RSS
Showing posts with label Tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label Tarbiyah. Show all posts

Tuesday, November 5, 2013

Muharram: Tahun Lepas Aku Mati


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

"Kematian itu merehatkan orang-orang beriman daripada dunia yang rosak. Dan kematian juga merehatkan dunia daripada orang-orang yang merosak."

1. Ya Allah, dah masuk tahun 1435 Hijrah! Semoga Allah SWT mengampunkan (dan memadam) dosa-dosa kita yang lalu serta menerima segala amal baik kita yang lepas.

2. Bahkan detik masa yang berlalu mendekatkan kita pada kematian.

3. Untuk orang yang beriman, yang telah selama ini bersungguh-sungguh berpayah-payahan berusaha menuju Allah SWT, kematian itu adalah KEREHATAN baginya; kerana pasti baginya kesenangan buat selama-lamanya di hari akhirat.

4. Kematian juga pastinya KEREHATAN buat dunia dan seisinya daripada mereka-mereka yang selama ini merosakkan dan menzalimi yang lain, kerana mereka kini sudah dicabut nyawanya. Allah...

5. Moga Allah SWT menjadikan kita golongan pertama tadi. Moga roh kita tenang berehat sebelum menghadap Allah SWT ameen ameen ameen.

6. Kenapa diberi tajuk artikel ini 'Tahun Lepas Aku Mati'?

7. Kematian itu padahal bukanlah kematian fizikal sahaja, yakni apabila berpisahnya roh daripada jasad.

8. Tetapi berapa ramai orang di dunia ini telah mati hatinya; kerana lalai daripada mengingati Allah SWT. Allah..

9. Antara orang yang lalai, jahil, faqir lagi dhaif ialah saya sendiri.

10. Insha Allah, moga 'azam tahun ini adalah untuk MENGHIDUPKAN semula hati (qalb) ini.

11. Dan hati ini hidup apabila ia disucikan. Moga Allah SWT permudahkan insha Allah.

12. Pernah dikisahkan tentang satu soalan ditanya kepada seorang ulamak besar dari Yaman, Habib Umar bin Hafiz, tentang kenapa beliau menziarahi maqam dan qubur para wali? Padahal tempat meminta hanya kepada Allah SWT.


13. Lantas dijawab beliau, ziarah itu supaya menghidupkan jiwa yang mati ini kepada cinta Tuhan.

14. Tambah beliau, kematian dan kehidupan itu merujuk kepada jiwa kita. Lantaran itu, bahkan ramai yang menziarahi itulah yang mati (jiwanya), padahal yang diziarahi itu hidup.

15. Pusara para wali lebih baik daripada kediaman sesetengah orang yang hanya mematikan jiwa (kerana banyaknya yang menjauhkan kita daripada Allah SWT; kemewahan, kelalaian dan sebagainya).

16. Beliau menegaskan bahawa bukanlah ziarah itu bertujuan meminta manfaat daripada maqam para wali, kerana hanya Allah SWT yang mempunyai kuasa memberi manfaat.

17. Sebaliknya, mengangkat tangan di sisi maqam bukan untuk meminta kuasa daripada mereka, tetapi memohon kepada Allah SWT agar kita dicintai oleh Allah SWT sebagaimana Dia mencintai para wali.

18. Sebagai penutup, saya ingin kongsikan satu analogi yang pada saya sungguh menarik.

19. Cuba renungi kecantikan penciptaan mata dan penglihatan kita.

20. Pertamanya, betapa ramai antara kita yang celik mata tetapi buta hati? Allah...

21. Kedua, pernah saya terbaca satu dialog dalam Bahasa Inggeris lebih kurang begini bunyinya:

What is worse than losing our eye sight?
Answer: Losing our vision!

22. Maksudnya, hidup di dunia ini biarlah bermatlamat (vision). Insha Allah.

23. Ketiga, ada satu video tentang seorang pemuda buta (sejak kecil) yang hafaz Al-Quran (padahal dia buta, pun boleh hafaz. Allah Allah...)

24. Ditanya adakah dia sedih kerana buta?

25. Dijawabnya, sedih juga awalnya. Namun, dia bersyukur, kerana yaqin, pada hari akhirat nanti, dia tak akan disoal atas dosa-dosa yang dilakukan oleh mata (kerana dia buta maka tiada dosa mata!) Allah.. menangis Sheikh yang bertanya soalan itu kepadanya.

Ya Allah, selamatkanlah daku daripada fitnah wanita, dan selamatkanlah wanita daripada fitnah aku.

26. Moga kita menundukkan pandangan kita wahai kaum Adam terutamanya.

Analogi

27. Penutup. Cuba renungkan, mata kita dapat melihat banyak benda di dunia ini. Persoalannya, bila kita nampak pokok, adakah pokok itu telah meloncat masuk ke dalam mata kita? Tak! Bukan muat pun.

28. Sebenarnya tanpa cahaya, kita tak boleh melihat pokok itu. Contohnya, pada waktu malam.

29. Jadi, apa yang kita nampak di sekeliling kita, adalah kerana cahaya matahari telah terpancar atas objek-objek ini kemudian dipantulkan ke dalam mata kita (maka menjelmalah dalam persepsi kita sesuatu yang dinamakan 'imej' pokok tadi).

30. Jika ingin difikirkan, imej itu sebenarnya adalah cahaya matahari (bukannya pokok).

31. Namun, walaupun ia cahaya matahari, ia bukan matahari!

32. Dengan kata lain, hakikat bahawa kita boleh melihat 'alam sekeliling adalah satu klu atau tanda-tanda bahawa matahari itu wujud (atau bahawa ia waktu siang) tetapi bukan 'alam sekeliling itu sendiri ialah matahari.

33. Demikianlah juga hikmah penciptaan. Apa yang kita nampak di sekeliling kita (termasuk matahari sendiri) dan pada diri kita, semua ini bukanlah Tuhan atau Allah SWT, tapi mereka menjadi tanda-tanda dan bukti akan kewujudan Allah SWT.


Allahu ta'ala a'lam. Wassalamualaykum wbt.
Read more "Muharram: Tahun Lepas Aku Mati"

Tuesday, October 29, 2013

Di Hujung Jari


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Kita sering dimomokkan dengan kehebatan era masa kini yang digambarkan sebagai zaman apabila dunia sudah berada di hujung jari.

2. Secara umumnya, saya memahami bahawa ia bermaksud kita boleh mendapatkan maklumat tentang apa jua di seluruh dunia ini walaupun hanya dengan menekan butang-butang di papan kekunci (keyboard) komputer (dengan jari jemari). Malah urusan seperti urus niaga juga kini boleh dilakukan dengan cara yang sama.

3. Jika cuba dilihat dari sudut pandang yang lain; yang saya rasa lebih tepat, sebenarnya dunia sekarang hanya diketahui terlalu sedikit realitinya, ibarat hanya sekecil hujung jari.


4. Cuba perhatikan gambar di atas. Daripada keseluruhan permukaan bumi yang luas itu, hanya sikit bahagian yang tersentuh hujung jari padanya.

5. Ada dua kiasan yang saya mahu ambil di sini.

6. Pertamanya, kita boleh jadi jumud tak bergerak ke mana-mana. Duduk di situ sahaja, kerana kemudahan internet misalnya, mengurangkan pergerakan kita kerana seolah-olah tak perlu. Nak makan pun sekarang, bukan sahaja tak perlu masak, malah tak perlu keluar rumah.

7. Perkara ini selalu disebut-sebut sebagai satu kemudahan zaman moden, dan saya bukan ingin menafikan manfaat yang ada daripada kemudahan sebegini, tapi janganlah sehingga kita lupa juga akan banyaknya kesenangan dunia ini yang mendatangkan mudarat.

8. Bak kata cerdik pandai, di negara orang, manusia mati kekurangan makanan, kita di bumi bertuah Malaysia ini mati dek terlebih makan! Sebut sahaja darah tinggi, kencing manis, sakit jantung; saya yakin anda faham mesej saya.

9. Apapun bukan itu fokus saya dalam penulisan ringkas ini.

10. Kiasan kedua adalah tentang jari telunjuk itu sendiri; yang difahami sebagai satu perbuatan mengarah, dari aspek bahasa badan atau body language. Maksud saya, jika seseorang ingin memberi arahan, dia biasanya tunjuk menggunakan jari telunjuk.

11. Mesej saya begini. Kita fikir kononnya kita ketahui semua (atau banyak) benda dalam dunia ini melalui internet.

12. Tanpa kita sedari, internet menjadikan kita jauh lebih sempit pemikiran; melainkan jika kita sedar. Adakah internet menyediakan maklumat yang kita perlu, atau maklumat yang kita MAHU? (ingat jari telunjuk- simbolik perbuatan mengarah, MAHU itu dan ini)

13. Cuba perhatikan pola carian kita di internet. Sebenarnya enjin carian seperti Google (setahu saya) mempunyai kebolehan menilai kegemaran (favorite) kita, seperti laman web apa yang kita sering buka, dan subjek apa atau cerita apa yang kita selalu baca. (begitu juga news feed  atau timeline di Facebook dan lain-lain yang sedia 'dipilih' untuk kita; bukan oleh kita)

14. Daripada maklumat yang terlalu banyak, maka akan dipilih kelompok-kelompok maklumat yang telah dikategorikan tadi untuk menjadi santapan minda kita.

15. Contohnya, jika kita menaip kebaikan Facebook, maka pasti yang keluar adalah pautan kepada artikel mahupun sumber bentuk lain yang berkaitan dengan kebaikan Facebook (ini contoh saja).

16. Dengan kata lain, jika itulah keyakinan selama ini (bahawa Facebook itu adanya baik sahaja), maka demikianlah keyakinan kita sampai bila-bila melainkan kita mula membuka minda dan memahami sifat dan ciri-ciri internet ini.

17. Demikian juga dalam hal menyokong dan membangkang sesuatu jemaah atau kumpulan dakwah Islam.

18. Kita kadang-kadang terfikir, bahawa kumpulan kita lah yang terbaik, kerana kita dikelilingi oleh kelompok yang berpemikiran sama (demikian kecenderungan biasa manusia) dan sering saja didedahkan dengan maklumat-maklumat yang menguatkan lagi pendirian kita.

19. Dalam hal yang lain, isu Palestin, Syria, Mesir misalnya.

20. Seolah-olah media lah yang berperanan mendefinisikan hidup kita, dan realiti sekeliling kita.

21. Ada musimnya, media akan melaporkan kezaliman yang berlaku di negara-negara bergolak.

22. Adakah hanya ketika itu sahaja mereka bergolak?

23. Terkadang terasa apabila kita sibuk pula dengan isu lain, contohnya Bajet 2014 (Malaysia), seolah-olah timbul di hati semacam perasaan bahawa oh, negera-negara bergolak ini sedang rehat sekejap.

24. Tidak! Pergolakan dan kezaliman berlaku hari-hari di seluruh dunia. Kekerapannya bukan bergantung kepada kekerapan ia dilaporkan di internet (media).

25. Ya, apa yang media laporkan mungkin berlaku dalam dunia realiti. Tapi apa yang berlaku dalam dunia realiti tak mungkin semuanya dapat dilaporkan media.

Jadi apa cadangan saya?


26. Tujuan saya menulis adalah supaya saya juga dapat mengingatkan diri sendiri agar membuka mata.

27. Dalam dunia media, perlu lebih banyak pengkajian, dan jangan sesekali gopoh, malah beremosi dalam berkongsi maklumat, apatah lagi 'aib orang.

28. Di Malaysia, apabila trendnya adalah laporan media tentang jenayah yang makin meningkat; kita tak menafikan kebenarannya, namun bukan satu andaian yang baik untuk menyamakan kadar jenayah dengan kadar kekerapan laporannya di media.

29. Yang penting adalah persediaan kita untuk mati (dan hidup di alam berikutnya).

30. Dan perlindungan serta tawakkal kita kepada Allah SWT, itu yang dicari.

31. Sama ada bergantung kepada Allah SWT dan lakukan sesuatu; atau mengharapkan bantuan polis, dan akhirnya mempersalahkan polis juga atas kekurangan mereka.

32. Moga kita tak 'patah kaki' kerana internet. Sedangkan Islam mengajar kita untuk bertebaran di muka bumi, untuk mengambil manfaat dan pengajaran.

33. Mohon doakan saya juga yang terlebih-lebih lagi jahil dan hinanya di sisi Allah SWT ini. Akhirnya nanti, yang menyelamatkan kita ialah Islam yang kita 'gigit dengan gigi geraham'.

34. Kita harus kuat. Dan kuatnya kita bukan bermula dengan badan fizikal, tapi kekuatan hati dan jiwa. Sucikanlah ia, dan sucikan sentiasa.

35. Jangan sampai suatu ketika, kita menyesal, dan hanya mampu menggigit JARI. Bahkan mungkin; bukan dunia di hujung jari, tapi jari ini terlalu kecil untuk meliputi walaupun hujung dunia.

Allahuaklam. Wassalamualaikum wbt.
Read more "Di Hujung Jari"

Thursday, October 24, 2013

Korbankan Unta, Bukan Agama


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Umat Islam tak patut dan memang tak menafikan bahawa lembu ialah binatang yang mulia di sisi penganut agama Hindu. Soalnya, adakah menyembelih lembu adalah perbuatan menghina penganut agama Hindu?

2. Padahal ibadah korban oleh umat Islam, contohnya menyembelih lembu, bukanlah bertujuan menunjukkan betapa hinanya lembu di sisi umat Islam. 

3. Bahkan sebaliknya!

4. Binatang-binatang korban dan ternakan dimuliakan kerana menjadi manfaat buat manusia, sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran sendiri pada banyak tempat.

5. Malahan, dalam satu hadis Nabi SAW, pada hari akhirat, binatang korban tadi akan datang bersama-sama tanduk, kuku dan bulu-bulunya sebagai bukti kepada individidu yang melaksanakan ibadah korban.

6. Adakah wajar umat Islam berkongsi gambar aktiviti penyembelihan di Facebook?

7. Islam mengajar kita agar menitikberatkan adab; sesama manusia mahupun alam keseluruhannya.

8. Saya kurang bersetuju jika perkongsian gambar-gambar sedemikian terus dilihat sebagai tanda-tanda tidak sensitifnya umat Islam terhadap orang bukan Islam, terutamanya penganut agama Hindu.

9. Padahal menafikan ruang perkongsian sedemikian seolah-olah menunjukkan kita tak sensitif terhadap amalan kebiasaan umat Islam.

10. Saya mohon maaf terlebih dulu jika ada yang tak setuju, mohon saya huraikan lebih lanjut dan terperinci hujah saya.

11. Pertamanya, Islam meletakkan niat sebagai asas kepada perbuatan.

12. Sesiapa yang berniat berkongsi gambar-gambar aktiviti penyembelihan lembu, sebagai tanda kesyukuran atas kemeriahan dan nikmat Allah pada Hari Raya Aidiladha adalah baik.

13. Pada hemah saya, umumnya, tak kanlah ramai orang Islam suka-suka muat naik gambar sembelihan dengan niat ingin mempersenda agama lain.

14. Demikian juga, saya rasa kita maklum bahawa aktiviti penyembelihan ini juga disiarkan di kaca televisyen padahal bukan orang Islam sahaja yang menonton TV.

15. Ada juga aktiviti penyembelihan yang dilakukan di kawasan lapang seperti padang, yang kadang-kadang mencetuskan isu juga yang berkaitan sensitiviti agama.

16. Saya berpendapat bahawa di negara Malaysia, menyedari hakikat bahawa majoriti umatnya adalah umat Islam, maka masyarakat bukan Islam sewajarnya sensitif juga (yakni peka) tentang amalan biasa umat Islam.

17. Selagi mana umat Islam tak memaksa individu bukan Islam (terutamanya penganut agama Hindu) untuk menonton, menyaksikan mahupun melihat sendiri penyembelihan itu, maka sepatutnya gambar-gambar sopan yang disiarkan, mahupun penyiaran di televisyen secara terbuka dan aktiviti di tempat terbuka (seperti padang) tak menjadi masalah. Bukankah adanya pilihan untuk tak melihat?

18. Menyembelih lembu di depan lembu lain yang hidup dan akan disembelih pun dikira tak beradab dalam Islam, menunjukkan bahawa Islam bukan sekadar menghormati sesama manusia, bahkan juga kepada haiwan.

19. Sebarang gambar yang berbentuk menghina binatang sembelihan, bukan sahaja mengguriskan hati orang bukan Islam (Hindu), bahkan orang Islam sekalipun tak kan setuju.

20. Mohon betul-betul faham sekali lagi, saya sama sekali tak menafikan keperluan untuk menjaga sensitiviti orang bukan Islam. Namun, saya rasakan bahawa kadang-kadang kita tak melakukannya dengan 'bertempat'.

21. Ayuh kita lihat dari sudut yang berbeza.


22. Arak dilarang dan diharamkan dalam Islam. Tapi kita mempunyai kilang arak yang besar, di Selangor contohnya.

23. Jika diadili dengan baik, kilang yang boleh dilihat ketika memandu di jalan raya ini, pasti paling banyak dipandang oleh orang Islam (kerana komposisi rakyat kita yang majoritinya orang Islam). Jika menggunakan logik yang sama, bukankah wajar untuk dipersoalkan tentang sensitiviti umat Islam yang tak dipelihara dalam hal ini?

24. Bagaimana pula dengan pegangan tauhid umat Islam (Tiada Tuhan selain Allah), yang bertentangan dengan konsep triniti penganut agama Kristian dan konsep ketuhanan agama lain, adakah tidak boleh disebut-sebut Laa ilaaha illa Allah kerana boleh melukakan hati orang bukan Islam?

25. Bagaimana pula dengan syiar Islam seperti azan, adakah perlu menafikan hak umat Islam yang ramai di sesuatu kawasan apabila ada sebilangan kecil penganut bukan Islam 'terganggu' dengan bunyi 'bising' azan?

26. Di sinilah perlunya sikap saling memahami dan saling menghormati.

27. Umat Islam perlu tunjukkan contoh yang baik.

28. Kita mesti tegas dalam hal-hal tertentu (bukan apologetik sepanjang masa) dan dalam masa yang sama mesti berhikmah, baik dan mesra dengan masyarakat bukan Islam yang lain. 

29. Perlu ada keseimbangan antara aspek Jalal dan Jamal. Sebagaimana Allah SWT garang terhadap orang-orang yang keras, dan besar rahmat dan kasih sayang-Nya terhadap orang-orang yang sentiasa mengharap.

30. Demikian juga halnya dalam dua hal yang lain. Saya sentuh dengan ringkas, kemudian saya tutup artikel ini insha Allah.

Pertama

31. Saya bukanlah peminat tegar (kipas-susah-mati) Ustaz Azhar Idrus. Tetapi secara peribadi saya kurang bersetuju dengan komentar seperti kenapa UAI suka buat lawak dan kenapa UAI kadang-kadang memberi jawapan agama tanpa beserta dalil.

32. Pertamanya, saya yakin bahawa setiap orang ada peranan dan perlu mainkan peranan masing-masing.

33. Jika ditelusuri perjalanan dakwah UAI, yang mendengar ceramah beliau ialah orang kampung dan anak muda (tak menafikan peranan da'ie lain).

34. Maka mungkin tarikan melalui lawak jenaka sekali-sekali perlu untuk menarik kumpulan-kumpulan dari latar belakang begini.

35. Tentang dalil pun sama. Bak kata pepatah, Absence of evidence is not evidence of absence.

36. Kadang-kadang UAI menjawab soalan yang diajukan tanpa dalil (kadang-kadang merujuk kitab ulamak yang memang tak sertakan dalil kerana ia satu ringkasan untuk orang awam).

37. Tak menyertakan dalil tak semestinya tak bersandarkan dalil.

38. Yang penting buat orang awam terutamanya, adalah untuk mendapat jawapan kepada persoalannya, dan agar dapat diamalkan. Kalau tak diberitahu dalil tak mengapa, walaupun jika dimaklumkan, lebih baik (jika perlu).

39. Namun dalam dunia moden, semua orang daripada pelbagai latar belakang, boleh menonton ceramah UAI di You Tube. Pastinya adanya golongan yang lebih terpelajar sikit mahukan dalil dalam setiap hujah.

40. Mungkin tak salah mintak dalil, tapi sekali lagi pinta saya, fahamilah peranan dan latar belakang masing-masing, dan iktiraflah.

Kedua

41. Soal artikel 'elit'.

42. Saya pun pernah berasa 'menyampah' dengan artikel-artikel agama yang banyak menggunakan istilah Bahasa Arab; kerana saya pun tak faham istilah yang digunakan.

43. Demikian juga ada artikel yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Orang awam biasa pasti struggle nak faham dan menghadam mesejnya.

44. Namun, saya rasa penilaian sebegini tidak adil. Dan saya pun salah juga.

45. Sepatutnya, kaedah yang boleh digunakan adalah mengiktiraf peranan dan kumpulan sasaran.

46. Jika saya tak faham sesuatu artikel, mungkin bukan saya kumpulan sasarannya (dari segi corak penulisan).

47. Samalah juga artikel dalam Bahasa Inggeris; penulisnya mungkin dapat menulis lebih baik dalam Bahasa Inggeris (atau sebab-sebab lain) tapi pasti ada kumpulan sasarannya.

48. Jika kita tak termasuk, janganlah salahkan yang menulis, tapi pertingkatkan kebolehan kita sebagai pembaca.

49. Dan jika kita faham artikel-artikel 'elit' ni pula, dan merasakan bahawa orang awam dan orang kebanyakan perlu memahaminya, kenapa kita tak mengambil inisiatif untuk mengalih bahasa atau menulis semula dalam bentuk yang lebih mudah?

50. Sekian sahaja coretan buat masa ini. 

51. Saya mohon maaf sekali lagi jika ada yang terguris di hati. Nothing personal. Niat saya adalah sekadar membahaskan beberapa persoalan yang bermain di benak fikiran saya, dan pastinya saya insan biasa yang pasti jua ada kelemahan dan tersilap dalam memberikan pendapat.

Allahuaklam. Wassalamualaikum wbt.

P/S: Sudut pandang yang diketengahkan bukan bermaksud memberi fatwa ya. Jazakumullahu khairan kaseera.

2.15 pagi, Khamis, 24 Oktober 2013
Read more "Korbankan Unta, Bukan Agama"

Tuesday, October 1, 2013

Kemaafan


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Bayangkan anda sedang memandu kereta.

2. Lalu ada sebuah kereta dengan 'nakal'nya memintas anda dengan cara yang tak sepatutnya.

3. Laju betul kereta tersebut.

4. Anda marah. Lalu hati mula bergetar. 

5. Sehinggakan anda berdoa pula agar diberi balasan kepadanya, mungkin kemalangan ke apa ke, supaya dia sedar!

6. Tak lama selepas itu, anda terkejut.

7. Tiba-tiba sahaja di depan anda ada kereta berhenti mengejut.

8. Anda tak sempat menekan brek, lalu melanggar kereta itu.

9. Segalanya berlaku dalam beberapa saat sahaja. Sedar-sedar, kereta anda dan kereta itu dua-dua terheret ke bahu jalan.

10. Tiada kemalangan jiwa berlaku. Anda pun cedera ringan sahaja.

11. Tapi hati lebih parah kecederaannya. Masih marah. Tapi bingung.

12. Anda melihat di luar, anda kenal sangat kereta yang anda langgar itu.

13. Itulah kereta yang memintas anda tadi.

14. Dan andalah yang mendoakan kemalangan baginya.

15. Adakah anda gembira bahawa doa anda termakbul?

Wahai rakan-rakan yang budiman,

16. Islam melalui kasih dan cinta Nabi SAW mengajar kita untuk berusaha memaafkan orang lain.

17. Jangan sesekali mendoakan keburukan kepada orang, kerana mungkin keburukan yang ditimpanya melibatkan kita. Mudarat yang diterimanya memudaratkan kita.

18. Nabi SAW ketika berdakwah di Taif, waktu itu keadaan sudah cukup menekan; ramainya yang masih ego tak mahu menerima Islam; ramai pula orang kesayangan Nabi SAW yang meninggalkan baginda menemui Tuhannya yang Esa.

19. Dan Nabi SAW dibaling batu dan dizalimi sehingga berdarah baginda. Malaikat yang melihat keadaan itu memohon kebenaran baginda untuk menyatukan dua gunung menghancurkan penduduk Taif ini di tengah-tengahnya; namun Nabi SAW tidak benarkan.

20. Bahkan didoakan pula ke atas mereka.

21. "Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui."

22. Ketika Perang Uhud, Nabi SAW pun cedera dan berdarah.

23. Namun baginda mengeringkan darah daripada jatuh ke tanah, kerana jika darah yang mulia itu jatuh menyembah bumi, maka binasalah orang-orang yang berbuat zalim itu!

24. Sayangnya Nabi SAW kepada ummat, sehingga begitu sekali.

25. Adakah ini fantasi? Contoh yang hanya menjadi ilusi? Tidak sama sekali. 

26. Ayuhlah memaafkan. Saling mendoakan kebaikan orang lain, biarpun mereka telah melukakan kita.

27.  Inilah legasi yang ditinggalkan Nabi SAW. Umat ini bukan umat yang mencerca. Umat ini bukan umat yang keras. Umat ini bukan umat yang berdendam.

28. Tapi umat ini bersatu atas dasar kasih sayang. Keberaniannya disulami kelembutan. Menunggu waktu rehat hanya tatkala kaki mula melangkah masuk ke syurga.


29. Hari Ahad ini (6 Oktober) insha Allah akan diadakan satu sesi pengajian (dan khatam) sebuah kitab bertajuk Solat Al-Muqarrabin yang dikarang oleh seorang wali Allah dari Yaman. Bermula dari pukul 8.30 pagi. Tempatnya di Masjid Negeri Shah Alam. Sesiapa yang berminat boleh segera hubungi saya di 011 1645 9393.

Wallahuaklam. Terima kasih, assalamualaikum wbt.
Read more "Kemaafan"

Tuesday, June 25, 2013

Tapir dan Ular


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


Bukan mudah melihat tapir
Di balik akar ku lihat ular
Jangan mudah kafir mengkafir
Nanti terbakar mulut celupar

1. Berhati-hatilah dari mulut yang celupar.

2. Ia ada kaitan dengan gajah dan kuman.

3. Kaitannya? Ada dalam perumpamaan Melayu di bawah.

4. Gajah di depan mata tak nampak, kuman jauh di seberang nampak pulak.

5. Dalam soal pengguguran bayi hasil zina misalnya, sayu tersiat hati kita melihat kematian bayi-bayi yang tak berdosa akibat dibuang di merata tempat.

6. Soalnya, zina bukan sahaja terjadi apabila pergaulan bebas berleluasa.

7. Kaki, tangan, mata dan anggota lain amat mudah bergerak menuju zina. Na'uzubillah.

8. Namun jangan lupa bagaimana lidah yang tak bertulang juga ada peranan ke arah itu, malah ada satu aspek yang mungkin tak kita sedari!

9. Aspek tersembunyi ini, yakni dengan cara kafir mengkafir, melalui lisan (secara fizikal) mahupun bertulis seperti di media sosial, mendatangkan kesan yang cukup membobrokkan!

10. Sabda Nabi SAW, berkatalah yang baik, atau (kalau tak), maka DIAMLAH!

11. Kita semakin kehilangan rasa hormat (apatah lagi gerun) daripada masyarakat bukan Islam lagi-lagi yang memusuhi kita.

12. Kita menuding jari terhadap mereka, tapi kita lupa, hilangnya hormat itu adalah kerana umat Islam pun tak hormat sesama sendiri!

13. Dunia penuh fitnah, kita pulak menambah-nambah, sampai bila nak sudah, agama rosak semua punah!

14. Islam itu cukup luas.

15. Jangan kerana satu perkara yang membezakan kita dengan saudara semuslim, maka kita mengkafirkan mereka!

16. Biarpun ada yang jelas di mata, kita menghukum melalui apa yang zahir, tapi Allah lebih tahu, siapa yang kafir dan siapa yang tidak.

17. Bahkan ulamak membahagikan kafir kepada beberapa jenis. Ada orang yang kafir di mata kita, namun sebenarnya tidak di mata Allah SWT.

18. Dan bukanlah tugas kita untuk menghukum, sebaliknya kita diseru mencari sebanyak alasan yang mampu untuk mengelakkan daripada mengisytiharkan sesama Muslim sebagai kafir.

19. Dalam Islam, lebih baik tersilap melepaskan orang yang bersalah, daripada tersalah menghukum orang yang tak berdosa! Subhanallah, besar sungguh rahmat dan kasih sayang Allah SWT!

20. Tentang zina melalui perbuatan lidah yang saya sebut tadi, begini huraiannya.

21. Nabi SAW dalam sabda baginda, menegah kita mengkafirkan orang sewenang-wenangnya, kerana status kafir itu akan jatuh pada salah seorang daripada yang berkata atau yang dikata.

22. Jika A tuduh B itu telah kafir, maka sama ada A atau B akan benar-benar kafir.

23. Jika memang benar B kafir, maka kafirlah B. Tetapi bagaimana A boleh 100% yakin, bahawa B itu PASTI kafir?

24. Berdasarkan sabda Nabi SAW tadi, jika menggunakan contoh di atas, katakanlah sebenarnya B tidak kafir, maka status kafir itu akan jatuh kepada A! Na'uzubillah!

25. Begitulah bahayanya dalam diam kita boleh jatuh kafir hanya kerana lisan kita mengkafirkan orang yang padahal tidak kafir.


26. Berkata guru saya, Sheikh Mazlisan (moga Allah memelihara beliau), bahawa akibat kafir ini cukup besar.

27. Bayangkan amalan-amalan yang lepas terhapus begitu sahaja. Kalau seorang yang jatuh kafir itu mengucap semula pun, adakah larat dan tidakkah berat menggantikan semua amalan-amalan lepas (kerana sudah terbatal akibat jatuh kafir)?

28. Lebih teruk lagi, seorang suami isteri akan terfasakh hubungannya jika salah seorang jatuh kafir. Mereka dengan itu bukan lagi bertaraf suami isteri.

29. Bayangkan jika mereka 'bersama', pada sangkaan mereka, halal perbuatan mereka, padahal dek terputus hubungan suami isteri, sebenarnya mereka telah 'bersama' dengan tidak sah!

30. Jika si isteri hamil, bukankah bayi yang dilahirkan adalah hasil zina dan dikategorikan anak luar nikah?

31. Jika bayi yang lahir itu seorang perempuan, bagaimana pula suatu hari nanti si bapa ingin mewalikan anak itu  untuk perkahwinannya padahal dia bukan lagi seorang bapa yang sah? Dan si bapa tak sedar langsung akan hal ini (dan tak akad nikah semula dengan si ibu)?

32. Bukankah perkahwinan si anak menjadi tak sah dan bagaimana jika dia 'bersama' pula dengan suami yang baru dikahwininya? Apakah status anak yang lahir selepas itu?

33. Mungkin ini punca kemelut yang melanda umat kita hari ini.

34. Bagaimana mungkin Islam dapat ditegakkan oleh generasi yang lahir dalam status dan keadaan begini?

35. Dan kita hanya meletakkan salah pada soal orang yang bergaul bebas dan jelas pada mata kasar melakukan dosa?

36. Kita bukan ingin menghalalkan satu dosa dan menumpukan pada yang lain, tetapi tujuan saya menulis adalah supaya kita lebih berhati-hati.

37. Betapa besarnya kesan jika kita bersikap ekstrim dalam banyak perkara termasuklah dalam bab mengkafirkan orang yang tak sebulu dengan kita. Berlainan jemaah dan minhaj.

38. Mohon maaf dan pembetulan jika saya yang salah. Wahai para pembaca sahabat yang budiman, jadilah seorang dai'e, bukan qadi. Jadilah seorang yang mengajak, bukan mengejek. Jadilah seorang yang mendukung, bukan menghukum. 

39. Kita ibarat tapir, ular, gajah atau kuman, walau berbeza, tetapi dalam hutan belantara yang sama.


Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt.
Read more "Tapir dan Ular"

Tuesday, April 16, 2013

Mencari Akar (MAK)- Keluaran 1


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Sekadar nak berkongsi penulisan peribadi saya dalam risalah terbaru yang diedarkan di UiTM.

2. Saya namakannya Mencari Akar (MAK). Nak tahu kenapa, kena baca la ya?

3. Saya mula menulis risalah (untuk edaran di UiTM Shah Alam) pada bulan Ramadhan lepas yang diberi nama Buletin Ramadhan Kita (BURAK). Untuk risalah BURAK ni, boleh rujuk entri yang lepas di sini.

4. Untuk download risalah MAK keluaran sulung ni pulak, sila rujuk pautan di sini.

5. Jazakumullahu khairan kaseera. 

Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt.

P/S: Jika ada kesulitan untuk download, sila maklumkan terus pada saya di jako_imp[at]yahoo.com, supaya saya boleh terus emel kepada saudara/ri. ;-)
Read more "Mencari Akar (MAK)- Keluaran 1"

Monday, April 8, 2013

Musibah Dan 17 Kebaikannya


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Artikel ini ditulis majoritinya berdasarkan ceramah oleh Sheikh Hamza Yusuf bertajuk the 17 Benefits of Tribulations yang dikarang oleh seorang 'ulamak (atau lebih tepatnya seorang 'aalim, nota: singular) yang cukup hebat, Sheikh 'Izz Ibn Abdus Salam. Rakaman mp3 yang asal boleh didengar di sini.

2. Transkrip ceramah tersebut pulak (dalam bahasa Inggeris) boleh didapati atau dibaca di sini.

3. Sesungguhnya cukup banyak sumbangan para 'alim 'ulamak kita maka moga Allah menerima usaha kecil perkongsian ini sebagai salah satu daripada yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan dan semoga diterima sebagai amal soleh oleh Allah SWT. Ameen.

4. Izinkan saya bermula.

Gambar hiasan je ni
5. Antara penerangan oleh Sheikh Hamza ialah, bahawa Nabi Muhammad SAW (walaupun bagindalah kekasih Allah yang mulia) lebih besar dan kuat ujian yang ditempuhi berbanding kita. Namun, ujian ini tak pernah mengganggu-gugat kekuatan baginda SAW.

6. Ini yang kadang-kadang kita lupa. Kita fikir, dengan semakin dekat kepada Allah SWT, semakin beriman, perbanyakkan buat baik, terus hidup kita (di dunia) jadik senang lenang?

7. Bahkan tidak. Kesenangan yang abadi itu, sahabat sekalian, hanya di syurga kelak.

8. Hakikatnya, jika kita menganggap diri kita pejuang, tapi hidup selalu senang, seperti tiada apa yang menghalang, malah jarang sekali ditimpa malang, amat risau dan khuatir kita, mungkin kita bukan pada jalan perjuangan yang sebenar.

9. Sheikh juga menyebut bahawa seseorang yang apabila ditimpa ujian, lantas dia terkesan dan jatuh semangat dan lemah, adalah tanda-tanda bahawa dia jauh daripada Allah SWT dan tanda-tanda lemahnya imannya.

10. Jelas beliau lagi, buku ini dikarang untuk memberitahu bahawa orang yang cepat terkesan (lemah) akibat ujian adalah orang yang tak faham tentang hikmah kebijaksanaan Allah SWT dalam menguji hamba-Nya, padahal orang yang benar-benar beriman dan faham, akan meraih manfaat daripada ujian yang menimpanya.

11. Bayangkan, buku ini telah lama dikarang, yakni sejak 800 tahun yang lepas, tapi sehingga kini masih diajarkan dan memberi manfaat yang besar buat umat Islam. Inilah tanda keberkatan ilmu para 'ulamak. Rugilah jika kita tak mahu mengambil kelebihan daripada permata-permata yang bersinar ini.

12. Salah satu tujuan ujian adalah untuk menyedarkan kita bahawa ada sesuatu tak kena, atau kita sesungguhnya telah melakukan dosa.

13. Sungguh Pemurah Allah SWT, jika dengan ujian yang dikenakan terhadap kita, dijadikan itu asbab untuk dosa-dosa kita diampunkan!

14. Bayangkan jika ditangguhkan pengampunan itu, atau tak terampun, bukankah pembalasan dan azab pada hari akhirat jauh lebih pedih, perit dan sakit?

15. Sheikh memberi perumpamaan seperti simptom yang dialami orang sakit.

16. Contohnya jika perut kita sakit, itu tandanya kita perlu jumpa doktor, mungkin ada sesuatu yang tak kena seperti organ dalaman kita yang tak terlihat. Bayangkan tanpa simptom ini, kita tak tahu pun yang organ kita mempunyai masalah dan itu pastinya akan mendatangkan masalah!

17. Sebab itulah penyakit seperti hypertension yakni darah tinggi sangat berbahaya kerana seseorang boleh sahaja seolah-olah rasa dia sihat dan menjalani kehidupan biasa sehari-hari seolah-olah tak ada apa-apa berlaku (kerana tiada simptom) padahal dengan darah tinggi itu, boleh jadi maut mungkin sedang bertandang!


18. Dikisahkan seorang wanita sedang berjalan-jalan, sehingga dia tersadung jatuh dan cedera kakinya, lalu dia tergelak.

19. Orang pun pelik dan bertanya, kau gila ke apa? Kenapa kau gelak?

20. Lantas dijawab, wanita itu kata dia teringat satu hadis Nabi SAW yang menyebut tentang bagaimana Allah mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya bahkan walaupun dia hanya terkena duri.

21. Wanita itu terlalu terpesona dengan keseronokan bahawa dosanya diampunkan, sehingga dia lupa kesakitan yang dia alami. Inilah kemanisan iman subhanallah!

22. Bahkan diceritakan tentang seorang sahabat Nabi yang terkena anak panah, dan diminta dicabut anak panah itu ketika dia sedang solat, kerana dia tak merasai kesakitan anak panah itu dicabut tatkala dia solat!

23. Inilah tingginya tahap keimanan yang ditunjukkan. Inilah dia yang kita semua cari-cari, keimanan yang membawa keamanan, biar apa pun melanda, baik badai mahupun ribut taufan.

24. Sheikh sambung lagi katanya, terdapat dalam satu hadis yang menyebut bahawa, Allah menguji orang yang Dia sayang kerana mahu mendengar suara sang hamba itu memanggil dan menyeru-Nya! Subhanallah!

25. Satu lagi perumpamaan ialah orang yang minum atau makan ubat yang pahit. Dia tak kisah kepahitan itu kerana dia tahu tujuannya- untuk penyembuhan.

26. Begitu juga ujian. Orang yang faham maksud dan hikmah ujian (yakni musibah) akan bahkan GEMBIRA menghadapinya, kerana dia tahu, faham dan percaya akan tujuan musibah menimpanya.

27. Ada sesuatu yang cukup cukup menarik yang Sheikh Hamza huraikan, berdasarkan tafsir Quran tentang satu ayat oleh Imam Nasafi.


28. Kita sedia maklum dah bahawa ujian itu adalah sebagai penebus dosa.

29. Tapi tahu tak kita bahawa Allah mengampunkan betapa banyak dosa kita yang lain tanpa sebarang tebusan mahupun bayaran pun?

30. Maknanya, yang kita diuji itu sikit sangat-sangat nak dibandingkan dengan apa yang sepatutnya kita layak terima!

31. Subhanallah. Bayangkanlah. Sebab itu, sekali lagi, buat orang yang beriman, dia yakin, walau berat manapun ujian melanda, ujian dan musibah itu Allah boleh jadikannya jauh lebih besar dan berat daripada yang sedia ada (kalau Allah mahu)!

32. Kerana itu orang yang beriman, dia bersyukur, bahkan mengucapkan alhamdulillah bila ditimpa musibah! Allahu Allah...

33. Selain itu, pentingnya musibah ini, adalah supaya kita faham keadaan orang lain yang ditimpa musibah. Masakan taknya, kalau kita sendiri pun pernah merasainya. Omputeh selalu sebut ni sebagai empathy.

34. Lantas dengan itu kita akan membantu mereka. Sesungguhnya sesiapa yang membantu menghilangkan kesusahan seorang yang lain, maka Allah akan hilangkan kesusahannya pada hari Pengadilan kelak insya Allah!

35. Imam Muhammad Al-Hasan pernah membuat komentari menyebut bahawa, jika kita tak membantu orang yang ditimpa musibah itu, maka musibah itu akan datang menimpa kita pula! Wal 'iyaa zubillah. Moga Allah jauhkan insya Allah.

36. Maksudnya juga di sini ialah kadang-kadang ujian itu datang kepada kita melalui orang lain. Inilah hakikat dan realiti dunia yang penuh dengan ujian pastinya.

37. Kerana itulah, kita mesti melaluinya dan menempuhnya dengan baik. Anggaplah bahawa ia satu peluang untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

38. Lagi, dengan musibahlah kita akan menghargai waktu kita senang, tatkala masih belum sampai musibah. Oleh itu, manfaatkanlah sebaiknya dan hargailah, syukurilah waktu-waktu dan senggang masa yang baik yang Allah SWT berikan kepada kita.

39. Sheikh pesan, janganlah kita lupa, bahawa mungkin dalam musibah itu, ada hikmah dan ganjaran yang besar. Sesungguhnya kita tak tahu, tapi Allah lebih tahu. Bahkan Dia Maha Mengetahui.

40. Akhir sekali, suka disebutkan di sini bahawa musibah menjadikan kita rendah diri dan melunturkan ego kita. Lihatlah Firaun yang angkuh kerana kebesaran pemerintahannya, dan lihatlah Qarun yang mendabik dada kerana hartanya yang melimpah ruah.

41. Sehingga lupa bahawa semuanya kurniaan dan ujian Allah. Semuanya milik Allah dan Dia boleh ambik bila-bila masa saja hak-Nya.

42. Kita juga perlulah mempunyai sifat redha. Bahawa kita berserah kepada Allah SWT dan meyakini sebenar-benarnya, bahawa apa yang Allah izinkan berlaku adalah yang terbaik untuk kita.

43. Sekian sahaja buat kali ini. Saya sangat syorkan rakan-rakan merujuk semula teks asal (transkrip) untuk pembacaan yang lebih lengkap supaya mendapat gambaran yang lebih menyeluruh tentang ceramah yang cukup banyak kecantikannya ini. Moga Allah SWT menjadikan kita insan yang benar-benar beriman, serta bersabar atas ujian-Nya dan mensyukuri setiap satu nikmat-Nya.

Ameen ya Robbal 'Aalamiin.. Wallahuaklam. Assalamualaikum wbt.


"Bukankah Dia (Allah) yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila dia berdoa kepada-Nya, dan menghilangkan kesusahan dan menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah (pemimpin) di muka bumi?....
(Surah An-Namlu, ayat 62)

"Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar."
(Surah Al-Baqarah, ayat 153)


"....Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. 

Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka berkata, sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya jua kami kembali."
(Surah Al-Baqarah, ayat 156)
Read more "Musibah Dan 17 Kebaikannya"

Sunday, March 17, 2013

A Dialogue (Part 3)




46. In the last episode, we have dealt with short yet important arguments on the proof of God's existence.

47. What comes next is to ascertain that this God that exists is none other but Allah SWT.

48. I am going to put it this way. First, I shall bring forward the general idea on how do we decide who is God.

49. After that, we shall see from the Quran (through its existence and its arguments) that the God must not be other than Allah SWT.

50. So we have three things here. First, the general idea, then the second, proof from Al-Quran's existence and thirdly, the arguments by the Quran.

51. Firstly, the general idea is simple. If God exists, then He must act justly by providing signs to His creations. This is so that the creations will not have any valid excuse when God were to judge either to punish them (if they deny God) or save them (if they accept and submit to God).

52. Among the signs He has provided are through revelations (wahy).

53. Major religions such as Islam, Christianity and Hinduism, to name a few, have their own scriptures, believed to be the words of God (or at least the words that speak on behalf of God).

54. For instance, Islam with the Al-Quran and the Christianity with the Bible (Old and New Testaments).

55. Common sense will tell us easily, that the most important aspect of a religion is its concept of God.

56. Hence, while all above religions believe in God/gods, it is now necessary to provide a set of criteria or yardstick taught in each religion, to prove who is and who is not God. The most reliable source for this is definitely the scriptures of each religion.

57. As I am going to represent my beloved deen, Islam, I will explain the concept of God in Islam, and in doing so, will make fine comparisons between Allah as God with the God believed by the Christians, Jesus Christ being one of them (so that we can test how the criteria of God works).

58. However, as mentioned earlier, I will firstly speak in brief about the existence of Quran itself as a proof that Allah is the God, One and Only.

59. This is a very simple argument.

60. Firstly, just to get things clear here, Al-Quran is not the words of Prophet Muhammad SAW, but are the EXACT words of Allah SWT (revealed through him to the whole mankind). Insya Allah (God willing), I will elaborate more on this in the other upcoming episode, but suffice to say now, that the words of Muhammad SAW, is called ahadith (plural of hadith) instead.

61. Now, going back to the argument, Al-Quran has mentioned explicitly that it was revealed by Allah SWT and Allah will protect it until the end of time.

62. Now, imagine this. If all religions were to reach a global consensus, that today we shall burn and destroy all the scriptures and textual documents of religions (Quran, Bible, Veda etc.) including those on the net without any trace or backup copy whatsoever, guess what will happen?

63. Within only few days, only the Quran will come back to its absolute original form, with no alteration at all, not even an alphabet!

64. And why is this?

65. Because Al-Quran (which is in Arabic language) is the only book memorized in totality by many Muslims worldwide!

66. We have children as young as 5 years old (if not younger) who memorizes the Quran from cover to cover, and in addition to that, many of them don't even speak (or understand) Arabic language!

67. This is a guarantee from Allah (in Surah Al-Hijr, aayat no.9) that the preservation of Quran will last!

68. It has been more than 14 hundred years now, yet it has not been altered, not in the slightest!

(The case for Bible is significantly different, because even the Bible scholars would agree that not only Bible has gone through so many changes (addition and deletion) here and there throughout the course of its long history, in fact now there are so many different versions of Bible!)

69. The fact that Al-Quran explicitly mentions Allah as the One and only true God, and the fact that its preservation is impossible without permission (and work) of God, we have now come to the end of our first premise, that is, Al-Quran through its existence is a proof that Allah is the God.

70. Now, this last point may be the most interesting part to analyse together.

71. In the Quran, the 112th chapter is called Surah Al-Ikhlas.

72. It is one of the shortest Surah in it, nevertheless carries huge weight and significance when it comes  to the concept of God in Islam.

73. In fact we shall now analyse the 4 criteria of God it outlines from its short yet eloquent four verses.

74. The verses explain that Allah is the God, and then beautifully continue with the attributes of Allah as God (hence the criteria of God in Islam) which is fulfilled by only Allah and none others.

75. For comparison, now let's take Jesus Christ and put him on test (whether he fulfills the criteria to be God).

76. Before I continue though, it's necessary to mention here that  Jesus Christ (in Arabic, Isa) is regarded as a great prophet by us Muslims.

77. This comparison is in no way attempting to condemn him. In reality (for the Muslims), elevating him as God, is something he himself (Jesus) will despise and disprove of, hence a true form of insult instead!

78. The first verse says that God must be One and Only. Christians believe that Jesus is the Son of God, apart from The Father God and the Holy Spirit (in a concept called Trinity). Hence, the fact that now we have more than one God, we will say that Jesus is not a God.

79. The second verse refers to the absolute and eternal nature of God i.e God has neither beginning nor ending. Muslims and Christians alike believe that Jesus was born by Mary (in Arabic, Maryam).

80. However, only the Christians believe that Jesus died.

81. The fact that he was born means that he has a beginning. And the fact that he dies means that he also has an ending.

82. Therefore, according to the second criteria, Jesus must not be God because he begins and ends (which makes more sense if we consider him a human being, but a prophet, as believed by Muslims).

83. Thirdly, God must not beget nor is he begotten. What this means is that a God must not be born or that he gives birth. Jesus was born. Hence, he is not a God.

84. The last verse, hence the last criteria suggests that God is not God if he is the same (or possess any similarity with His creation).

85. Jesus obviously appears to be in the form of a man during his lifetime, which again makes him not a God, but as believed by the Muslim, more logically a prophet.

86. With a rather long discussion above, I shall put an end to this part here. 

87. Let me end with this testimony. I firmly bear witness that there is no God except Allah SWT, He is One and Only, and Muhammad SAW was his Messenger.

(To be continued in Part 4)

"Or have they taken for worship (other) gods besides Him (Allah)? Say: Bring your proof. This (the Quran) is the Reminder for those with me and the Reminder for those before me. But most of them know not the Truth, so they are averse."
(Surah Al-Anbiya, aayat no.24)


Read Part 2 here
Read more "A Dialogue (Part 3)"

Saturday, March 16, 2013

Ditipu Ilmu


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Firman Allah SWT:
"......Apakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang TIDAK mengetahui? Sungguh, hanya orang yang berakal sihat yang dapat menerima pelajaran."
(Surah Az-Zumar, ayat 9)

1. Ilmu pada zaman sekarang begitu pesat berkembang, dalam pelbagai bidang, baik keagamaan mahupun sekular.

2. Ironinya, kita semakin TAK berilmu saban hari.

3. Mungkin kerana ilmu kini hanya disimpan dalam bentuk data dan informasi dalam gajet yang boleh dibawa ke mana-mana. 

4. Bateri habis, lena lah ilmu. Gajet rosak, matilah ilmu. Walaupun gajet yang dijangkiti virus, tapi ilmu pula yang hilang dari dunia. Semua nak kena format balik.

5. Kita mungkin lupa, bahawa ilmu terpenting adalah yang membawa kita lebih mengenali Tuhan.

6. Ilmu mengenali Tuhan, tak semestinya ia ilmu yang berkait dengan agama secara langsung, walaupun itulah yang terbaik.

7. Contohnya, ada orang belajar Al-Quran untuk berhujah balas dengan temannya. Maka, walaupun ilmu yang dipelajarinya ilmu Al-Quran, tetapi dia lupa tujuannya, dan dari mana datangnya ilmu itu!

8. Padahal seorang ahli kaji bintang, yang mengkaji bintang, boleh saja merenung dan memikirkan tentang kejadian alam yang ada Penciptanya. Keikhlasan hati mendekatkan dirinya pada yang Esa.


9. Alangkah mudahnya kita tertipu dengan ilmu.

10. Hari ini kita beli berkotak-kotak buku. Bertimbun-timbun kitab.

11. Lebih separuh daripadanya belum dibaca.

12. Tetapi memilikinya sahaja membuatkan seolah-olah ada perasaan bahawa kita sudah khatam buku itu.

13. Alangkah menipunya keadaan ini. Bisikan syaitan. Wal 'iya zu billah..

14. Sedangkan kawan kita belum ada buku itu, maka kita yang ada dan dah beli merasakan kita lebih pandai daripadanya semata-mata kerana kita memiliki buku itu. Padahal tak baca pun.

15. Pertimbangan yang palsu dan penuh fantasi! Cadangan saya, kalau tak keberatan, pinjamkan saja buku itu pada orang yang boleh memanfaatkannya. Bagi terus pun ok jugak. Kita pun dapat pahala sedekah insya Allah.

16. Lihatlah keilmuan Imam Shafi'e RH, yang merupakan anak murid Imam Malik RH.

17. Kedua-duanya imam besar mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

18. Imam Shafi'e sebelum belajar kitab Al-Muwatta' karangan Imam Malik, sudah pun menghafaz keseluruhan kitab itu!

19. Padahal Kitab Al-Muwatta' mengandungi ribuan hadis di dalamnya, dan Imam Shafi'e RH bukan setakat menghafaz teks atau matannya, malah cukup lengkap dengan sanad dan perawi hadis kesemuanya!

20. Subhanallah. Dalam keadaan ini pun, ada yang masih fikir bahawa ilmunya boleh mengatasi kefahaman imam mazhab.

21. Ya, memang salah kalau kita taksub mazhab. Tetapi problematik juga untuk orang yang mengaku ingin meninggalkan mazhab kerana mahu terus merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah.

22. Eh yang imam mazhab ni dia rujuk Bible ek? Tidak. Bahkan mereka lebih memahami Al-Quran dan Sunnah serta hadis. Sehinggakan para ulamak hadis seperti Imam Bukhari pun bermazhab (dalam memahami hadis), kerana imam-imam mazhab adalah orang yang faqih (betul-betul faham ilmu).

23. Persoalan tegas sebegini saya tujukan buat orang awam seperti saya. Berhati-hatilah. Betapa ramai orang yang ada ilmu tapi tiada kefahaman. Jangan tertipu. Ilmu sahaja tak cukup. Kefahaman adalah satu anugerah besar daripada Allah SWT.

24. Lihatlah pula Imam Al-Ghazali RH. Beliau digelar Hujjatul Islam. Kewujudan beliau adalah BUKTI dan HUJJAH bahawa Islam itu agama yang benar.

25. Diriwayatkan dalam kisah hidupnya, pernah ketika bersama satu rombongan, mereka dirompak.

26. Imam Al-Ghazali RH sangat takut kitab-kitab dan nota catatannya dirompak juga. Sehinggakan tersentak beliau oleh kata-kata si perompak.

27. Bahawa jika dirompak semua buku dan nota-notanya, maka adakah akan hilang semua ilmunya? Ujar sang perompak.

28. Imam Al-Ghazali RH melihat itu sebagai satu petanda daripada Tuhannya. Lantas berubah perspektifnya terhadap ilmu.

29. Sebab itulah, ilmu yang benar adalah ilmu yang diamalkan. Bukannya ilmu yang dikumpul seperti harta, kemudian disimpan untuk jadi hak milik seorang diri. 

30. Alangkah malangnya hal yang demikian. Ibarat air yang bertakung. Tak mengalir dan rosak berkeladak.

31. Ilmu yang diamalkan, itulah ilmu yang benar. Ilmu yang benar, itulah yang dikongsikan, disampaikan dan disebarkan.

32. Jangan tertipu dengan hiasan ilmu seperti kemahsyuran. Hiasan sebegini ibarat rantai yang terlalu berat, jika dipakai pada leher akan jatuhlah kepala sehingga tertimbus ke dalam tanah.

33. Padahal Allah SWT telah memberi amaran kepada ahli ilmu, sehingga Allah ibaratkan mereka seperti anjing yang asyik menjelirkan lidahnya, jika keinginan dunia yang dicari. Rujuk Surah Al-A'raf, ayat 175-176. 

34. Subhanallah, besarnya amanah orang yang diberi ilmu. Sehinggakan ilmu itu sama ada memuliakannya, atau menghinakannya! Sama ada ia menjadi hujah yang membantunya, atau hujah yang akan mendakwanya kelak!

35. Ya Allah, kurniakanlah dan tambahkanlah bagi kami ilmu yang BERMANFAAT.

36. Moga-moga kita semua, yang saban hari menuntut ilmu, tak akan pernah lupa untuk semakin tunduk dengan isi. Ikut resmi padi.

37. Janganlah kita lupa. Kita semua menyembah Allah SWT. Dialah yang mengajarkan ilmu. Kita pula menyembah pemilik ilmu, dan BUKANNYA menyembah ilmu. Bukanlah ilmu itu Tuhan. Jangan tertipu.

Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt.

Read more "Ditipu Ilmu"

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq