RSS
Showing posts with label Thoughts. Show all posts
Showing posts with label Thoughts. Show all posts

Tuesday, June 3, 2014

Apabila Sudah Kenal Allah, Tiada Lagi Solat?


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Baca betul-betul, bukannya bila sudah kenal Allah (ma'rifatullah) maka TAK PERLU LAGI SOLAT, tapi TIADA LAGI SOLAT. Ertinya?

2. Ertinya, orang yang sudah mencapai maqam yang tinggi, maqam para auliya' maka dalam menunaikan solat pun, dia tak merasa seolah-olah dia yang menunaikan solat. Tiada lagi rasa KE'AKU'AN itu.

3. Jika tanpa daya dan kekuatan yang dikurniakan Allah jalla wa 'ala, maka seorang hamba pasti tak dapat menunaikan solat. Maka TIADA LAGI SOLAT membawa erti tak menisbahkan solat itu seolah-olah kita yang tunaikan, padahal seluruh roh dan jasad kita adalah milik Allah!

Nota: Namun, ini adalah maqam yang tinggi, bukannya maqam orang awam. Sebab itu, khuyuk dalam solat bukan menjadi syarat sah solat (kalau tak, betapa ramai yang tak sah solatnya).

4. Ada dua isu di sini. Pertamanya, salah faham dan salah pengajian boleh membawa ke arah kesesatan. Wal 'iya zubillah. Dan ya, saya secara peribadi pernah dimaklumkan tentang masih adanya orang yang mengaku tak perlu solat kerana kononnya sudah mengenal Allah. Ya Allah...

5. Ilmu haqiqat adalah ilmu yang dalam, dan bukannya layak dipelajari semua orang, apatah lagi belajar sendiri atau hanya rujuk buku!

6. Kewajipan yang sebenar adalah ilmu syariat yang merangkumi ilmu Fardhu 'Ain. Sedarlah, ini bukan ilmu budak sekolah rendah. Tetapi bahkan ramai orang dewasa yang masih belum sempurna ilmu Fardhu 'Ain nya.

7. Pesan Ustaz Wan Junaidi hafizhohullahu ta'ala, kalau ilmu syariat belum cukup 'alim dan sempurna, diharamkan untuk terjun ke dalam ilmu haqiqat, namun realitinya, banyak yang berlaku begini.

8. Apa contoh ilmu haqiqat? Diceritakan beliau tentang seorang bapa yang anaknya sakit. Diminta untuk ke hospital, tapi si ayah menjawab, kalau penyakit datang daripada Allah jalla wa 'ala, maka Allah jualah yang akan menyembuhkan.

9. Akhirnya, meninggal dunialah si anak. Menyesallah si ayah. Sejak itu, si ayah berubah. Kalau sakit sikit pun, terus nak ke hospital!

10. Ya, haqiqatnya, Allah sahajalah yang menyembuhkan. Namun Nabi SAW utusan Allah, mengajar kita berikhtiar. Inilah masalah orang yang belajar ilmu tinggi, tanpa terlebih dahulu sempurnakan ilmu yang asas.

11. Ustaz Wan Junaidi juga berpesan, tentang banyaknya terdapat kitab dan terjemahan Al-Hikam Ibn 'Athoillah sekarang.

12. Bukan kitab itu yang bermasalah, tapi kita yang bermasalah. Betapa ramai yang membacanya dengan sendiri tanpa pengajian, dan betapa ramai yang mengabaikan ilmu syariat (yang merupakan satu kewajipan) kerananya.

Sumber foto
13. Pada pemerhatian saya, kita amat mudah terpegun dengan orang yang terdedah kepada ilmu haqiqat, kerana kehalusan dan kedalaman ilmu ini (padahal dia belum layak mendalami ilmu ini)- walaupun saya tak nafikan ada yang layak dan saya tak berniat nak pukul rata (generalize) semuanya. 

14. Dalam masa yang sama, tak kita sedari bahawa orang yang bercakap ini, belum sempurna ilmu syariatnya, apatah lagi dalam melaksanakannya (contohnya, solat).

15. Benar sungguh perjuangan tokoh ulamak kita, Syed Muhammad Naquib Al-Attas hafizhohullahu ta'ala, bahawa masalah umat Islam adalah masalah adab, yakni tidak meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya.

16. Isu yang kedua pula, adalah golongan yang menolak ilmu tasawwuf, padahal ia adalah sebahagian daripada Islam.

17. Tidak susah untuk kaitkan bahawa penolakan ilmu tasawwuf ini boleh jadi berpunca daripada orang yang menerima ilmu tasawwuf, tapi tak beradab dan mengabaikan syariat sehingga menimbulkan fitnah yang besar.

18. Ilmu tasawwuf selalu dikaitkan dengan orang sufi, dan orang sufi selalu dikaitkan dengan menari (antara lainnya), justeru sufi dan tasawwuf adalah sesat!

Nota: Sepanjang saya mengikuti pengajian dengan para habaib dan anak murid Al-Attas pun, seingat saya kami tak pernah menari (bukan nak kata menari itu haram (nak bincang panjang bukan di sini), tapi nak jelaskan bahawa janganlah fikir semua orang yang belajar tasawwuf tu menari aje kerjanya). 

19. Padahal, ilmu tasawwuf itu berbicara soal Ihsan, yang merupakan bahagian agama selepas Iman dan Islam. Mudahnya, ia adalah ilmu menyucikan jiwa daripada sifat yang keji (mazmumah), kemudian menghiasi diri dengan sifat yang terpuji (mahmudah).

20. Ringkasnya, saya menasihati diri saya terutamanya, yang banyak menzalimi diri sendiri dan jahil dalam agama untuk bermuhasabah.

21. Ustaz Wan Junaidi berpesan agar kita orang awam, janganlah disibukkan dengan perkara lain melainkan ilmu syariat (Tauhid, Fiqh dan Tasawwuf) terlebih dahulu, dan menyempurnakannya dengan sebaiknya.

22. Saya fikir ini juga satu kesedaran yang penting agar orang awam (seperti saya) tak berlagak mengambil tempat para 'alim ulamak, seperti yang banyak berlaku dalam dunia media massa hari ini.

23. Saya mohon pembetulan jika ada kesilapan, dan mohon maaf jika ada mengguris hati sesiapa. Kepada yang ingin belajar ilmu tasawwuf, eloklah kiranya khatam dan hadam dulu Kitab Penawar bagi Hati karangan Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib rahimahullahu ta'ala.

24. Dengan kata lain, semoga Allah SWT membantu kita beradab dalam beragama dan menyibukkan diri kita dengan apa yang wajib untuk kita dulu, kemudian baru yang sunat dan seterusnya.

25. Nabi SAW sehingga akhir hayat baginda, tak pernah meninggalkan solat. Adakah kita lebih suci dan lebih mengenal Allah berbanding Nabi SAW sehingga kita boleh mengabaikan dan meninggalkan solat?

Allahua'lam. Allahummagh firlana warhamna watub 'alayna, innaka antat tawwaaburrohim.

Allahumma solli wa sallim wabaarik 'alayhi wa 'alaa aalih.
Read more "Apabila Sudah Kenal Allah, Tiada Lagi Solat?"

Wednesday, May 14, 2014

Dalil Yang Menyesatkan


Nabi SAW bersabda:

"Allah SWT tidak akan mencabut ilmu itu sekaligus daripada (dada) manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu dengan MEMATIKAN PARA 'ALIM ULAMAK..."
(Riwayat Imam Muslim)

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Betapa banyak kelompok yang sesat dan menyimpang kerana salah tafsir dalil.

2. Mesej saya dalam artikel kali ini adalah supaya kita memperbetulkan cara berfikir kita. Seringkali kita melaungkan slogan 'Islam agama berdalil' sehinggakan kita melupakan peranan orang yang faham akan dalil.

3. Tidak hairanlah munculnya golongan yang setelah mendapat dalil (yakni Al-Quran dan hadis) maka menyangkakan tugas Nabi SAW sudah selesai, kerana baginda dianggap hanya sebagai posmen yang menyampaikan dalil.

4. Zaman ini (kononnya) lebih untung, kerana dalil semuanya ada di 'hujung jari'. Maka apa lagi guna Nabi SAW dan ulamak yang dikatakan mewarisi baginda SAW? Tak cinta mereka pun tak apa. Kita sudah ada 'alat' untuk kenal Tuhan. Wal 'iyazubillah.

5. Apakah contoh golongan yang salah tafsir dalil?

ANTI-HADIS

6. Mereka kata kita hanya wajib solat kurang daripada 5 waktu, yakni contohnya 3 waktu sahaja. Dan mereka ada dalil yang mereka ambil daripada Al-Quran.

7. Padahal Nabi SAW bersabda, solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat. Melalui Rasulullah SAW, yakni hadis baginda (yang ditolak golongan ini), kita tahu bahawa yang wajib solat itu 5 waktu dan kita tahu pergerakan, bacaan dalam solat dan perincian yang lain.

ISLAM AGAMA TERRORIS

8. Mereka kata agama Islam mengajar penganutnya membunuh siapa sahaja yang bukan Islam di mana saja mereka berada. Dan mereka ada dalil. Mereka rujuk Surah Al-Baqarah, ayat 191.

9. Padahal mereka tidak mengambil kira konteks ayat ini. Dan mereka juga tidak merujuk (atau sengaja menyembunyikan) ayat seterusnya, ayat 192 yang terjemahan mudahnya ialah, "Jika mereka berhenti (daripada memusuhi kamu), maka Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." 

10. Ayat berikutnya (193) pula menyebut, jika mereka berhenti, maka tiada lagi permusuhan.

SHIAH

11. Ada satu ayat Al-Quran yang kita Ahlus Sunnah wal Jamaah (ASWJ) selalu dengar yakni "Inna akromakum 'indallahi atqookum." Ayat ini adalah ayat 13 dalam Surah Al-Hujurat.

12. Para ulamak kita menjelaskan bahawa ayat ini membawa pengertian, bahawa yang paling mulia dalam kalangan kita adalah yang paling BERTAQWA.

13. Perkataan 'atqookum' di sini merujuk kepada taqwa, yakni yang paling bertaqwa.

14. Tapi apa orang Shiah kata? Mereka kata, 'atqookum'  ini merujuk kepada bertaqiyyah, yakni berpura-pura, menyembunyikan yang sebenar.

15. Jika menggunakan pemahaman golongan ini, menggunakan dalil yang sama, adakah kita setuju bahawa yang paling mulia (akrom) dalam kalangan kita adalah yang paling banyak menipu (bertaqiyyah)?

SIFAT TUHAN

16. Banyak kalimah dalam Al-Quran mahupun hadis adalah kalimah yang jika diterjemah ke dalam bahasa kita secara literal, maka akan mendatangkan implikasi yang berat kepada aqidah kita, yakni tentang sifat Allah SWT yang sama sekali tidak sama dengan mahkluk.

17. Kita menafikan bahawa Allah SWT berkehendak kepada tempat (contohnya berada di atas langit) apatah lagi menyatakan bahawa Allah SWT mempunyai anggota seperti makhluk (subhanallahi min zaalik!)

18. Aqidah ASWJ sebenar adalah bahawa Allah SWT wujud tanpa tempat (Allahu maujuudun bilaa makaan) dan Allah SWT sama sekali tidak sama dengan makhluk.

KALIMAH ALLAH

19. Saya bersama-sama dengan para 'alim ulamak dan asatizah kita yang tegas dengan pendirian bahawa kalimah Allah SWT adalah kalimah agung lagi suci, yang bukan terjemahan kepada perkataan bahasa Inggeris 'God'.

20. Golongan yang ingin memenangkan pihak mereka telah menggunakan ayat Al-Quran (sebagai dalil) untuk membuktikan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan kalimah Allah di dalam Al-Quran.

21. Ayat yang dimaksudkan terdapat dalam Surah Al-'Ankabut pada ayat 61 dan ayat 63. Padahal ini bukanlah dalil yang membenarkan penyalahgunaan nama Allah oleh orang bukan Islam.

22. Sebaliknya, di penghujung kedua-dua ayat itu, Allah SWT mengkritik golongan yang menyebut kalimah Allah ini. Islam telah datang untuk membetulkan pemahaman golongan ini tentang maksud Allah SWT yang sebenar, contohnya seperti perincian dalam Surah Al-Ikhlas.

Dialah Allah. (Bagaimana?)
YANG MAHA ESA.
YANG MENJADI TEMPAT BERGANTUNG YANG MUTLAK.
YANG TAK BERANAK, TAK PULA DIPERANAKKAN.
YANG TAK SAMA DENGAN APA PUN.

23. Justeru, jika Nabi Isa AS yang dianggap tuhan atau 'god' oleh golongan Nasrani, soalan pertama, adakah mereka mempunyai konsep ketuhanan yang sama seperti yang terdapat dalam ajaran Islam seperti di atas? Adakah 'god' yang difahami mereka memiliki ciri-ciri dan sifat-sifat Allah?

24. Kesimpulannya, agama kita memang agama yang mudah tapi ia bukan agama yang boleh dipermudah-mudahkan. Contoh-contoh yang saya kemukakan di atas menjadi BUKTI YANG NYATA bahawa yang kita perlukan bukan hanya dalil, tetapi BIMBINGAN DALAM MEMAHAMINYA DENGAN BETUL DAN SAHIH.

25. Mudahnya Islam bukan kerana ia cikai dan simplistik, tetapi ia memudahkan kerana ia meliputi segala aspek kehidupan, ia adalah fitrah setiap insan, dan kesemua ini hanya dapat digarap melalui bimbingan para anbiya' dan pewaris mereka, 'alim ulamak.

26. Sama-samalah kita merenung firman Allah SWTdi dalam Surah An-Nisa' ayat 58 yang banyak kali diulang-ulang dan ditegaskan oleh tokoh Islam hebat Al-Attas, mafhumnya:

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada yang berhak menerimanya..."

27. Suka saya tutup bingkisan kerdil dan tak seberapa ini dengan sambungan kepada hadis yang saya kongsikan di atas sekali. Mohon maaf atas segala kekurangan, mohon pembetulan, tunjuk ajar, nasihat dan doa rakan-rakan ya? Barokallahu fiikum ajma'in.

".... maka apabila sudah tiada 'alim ulamak, orang ramai akan memilih orang-orang jahil untuk menjadi pemimpin mereka. Apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka justeru berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka SESAT dan MENYESATKAN ORANG LAIN!"

Wal 'iyaa zubillah! Allahua'lam. Wassalamualaikum wbt.

Read more "Dalil Yang Menyesatkan"

Friday, March 21, 2014

Pendakwah Conan; Pendakwah, Konon.


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Persoalan ilmu adalah persoalan yang sangat penting dalam ajaran Islam.

2. Sebagai muqaddimah, ingin saya berceloteh sedikit tentang bagaimana kita melihat tiga makhluk Allah SWT yang berbeza (yakni Nabi Adam AS, para malaikat 'alayhim as-salam dan iblis la'natullah) serta kaitannya dengan soal ilmu.

3. Jika kita teliti dalam Surah Al-Baqarah, dalam Al-Quran pada muka surat 6 (bermula ayat 30), ada kisah dan pengajaran yang sangat menarik dan penuh iktibar.

4. Dengan asbab ilmu, Nabi Adam AS, dan manusia umumnya, telah dimuliakan melebihi para malaikat. Malah manusia (atau insan) adalah sebaik-baik ciptaan (rujuk Surah At-Tin, ayat 4).

5. Di muka surat 6 ini (diceritakan), para malaikat akur pada ilmu Allah SWT Al-'Alim, bahawa mereka hanya tahu apa yang Allah SWT ajarkan kepada mereka, sebagaimana doa yang kita selalu dan lazim baca.


6. Mereka tidak dapat menjawab apabila ditanya tentang nama-nama benda ciptaan Allah 'azza wajalla, sebaliknya apabila ditanyakan kepada Nabi Adam AS, Nabi Adam AS tahu nama-nama benda itu (kerana diajarkan oleh Allah SWT).

7. Sungguh, dengan asbab ilmu, Allah SWT menjadikan Nabi Adam AS dan cucut-cicitnya mulia.

8. Jika kita bandingkan dengan iblis yang dilaknat oleh Allah SWT, makhluk ini dikurniakan banyak ilmu, Bahkan iblis suatu ketika dikatakan ahli ibadah yang hebat, sehingga tiada bahagian permukaan di muka bumi ini yang tak pernah menjadi tempat sujudnya.

9. Namun lihatlah dalam muka surat yang sama, diceritakan apabila Allah SWT berfirman agar semua tunduk hormat kepada Nabi Adam AS, iblis dengan sombong, bongkak dan takbur ingkar akan arahan Allah SWT, maka jatuh kafirlah ia.

10. Inilah siren merah buat kita semua. Bahawa ilmu yang asalnya memuliakan itu, boleh saja menghinakan kita dengan asbab sombong, bongkak dan takabbur seperti iblis.

11. Tidak mahukah kita mengambil pengajaran?

DETEKTIF CONAN


12. Kita semua mencari ilmu untuk berdakwah, yakni mengajak orang mendekati Islam.

13. Justeru ingin saya ambil peluang ini untuk merakamkan sedikit renungan peribadi (personal contemplation), agar menjadi nasihat dan peringatan buat diri dan rakan-rakan pembaca yang dikasihi.

13. Sheikh Hamza Yusuf hafizhohullah pernah bermadah, "Agama sepatutnya menyatukan kita semua. Jika agama itu tidak begitu, maka ia bukan daripada Allah SWT, ia daripada sesuatu yang lain!"

14. Beliau juga menyebut tentang penyataan Imam Ali radhi-Allahu 'anhu yang cukup mendalam maknanya, bahawa "bersatunya orang-orang yang tidak suci itu lebih baik daripada orang-orang suci yang tidak bersatu."

15. Kita diajar bahawa bila berdakwah kepada orang bukan Islam, kita bukan nak kata yang kita lebih baik daripada mereka, tapi kita ada sesuatu yang lebih baik untuk mereka (yakni Islam).

"I am not saying that I am better than you, but I have something better for you i.e Islam."

16. Di situ, kita mensabitkan kemuliaan itu pada Islam, dan bukannya pada diri sendiri. Justeru, jika seorang bukan Islam masuk Islam, bahkan dia boleh menjadi jauh lebih baik daripada kita.

17. Namun patutkah, dalam kita berdakwah atau berjuang atas nama Islam, kita memperlekeh dan memburuk-burukkan sesama Muslim? Apatah lagi memperlekeh-lekehkan golongan 'alim ulama' zaman dulu dengan anggapan bahawa mereka sudah tidak relevan dalam zaman dan cabaran baru sekarang?

18. Kita mempromosikan 'kumpulan' kita, bukan Islam.

19. Lebih buruk lagi, kita promosi diri sendiri, biar orang datang kepada kita, bukan kepada Islam.

20. Alangkah cantiknya ciptaan Allah SWT yang menciptakan mata hati yang letaknya di bahagian dalam, serta menjadikan mata zahir (naked eye) itu tempatnya di luar.


21. Justeru, orang yang hanya menggunakan mata zahir, hanya melihat ke luar, dan mencari-cari kesalahan orang.

22. Orang yang menggunakan mata hati pula, sentiasa melihat ke dalam, muhasabah diri sendiri dan melihat kesalahan orang lain itu sebagai satu tanggungjawab ke atasnya untuk menegur dengan KASIH SAYANG, atau sebagai salah satu peringatan daripada Allah SWT, bahawa dia sedang melakukan kesalahan yang sama.

23. Golongan pertama tadi, memandang dengan pandangan seorang yang sedang menggunakan teropong atau mikroskop untuk mencari sejelas-jelasnya apa yang ada di luar.

24. Golongan kedua pula, yang melihat dengan mata hati, melihat sekelilingnya ibarat satu cermin yang besar, kerana di situ dia dapat kenal dan ubah dirinya, kerana dari situ dia melihat dirinya sendiri.

25. Tidaklah dapat kita melihat dengan mata hati, jika ia buta. Dan tidaklah ia buta, melainkan terlalu banyak penyakit hati yang membutakannya. Wal 'iyazubillah.

26. Habib Ali Al-Jufri hafizhohullah dalam satu sedutan ceramah beliau menyentuh tentang isu keikhlasan dalam menuntut ilmu.

27. Ada orang pada hari ini, lebih banyak ilmu agama yang dia pelajari, lebih banyak dia menghukum orang, lebih keras dia jadi, dan kerjanya tidak lain melainkan untuk menjauhkan orang daripada agama.

28. Sheikh Hamza Yusuf hafizhohullah mengingatkan, bahawa pintu Allah sentiasa terbuka (untuk orang bertaubat), maka siapa sahaja yang menutup jalan-jalan ini, maka dia adalah shaytan. Wal 'iyaa zubillah.

29. Saidina Umar Al-Khattab radhi-Allahu 'anhu pernah menyebut bahawa yang paling ditakuti olehnya terhadap ummah ini adalah seorang yang munafiq tetapi banyak ilmunya.

30. Apabila ditanya oleh sahabat yang lain, Saidina Umar menjelaskan bahawa golongan ini adalah orang yang banyak ilmu pada lidahnya, tapi jahil pada hatinya.

31. Muhasabahlah pada diri kita. Adakah setiap ilmu baru yang kita peroleh akhirnya mendekatkan diri kita kepada Allah SWT? Adakah dengannya kita semakin takut dan bimbang?

32. Tidakkah kita khuatir bahawa Allah SWT tidak menerima satu pun amalan soleh kita kerana akhlak buruk kita, tetapi memuliakan amalan seorang hamba Allah SWT yang biasa sahaja tetapi berakhlak mulia?

33. Perhatikanlah. Jika dengan ilmu agama, hati kita menjadi lebih keras, jiwa kita menjadi semakin kosong, justeru ia satu tanda bahawa ilmu itu bukan datang daripada (ajaran) Nabi Muhammad SAW, rahmat buat sekalian 'alam.

34. Sebab itulah saya kiaskan (sebagai tajuk artikel ini) dengan cerita kartun Detektif Conan, yang tugasnya adalah mencari-cari siapakah yang bersalah. Bukan itu yang sepatutnya menjadi tugas kita seorang pendakwah.

"....dan janganlah kamu mengintip dan mencari-cari aib dan kesalahan orang dan janganlah kamu mengumpat..."
(Surah Al-Hujurat, ayat 12)

35. Akhir kata, mulai hari ini, jika kita menghadiri majlis ilmu, banyak-banyakkan istighfar buat diri dan penceramah dan jika penceramah ini kerjanya hanyalah mem'bahan' orang, atau juga di laman sosialnya, tinggalkanlah dia dan doakanlah dia.

36. Daripada akhlak yang buruk itu, akan terpalit pada kita juga, dan jika tidak cepat, lama-kelamaan akan terkena tempias juga.

37. Banyak-banyakkan berdoa dan banyak muhasabah diri. Jika kita sibuk memperbaik diri, insya Allah tidak akan ada 'waktu lapang' untuk mencari kesalahan orang.

38. Bukankah malang jika kita berasa gembira dengan kesalahan Muslim yang lain, padahal kesalahan orang lain tak menjadikan kita betul. Kita betul bila memang ia betul di sisi Islam, tak ada kena mengena dengan kesalahan orang lain.

39. Moga Allah SWT menyatukan hati-hati kita. Moga hati kita dibasahi dengan rahmah, jiwa kita disirami dengan hikmah, dan hidup kita penuh ketenangan dan sakinah.

40. Ameen. Allahumma ameen.

Read more "Pendakwah Conan; Pendakwah, Konon."

Tuesday, October 29, 2013

Di Hujung Jari


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Kita sering dimomokkan dengan kehebatan era masa kini yang digambarkan sebagai zaman apabila dunia sudah berada di hujung jari.

2. Secara umumnya, saya memahami bahawa ia bermaksud kita boleh mendapatkan maklumat tentang apa jua di seluruh dunia ini walaupun hanya dengan menekan butang-butang di papan kekunci (keyboard) komputer (dengan jari jemari). Malah urusan seperti urus niaga juga kini boleh dilakukan dengan cara yang sama.

3. Jika cuba dilihat dari sudut pandang yang lain; yang saya rasa lebih tepat, sebenarnya dunia sekarang hanya diketahui terlalu sedikit realitinya, ibarat hanya sekecil hujung jari.


4. Cuba perhatikan gambar di atas. Daripada keseluruhan permukaan bumi yang luas itu, hanya sikit bahagian yang tersentuh hujung jari padanya.

5. Ada dua kiasan yang saya mahu ambil di sini.

6. Pertamanya, kita boleh jadi jumud tak bergerak ke mana-mana. Duduk di situ sahaja, kerana kemudahan internet misalnya, mengurangkan pergerakan kita kerana seolah-olah tak perlu. Nak makan pun sekarang, bukan sahaja tak perlu masak, malah tak perlu keluar rumah.

7. Perkara ini selalu disebut-sebut sebagai satu kemudahan zaman moden, dan saya bukan ingin menafikan manfaat yang ada daripada kemudahan sebegini, tapi janganlah sehingga kita lupa juga akan banyaknya kesenangan dunia ini yang mendatangkan mudarat.

8. Bak kata cerdik pandai, di negara orang, manusia mati kekurangan makanan, kita di bumi bertuah Malaysia ini mati dek terlebih makan! Sebut sahaja darah tinggi, kencing manis, sakit jantung; saya yakin anda faham mesej saya.

9. Apapun bukan itu fokus saya dalam penulisan ringkas ini.

10. Kiasan kedua adalah tentang jari telunjuk itu sendiri; yang difahami sebagai satu perbuatan mengarah, dari aspek bahasa badan atau body language. Maksud saya, jika seseorang ingin memberi arahan, dia biasanya tunjuk menggunakan jari telunjuk.

11. Mesej saya begini. Kita fikir kononnya kita ketahui semua (atau banyak) benda dalam dunia ini melalui internet.

12. Tanpa kita sedari, internet menjadikan kita jauh lebih sempit pemikiran; melainkan jika kita sedar. Adakah internet menyediakan maklumat yang kita perlu, atau maklumat yang kita MAHU? (ingat jari telunjuk- simbolik perbuatan mengarah, MAHU itu dan ini)

13. Cuba perhatikan pola carian kita di internet. Sebenarnya enjin carian seperti Google (setahu saya) mempunyai kebolehan menilai kegemaran (favorite) kita, seperti laman web apa yang kita sering buka, dan subjek apa atau cerita apa yang kita selalu baca. (begitu juga news feed  atau timeline di Facebook dan lain-lain yang sedia 'dipilih' untuk kita; bukan oleh kita)

14. Daripada maklumat yang terlalu banyak, maka akan dipilih kelompok-kelompok maklumat yang telah dikategorikan tadi untuk menjadi santapan minda kita.

15. Contohnya, jika kita menaip kebaikan Facebook, maka pasti yang keluar adalah pautan kepada artikel mahupun sumber bentuk lain yang berkaitan dengan kebaikan Facebook (ini contoh saja).

16. Dengan kata lain, jika itulah keyakinan selama ini (bahawa Facebook itu adanya baik sahaja), maka demikianlah keyakinan kita sampai bila-bila melainkan kita mula membuka minda dan memahami sifat dan ciri-ciri internet ini.

17. Demikian juga dalam hal menyokong dan membangkang sesuatu jemaah atau kumpulan dakwah Islam.

18. Kita kadang-kadang terfikir, bahawa kumpulan kita lah yang terbaik, kerana kita dikelilingi oleh kelompok yang berpemikiran sama (demikian kecenderungan biasa manusia) dan sering saja didedahkan dengan maklumat-maklumat yang menguatkan lagi pendirian kita.

19. Dalam hal yang lain, isu Palestin, Syria, Mesir misalnya.

20. Seolah-olah media lah yang berperanan mendefinisikan hidup kita, dan realiti sekeliling kita.

21. Ada musimnya, media akan melaporkan kezaliman yang berlaku di negara-negara bergolak.

22. Adakah hanya ketika itu sahaja mereka bergolak?

23. Terkadang terasa apabila kita sibuk pula dengan isu lain, contohnya Bajet 2014 (Malaysia), seolah-olah timbul di hati semacam perasaan bahawa oh, negera-negara bergolak ini sedang rehat sekejap.

24. Tidak! Pergolakan dan kezaliman berlaku hari-hari di seluruh dunia. Kekerapannya bukan bergantung kepada kekerapan ia dilaporkan di internet (media).

25. Ya, apa yang media laporkan mungkin berlaku dalam dunia realiti. Tapi apa yang berlaku dalam dunia realiti tak mungkin semuanya dapat dilaporkan media.

Jadi apa cadangan saya?


26. Tujuan saya menulis adalah supaya saya juga dapat mengingatkan diri sendiri agar membuka mata.

27. Dalam dunia media, perlu lebih banyak pengkajian, dan jangan sesekali gopoh, malah beremosi dalam berkongsi maklumat, apatah lagi 'aib orang.

28. Di Malaysia, apabila trendnya adalah laporan media tentang jenayah yang makin meningkat; kita tak menafikan kebenarannya, namun bukan satu andaian yang baik untuk menyamakan kadar jenayah dengan kadar kekerapan laporannya di media.

29. Yang penting adalah persediaan kita untuk mati (dan hidup di alam berikutnya).

30. Dan perlindungan serta tawakkal kita kepada Allah SWT, itu yang dicari.

31. Sama ada bergantung kepada Allah SWT dan lakukan sesuatu; atau mengharapkan bantuan polis, dan akhirnya mempersalahkan polis juga atas kekurangan mereka.

32. Moga kita tak 'patah kaki' kerana internet. Sedangkan Islam mengajar kita untuk bertebaran di muka bumi, untuk mengambil manfaat dan pengajaran.

33. Mohon doakan saya juga yang terlebih-lebih lagi jahil dan hinanya di sisi Allah SWT ini. Akhirnya nanti, yang menyelamatkan kita ialah Islam yang kita 'gigit dengan gigi geraham'.

34. Kita harus kuat. Dan kuatnya kita bukan bermula dengan badan fizikal, tapi kekuatan hati dan jiwa. Sucikanlah ia, dan sucikan sentiasa.

35. Jangan sampai suatu ketika, kita menyesal, dan hanya mampu menggigit JARI. Bahkan mungkin; bukan dunia di hujung jari, tapi jari ini terlalu kecil untuk meliputi walaupun hujung dunia.

Allahuaklam. Wassalamualaikum wbt.
Read more "Di Hujung Jari"

Thursday, October 24, 2013

Korbankan Unta, Bukan Agama


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Umat Islam tak patut dan memang tak menafikan bahawa lembu ialah binatang yang mulia di sisi penganut agama Hindu. Soalnya, adakah menyembelih lembu adalah perbuatan menghina penganut agama Hindu?

2. Padahal ibadah korban oleh umat Islam, contohnya menyembelih lembu, bukanlah bertujuan menunjukkan betapa hinanya lembu di sisi umat Islam. 

3. Bahkan sebaliknya!

4. Binatang-binatang korban dan ternakan dimuliakan kerana menjadi manfaat buat manusia, sebagaimana yang disebut di dalam Al-Quran sendiri pada banyak tempat.

5. Malahan, dalam satu hadis Nabi SAW, pada hari akhirat, binatang korban tadi akan datang bersama-sama tanduk, kuku dan bulu-bulunya sebagai bukti kepada individidu yang melaksanakan ibadah korban.

6. Adakah wajar umat Islam berkongsi gambar aktiviti penyembelihan di Facebook?

7. Islam mengajar kita agar menitikberatkan adab; sesama manusia mahupun alam keseluruhannya.

8. Saya kurang bersetuju jika perkongsian gambar-gambar sedemikian terus dilihat sebagai tanda-tanda tidak sensitifnya umat Islam terhadap orang bukan Islam, terutamanya penganut agama Hindu.

9. Padahal menafikan ruang perkongsian sedemikian seolah-olah menunjukkan kita tak sensitif terhadap amalan kebiasaan umat Islam.

10. Saya mohon maaf terlebih dulu jika ada yang tak setuju, mohon saya huraikan lebih lanjut dan terperinci hujah saya.

11. Pertamanya, Islam meletakkan niat sebagai asas kepada perbuatan.

12. Sesiapa yang berniat berkongsi gambar-gambar aktiviti penyembelihan lembu, sebagai tanda kesyukuran atas kemeriahan dan nikmat Allah pada Hari Raya Aidiladha adalah baik.

13. Pada hemah saya, umumnya, tak kanlah ramai orang Islam suka-suka muat naik gambar sembelihan dengan niat ingin mempersenda agama lain.

14. Demikian juga, saya rasa kita maklum bahawa aktiviti penyembelihan ini juga disiarkan di kaca televisyen padahal bukan orang Islam sahaja yang menonton TV.

15. Ada juga aktiviti penyembelihan yang dilakukan di kawasan lapang seperti padang, yang kadang-kadang mencetuskan isu juga yang berkaitan sensitiviti agama.

16. Saya berpendapat bahawa di negara Malaysia, menyedari hakikat bahawa majoriti umatnya adalah umat Islam, maka masyarakat bukan Islam sewajarnya sensitif juga (yakni peka) tentang amalan biasa umat Islam.

17. Selagi mana umat Islam tak memaksa individu bukan Islam (terutamanya penganut agama Hindu) untuk menonton, menyaksikan mahupun melihat sendiri penyembelihan itu, maka sepatutnya gambar-gambar sopan yang disiarkan, mahupun penyiaran di televisyen secara terbuka dan aktiviti di tempat terbuka (seperti padang) tak menjadi masalah. Bukankah adanya pilihan untuk tak melihat?

18. Menyembelih lembu di depan lembu lain yang hidup dan akan disembelih pun dikira tak beradab dalam Islam, menunjukkan bahawa Islam bukan sekadar menghormati sesama manusia, bahkan juga kepada haiwan.

19. Sebarang gambar yang berbentuk menghina binatang sembelihan, bukan sahaja mengguriskan hati orang bukan Islam (Hindu), bahkan orang Islam sekalipun tak kan setuju.

20. Mohon betul-betul faham sekali lagi, saya sama sekali tak menafikan keperluan untuk menjaga sensitiviti orang bukan Islam. Namun, saya rasakan bahawa kadang-kadang kita tak melakukannya dengan 'bertempat'.

21. Ayuh kita lihat dari sudut yang berbeza.


22. Arak dilarang dan diharamkan dalam Islam. Tapi kita mempunyai kilang arak yang besar, di Selangor contohnya.

23. Jika diadili dengan baik, kilang yang boleh dilihat ketika memandu di jalan raya ini, pasti paling banyak dipandang oleh orang Islam (kerana komposisi rakyat kita yang majoritinya orang Islam). Jika menggunakan logik yang sama, bukankah wajar untuk dipersoalkan tentang sensitiviti umat Islam yang tak dipelihara dalam hal ini?

24. Bagaimana pula dengan pegangan tauhid umat Islam (Tiada Tuhan selain Allah), yang bertentangan dengan konsep triniti penganut agama Kristian dan konsep ketuhanan agama lain, adakah tidak boleh disebut-sebut Laa ilaaha illa Allah kerana boleh melukakan hati orang bukan Islam?

25. Bagaimana pula dengan syiar Islam seperti azan, adakah perlu menafikan hak umat Islam yang ramai di sesuatu kawasan apabila ada sebilangan kecil penganut bukan Islam 'terganggu' dengan bunyi 'bising' azan?

26. Di sinilah perlunya sikap saling memahami dan saling menghormati.

27. Umat Islam perlu tunjukkan contoh yang baik.

28. Kita mesti tegas dalam hal-hal tertentu (bukan apologetik sepanjang masa) dan dalam masa yang sama mesti berhikmah, baik dan mesra dengan masyarakat bukan Islam yang lain. 

29. Perlu ada keseimbangan antara aspek Jalal dan Jamal. Sebagaimana Allah SWT garang terhadap orang-orang yang keras, dan besar rahmat dan kasih sayang-Nya terhadap orang-orang yang sentiasa mengharap.

30. Demikian juga halnya dalam dua hal yang lain. Saya sentuh dengan ringkas, kemudian saya tutup artikel ini insha Allah.

Pertama

31. Saya bukanlah peminat tegar (kipas-susah-mati) Ustaz Azhar Idrus. Tetapi secara peribadi saya kurang bersetuju dengan komentar seperti kenapa UAI suka buat lawak dan kenapa UAI kadang-kadang memberi jawapan agama tanpa beserta dalil.

32. Pertamanya, saya yakin bahawa setiap orang ada peranan dan perlu mainkan peranan masing-masing.

33. Jika ditelusuri perjalanan dakwah UAI, yang mendengar ceramah beliau ialah orang kampung dan anak muda (tak menafikan peranan da'ie lain).

34. Maka mungkin tarikan melalui lawak jenaka sekali-sekali perlu untuk menarik kumpulan-kumpulan dari latar belakang begini.

35. Tentang dalil pun sama. Bak kata pepatah, Absence of evidence is not evidence of absence.

36. Kadang-kadang UAI menjawab soalan yang diajukan tanpa dalil (kadang-kadang merujuk kitab ulamak yang memang tak sertakan dalil kerana ia satu ringkasan untuk orang awam).

37. Tak menyertakan dalil tak semestinya tak bersandarkan dalil.

38. Yang penting buat orang awam terutamanya, adalah untuk mendapat jawapan kepada persoalannya, dan agar dapat diamalkan. Kalau tak diberitahu dalil tak mengapa, walaupun jika dimaklumkan, lebih baik (jika perlu).

39. Namun dalam dunia moden, semua orang daripada pelbagai latar belakang, boleh menonton ceramah UAI di You Tube. Pastinya adanya golongan yang lebih terpelajar sikit mahukan dalil dalam setiap hujah.

40. Mungkin tak salah mintak dalil, tapi sekali lagi pinta saya, fahamilah peranan dan latar belakang masing-masing, dan iktiraflah.

Kedua

41. Soal artikel 'elit'.

42. Saya pun pernah berasa 'menyampah' dengan artikel-artikel agama yang banyak menggunakan istilah Bahasa Arab; kerana saya pun tak faham istilah yang digunakan.

43. Demikian juga ada artikel yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Orang awam biasa pasti struggle nak faham dan menghadam mesejnya.

44. Namun, saya rasa penilaian sebegini tidak adil. Dan saya pun salah juga.

45. Sepatutnya, kaedah yang boleh digunakan adalah mengiktiraf peranan dan kumpulan sasaran.

46. Jika saya tak faham sesuatu artikel, mungkin bukan saya kumpulan sasarannya (dari segi corak penulisan).

47. Samalah juga artikel dalam Bahasa Inggeris; penulisnya mungkin dapat menulis lebih baik dalam Bahasa Inggeris (atau sebab-sebab lain) tapi pasti ada kumpulan sasarannya.

48. Jika kita tak termasuk, janganlah salahkan yang menulis, tapi pertingkatkan kebolehan kita sebagai pembaca.

49. Dan jika kita faham artikel-artikel 'elit' ni pula, dan merasakan bahawa orang awam dan orang kebanyakan perlu memahaminya, kenapa kita tak mengambil inisiatif untuk mengalih bahasa atau menulis semula dalam bentuk yang lebih mudah?

50. Sekian sahaja coretan buat masa ini. 

51. Saya mohon maaf sekali lagi jika ada yang terguris di hati. Nothing personal. Niat saya adalah sekadar membahaskan beberapa persoalan yang bermain di benak fikiran saya, dan pastinya saya insan biasa yang pasti jua ada kelemahan dan tersilap dalam memberikan pendapat.

Allahuaklam. Wassalamualaikum wbt.

P/S: Sudut pandang yang diketengahkan bukan bermaksud memberi fatwa ya. Jazakumullahu khairan kaseera.

2.15 pagi, Khamis, 24 Oktober 2013
Read more "Korbankan Unta, Bukan Agama"

Monday, October 21, 2013

Selamat Tinggal Borneo!


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.


1. Kenyataan Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman telah menjadi bualan ramai rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan isu kalimah Allah dan keputusan mahkamah baru-baru ini.

2. Artikel yang menyiarkan kenyataan itu boleh dibaca di sini.

3. Sebelum saya berbicara lebih lanjut, izinkan dengan ringkasnya saya sebut di sini, bahawa ada sesetengah orang Islam, apatah lagi yang bukan Islam masih keliru dengan persoalan sebenar dalam isu kalimah Allah.

4. Sehinggakan ada orang bukan Islam yang menggunakan istilah A-word (merujuk kepada Allah) kerana beranggapan (atau sekadar sindiran sinis) bahawa orang bukan Islam tak boleh lagi menggunakan atau menyebut, mahupun mengeja nama Allah.

5. Padahal, bukan itu soalnya. Fahamilah betul-betul. Isunya adalah apabila perkataan God mahu diterjemah kepada Allah dalam penulisan Bahasa Melayu.

6. Menterjemah God kepada Allah bermakna perkataan seperti Son of God akan diterjemah menjadi anak Allah, padahal sepatutnya anak Tuhan.

7. Sesungguhnya Allah SWT suci daripada sifat sedemikian. Dia tak beranak dan tak diperanakkan. Frasa 'Anak Allah' ibarat menyatakan 'Segi tiga berbentuk bulat'. Tak masuk akal!

8. Ringkasnya, yang tak dibenarkan adalah kerana khuatir penggunaan itu menjadi peNYALAHgunaan.

9. Justeru, apa yang saya faham, jika seorang bukan Islam ingin menyanyi lagu negeri yang ada nama Allah di dalamnya, atau ingin menyebut kuat-kuat bahawa Allah SWT Maha Esa, dan lain-lain keadaan yang sesuai dengan sifat Allah SWT, maka silakan.

10. Berbalik kepada soal ISMA tadi, kenyataan beliau ialah:

“Mereka boleh buat pilihan lain untuk berpindah ke mana-mana negara kalau sudah tidak lagi boleh menerima kedaulatan Islam dan raja yang menjaga kedaulatan agama itu.”

11. Baik, begini komentar saya.

12. Lenggok bahasa sedemikian memang mengguriskan hati mereka yang tak gembira dengan keputusan mahkamah (bahawa kalimah Allah dilarang digunakan seperti yang diinginkan) sehinggakan ia menjadi mesej secara tak langsung bahawa satu-satunya pilihan sekarang adalah untuk keluar daripada negara Malaysia.

13. Jika dilihat dari aspek ini, maka kenyataan ini tidak patut dikeluarkan. Malah jika memang demikian niatnya, saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang hina dina tegas tak bersetuju. ISMA telah menjawab balik dengan menyatakan bahawa sebenarnya kenyataan itu diputar belit atau mungkin disalahfahami. Allahu'aklam.

14. Namun, saya berharap sahabat-sahabat (terutamanya yang bukan Islam) dari Sabah dan Sarawak lebih cenderung untuk melihat kepada pilihan lain, yakni bersatu padu dan bersama-sama saling menghormati satu sama lain dan mencintai negara kita ini.

15. Selain hal di atas, saya ingin sentuh juga perkara-perkara berikut.

16. Sebagai seorang Muslim, saya faham bahawa Islam ialah agama yang harmoni dalam ketegasannya.

17. Saya cenderung untuk bersetuju dengan ISMA dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan dan sumbangan orang Melayu dalam hal-hal berkaitan agama Islam dan kedaulatannya, lebih-lebih lagi jika sumber rujukan ISMA ialah idea dan pendekatan yang dibawa oleh tokoh ulamak besar nusantara (dan antarabangsa), Tan Sri Professor Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas.



18. Pun begitu, saya harap, ISMA dan ahli-ahlinya, mahupun siapa jua orang Melayu Muslim yang lain, mengelakkan daripada mempunyai mentaliti bahawa Islam hanya akan kuat dan berdaulat jika semua orang di negara kita, atau di tempat kita tinggal adalah Melayu dan Islam sahaja.

19. Mentaliti sedemikian saya fikir ada kemungkinan menyumbang ke arah tercetusnya idea untuk orang bukan Melayu atau bukan Islam agar 'keluar' atau 'dihalau'.

20. Bukan sahaja ia tak praktikal dalam idealisme sebenar Islam (sefaham saya) memikirkan komposisi rakyat Malaysia berbilang latar-belakang, bahkan jikapun praktikal, ia menutup ruang dakwah dan ia bukan matlamat unggul kita umat Islam.

21. Lemahlah kita jika kita fikir kita akan meninggi hanya jika kita berada sesama kita. Jaguh kampung sahaja. Pandanglah lebih tinggi. Orang Melayu hebat ke-Islamannya jika dihormati dalam kalangan orang bukan Melayu dan orang bukan Islam yang tinggal di bawah satu bumbung dengan mereka.

22. Sama juga, dalam isu yang lebih dalam, tentang persoalan mazhab (huraian ini tiada kaitan dengan ISMA).

23. Tidak bolehlah kita melaungkan slogan meninggalkan mazhab dan meletakkan hanya satu standard sahaja untuk diikuti umat Islam. Apatah lagi slogan cacat menyeru orang awam agar berlepas diri daripada mazhab.

24. Menurut Sheikh Faraz Rabbani, hal ini bukanlah panggilan kepada perpaduan dan toleransi, tetapi satu usaha memecahbelahkan masharakat. Jika hanya satu mazhab yang mahu diikut, maka akan bergaduh besar dan masing-masing mahu mazhab mereka yang 'menang'.

25. Padahal kepelbagaian pendapat ulamak itu satu rahmat yang luas. Dan pendapat mereka yang berbeza-beza itu adalah dalam hal cabang dan semuanya betul lagi benar.

26. Perpaduan bukanlah dicapai apabila hanya satu idea diterima dan yang lain wajib mengikutinya, tetapi menurut Sheikh, betapa perbezaan sesama kita tak sepatutnya menjadi halangan untuk kita hidup bersama.

27. Menurut Sheikh Abdal Hakim Murad, 90 peratus daripada umat Islam dalam 90 peratus tempoh masa perjalanan sejarahnya hidup harmoni kerana penerimaan dan toleransi antara satu mazhab dengan mazhab yang lain. Adakah formula yang lebih baik berbanding yang ini?

28. Sebagai penutup, saya sentuh sikit lagi tentang kalimah Allah.

29. Kelihatannya, ada usaha sesetengah pihak untuk sama-sama mengaku tentang konsep keesaan Tuhan dalam agama mereka, sekaligus menjadi justifikasi bahawa bolehlah kalimah Allah itu mereka gunakan.

30. Saya mohon rakan-rakan se-Islam mematahkan terus hujah begini dengan merujuk semula kepada Rukun Islam kita yang pertama yakni shahadatayn (DUA kalimah shahadah).

31. Ya, umat Islam bukan hanya mengakui keesaan Allah SWT, malah wajib menerima bahawa Muhammad itu Rasulullah SAW dan Nabi yang terakhir.

32. Mengakui keesaan Tuhan semata-mata tidak menyamakan mana-mana agama dengan agama Islam, sama ada Kristian, Hindu dan lain-lain, kerana hanya Islam mewajibkan keimanan kepada Rasulullah SAW.

33. Hal ini bukan untuk menolak keharmonian antara penganut agama, tetapi untuk menolak kekeliruan propaganda sesetengah pihak yang menyamakan semua agama dalam semua aspek. TIDAK! Perpaduan itu memerlukan usaha mencari persamaan, tapi yang hitam katakanlah hitam, bukan putih.

Allahuaklam. Assalamualaikum wbt.


P/S: Kepada semua orang Sarawak dan Sabah, sama ada Muslim mahupun bukan, saya mahu ucapkan:
Kamek sayang kitak! =D
Read more "Selamat Tinggal Borneo!"

Tuesday, October 1, 2013

Kemaafan


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. Bayangkan anda sedang memandu kereta.

2. Lalu ada sebuah kereta dengan 'nakal'nya memintas anda dengan cara yang tak sepatutnya.

3. Laju betul kereta tersebut.

4. Anda marah. Lalu hati mula bergetar. 

5. Sehinggakan anda berdoa pula agar diberi balasan kepadanya, mungkin kemalangan ke apa ke, supaya dia sedar!

6. Tak lama selepas itu, anda terkejut.

7. Tiba-tiba sahaja di depan anda ada kereta berhenti mengejut.

8. Anda tak sempat menekan brek, lalu melanggar kereta itu.

9. Segalanya berlaku dalam beberapa saat sahaja. Sedar-sedar, kereta anda dan kereta itu dua-dua terheret ke bahu jalan.

10. Tiada kemalangan jiwa berlaku. Anda pun cedera ringan sahaja.

11. Tapi hati lebih parah kecederaannya. Masih marah. Tapi bingung.

12. Anda melihat di luar, anda kenal sangat kereta yang anda langgar itu.

13. Itulah kereta yang memintas anda tadi.

14. Dan andalah yang mendoakan kemalangan baginya.

15. Adakah anda gembira bahawa doa anda termakbul?

Wahai rakan-rakan yang budiman,

16. Islam melalui kasih dan cinta Nabi SAW mengajar kita untuk berusaha memaafkan orang lain.

17. Jangan sesekali mendoakan keburukan kepada orang, kerana mungkin keburukan yang ditimpanya melibatkan kita. Mudarat yang diterimanya memudaratkan kita.

18. Nabi SAW ketika berdakwah di Taif, waktu itu keadaan sudah cukup menekan; ramainya yang masih ego tak mahu menerima Islam; ramai pula orang kesayangan Nabi SAW yang meninggalkan baginda menemui Tuhannya yang Esa.

19. Dan Nabi SAW dibaling batu dan dizalimi sehingga berdarah baginda. Malaikat yang melihat keadaan itu memohon kebenaran baginda untuk menyatukan dua gunung menghancurkan penduduk Taif ini di tengah-tengahnya; namun Nabi SAW tidak benarkan.

20. Bahkan didoakan pula ke atas mereka.

21. "Ya Allah, berikanlah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui."

22. Ketika Perang Uhud, Nabi SAW pun cedera dan berdarah.

23. Namun baginda mengeringkan darah daripada jatuh ke tanah, kerana jika darah yang mulia itu jatuh menyembah bumi, maka binasalah orang-orang yang berbuat zalim itu!

24. Sayangnya Nabi SAW kepada ummat, sehingga begitu sekali.

25. Adakah ini fantasi? Contoh yang hanya menjadi ilusi? Tidak sama sekali. 

26. Ayuhlah memaafkan. Saling mendoakan kebaikan orang lain, biarpun mereka telah melukakan kita.

27.  Inilah legasi yang ditinggalkan Nabi SAW. Umat ini bukan umat yang mencerca. Umat ini bukan umat yang keras. Umat ini bukan umat yang berdendam.

28. Tapi umat ini bersatu atas dasar kasih sayang. Keberaniannya disulami kelembutan. Menunggu waktu rehat hanya tatkala kaki mula melangkah masuk ke syurga.


29. Hari Ahad ini (6 Oktober) insha Allah akan diadakan satu sesi pengajian (dan khatam) sebuah kitab bertajuk Solat Al-Muqarrabin yang dikarang oleh seorang wali Allah dari Yaman. Bermula dari pukul 8.30 pagi. Tempatnya di Masjid Negeri Shah Alam. Sesiapa yang berminat boleh segera hubungi saya di 011 1645 9393.

Wallahuaklam. Terima kasih, assalamualaikum wbt.
Read more "Kemaafan"

Tuesday, July 30, 2013

Containment


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

1. I remember watching a film about zombie. It's an old film I guess.

2. In one of the scenes, the hero (in the film) successfully contacted the army (military unit) of the nation about his whereabouts  (so that he could be saved) when he barely escaped from the huge group of zombies i.e the many innocent public who had turned into zombie due to zombie bites.

3. The hero was instructed by the chief army to immediately move to a known location.

4. However, it was not really an escape. The army was planning for a 'containment'; and the hero knew it (the conspiracy), hence directed himself to another location.

5. What does it mean? Why was the hero going somewhere else? It means, the hero will be a bait (umpan, in Malay language) so that the zombies will 'smell' the movement of him (the hero) and follow him to one place (the instructed location).

6. Why is the army doing that? It is to 'contain' the spread of the zombies. If it's difficult for you to imagine, let me help illustrate to you.

7. If you have pieces of biscuits scattered at many places, it's difficult to clean them.

8. So, what you do is you contain them in a container. Meaning, you put all the bits and pieces into a place, collect them in a tupperware or something. That way, you can easily throw the whole biscuit pieces into thrash bin, all at one time.

9. The same way, the zombies were scattered, and the military found it difficult to get rid of them.

10. So, the hero was used to be an attention-puller for the zombies to group at one place. And guess what was the plan?

11. Yes. A nuclear torpedo would be launched. The zombies will be eliminated at one shot, but at the expense of killing the hero. So was the hero killed? Well, you know, how often in a film will we find a hero not surviving?


12. I do not plan to talk about the film (I do not even remember what film is that haha) but the word (and concept) of 'containment' is to be highlighted here.

13. The real subject of discussion is about Pluralism.

14. To the first-timer, let me roughly describe to you what Pluralism means.

15. Well, the word 'plural' (as opposed to 'singular') means many. And Pluralism, in the context of religion, refers to the fact that many religions (and quite automatically all religions) hold the truth of this world and this life.

16. The transcendent unity of religions is one of the branches of this problematic ideology, but let me not focus on that phrase jargon, that would most probably scare many of us off.

17. Now, firstly, I just want to make it clear that Islam is against Pluralism.

18. We never accept that all religions are true. 

19. However, very importantly, we never deny two things. First, we don't deny that there are some similarities (mostly at superficial level) between Islam and other religions.

20. Secondly, we do not deny that there are good elements and teachings in the preaching of other religions, such as about promoting to do good to others.

21. Next, language wise, Islam does acknowledge plurality. So, what's the difference between Pluralism and plurality?

22. If today you may disagree with me on the definition given to each term (which are not the fruit of my thought but quoted from people like Prof Tariq Ramadhan, if I am not wrong), then let's just focus on the concept I am about to explain.

23. Plurality refers to the existence of many religions or even races. Roughly in Malaysia, it may aptly refer to the phrase masyarakat majmuk.

24. So, Islam accepts this. Islam has no problem with living harmoniously and peacefully with people of other religions, in a plural community; an abode of plurality.

25. But this tolerance and beauty of Islam is not compromised with the claim that all religions are the same i.e all religions are true i.e Religious Pluralism.

24. Now, let me make a point here. Great Muslim scholar such as Maulana Jalaluddin Rumi was never in favor of Pluralism, as some of us may tend to claim or falsely believe.

25. His works (primarily many of his great poems) were irresponsibly translated and misquoted to prove the truth of Pluralism, and we do not accept this. It is not true and Maulana Rumi did not accept Pluralism. In short, we reject Pluralism, but not Maulana Rumi, may Allah has Mercy upon him.

26. Right. Pluralism, before I end, is like a disguise of a new religion, and its proponents (ones that promote this idea) will never agree to that statement of mine.

27. In my humble opinion, the understanding that Pluralism is promoting unity and tolerance when it says that all religions are the same (and therefore carry the same truth) is quite problematic; not at all a correct description of what it is.

28. The way I see it, Pluralism actually is suggesting (in its theory and practice), that all religions are wrong, but giving up all religions, and cling to Pluralism, is the way to truth.

29. Because it does not make any sense to say that God is One (in Islam) and God is three (Trinity in Christianity) and God is so many (Hinduism) and this different number of God is the truth about God?

30. What I meant is that, Islam in its most basic and fundamental level, is already totally not in line with any other major religions as believed and practiced by their followers in this world.

31. So what is my point now?

32. Containment.

33. I believe, Pluralism as an ideology is seemed to be trying to corrode the values and virtues (hence correct knowledge) in religion like Islam so that people compromise the fundamentals of religion and give them up, for the sake of looking for similarities such as superficial thing like doing good to others.

34. After grouping all these religions as one (in the realm of Pluralism), perhaps next level is to propose that because we can never agree on the differences of number of God (because different religions propose different number), might as well we agree that there is no God after all.

35. Problem solved.

36. No god means no need to fight on the concept of God, who is God etc. etc. because there is no god in the first place.

37. I don't know if my (most probably) theory above will be regarded as far-fetched, absurd, or even imaginative, but that's the way I see it.

38. Islam, at all levels, is never shaken from its fundamentals and truth. Quran for instance, has no equal rivals since it was revealed.

39. The attempt to group Islam as the same like other religions, is an attempt to contain religions in one same category, and eventually? Kaboom! 


40. All religions are absurd (because they are man-made or corrupted by men).

41. Hence, the logic is simple. Islam is also a religion. Because all religions are absurd, hence Islam is also absurd. Conclusion? We reject all religions (and any belief in God). Welcome to the godless world baby!

May Allah preserve the deen of Islam in this world, and in our hearts. Allahu ta'ala aklam. Wassalamualaikum wbt.

P/S: We are hunters. The hunted is the night. The weapon is prayer. The bullet is the waking up. Let's chase the Laylatul Qadr insya Allah! =D
Read more "Containment"

Friday, May 17, 2013

Jangan Gatal, Nanti Kudung


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

Huraian 1

Kaum lelaki yang gatal, mencuci mata,
Taqwanya ditanggal, hatinya membuta.

1. Taqwa merupakan pakaian yang terbaik untuk anak cucu Adam seperti kita (Surah Al-A'raf, ayat 26). Janganlah tanggalkannya. Takutlah Allah, Tuhan yang Maha Melihat, yang memberi kita deria melihat.

2. Jika kita ingin menunggu semua wanita berpakaian dengan sopan dan memelihara auratnya, maka tak akan tercapai saya rasa.

3. Semakin kita melihat dan 'menghargai' keseksian dengan melontarkan pandangan, selagi itu mereka rasa 'dihargai' dan terus menonjol-nonjol kecantikannya.

4. Jangan terlalu cepat menuding jari, menyalahkan wanita yang tak sopan dalam berpakaian. Utamakan perkara yang kita boleh buat dahulu- perubahan bermula dengan diri kita (Surah Ar-Ra'd, ayat 11).

5. Jagalah pandangan wahai orang lelaki.

6. Sesungguhnya hati itu istana. Mata menjadi salah satu pintunya. Jangan biarkan pintu itu dibuka suka-suka, kerana tatkala istana itu diceroboh dan dijajah, nescaya binasalah badan.

Huraian 2

Kaum wanita bertudung, untuk menggoda,
Ibarat orang yang kudung, kakinya tiada.

7. Menutup aurat itu tidak cukup. Membalut aurat pun bukan keperluan. Memelihara aurat lah yang wajib.

8. Kerana sekadar membalut dan menutup, belum tentu lagi memeliharanya daripada fitnah mata yang meliar mencari 'mangsa' yang 'percuma'.

9. Ia juga berkaitan dengan hati. Baguslah bertudung. Ia tanda iman.

10. Namun bertudung untuk menggoda, maka itu mencacatkan iman.

11. Semua orang tidak mahu kudung, tetapi sanggup membiarkan iman tercalar. Bukankah kecacatan iman itu lebih besar celanya?

12. Ada juga yang berhujah, biarlah tak bertudung, janji hati baik.

13. Wahai orang yang hati-hatinya baik, jika perintah Allah dilanggar, maka ia mendatangkan penyakit pada hatimu. 

14. Mana mungkin hati mu baik dalam meninggalkan ketaatan kepada Dia yang memiliki hatimu?

Kesimpulan

15. Saya faham benar bahawa perihal aurat adalah perihal simptom, bukanlah PUNCA penyakitnya.

16. Namun jika tak diuruskan simptomnya, maka semakin parah penyakitnya.

17. Soal yang terbesar dalam hal ini ialah hati. Peliharalah hati, ia adalah istana setiap insan.

18. Hati yang bersih atau kotor adalah punca kepada baik dan buruk perilaku seseorang.

19. Jagalah hati, sebelum ia mati. 

20. Jika ditanggal darinya mahkota, maka ia menjadi buta.

21. Jika hati sudah buta, maka apa lagi nak dikata?

Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt.
Read more "Jangan Gatal, Nanti Kudung"

Tuesday, May 7, 2013

Insya Allah dan Allahu a' lam


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt.

"Fitnah itu tidur. CELAKAlah bagi siapa yang mengejutkannya."
-Nabi Muhammad SAW

1. Ada yang terlalu yakin sebelum pilihan raya, sehingga berjanji untuk potong telinga dan meletakkan peratus setinggi 101% anggaran untuk menang.

2. Kekalahan yang dialami akhirnya menjadi bukti bahawa bukan keyakinan semata-mata yang menjadi penentu kejayaan dalam pilihan raya.

3. Sebagai umat Islam, kita diajar untuk beriman dengan kehendak Allah, bukan setakat menyebut insya Allah. Menang atau kalah, insya Allah tetap diulang-ulang di hati.

4. Kalimah insya Allah, yang umumnya membawa maksud, moga-moga dengan kehendak Allah (tercapai apa yang kita kehendaki) seharusnya dihayati juga dalam jangka masa yang panjang.

5. Bersama-sama keyakinan ini, kita sertakan kefahaman bahawa Allah SWT lebih mengetahui akan segala-galanya. Allahu a'lam. Sesungguhnya Allah SWT lebih tahu.

6. Jika mungkin kali ini tak menang, suatu hari pasti menang insya Allah. Jika tak di dunia, insya Allah di akhirat. Bila tu? Allahu a'lam.

7. Jangan pernah berputus asa dengan Allah SWT. Kufur nanti. Wal 'iyya zu billah.

8. Sempena pilihan raya yang baru tamat tempoh hari, saya ingin ambik kesempatan ini untuk mohon ampun dan maaf banyak-banyak daripada semua orang terutamanya sahabat handai yang menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

9. Juga, saya terlebih lagi ingin mohon maaf daripada sahabat-sahabat yang cukup dekat dengan saya dalam banyak hal, yakni dari NGO bernama ISMA.

10. Sesungguhnya saya amat yakin, banyak tutur bicara saya yang mungkin telah melukakan hati kalian. Saya mohon maaf.

11. Sesungguhnya meminta maaf ini pendirian saya. Mungkin anda yang dilukai, merasa saya tak layak diberi kemaafan. Mungkin juga anda yang sehaluan dengan saya, menganggap bahawa mereka yang dilukai inipun tak layak untuk saya minta maaf daripada mereka. Mungkin nampak apologetic.

12. Rasulullah SAW telah banyak dikasari dan dizalimi. Malah jauh lebih teruk dan dahsyat berbanding kita. Tetapi peristiwa pembukaan Kota Mekah (Fathul Makkah), menjadi saksi akan satu hikmah kepada sunnah besar baginda Nabi SAW, yakni memaafkan.

13. Saya pohon kekuatan daripada Allah SWT, agar orang-orang yang melukai hati saya, saya maafkan. Kekuatan itu daripada Allah. Kelemahan itu milik saya.

14. Bermula di sini, saya ingin menyeru anak-anak muda bersama-sama berganding bahu lebih banyak bekerja dan berusaha. Masing-masing harus jujur dan ikhlas dalam perjuangan masing-masing.

15. Perjuangan saya secara peribadi adalah bersama-sama Pakatan Rakyat terutamanya Parti PAS dan PKR, dan saya melihat Parti DAP sebagai satu aset penting dalam perikatan politik ini.

16. Kita perlukan orang-orang kuat untuk menjawab pertanyaan yang relevan yang dikeluarkan oleh mereka yang tak sehaluan dengan kita.

17. Sebahagian besar yang lain pula, kita tumpukan ke arah usaha merealisasikan janji-janji dan idealisme kita dalam perjuangan ini.

18. Sama ada sedar ataupun tidak, pilihan raya kali ini banyak mengambil perhatian anak-anak muda dan menyedarkan kita akan kepentingan politik. Insya Allah, kira-kira 5 tahun dari sekarang, persaingan di pentas pilihan raya akan menjadi jauh lebih baik.

19. Akhir kata, saya mohon kita fikir sejenak.

20. Kita melihat banyak kezaliman berlaku di sekeliling kita. 

21. Kezaliman ini boleh datang dalam banyak hal dan bentuk.

22. Sebagai umat Islam, kita diajar untuk muhasabah, adakah mungkin, kezaliman ini semua adalah hasil daripada kezaliman diri kita sendiri?

23. Saya khuatir jika umat Islam dizalimi.

24. Namun, saya lebih risau jika umat Islam yang terlebih dahulu menzalimi.

25. Takutlah pada Allah. Bukan pada musuh. Moga Allah satukan hati-hati kita.

26. Saya tutup celoteh ini dengan bait-bait bicara berikut.

27. Ikutilah teladan Rasulullah yang penyabar,
      Sediakanlah juga yang garang seperti Umar.


Wallahuaklam. Wassalamualaikum wbt ;-)

Read more "Insya Allah dan Allahu a' lam"

Followers

The Colours of Life

The Colours of Life
Picture taken on Syawal 1, 2009

THE BELOVED FAMILY-Hey, do the maths!

Dad: Mohd Hanaffi bin Hassin
Mom: Noorma bte Mamat

Siblings:

Mohd Ridzwan
Nurul Shuhada
Mohd Amirul Asyraf (blog owner)
Fatihah Sakinah
Nurul Ain Afifah
Ilyana Nazlin
Nur Amira Mawaddah
Mohd Aizat Aiman
Nur Anis
Mohd Amri Afiq