budak ni."
Tenang saja Pak Husam. Seakan-akan redha walaupun pasrah. Tapi akalnya panjang. Sejak mula solat, dia lebih tabah dan rasional.
Kecik meneliti setiap angka yang tertera di dua-dua buah telefon. Tak Mungkin!
"Ayah! Ini nombor ayah!" Kecik tergamam. Seperti tanah tempat dia berpijak tiba-tiba tenggelam ke dalam perut bumi. Seperti Kecik digodam masuk ke dalam dunia Matrix dan infiniti ruang. Dia membaca semula SMS tadi. SMS itu untuk Sheila!
Biarpun menunggu betapa pun panjang, tiba masanya kau tetap akan ku sayang...
Mesej diterima (5.31pm)
Terbeliak lagi mata Kecik. Sheila hanya tersengih. "Kecik, dah lama Sheila tunggu awak.."
"Maksud Sheila?"
"Memang SMS ni dari pakcik. Ayah Kecik, Pak Husam. Tapi bukan untuk Sheila. Pak Husam mintak Sheila bacakan untuk Kecik. Tapi Sheila tak berani. Sebab tu Sheila nak Kecik baca sendiri."
"Sheila harap awak faham. Ni harapan Pak Husam dan arwah mak.."
"Tapi Sheila..."
"Tapi apa?"
"Tapi Kecik tak suka makan budu!"
Sheila pengsan serta merta.
Di teratak usang itulah Pak Husam menghembuskan nafasnya yang terakhir. Bersama-sama botol-botol budunya. Bersaksikan ombak laut yang pernah menjadi laman rumah keduanya.
P/S:
(1) Cerpen ini adalah cubaan menandingi sebuah novel yang diadaptasikan kepada filem, Ombak Rindu. ;-)
(2) Penyataan (1) dan cerpen ini hanyalah fiksyen semata-mata
Nota kaki: Karya ini bukan sama sekali usaha menyokong filem Ombak Rindu. Ibarat hanya Jauhari yang kenal Manikam, begitu jugalah hanya diri kita sendiri yang faham apa maksud sarcasm ;-)
FORUM: Mahasiswa dan Politik Dalam Islam (Students and Politics in Islam)
1. Saya pun belum habis menonton. Sekarang baru nak sambung. Jom sama-sama enjoy majlis ilmu insya Allah! Semoga bermanfaat.
Info: Forum ini diadakan di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Moderator: Ustaz Syaari Abdul Rahman Panel Jemputan:
Ustaz Nasarudin Hassan (PAS)
Ustaz Fathul Bari Mat Jahya (UMNO)
Dr. Roslan Mohd Nor (Ahli Akademik di Universiti Malaya)
"Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku daripada api, sedangkan dia Engkau ciptakan daripada tanah."
Surah Al-A'raf (7:12)
1. Siapa tak kenal Adabi. Satu jenama yang cukup terkenal sejak turun-temurun.
2. Semestinya Adabi lebih masyhur berbanding Wahabi, sehinggalah sejak kebelakangan ini bila isu Wahabi di Malaysia menjadi tajuk utama di muka akhbar dan berita media yang lain.
3. Menariknya, tulisan kali ini bukan tentang Wahabi atau Adabi, tetapi sesuatu yang berkaitan dengannya. Suka saya sebut, tulisan kali ini berkaitan dengan penjenamaan atau dalam bahasa omputehnya, branding.
4. Kita semua sedar, dewasa ini, penyebaran maklumat berlaku dengan cukup pesat dan setiap perkara boleh dicapai dengan mudah dan sepantas kilat, petir dan halilintar. Namun, adakah kita sedar bahawa keadaan ini juga menjadikan kehidupan bermasyarakat sekarang lebih mencabar dan lebih mudah menjadi kucar-kacir?
5. Bukan hanya entiti besar seperti Google Corp. yang mahu terus melonjakkan publisiti jenama mereka, malah setiap daripada kita mempunyai kecenderungan peribadi melantik diri sendiri sebagai ahli dalam kelompok atau kumpulan tertentu.
6. Lebih menarik lagi, adalah apabila pembentukan kelompok ini wujud dalam kalangan manusia yang kesemuanya mengaku diri mereka Muslim atau orang Islam.
7. Maka wujudlah gelaran seperti golongan Wahabi, ahli bida'ah wal punah ranah, Islam liberal, Islam sekular dan banyak lagi.
8. Selain itu, perpecahan sebegini juga wujud melalui aliran pemikiran politik yang berbeza, dan yang lebih menarik, melalui persatuan-persatuan atau jemaah Islam yang berbeda pendekatan dan objektif pergerakan.
9. Kesinambungan kepada semua ini ialah keluarnya kenyataan yang berbunyi,"Saya dan kumpulan saya adalah yang terbaik. Orang lain yang tak sejalan dengan kami salah." Atau ada yang lebih lantang apabila berkata, "Yang selain daripada kumpulan kami, maka mereka SESAT, KAFIR, dan bakal menjadi BAHAN BAKAR API NERAKA!"
10. Suka saya bawak kita untuk sekali lagi renungi kata-kata iblis kepada Allah SWT (dalam Surah Al-A'raf di atas) apabila diminta sujud hormat kepada Nabi Adam AS. Al-Habib Ali Al-Jufri ketika menjelaskan tentang ayat ini menyebut bahawa sikap angkuh, bongkak dan merasakan diri lebih baik daripada orang lain ini adalah sifat iblis laknatullah!
11. Mahukah kita menjadi iblis atau seperti iblis?
12. Sebelum saya teruskan, saya perlu jelaskan dahulu bahawa MEMANG BENAR, terdapat jalan yang benar lagi sahih mengikut acuan ahli sunnah wal jamaah (ASWJ) yang berpandukan Al-Quran, Sunnah, Hadis dan rujukan lain yang disepakati para 'Alim Ulama'. Penyataan ini tiada ragu lagi, malah tak perlu dibahaskan di sini.
13. Namun, persoalan yang saya ingin bawakan sekarang ialah, adakah kita (lebih-lebih lagi orang awam seperti saya) mempunyai KUASA atau sixth sense, malah hak yang mutlak untuk menentukan siapa yang sesat dan kafir, apatah lagi menghukum seseorang sebagai ahli syurga atau neraka?
14. Mari kita telusuri satu hadis sahih yang cukup cantik dalam menjelaskan hal ini. Maksud hadis tersebut:
Berdiri seorang lelaki yang matanya dalam, lebat janggutnya, kepalanya tercukur lalu berkata:
"Wahai Rasulullah, bersikap takutlah kepada Allah." (Sebagai tanda tidak puas hati terhadap pembahagian yang dilakukan oleh Nabi).
Baginda menjawab: "Bukankah aku sepatutnya (sebagai Rasulullah) orang yang paling takut kepada Allah.?"
Lelaki itu terus beredar dan Khalid Ibn Walid pun berkata:
"Adakah perlu aku memenggal kepalanya (kerana tidak taat kepada pembahagian yang dilakukan oleh Nabi dan seolah-olah murtad)?"
Baginda menjawab: "Tidak, mungkin ia orang yang masih menunaikan solat."
Khalid berkata: "Berapa ramaikah yang menunaikan solat dan lidahnya berkata sesuatu yang tidak sama dengan apa yang di dalam hatinya (merujuk kepada orang munafiq)?"
Lantas jawab baginda: "Aku tak diperintahkan untuk meninjau hati manusia (menjangkakan niat manusia lain) dan mengorek perut mereka."
(Riwayat Al-Bukhari, No 4094, 4/1581 Muslim, 2/742)
15. Bukankah di situ terdapat contoh yang jelas daripada Nabi SAW tentang tak perlunya bersangka buruk dan cepat berprasangka lebih-lebih lagi dalam hal ghaib (isi hati manusia)?
16. Adakah sesiapa di antara kita yang lebih mulia dan hebat berbanding Rasulullah sehingga kita boleh melabel dan menghukum orang sesuka hati kita?
Milikilah hati yang suci bersih seperti seorang bayi yang tak mengenal erti hasad dengki dan perasaan buruk.
17.Bukankah kita selalu mendengar satu ayat Al-Quran yang cukup jelas menyebut tentang perkara ini?
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain..."
Surah Al-Hujurat (49:12)
18. Dalam ayat yang sama juga disebut, adakah kita semua suka memakan daging saudara kita yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik, kata Allah SWT kepada orang yang bersikap begini, na'uzubillahi minzalik (semoga Allah melindungi kita).
19. Saya tergerak untuk menyebut tentang perkara ini apabila melihat ada kecenderungan dalam kalangan kita untuk membuat penilaian yang cukup cepat terhadap orang lain lebih-lebih lagi dengan sekadar membaca satu atau dua artikel atau komen orang tentang mereka di media sosial seperti Facebook.
20. Padahal kita tak pernah bersemuka secara peribadi dengan individu atau kelompok berkenaan, apatah lagi membuat kaji selidik yang mendalam tentang mereka. Padahal Imam Fakhruddin Ar-razi pernah menghuraikan ayat Al-Quran (49:12) di atas dengan menyebut bahawa:
"Sangkaan ini mestilah disokong oleh ijtihad (usaha bersungguh memastikan kebenarannya, dan penyelidikan yang dalam."
(Tafsir Ar-Razi, 28/115)
21. Malah, satu lagi perkara yang perlu sangat kita ambil kira adalah melalui satu hadis riwayat Imam Muslim yang dengan jelas menyebut, jika kita memanggil seseorang sebagai kafir, sedangkan dia tidak kafir, maka kelak panggilan itu akan kembali semula kepada diri sendiri!
22. Al-Habib Ali Al-Jufri dalam ucapan yang sama ada menyebut, bahawa sepatutnya kita orang Islam (lebih-lebih lagi yang mengakui sebagai da'ie) mempunyai akhlak yang baik dalam menjalankan amanah Allah dan menyampaikan mesejnya. Orang yang tidak berakhlak mulia mesti ada sesuatu masalah pada hubungannya dengan Allah atau dalam ibadahnya, sehinggakan amalannya tidak membentuk akhlak mulia dalam dirinya.
23. Orang yang berakhlak mulia, penuh berhemah dan beradab dalam perbezaan pendapat, maka jauh sekali terlintas di fikirannya untuk memburukkan orang atau pihak yang tak sealiran dengannya, terutamanya jika hanya dalam bab yang kecil ataupun isu cabang (masalah furu').
24. Al-fadhil Ustaz Hasrizal menyifatkan bahawa orang yang tak menjaga perlakuan dan melabel-label orang lain semuanya salah mempunyai masalah yang harus diteliti segera. Kata beliau:
"Ini bukan lagi isu perbezaan pendapat.
Tetapi persoalan sikap dan mazmumah (sifat yang dikeji) akhlak!"
25. Satu lagi sikap sebahagian daripada kita adalah apabila kita melihat orang lain yang tidak sama soleh atau warak seperti kita (adakah kita sudah benar-benar soleh dan warak?), kita dengan segera mengeluh, alangkah jahil si fulan bin si fulan, atau kita kadang-kadang berdoa, semoga si fulan bin si fulan akan ditimpa balasan oleh Allah SWT.
26. Mengapa susah benar untuk kita mendoakan kebaikan saudara seislam kita? Jika betul kita akrab dengan Allah SWT, bukankah doa kita insya Allah akan dimaqbulkan-Nya tapi kenapa kita asyik mendoakan keburukan mereka sahaja?
27. Dalam kita merungut dan terkilan dengan keadaan masyarakat kita yang mungkin masih ramai yang jahil agama, saya juga meminta kita juga sedar bahawa mungkin juga hal ini berlaku kerana para da'ie kita miskin pula dengan doa dan harapan kepada mereka.
28. Bukankah Rasulullah SAW mengajar kita melihat semua orang (bahkan orang bukan Islam sekalipun) dengan pandangan rahmat dan kasih sayang? Masya Allah, betapa agungnya akhlak baginda SAW.
29. Sebagai penutup, ingin saya sentuh sedikit tentang penyebaran dua perkara yang mendukacitakan saya, malah kaedah kita bertindak balas pun tidak kena pada tempatnya (pada hemah saya).
30. Pertama, penyebaran gambar-gambar seksi melampau dan lucah serta yang kedua, penyebaran gambar menghina Islam seperti gambar seekor anjing gergasi membuang najis di atas Kaabah (kemungkinan menggunakan Perisian Photoshop) nauzubillah..
31. Bila disiarkan di Facebook, ada dua perkara yang saya rasa sangatlah elok dielakkan. Pertama, maki hamun serta jeritan seperti 'Go to Hell' atau 'Kafir Laknatullah!' Allahuakbar, perkara ini sangat memburukkan imej kita umat Islam, dan tak membawa apa-apa implikasi positif yang realistik.
32. Cadangan saya adalah agar kita block gambar itu supaya kita tak temuinya lagi, kemudian buat laporan kepada Facebook dengan hanya menekan Report this photo dan menanda Nudity or pornography untuk kategori seksi melampau tadi atau Hate speech or symbol untuk kategori penghinaan terhadap Islam.
33. Walaupun mungkin pihak Facebook tak akan membuang gambar itu, namun sekurang-kurangnya kita mainkan peranan kita dan dalam masa yang sama, mengelak daripada menemuinya lagi, serta yang lebih penting supaya kita buat perkara yang lebih baik daripada sekadar maki hamun.
34. Mana ada kewajarannya jika kita cuba memadam dosa dengan membuat dosa! Itu dua kali lima lagaknya.
35. Perkara kedua, saya agak kurang bersetuju dengan 'usaha' menyebarkannya pula di internet supaya orang lain pun marah. Pada pandangan saya, kalau ingin dihebahkan pun, supaya orang Islam kita peka, hebahkanlah sekadar dalam bentuk perkataan sudah cukup. Kerana kita khuatir gambar yang di 'share' hanya membantu orang lain membuat dosa melalui kita, malah menaikkan kemarahan umat Islam padahal tak perlu pun.
36. Marilah dengan itu kita sama-sama lebih berhikmah dalam mendepani musuh-musuh Islam serta masyarakat yang masih perlukan penjelasan tentang Islam. Ini semua tugas kita.
37. Sebagai penutup, saya kongsikan satu hadis yang insya Allah harapnya memberi manfaat untuk kita semua. Kata Rasulullah SAW:
"Setiap anak Adam itu ada kesilapan (dosa) dan orang berdosa yang terbaik ialah mereka yang bertaubat."
(Riwayat At-Tirmidzi No 2499, 4/659)
38. Hmm.. Kalau saya SunQuick, anda semua Ribena Blackcurrent lah kan? *wink wink*
P/S: Jangan terkejut jika anda terjumpa dengan orang yang cukup cepat menggelar orang lain Wahabi lantas apabila ditanya apa itu Wahabi, mereka hanya ternganga. Bukan setakat Wahabi, banyak lagi label-label lain yang diguna pakai. Inilah dunia penjenamaan.
Saya membesar dengan kicap kegemaran Cap Kipas Udang..
39. Saya cadangkan sahabat pembaca semua menonton dua video di bawah. Masya Allah, terlalu banyak manfaat yang boleh diambil daripada kedua-duanya. Dan sebahagian daripada intipatinya sudah saya sebut di atas. Wallahuaklam.
Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin Mom: Noorma bte Mamat
Siblings:
Mohd Ridzwan Nurul Shuhada Mohd Amirul Asyraf (blog owner) Fatihah Sakinah Nurul Ain Afifah Ilyana Nazlin Nur Amira Mawaddah Mohd Aizat Aiman Nur Anis Mohd Amri Afiq