RSS
Showing posts with label Comparative Religion. Show all posts
Showing posts with label Comparative Religion. Show all posts

Sunday, March 17, 2013

A Dialogue (Part 3)




46. In the last episode, we have dealt with short yet important arguments on the proof of God's existence.

47. What comes next is to ascertain that this God that exists is none other but Allah SWT.

48. I am going to put it this way. First, I shall bring forward the general idea on how do we decide who is God.

49. After that, we shall see from the Quran (through its existence and its arguments) that the God must not be other than Allah SWT.

50. So we have three things here. First, the general idea, then the second, proof from Al-Quran's existence and thirdly, the arguments by the Quran.

51. Firstly, the general idea is simple. If God exists, then He must act justly by providing signs to His creations. This is so that the creations will not have any valid excuse when God were to judge either to punish them (if they deny God) or save them (if they accept and submit to God).

52. Among the signs He has provided are through revelations (wahy).

53. Major religions such as Islam, Christianity and Hinduism, to name a few, have their own scriptures, believed to be the words of God (or at least the words that speak on behalf of God).

54. For instance, Islam with the Al-Quran and the Christianity with the Bible (Old and New Testaments).

55. Common sense will tell us easily, that the most important aspect of a religion is its concept of God.

56. Hence, while all above religions believe in God/gods, it is now necessary to provide a set of criteria or yardstick taught in each religion, to prove who is and who is not God. The most reliable source for this is definitely the scriptures of each religion.

57. As I am going to represent my beloved deen, Islam, I will explain the concept of God in Islam, and in doing so, will make fine comparisons between Allah as God with the God believed by the Christians, Jesus Christ being one of them (so that we can test how the criteria of God works).

58. However, as mentioned earlier, I will firstly speak in brief about the existence of Quran itself as a proof that Allah is the God, One and Only.

59. This is a very simple argument.

60. Firstly, just to get things clear here, Al-Quran is not the words of Prophet Muhammad SAW, but are the EXACT words of Allah SWT (revealed through him to the whole mankind). Insya Allah (God willing), I will elaborate more on this in the other upcoming episode, but suffice to say now, that the words of Muhammad SAW, is called ahadith (plural of hadith) instead.

61. Now, going back to the argument, Al-Quran has mentioned explicitly that it was revealed by Allah SWT and Allah will protect it until the end of time.

62. Now, imagine this. If all religions were to reach a global consensus, that today we shall burn and destroy all the scriptures and textual documents of religions (Quran, Bible, Veda etc.) including those on the net without any trace or backup copy whatsoever, guess what will happen?

63. Within only few days, only the Quran will come back to its absolute original form, with no alteration at all, not even an alphabet!

64. And why is this?

65. Because Al-Quran (which is in Arabic language) is the only book memorized in totality by many Muslims worldwide!

66. We have children as young as 5 years old (if not younger) who memorizes the Quran from cover to cover, and in addition to that, many of them don't even speak (or understand) Arabic language!

67. This is a guarantee from Allah (in Surah Al-Hijr, aayat no.9) that the preservation of Quran will last!

68. It has been more than 14 hundred years now, yet it has not been altered, not in the slightest!

(The case for Bible is significantly different, because even the Bible scholars would agree that not only Bible has gone through so many changes (addition and deletion) here and there throughout the course of its long history, in fact now there are so many different versions of Bible!)

69. The fact that Al-Quran explicitly mentions Allah as the One and only true God, and the fact that its preservation is impossible without permission (and work) of God, we have now come to the end of our first premise, that is, Al-Quran through its existence is a proof that Allah is the God.

70. Now, this last point may be the most interesting part to analyse together.

71. In the Quran, the 112th chapter is called Surah Al-Ikhlas.

72. It is one of the shortest Surah in it, nevertheless carries huge weight and significance when it comes  to the concept of God in Islam.

73. In fact we shall now analyse the 4 criteria of God it outlines from its short yet eloquent four verses.

74. The verses explain that Allah is the God, and then beautifully continue with the attributes of Allah as God (hence the criteria of God in Islam) which is fulfilled by only Allah and none others.

75. For comparison, now let's take Jesus Christ and put him on test (whether he fulfills the criteria to be God).

76. Before I continue though, it's necessary to mention here that  Jesus Christ (in Arabic, Isa) is regarded as a great prophet by us Muslims.

77. This comparison is in no way attempting to condemn him. In reality (for the Muslims), elevating him as God, is something he himself (Jesus) will despise and disprove of, hence a true form of insult instead!

78. The first verse says that God must be One and Only. Christians believe that Jesus is the Son of God, apart from The Father God and the Holy Spirit (in a concept called Trinity). Hence, the fact that now we have more than one God, we will say that Jesus is not a God.

79. The second verse refers to the absolute and eternal nature of God i.e God has neither beginning nor ending. Muslims and Christians alike believe that Jesus was born by Mary (in Arabic, Maryam).

80. However, only the Christians believe that Jesus died.

81. The fact that he was born means that he has a beginning. And the fact that he dies means that he also has an ending.

82. Therefore, according to the second criteria, Jesus must not be God because he begins and ends (which makes more sense if we consider him a human being, but a prophet, as believed by Muslims).

83. Thirdly, God must not beget nor is he begotten. What this means is that a God must not be born or that he gives birth. Jesus was born. Hence, he is not a God.

84. The last verse, hence the last criteria suggests that God is not God if he is the same (or possess any similarity with His creation).

85. Jesus obviously appears to be in the form of a man during his lifetime, which again makes him not a God, but as believed by the Muslim, more logically a prophet.

86. With a rather long discussion above, I shall put an end to this part here. 

87. Let me end with this testimony. I firmly bear witness that there is no God except Allah SWT, He is One and Only, and Muhammad SAW was his Messenger.

(To be continued in Part 4)

"Or have they taken for worship (other) gods besides Him (Allah)? Say: Bring your proof. This (the Quran) is the Reminder for those with me and the Reminder for those before me. But most of them know not the Truth, so they are averse."
(Surah Al-Anbiya, aayat no.24)


Read Part 2 here
Read more "A Dialogue (Part 3)"

Thursday, May 17, 2012

Sembelih dan Makan Binatang Korban: Kejam?


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Artikel ini akan cuba menjawab persoalan adakah pensyariatan sembelihan korban dalam Islam sesuatu yang rasional dan baik untuk manusia secara umumnya.

2. Sebelum itu, ingin saya sebut bahawa telah timbul persoalan daripada sesetengah penganut agama tertentu kononnya manusia seharusnya hanya makan tumbuh-tumbuhan.

3. Dengan kata lain, manusia seharusnya menjadi seorang vegetarian ataupun mengamalkan sifat herbivor. Hal ini kerana membunuh binatang untuk dimakan menyakitkan mereka- maka dianggap kejam.

4. Sebagai umat Islam, adalah penting untuk kita percaya bahawa apa jua yang dituntut dalam Islam ada kebaikan dan rasional yang tersendiri. 

5. Maka jika kita ditanya, jawapan pertama kita kepada orang bukan Islam ialah- kita taat pada suruhan Allah SWT dan para Rasul-Nya- tiada bantahan terhadap kedua-duanya sama sekali.

6. Pun begitu, tak menjadi masalah untuk kita sediakan jawapan dari segi logik akal dan saintifik sebagai satu pelengkap- kerana bahkan Islam itu agama fitrah, apa yang dituntut memang selari dengan fitrah semulajadi manusia.


Jawapan

7. Manusia tak boleh hidup tanpa makanan. Bahkan haiwan dan tumbuhan pun memerlukan makanan.

8. Maka mereka yang vegetarian pun akan makan tumbuh-tumbuhan. Persoalannya, jika memakan haiwan dikira kejam, orang yang makan sayur-sayuran juga adalah kejam!

9. Kenapa? Kerana tumbuh-tumbuhan juga secara saintifik dikira sebagai benda hidup dan bernyawa.

Soalan: Tapi tumbuh-tumbuhan tak rasa sakit!

10. Perkara ini tidak tepat. Kajian saintifik terkini menunjukkan bahawa tumbuh-tumbuhan ada deria sakit. Namun, pastilah mereka tidak mengeluarkan suara yang boleh didengari. Malah mereka juga tak bergerak. Tapi ini tak menafikan bahawa mereka mempunyai nyawa dan perasaan seperti haiwan.

Soalan: Tapi tumbuh-tumbuhan tak banyak deria, berbanding haiwan.

11. Adakah dengan sebab itu dibolehkan berlaku kejam terhadap tumbuhan? Jika ya, ia seolah-olah menyatakan begini.

12. Kita dilarang memukul orang yang sempurna anggota, tapi tak mengapa memukul dan menganiaya orang cacat, sebab mereka kurang deria dan anggota? Begitu?

13. Sudah pasti tidak! Kurang deria atau sama banyak deria bukanlah syarat yang melayakkan kita  untuk menganiayai sesiapa dan apapun.

14. Namun persoalannya sekarang, memakan tumbuhan, apatah lagi haiwan bukanlah bermaksud bertindak kejam terhadap mereka, sebaliknya itu adalah fitrah.

15. Jika dilihat alam semulajadi di sekeliling kita, malah dari sudut Sains sekalipun, wujudnya kelompok yang memakan dan kelompok yang dimakan (prey-predator relationship) adalah kerana itulah fitrah, perkara biasa dalam menjamin kelangsungan hidup.

16. Jika anda belajar Sains, pasti anda pernah mendengar tentang rantai makanan (food chain) dan siratan makanan (food web) yang menggambarkan hubungan simbiosis ini. 

17. Malah tahukah anda terdapat jenis tumbuh-tumbuhan yang memakan haiwan! Contohnya, tumbuhan seperti periuk kera menjadikan serangga sebagai makanan. Adakah tumbuhan ini kejam? Tidak, inilah lumrah alam. Bahkan jika periuk kera ini tak diberi makan, itulah yang kejam!

Soalan: Ada satu pepatah menyatakan "You are what you eat." Maksudnya, kita adalah apa yang kita makan. Jadi, bukankah orang yang makan haiwan akan bertindak ganas seperti haiwan? 

18. Hakikatnya, manusia memang mempunyai persamaan dengan haiwan tetapi yang membezakan kita dengan haiwan ialah akal, yang membolehkan kita membezakan mana yang baik dan buruk, tak seperti haiwan.

19. Sebab itu manusia pergi sekolah untuk belajar, tetapi haiwan tidak.

20. Namun, memakan haiwan tak menjadikan manusia seperti haiwan. Malah, tidak pernah berlaku di dunia ini, lembu bertukar menjadi Incredible Hulk berwarna hijau kerana tiap-tiap hari makan rumput hijau.


21. Menariknya, Islam pun hanya membenarkan penganutnya memakan haiwan tertentu sahaja. Dan haiwan-haiwan ini adalah haiwan ternakan yang bukan sahaja jinak, malah hidup di persekitaran yang bersih.

22. Contohnya, umat Islam boleh makan daging lembu, kambing, ayam dan banyak lagi.

23. Haiwan pemangsa yang kasar dan ganas, biasanya haiwan karnivor seperti harimau dan singa pula, diharamkan untuk dimakan.

24. Malah haiwan reptilia seperti ular dan buaya pun haram dimakan.

25. Selain itu, haiwan yang berkuku dan bergigi tajam juga dilarang. Sebagai contoh, kucing dan burung helang tak boleh dimakan.

26. Ini satu lagi bukti kecantikan Islam, dalam membantu umatnya membuat pilihan antara mana yang baik dan buruk dengan menggunakan anugerah akal yang ada.

Soalan: Ada lagi tak sebab lain dan hikmah dibolehkan umat Islam makan haiwan?

27. Ada. Tapi biarlah rahsia. Err.. baiklah, itu gurauan semata-mata.

28. Selain sebab yang dinyatakan di atas, ada banyak lagi hujah saintifik, contohnya tentang bekalan tenaga dan zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

29. Dalam subjek Biologi, kita diajar bahawa hanya tumbuhan boleh menghasilkan makanan dan tenaga sendiri. Sebab itu agaknya tumbuhan tak mempunyai mulut. Mereka hasilkan makanan sendiri melalui proses yang dinamakan fotosintesis.

30. Ini membolehkan manusia memperoleh tenaga yang diperlukan apabila makan tumbuh-tumbuhan, kerana di dalamnya terdapat zat dan tenaga.

31. Jika seekor lembu memakan rumput, maka tenaga daripada rumput itu akan diperoleh oleh lembu, namun tenaga itu berkurang. Demikian juga, jika seekor harimau makan lembu, maka tenaga daripada rumput tadi pun juga semakin kurang.

32. Hal ini kerana tenaga ini hilang dalam bentuk haba dan sebagainya, daripada rumput, semakin kurang bila sampai kepada lembu dan semakin kurang bila sampai kepada harimau. Catatan di bawah diharapkan memberi sedikit gambaran.

Rumput: 100Kcal tenaga -> Lembu: 10Kcal tenaga -> Harimau: 1 Kcal tenaga

33. Dengan kata lain, kita melihat bahawa dari sudut saintifik juga, umat Islam haram memakan haiwan pemangsa kerana kurangnya tenaga yang boleh diperoleh daripada mereka, kerana semakin jauh pemangsa ini daripada pengeluar (yakni tumbuhan), semakin kurang tenaga yang disimpannya.

34. Lebih penting daripada itu, golongan vegetarian juga mengalami masalah kekurangan zat makanan yang signifikan.

35. Kajian saintifik banyak membuktikan hal ini.

36. Antara simptom yang dialami oleh golongan vegetarian adalah seperti masalah urat saraf, anemia, osteoporosis dan lemah sistem pertahanan badan (immunity)- yang penting untuk melawan penyakit.

37. Hal ini berlaku kerana zat penting untuk badan amat kurang untuk didapati daripada tumbuhan. Antara zat yang dimaksudkan ialah Vitamin B12, Zat besi (iron), zink (zinc), Asid lemak Omega-3 dan juga kalsium.

38. Malah, tanpa diet daging, seseorang akan mengalami masalah kekurangan zat protein, kerana zat ini bukan sahaja sangat kurang didapati dalam sayur-sayuran, malah asid amino dan zat protein yang diperoleh daripada sayur-sayuran tidak sama dengan yang didapati daripada haiwan, lantas memberi kesan terhadap kekuatan otot (muscle) pada tubuh badan.

39. Ada lagi. Dan yang ini saya paling suka.

40. Pernah tak anda perhatikan struktur gigi manusia? Kemudian bandingkan dengan struktur gigi haiwan karnivor dan herbivor?


41. Haiwan herbivor hanya mempunyai struktur gigi rata dan besar yang dinamakan gigi geraham. Ini kerana mereka perlu mengunyah dan menghadam makanan seperti tumbuhan yang sarat dengan serat (fiber) dan perlu dikunyah atau dihancurkan dengan menggunakan gigi geraham.

42. Haiwan karnivor pula hanya mempunyai gigi runcing yang tajam yang dinamakan gigi taring. Gigi ini digunakan untuk merobek dan memotong daging yang mereka makan.

43. Kita manusia? Ada kedua-dua bukan? Subhanallah! Hebat tak Allah?

44. Perkara ini jelas membuktikan tentang kejadian manusia sebagai makhluk Allah SWT yang memang makanannya berbentuk tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan.

45. Jika anda kaji ilmu Sains dengan lebih dalam, perkara yang sama juga berlaku dalam bab sistem penghadaman manusia (digestion system). 

46. Proses dan kewujudan enzyme (sejenis protein penting untuk penghadaman) yang ada di dalam badan manusia sudah cukup menunjukkan bagaimana manusia mempunyai kemampuan untuk menghadam makanan yang diperoleh sebagai daging daripada haiwan mahupun sayur-sayuran dan tumbuhan.

47. Tak kanlah ciptaan ini semua sia-sia betul tak? Pasti ada hikmah dan gunanya alhamdulillah.

48. Akhir sekali, boleh juga dinyatakan di sini bahawa, kalaulah semua umat manusia adalah vegetarian maka pasti keseimbangan alam akan terjejas!

49. Hal ini kerana akan wujudlah keadaan yang dinamakan over-population kerana haiwan membiak dan beranak pinak dalam kadar yang cukup banyak tanpa dimanfaatkan daging mereka untuk kehidupan manusia. Bahkan inilah baru dikira kejam!

Soalan: Habis tu, siapa yang vegetarian tak boleh jadi Muslim lah?

50. Seorang vegetarian boleh menjadi seorang Muslim yang baik.

51. Kerana Islam tak menghalang seseorang untuk memilih hanya mahu makan tumbuhan sahaja.

52. Tetapi Islam membenarkan umatnya untuk turut sama makan daging haiwan. Maka kesimpulannya, tidak mengapa untuk menjadi seorang Muslim vegetarian dan tidaklah pula salah kalau tak mahu- semudah itu sahaja.

Isu penyembelihan binatang korban

53. Adakah cara penyembelihan Islam kejam dan menyakitkan? Bahagian berikutnya akan menjawab dan menolak penyataan ini insya Allah.

54. Pertamanya, kita perlu menilai cara-cara penyembelihan yang dianjurkan dalam Islam.

55. Pisau atau pemotong yang digunakan disunatkan tajam. Bermakna, Islam amat menekankan aspek memudahkan si penyembelih dan juga untuk mempercepatkan proses penyembelihan itu yang juga baik untuk binatang yang disembelih.

56. Kedua, dilarang juga untuk membiarkan binatang sembelihan lain melihat 'rakannya' disembelih. Hal ini dengan jelas menunjukkan kasih sayang dan toleransi yang ditonjolkan dalam Islam walaupun terhadap binatang korban- agar mereka tak ditakut-takutkan dengan melihat 'rakan' mereka disembelih.

57. Selain itu, cara penyembelihan Islam amat menekankan aspek membuang sebanyak mungkin darah daripada binatang korban, yang akan dijelaskan kebaikannya selepas ini.

58. Baik. Sembelihan dalam Islam hanya boleh dimakan jika lehernya dipotong sehingga putus corong pernafasan udara (windpipe/trachea), salur makanan (esophagus) dan juga pembuluh darah (vein and artery)- dan sembelihan itu haram dimakan jika syarat ini tak dipenuhi.


59. Pertama, melalui cara ini, kita dapat memastikan bahawa darah daripada seluruh tubuh badan binatang sembelihan dapat dikeluarkan.

60. Kajian saintifik telah membuktikan tentang bagaimana daging daripada binatang yang disembelih melalui cara begini lebih segar dan tahan lama.

61. Malah, fakta saintifik cukup jelas dalam menerangkan tentang bahaya darah sebagai medium pembiakan terbaik untuk microorganisma dan kuman.

62. Maka, langkah membuang darah sebanyak mungkin daripada binatang korban memastikan dagingnya lebih selamat untuk dimakan oleh manusia.

63. Jika anda lihat gambar di atas, hanya bahagian bawah leher yang dipotong, tetapi saraf tunjang (spinal cord) tidak sama sekali dirosakkan.

64. Dengan cara ini, pertama, darah yang dipam oleh jantung tidak lagi sampai kepada saraf otak di kepala sembelihan, kerana saluran darah telah diputuskan.

65. Maka, secara mudahnya, sembelihan tidak mengalami rasa sakit!

66. Bagaimana pula dengan saraf tunjang? Ia tidak dirosakkan kerana bila ia masih berfungsi, ia akan memastikan bahawa jantung sembelihan masih boleh berfungsi seperti biasa dengan mengepam darah keluar yakni ke arah leher sembelihan untuk menampung kekurangan darah di bahagian itu.

67. Namun, darah itu hanya akan terus keluar dan ini berita yang baik kerana memang tujuan sembelihan adalah untuk membuang sebanyak mungkin darah yang ada.

68. Begitu juga dengan persoalan sembelihan yang menggeletar atau menggelumpur seolah-olah menanggung kesakitan.

69. Sebenarnya ia merupakan tindak balas biasa pada otot sembelihan kerana kurangnya darah di bahagian kakinya. Malah pergerakan ini sebenarnya membantu menyalurkan darah keluar daripada badan sembelihan. Ia tak semestinya petanda bahawa sembelihan mengalami kesakitan!

70. Dalam satu kajian saintifik yang dijalankan oleh Profesor Wilhelm Schulze dan rakannya Dr Hazim di School of Veterinary Medicine, Hannover University di negara Jerman, mereka telah membuat penemuan yang cukup mengujakan.

71. Dengan menggunakan alat dan mesin seperti electroencephalograph (EEG) dan electrocardiogram (ECG), mereka meneliti tindak balas dan aktiviti otak dan jantung ketika biri-biri dan lembu disembelih.

72. Kajian ini membandingkan reaksi kesakitan (pain) yang dialami oleh sembelihan antara dua kaedah, yakni kaedah Islamik melalui penyembelihan terus dan kaedah captive bolt stunning (CBS) yang diamalkan di negara barat.

73. Kaedah captive bolt stunning dilakukan dengan menembak di bahagian kepala sembelihan untuk menjadikannya tidak sedar (unconscious) sebelum disembelih.


74. Dengan menggunakan EEG dan ECG tadi, terbukti bahawa kaedah Islamik ternyata lebih baik berbanding CBS.

75. Dalam kajian yang dilakukan terhadap biri-biri, tidak ada tanda-tanda reaksi pada mesin yang digunakan apabila binatang itu disembelih. Selepas lebih kurang 3-4 saat, mesin menunjukkan bahawa haiwan itu sudah tidak sedar lagi atau unconscious!

76. Namun, kaedah CBS bukan sahaja menunjukkan sebaliknya (ada reaksi gelombang tertentu sewaktu sembelihan ditembak) malah mengambil masa yang lebih lama berbanding kaedah Islamik sebelum sembelihan tadi tak sedarkan diri.

77. Lebih menarik, dalam CBS, darah yang keluar tidak banyak selepas sembelihan. Ini kerana sembelihan telah pun mati ketika disembelih (darah tak dapat dipam keluar sepenuhnya).

78. Maka, dijangka lebih kurang 45% darah akan membeku dan masih terdapat di dalam badan sembelihan tadi, menjadikannya lebih berisiko mengakibatkan penyakit kepada manusia dan tidak tahan lama!

79. Malah, jika anda masih ingat, dalam kaedah Islam, berlaku perkara sebaliknya. Saraf tunjang yang tak dirosakkan memastikan tak berlakunya cardiac arrest, lantas memastikan jantung masih boleh berfungsi mengepam darah keluar alhamdulillah.

80. Demikianlah hebatnya syariat Islam kerana ia adalah perintah dan panduan yang diajar oleh Allah SWT sebaik-baik Pencipta untuk manfaat kita umat manusia melalui ajaran Nabi SAW yang amat kita cintai.

81. Moga usaha kerdil saya berkongsi tentang perkara ini menambahkan lagi iman kita kepada Allah SWT insya Allah.

82. Sebagai penutup izinkan saya kongsikan satu ayat Al-Quran yang cukup hebat dan powerful mesejnya apabila Allah SWT menyentuh soal penyembelihan ini. Firman Allah SWT:

"Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketaqwaan kamu......"
(Surah Al-Hajj, ayat 37)

83. Sekian sahaja, wallahuaklam, wassalamualaikum wbt.



P/S: Artikel ini adalah sebahagian daripada Projek Menjawab Salah Tanggapan Terhadap Islam yang sedang saya usahakan. Insya Allah jika tiada aral melintang dengan izin Allahu ta'ala, saya akan lancarkan dan umumkan tentang projek ini pada bulan Ramadhan atau sebagai hadiah Aidilfitri tahun ini. Insya Allah, mohon doakan. Jazakumullahu khair ;-)
Read more "Sembelih dan Makan Binatang Korban: Kejam?"

Sunday, April 8, 2012

Konsep Triniti Dalam Al-Quran?


Assalamualaikum wbt.
Bismillahirrahmanirrahim.

Muat turun di sini (jpg)
1. Tahukah anda apa itu konsep Triniti? 

2. Konsep ini menjadi salah satu kepercayaan fundamental (asas) bagi sebahagian besar penganut agama Kristian.

3. Ringkasnya, Triniti merujuk kepada kepercayaan mereka bahawa Tuhan itu satu tapi ada tiga, atau three yakni membentuk perkataan tri-niti itu sendiri (atau Holy Trinity dalam Bahasa Inggeris).

4. Tiga entiti yang dianggap Tuhan ini ialah Tuhan Bapa (Father God), Tuhan Anak (Son of God), dan Ruhul Qudus (Holy Spirit).

5. Al-Quran dengan jelas menyanggah konsep ketuhanan sebegini, antaranya dalam sebuah surah pendek yang selalu kita baca:

Terjemahan: "Katakanlah (Muhammad): Dialah Allah, yang Maha SATU (Esa)."

6. Pun begitu, ada sesuatu yang sangat menarik di sini. Tahukah anda, bahawa perkataan Triniti (dalam Bahasa Inggeris: Trinity) sebenarnya tidak wujud pun dalam Bible (sebuah kitab yang dianggap suci oleh penganut agama Kristian)?

7. Malah di dalam Bible langsung tak disebut di mana-mana bahawa Tuhan itu tiga, adakah anda tahu hakikat ini?

8. Baik. Lebih mengagumkan lagi, konsep tiga tuhan ini sebaliknya disebut di dalam Al-Quran pula! Jangan terkejut dan jangan tak percaya. Kerana buktinya ada pada dua tempat di dalam Al-Quran yang menyebut tentang hal ini.

Pertama (Surah An-Nisa', ayat 171):
Terjemahan: "...... Maka berimanlah kepada Allah dan rasul-rasul-Nya  dan janganlah kamu mengatakan, "(Tuhan itu) tiga," berhentilah (daripada ucapan itu)......"


Kedua (Surah Al-Maidah, ayat 73):
Terjemahan: "Sungguh, telah kafir orang-orang yang mengatakan bahawa Allah adalah salah satu daripada yang tiga, padahal tidak ada tuhan (yang berhak disembah) selain Tuhan yang Esa....."


Al-Quran itu panduan, bukannya hiasan
9. Subhanallah! Maha Suci Allah daripada dipersekutukan dengan siapa dan apa juapun.

10. Suka saya kongsikan satu perumpamaan yang difirmankan Allah SWT kepada umat manusia tentang orang yang menyekutukan-Nya. Cukup sinis dan tajam lagi mantap!

"Wahai manusia! Telah dibuat suatu perumpamaan. Maka dengarkanlah! Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah SWT tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu daripada mereka, mereka tidak akan dapat merebutnya kembali daripada lalat itu. Sama lemahnya yang menyembah dan yang disembah!"
(Surah Al-Hajj, ayat 73)

11. Kalau konsep Triniti tiada dalam kitab Bible, kenapa pula orang Kristian masih ada yang percaya pada konsep ini?

12. Antara jawapan kepada soalan itu adalah kerana ramai dalam kalangan mereka sendiri yang tak membaca atau mengkaji Bible. Dan sebab yang kedua pula ialah mereka 'menyembah' paderi dan pastor atau nenek moyang mereka, yakni hanya percaya pada perkataan dan tanggapan orang-orang tersebut!

13. Alangkah malunya kita, jika sebagai umat Islam, kita sendiri tak membaca Al-Quran. Atau kita pun jenis yang mengaku Islam hanya kerana dilahirkan dalam keluarga Islam atau kerana menurut kehendak ibu bapa. Bukankah sama teruk kita dengan mereka yang bukan Islam ini? Na'uzubillah..

14. Padahal orang yang membaca Al-Quran, akan bertambah imannya. Dan orang yang membaca Bible pun, jika ikhlas dalam mencari kebenaran, pasti mahu masuk Islam!

15. Kenapa?

16. Kerana orang yang mengkaji Bible akan menemui beberapa perkara yang berikut:

a) Banyak percanggahan dan kontradiksi dalam Bible yang mustahil berlaku jika benarlah keseluruhan isi kandungan Bible yang ada sekarang ini adalah wahyu Tuhan.


b) Terdapat banyak versi Bible yang digunakan di seluruh dunia, dan tak ada satu pun daripada versi ini yang 100% sama antara satu sama lain! (Nota: Al-Quran tiada versi. Hanya wujud satu jenis sahaja Al-Quran, yang sama sahaja di ceruk dunia mana pun kita pergi. Yang berbeza hanyalah terjemahan kerana perbezaan bahasa. Tapi itu bukan Al-Quran, itu terjemahan!)


c) Terdapat perkara tertentu di dalam Bible yang membuktikan bahawa Islamlah agama yang benar.

17. Menarik bukan? Biar saya jelaskan dengan lebih lanjut.

18. Penganut agama Kristian antara lain mengaku bahawa mereka adalah pengikut Nabi Isa AS atau the followers of Jesus Christ. Sebab itu mereka menggelar diri mereka sebagai Krist-ian (Krist itu ialah Christ).


19. Namun yang peliknya, banyak perkara yang bahkan disebut di dalam Bible dipraktikkan oleh Jesus (Nabi Isa AS) tetapi tak pula diamalkan oleh penganut agama Kristian sekarang. Mereka tidak amalkan apa yang Jesus lakukan sewaktu hayatnya, maka adakah masih layak menggelar diri mereka pengikut Jesus? Pelik bukan?

20. Satu contoh yang paling mudah adalah di dalam Bible, disebut bahawa Jesus berkhatan!

21. Persoalannya sekarang, adakah penganut agama Kristian berkhatan seperti kita orang Islam? Jawapannya sudah tentulah tidak.

22. Maka apa kesimpulannya? Kesimpulannya ialah, Jesus seorang Muslim! Ya, Jesus seorang Muslim!

23. Terlebih dahulu, kita harus faham bahawa perkataan Muslim bukan hanya merujuk kepada orang yang menganut agama Islam. Ini yang kadang-kadang agak menyedihkan kerana kita sendiri tak pernah ambil kisah maksud sebenar perkataan Islam dan Muslim.

24. Selain membawa maksud keamanan (peace), Islam juga sebenarnya merujuk kepada penyerahan secara total kepada Tuhan yang Esa. Kalau tak percaya sila tanya orang Arab.

25. Semua nabi dan para rasul sejak Nabi Adam AS menyeru keluarga dan umat mereka untuk menyembah Allah SWT yang Maha Satu serta mengajak menyerah diri kepada-Nya. Maka, semua nabi dan rasul sejak Adam AS adalah Muslim (kerana mereka semua menyerah diri kepada Allah SWT)!


Muat turun sini (jpg)
26. Demikian jugalah Nabi Isa AS atau Jesus. Maka tidak hairanlah mengapa Jesus melakukan apa yang seorang Muslim lakukan, yakni berkhatan!

Perhatian: Jika penganut agama Kristian bertanya apa bukti Jesus pun berkhatan? Jawapannya mudah. Jika anda ada Bible sila rujuk Book of Genesis, Chapter 17.

27. Baik, seterusnya mari kita telusuri pula sejarah ringkas Bible, sebagai penjelasan lanjut agar kita lebih faham betapa Islamlah agama yang sebenar-benarnya.

28. Pertamanya, Bible bukan Kitab Injil tau!

29. Dari segi bahasa, Bible berasal daripada perkataan Biblios dan Biblia, yang membawa maksud himpunan buku-buku atau collections of books.

30. Hanya 325 tahun selepas kelahiran Jesus, tokoh-tokoh agama Kristian berkumpul dalam satu persidangan yang dinamakan The First Council of Nicaea di Turki untuk menentukan adakah Jesus yang disebut sebagai Son of God merujuk kepada status simbolik semata-mata atau adakah memang benar Jesus adalah Tuhan, kerana seorang anak Tuhan mestilah Tuhan juga!

31. Akhirnya mereka memutuskan bahawa Jesus itu anak Tuhan! Maka, dikumpulkan buku-buku yang menepati citarasa doktrin yang dipersetujui ini dan dibakar yang lain-lainnya sehinggalah membentuk Bible yang kita kenal sekarang (walaupun satu demi satu versi yang berlainan wujud dari dulu sampai sekarang).

32. Hanya 45 tahun selepas persidangan ini, diadakan pula satu lagi persidangan yang dinamakan The Council of Constantinople, dan hanya pada waktu ini konsep atau doktrin Triniti 'dirasmikan' penggunaannya!

33. Dengan kata lain, Bible dihasilkan terlebih dahulu sebelum konsep Triniti diterima pakai. Sekarang adakah anda faham kenapa dari aspek sejarah, perkataan dan konsep Triniti tiada dalam Bible? Jelas bukan?

34. Dengan kata lain, yang dianggap sebagai wahyu atau kata-kata Tuhan (words of God) oleh penganut agama Kristian sekarang adalah teks-teks yang telah terlebih dahulu 'dipilih dan ditapis' oleh golongan yang bergelar manusia!

35. Perlu dijelaskan di sini, bahawa sebagai umat Islam, kita tak menafikan bahawa mungkin ada mesej tertentu di dalam Bible yang diguna pakai sekarang mungkin masih mengandungi cebisan kandungan asal atau mesej asal yang dibawa oleh Jesus melalui Kitab Injil yang Allah SWT wahyukan kepada Jesus.


36. Pun begitu, kredibiliti teks Bible itu tak lagi terjamin dan tidak boleh dipercayai kerana banyaknya tangan manusia tak bertanggungjawab yang telah mengubahnya untuk kepentingan peribadi mereka.

37. Maka, pendirian yang kita ambil cukup mudah. Kita hanya membenarkan apa-apa kandungan Bible yang selari dengan Al-Quran dan As-Sunnah kerana meyakini ada sebahagiannya yang masih asli dibawa dan disampaikan oleh Nabi Isa atau Jesus AS.

38. Sebab itu kita mengiktiraf persamaan yang ada dalam Al-Quran dan Bible. Dari sudut perbezaan pula, kita yakini bahawa Al-Quran dan As-Sunnah sahaja rujukan yang sebenar-benarnya, bukan Bible!

39. Maka dengan itu, selain contoh yang disebut di atas, izinkan saya kongsikan beberapa lagi contoh mesej sebenar yang dibawa oleh Jesus yang alhamdulillah masih ada di dalam kitab Bible tetapi sama ada diputar belit oleh paderi dan pastor atau memang tak pernah diketahui oleh penganut agama Kristian kerana mereka sendiri tak membaca Bible!

40. Pertama, tentang pengakuan Jesus sendiri bahawa Tuhan (yang disebut sebagai Father) adalah lebih kuat berbanding dirinya sendiri. Maka jika benarlah Jesus itu Tuhan adakah layak baginya mempunyai sifat lemah? Ternyata bahawa Jesus berdasarkan Bible sendiri pun bukanlah Tuhan, sebaliknya seorang manusia biasa yang diangkat menjadi Rasul.

"My Father is greater than I." -Gospel of John (14:28)


41. Tak kurang menarik juga, keesaan Tuhan pun ada sebenarnya dinyatakan di dalam Bible. Yang peliknya, tiada pula dalam Bible menyebut bahawa Tuhan itu tiga, apatah lagi ayat yang jelas menyatakan bahawa Jesus itu adalah Tuhan- tidak ada langsung!

"Hear O Israel, the Lord our God, the Lord is ONE." -Gospel of Mark (12:29)


42. Baik, sudah saya terangkan bahawa Konsep Triniti itu ditolak sama sekali kerana tiada terdapat dalam Bible. Malah untuk pengetahuan para pembaca, tak semua penganut agama Kristian percaya pada konsep Triniti yang pelik ini. Tak kurang juga ada yang mempercayai bahawa Jesus itu bukan Tuhan!

43. Cuma biar saya terangkan sedikit antara sebab kenapa mereka menganggap Jesus sebagai Tuhan.

44. Antaranya adalah kerana penggunaan frasa Son of God. Mereka memahami maksud frasa sebegini (yang memang ada dalam Bible) secara literal tanpa memahami konteks sebenar. Sebagaimana jika seorang manusia melahirkan anak, maka anaknya mestilah juga seorang manusia, begitulah mereka menganggap bahawa jika Jesus ialah anak Tuhan, maka Jesus pun mestilah Tuhan juga.

45. Padahal, ada beberapa bidasan di sini. Pertama, ayat ini boleh jadi satu kiasan yang membawa maksud lain (ambiguous). Maka bukankah lebih layak jika kita ambil ayat yang memang jelas (explicit) maksudnya seperti tentang keesaan Tuhan sebagaimana disebut di atas?

46. Kedua, jika kita kaji kitab Bible, perkataan 'son' yang bermaksud anak, juga digunakan untuk merujuk kepada nabi-nabi lain di dalam Bible seperti Nabi Daud dan Nabi Ya'qub (Israel). Tetapi mengapa orang Kristian tak menganggap Nabi Daud dan Nabi Ya'qub sebagai Tuhan (sedangkan mereka pun dipanggil son)?

47. Akhir sekali, baik juga jika kita ambil contoh dalam budaya orang Melayu sendiri sebagai contoh. Bayangkan jika kita ke kedai dan seorang makcik bertanya kepada kita, "Anak nak beli apa? Boleh makcik bantu?" Atau seorang nenek tua meminta tolong untuk melintas jalan lalu berkata, " Cu, boleh tolong nenek lintas jalan tak?"

48. Adakah kita akan menampar makcik atau nenek tadi? Adakah kita akan kata, "Sejak bila aku jadi anak kau?" Atau "Sejak bila kau beranakkan aku?" Atau "Sejak bila kau jadik mak kepada mak aku?"

49. Dengan kata lain, perkataan seperti anak, cucu dan sebagainya juga merujuk kepada bahasa sopan yang digunakan untuk memanggil orang yang lebih muda. Logik bukan?

50. Perkara inilah yang gagal difahami oleh penganut agama Kristian. Bahawa perkataan anak atau son yang digunakan hanyalah simbolik akan dekat dan kasihnya Allah SWT terhadap Jesus sebagai nabi dan pesuruh-Nya.

51. Sebagai penutup artikel yang sudah agak panjang ini, izinkan saya menyebut satu perkara yang amat penting untuk difahami bersama.

"Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan pasti Kami (pula) yang memeliharanya."
(Surah Al-Hijr, ayat 9)


52. Al-Quran dijamin akan kekal buat selama-lamanya. Al-Quran adalah satu-satunya kitab yang dihafaz oleh ramai orang termasuk kanak-kanak yang tak pun memahami Bahasa Arab dan hafalan mereka ini memastikan bahawa ayat-ayatnya tak akan berubah walaupun satu huruf!

53. Inilah tanda dan bukti kekuasaan Allah SWT dalam mengekalkan kesucian dan kesempurnaan mukjizat Al-Quran.

54. Mari kita kaitkan dengan subjek kenabian.

55. Sejak zaman-berzaman, nabi dan rasul diturunkan kepada umat masing-masing dengan ajaran dan syariat tertentu. Namun, dalam kalangan umat ini, ada yang jahat menukar ajaran ini dan mengubahnya.

56. Maka sebab itulah, Allah utus pula rasul yang lain untuk membetulkan semula kepincangan yang telah dibuat oleh umat terdahulu, termasuklah dalam mengubah ayat-ayat-Nya.

57. Tetapi Nabi Muhammad SAW kekasih Allah, baginda SAW merupakan nabi yang terakhir. Sebab itulah Allah memberi jaminan bahawa kali ini tiada siapa lagi yang akan mampu mengubah ayat-ayat-Nya!

"Al-Quran is for yourself, not your shelf!" Muat turun di sini

58. Demikianlah sayangnya Allah SWT pada kita. Kalaulah Allah SWT tak menjamin kesucian dan ketulenan Al-Quran, maka sesatlah kita selama-lamanya kerana tiada lagi nabi yang akan diutuskan untuk membetulkan kita selepas Nabi Muhammad SAW, penghulu dan penutup segala nabi.

59. Maka, sayang tak kita pada Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW? Suburkanlah rasa sayang itu wahai rakan-rakan pembaca sekalian insya Allah.

60. Sebagai kesimpulan, saya amat berterima kasih atas masa yang anda luangkan. Maaf jika ada kesilapan atau kekurangan di mana-mana. Silalah maklumkan kepada saya jika ada ya?

61. Saya tinggalkan anda semua dengan dua perkara yang saya mahu tersemat dalam hati kita semua selepas membaca artikel ini.

Pertama:
Bersyukurlah menjadi seorang Muslim. Sebagai bukti kesyukuran itu, bacalah dan ambillah pengajaran daripada Al-Quran. Tiada lagi yang tinggal buat kita untuk selamat dunia akhirat melainkan jika kita berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Percayalah. Jangan sekali-kali tinggalkan Al-Quran!

Muat turun di sini (jpg)
Kedua:
Berhati-hatilah dengan dakyah dan penyelewengan orang Kristian. Hujah mereka amat rapuh. Mereka tak mampu berbuat apa-apa kerana Allah SWT bersama-sama kita dengan wahyu-Nya yang benar lagi kuat!

Pun begitu, jangan kita musuhi mereka tanpa sebab. Sebaliknya, ambil kesempatan ini untuk turut mengajak mereka kembali kepada fitrah yakni Islam! Belajarlah Islam jom!

62. Ingatlah. Kemenangan itu milik kita umat Islam. Saat itu PASTI akan datang! Percayalah. Imanilah! Berdoalah! Ameen!

"Sesungguhnya agama di sisi Allah SWT itu adalah ISLAM!"
(Surah Ali-'Imran, ayat 19)

63. Kebaikan itu daripada Allah SWT. Segala yang kurang pula, itulah saya hamba-Nya yang sangat lemah dan faqir lagi dhaif. Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt...

PANTUN IBADAH: KITA SEMBAH APA?


"Sembahlah Allah pada waktu lapang, mahupun sibuk,
Jangan pula menyembah 'LIKES' orang, di laman Facebook."

Maksud pantun secara ringkas: Dalam berdakwah, kita mencari redha Allah SWT, bukannya bilangan 'likes' di Facebook. Pesanan buat diri saya terutamanya.
Read more "Konsep Triniti Dalam Al-Quran?"

Thursday, March 29, 2012

Major Dilemma for The Majority


Bismillahrirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. The first 2 lines above is the style of writing I have adopted for my blog. If you are a non-Muslim, let me kindly help translate to you on what they mean (They are in Arabic language):

Bismillahirrahmanirrahim means 'In the name of Allah, Most Gracious, Most Merciful'
Assalamualaikum wbt is a prayer or greeting universally used by Muslims and it means 'May peace be unto you'

2. I am not sure if you can guess what I will talk about from the (hopefully) catchy title of this post but first and foremost, let me mention here that I will basically touch on the current local issues about religions and faith.

3. And this post is with regard to the inter-religious relationship and inter-religious interaction in Malaysia. By default, I am speaking as a Muslim and addressing this to especially all non-Muslims out there who deserve my due love and respect in the name of human obligation, so long as you don't fight me for my religion and you don't drive me out from my home just because I am a Muslim, which is precisely what Zionists are doing in Palestine right now.

4. Going back to the subject, 'major dilemma' refers to a difficult situation or problem where one has to make a choice and it is major because it is important and huge. Referring to Malaysia, the majority is the Malay people, who are almost always regarded as Muslims as well, though there are also Chinese Muslims, Indian Muslims, Ibanese Muslims and the list goes on.

Chicken first? Egg first? What a dilemma..
5. Taking them together as a phrase, the title above suggests that we Muslims especially the Malays who constitute the largest percentage of Malaysian population are continuously facing the question to balance between being tolerant to people of other religions and could it be to an extent that we compromise Islam as the sole truth (haq).

6. The paradox is obvious. Don't you think that history has narrated many stories of how minority (opposite of majority) groups have been severely oppressed and denied from their rights? Let me tell you now that the trend is somewhat shifting.

7. The majority are now being oppressed and denied rights despite the fact that they are the majority! 

8. Let me get right straight to the point. Today and recently, there have been some noises on the ground about how Muslims are being intolerant towards non-Muslims just because they are following the true teaching of Islam.

9. The first, quite some time ago during Thaipusam festival, is a question on why Muslims shouldn't be allowed to join rituals of other religion in their places of worship. 

10. Certain groups of people (some were not even Hindus) saw this as a disrespect towards the Hindus because they asserted that Muslims should appreciate unity and harmony more.

11. The first thing that came to my mind is simple: Is unity only limited to attending places of worship? Since when did any religion make it a compulsory requirement for its believers to perform their rituals by having others from different religions present at the same place? I mean, a must? 

12. Or let me put it this way. Why don't we respect each other by understanding their religions based on what they are taught in their religions or scriptures? I don't think that in the teaching of Hinduism, absence of Muslims or other non-Hindus during Thaipusam will affect the rituals in any way.

13. Which means, no one would lose anything (from the perspective of religion). But if Muslims are present during the rituals, the shortcoming is on the part of Muslims, because Islam prohibits that. 

Note: Islam allows mixing with non-Muslims and treat them well as fellow mankind, but not to an extent that we join the rituals, because it is like compromising the identity of our God, how is this simple reasoning difficult to understand?

14. Or still, if it's hard for you to comprehend, let me take a different circumstance. In Islam, annually we have Eidul Adha, when we slaughter cows to eat and distribute. If you put yourselves now in the place of a Muslim, do you think it is appropriate for us to feel bad or hurt just because our Hindu friends are not coming to join us slaughtering cows? 

Note: In Hinduism cows are sacred. They don't eat cows, let alone slaughter them.

15. As a Muslim I am well informed that in fact it is forbidden for a Muslim to do that, precisely because otherwise we will hurt the Hindus. We shouldn't make noises and claim that Hindus are arrogant and intolerant because they don't want to slaughter cows with us! Do you not get that?

16. And that's precisely my point. In the context of Malaysia, these groups of people who claim to be minority in a multiracial and multireligious country of Malaysia are either over-demanding or ignorant about the sensitivities of other religions such as Islam.

17. In that way, you can see how the minority now 'rules' over the majority when they want Muslims for instance, to compromise Islam just to entertain them, even though there's no such a requirement in their religions.
Who actually rules?
18. Next. Today, (I found out) another religious issue is on the news. There will be a seminar entitled 'Pemantapan Aqidah, Bahaya Liberalisme dan Pluralisme serta Ancaman Kristianisasi Terhadap Umat Islam. Apa Peranan Guru?' or 'Strengthening the Faith, the Dangers of Liberalism and Pluralism and the Threat of Christianity towards Muslims. What is the Role of Teachers?'

19. Well, it is considered as highly inflammatory and sensitive to the non-Muslims or Christians, especially because of the word 'threat'.

20. My question is, are we expecting Muslims to have a seminar on why other religions are also true? Or a seminar on why Islam is not a true religion? Err, it doesn't make any sense right?

21. It's like asking the priests or fathers or pastors in church to say that Christianity is false just so that they can take care of the sensitivities of the Muslims? Another huh there don't you think?

22. Take it this way. Muslims are taught not to compromise Islam, that's all. By saying a threat, I as a Muslim believe that it has something to do with our faith i.e we have to protect it and don't ever let it be contaminated with other different concept of God. 

23. What to me appear to be sensitive is when non-Muslims assume that the word 'threat' there means that we should kill non-Muslims or eliminate them from this world. But that's not true.

24. The word used is not even 'Christians' but 'Christianity' instead, which explicitly refers to the faith and belief, not the people.

25. In other words, don't you think that by preventing Muslims to learn about what is not Islamic i.e other religions, it will absolutely hurt the feelings of the Muslims? 

26. Or is it ok to do that because the Muslims are majority? Now, the minority rules?

27. What do you feel if we Muslims prevent you from preaching your religions to your people? Which is not the case, because Malaysia, which is arguably an Islamic country follows what is taught in Islam i.e to allow non-Muslims to freely practice their faith! But does that mean Muslims now can't practice their faith? What a terrible double standard and discrimination don't you think?

28. All in all, I am not here to suggest that I am against non-Muslims. I hope and long for maturity and understanding. We should not fall prey to any extremists from any religion. About the seminar, I will only be against it if it involves some authoritative instruction from the government that non-Muslim teachers have to attend it.

29. Otherwise, the subject of the seminar is not at all inappropriate to Muslim audience, who live to practice their religion and have rights to know about other religions, which definitely not the same with Islam.

30. I also would like to kindly invite all of you non-Muslim brothers and sisters in case you are reading this, to be not only rational and not over-sensitive in making your judgment, but also to be thankful for you will not find any other great religion throughout the history that can rule a place where people of other religions can peacefully live together with them-except Islam.

31. If you are really sincere at what you are doing, you either come into Islam, or at least understand Islam. Do not fight us if we don't fight you for no reasons. We have our obligations to fulfill as a Muslim, and being good to non-Muslims is one of them, with certain conditions (some are mentioned below).


"Allah does not forbid you from those who do not fight you because of religion and do not expel you from your homes- from being righteous toward them and acting justly toward them. Indeed, Allah loves those who act justly."
-The Quran (60:8)

32. I really hope that I manage to get the message across though I somehow feel that my explanation here is either too long and complicated, or too short and simplistic. However my intention is simple and pure;

33. that I want to live in a peaceful world, that everyone from different religions can live together WITHOUT A NEED TO COMPROMISE THEIR OWN RELIGION. But at the same time, I must say that it is a responsibility to invite others to my religion of Islam, without any form of compulsion, but by presentation of proof and truth instead.

34. Otherwise, if this hideous over-sensitive culture persists, then it won't be a surprise if one day Muslims are questioned why they perform prayer without inviting the non-Muslims to join them make prayers in masjid (and therefore Muslims promote discrimination). 

35. But such a question is like asking why can't I feed my mouth with food when I close my lips tight?

36. Which is why the answer to the previous question is more than just short and simple: Be a Muslim first! ;-)
Read more "Major Dilemma for The Majority"

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq